Wednesday, July 3, 2013

Cara-cara nak buat aiskrim pelangi dengan buah-buahan. Senang dan sihat !


Teringin nak makan aiskrim tapi tengah diet katanya. So buat lah aiskrim sendiri versi healthy. Nak buat lah aiskrim berwarna warni sang pelangi sikit. Baru syok sikit nak makan. Beli bekas aiskrim yang ada muncung macam ni senang. Tak ada lah makan meleleh-leleh. Kalau aiskrim cair pon boleh sedut je kat muncung itu. Bekas aiskrim ni aku beli dekat Daiso je. Lima hengget je. Murah dan sangat praktikal.



 Bahan-bahan nya simple je.

-Buah-buahan yang pelbagai warna
-lemonade
-madu





Lemonade aku beli dekat pasaraya je yang dalam botol siap. Tapi sebab masam nau,aku tambah lah dengan madu. Baru lah manis sesedap rasa. Jangan guna gula. Kalau nak sihat, gantikan gula dengan madu ye :)




Susun lah dalam bekas aiskrim masing-masing mengikut peringkat warna



Susun sampai habis semua buah.




Masuk kan lemonade + madu tadi. Siap dan boleh dibekukan





Kalau nak buat tolong lah jangan masuk kan dragon fruit itu. Warna aiskrim aku jadi tak menarik bila di tambah dengan dragon fruit itu.Aku lah yang gatal tangan sangat nak masuk kan buah naga sekali konon nak bajet lagi kreatif. Menyampah pulak dengan itu buah naga. Selamba tenuk dia je mencarca-marba kan warna aiskrim aku dengan warna dia sorang je. Masuk 5 buah pon ok dah. Jadi dah ala-ala pelangi.



Tadaaa! Siap dah. Bila gigit layer by layer boleh rasa macam-macam flavour daripada buah tu sendiri :D



Boleh lah makan sesisi keluarga.



Nak nampak lebih menarik, boleh potong buah besar-besar macam ni. Lagi nampak stylo kan aiskrim tu.




Ok tu je nak cerita hari ni. bye!


57 comments:

  1. CE ni kreatif lah!

    thanks share :)

    ReplyDelete
  2. :O Meleleh air liur baca entri nie. Hahaha! :D Kalau makan time cuaca panas terik, fuhhh lagi nikmat!

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaa lah hai..

    nak buat lah nanti. hehehehe

    ReplyDelete
  4. wahh sedapnya! nampak macam senang je kan..

    ReplyDelete
  5. wahhh menarik!!!nk cuba la...nyum nyum!!

    ReplyDelete
  6. Menariknya. dan nmpk sdp! Boleh jual ni haha

    ReplyDelete
  7. Menariknya. dan nmpk sdp! Boleh jual ni haha

    ReplyDelete
  8. ha! kreatif! tq tq cik epal bagi idea :D

    ReplyDelete
  9. sedap gila. dgn warna warni. tambah selera nak makan

    ReplyDelete
  10. sedapnyaaaaaa..... nak try bbuat jugak !!!

    ReplyDelete
  11. Makan rasa buah-buahan jelah...mesti sedap.

    ReplyDelete
  12. wahhh sgtt kretipppp!!... nak try! hehe

    ReplyDelete
  13. wahh..nampak sedap gila..terliur siottt...

    ReplyDelete
  14. lama tak singgah umh cik epal ni..kemain lagi buat aiskrim..mengiurkan betul..

    ReplyDelete
  15. Nampak sedap, nanti boleh try letak buah2an. Sebelum ni buat ais krim malaysia je.

    ReplyDelete
  16. "Kalau nak sihat, gantikan madu dengan gula ye :)"

    hehe.. salahlah cik epal.. gantikan gula dengan madu.. :)

    ReplyDelete
  17. wao!! gempak! kreatifnya Cik Epal. :D nak buat jgak ar pasni.

    ReplyDelete
  18. orang tengah diet mcm2 idea nye.hehe

    ReplyDelete
  19. syok nye nak makan..colorful

    ReplyDelete
  20. @ezmaliza: kehkeh tersilap pulak. ok betulkan dah :P

    ReplyDelete
  21. menarik !! nice sharing.. singgah sini dari www.madrasahkehidupan.com :)

    ReplyDelete
  22. wow.. yummy.. boleh jugak buat camtu kan. senang je pun.. :)memang healthy snack..

    http://qaseh-delima.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. menarik. bole cuba. dulu dh cuba wat durian crepe dr resepi cik epal jgk..menjadi! kali ni, nk buat yg ni plak. heee. thnx for sharing sista~

    ReplyDelete
  24. boleh buat nih..

    olahbersama.blogspot.com

    ReplyDelete
  25. saya pon ada bekas ice cream ni jugak!

    ReplyDelete
  26. ...nampak sedap....boleh dicuba untuk anak2 nanti...:)

    ReplyDelete
  27. slm..cik epal..dr dulu follow semua reeipi cik epal..alhamdllah mmg jd..anwy tq sharing resepi ni..interesting sgt..cik epal..nk request..boleh x cik epal share resepi cheese cake yg paling senang..slalu buat x jadi..anwy...tq cik epal gojes !

    http://mashitahrosli.blogspot.com/

    ReplyDelete
  28. slm..cik epal..dr dulu follow semua reeipi cik epal..alhamdllah mmg jd..anwy tq sharing resepi ni..interesting sgt..cik epal..nk request..boleh x cik epal share resepi cheese cake yg paling senang..slalu buat x jadi..anwy...tq cik epal gojes !

    http://mashitahrosli.blogspot.com/

    ReplyDelete
  29. slm..cik epal..dr dulu follow semua reeipi cik epal..alhamdllah mmg jd..anwy tq sharing resepi ni..interesting sgt..cik epal..nk request..boleh x cik epal share resepi cheese cake yg paling senang..slalu buat x jadi..anwy...tq cik epal gojes !

    http://mashitahrosli.blogspot.com/

    ReplyDelete
  30. Cik epal, mana dapat bekas tu? Mohon reply kat blog saya.

    Link- http://ohhello-buu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  31. pergh.. meleleh air liur tengok

    ReplyDelete
  32. 2 3 kali baca entry ni, alahai~ i'm melting already!

    ReplyDelete
  33. Mesti cuba ni! Simple dan menarik!! Thank you Kak!!

    ReplyDelete
  34. @bubu: kan dah tulis kat atas ni. Tak baca betul-betul entri ni lah ni :D

    ReplyDelete
  35. Kreatif gile..teringin tp pmls nk buat

    ReplyDelete
  36. sedapnyaaaaa. tapi malas nak try haha

    ReplyDelete
  37. wah, menarik resepi aiskrim ni...thanx cik epal, bolehlah saya cuba nanti :-)

    ReplyDelete
  38. sampai termimpi2 tao eskem cik epal buat ni mlm td..nk kene g daiso carik ni..huhu

    ReplyDelete
  39. beli kat mane bekas die tu yunk?

    ReplyDelete
  40. Terbaik...nanti umi qi nk ikut...yeyyyy cik epal, umi Qi doakan anda tersenyum hari ini... :)

    ReplyDelete
  41. xpenah trfikir nk beli bekas ni ble g daiso. nt nk beli la. mcm best je ni

    ReplyDelete