Monday, June 17, 2013

(RESEPI) Nutella Brownies . Guna 3 bahan je!

Hari ni nak kongsi resepi Nutella Brownies!! Senang gila nak buat Nutella Brownies ni sebab guna 3 bahan je!! Ha? 3 bahan je? biar betik?? Ye! memang menggunakan 3 bahan je betik oiii.  Disebabkan nak buat nya senang gila nak meninggal, aku namakan hidangan ini Nutella Brownies gonjeng!!! :D



Selalunya brownies bentuk nya petak. Aku punya brownies versi dalam paper cup so jadi bulat gebu gebus gituww. Dah nama pon Nutella Brownies gonjeng katanyaaa. Resepi ambil dari blog omputeh INI. Tapi ada lah aku ubah sesikit ikut suka hati aku  :D



 Ni lah 3 bahan ajaib untuk buat Nutella Brownies Gonjeng ini!

1 biji telur
1/2 cawan Nutella (dalam 130g macam tu)
5 sudu besar tepung serbaguna (kalau dalam bahasa omputehnya all-purpose flour)


Tepung serbaguna ni aku beli dekat Giant.



 Mula-mula gaul telur dengan nutella guna stand mixer sampai sebati. Nak guna garfu pon boleh. Tapi aku lagi suka guna stand mixer. Lagi cepat sebati. Pastu masuk kan 5 sudu besar tepung serbaguna. Aku guna measurement spoon. Baru tepat sikit ukuran nya.




Pastu letak dalam paper cup. Satu adunan ni boleh dapat 20 bijik. Kalau nak lebih korang double kan lah bahan-bahan tu. Kalau nak lebih lagi, triple kan je lah bahan-bahan di atas itu.




Bakar dalam oven dengan suhu 180C dalam masa 15 minit. Tengok oven masing-masing jugak lah.Jangan bakar lama sangat, nanti brownies ni kering. Bila kering sangat jadi tak sedap lah.Kalau nak tahu dah masak ke tak,cucuk brownie tu dengan lidi. Kalau tak ada serpihan yang melekat,tu kira dah masak lah tu. Kalau time cucuk tu,melekat-lekat serpihan brownies dekat lidi  tu,maknanya tidak masak lah lagi.





Baru keluar dari oven. Biar kan lah kejap dalam 5 minit macam tu untuk dia sejuk sebelum di ngapppp





Crunchy di atas,lembut di dalam




 Pastu hiaskan lah apa benda nak hias. Ada nutella lebih-lebih tu aku selet je dekat atas brownies ni lagi.


Nak letak coklat cip boleh, badam boleh.Suka hati lah nak letak pape yang boleh menyelerakan tekak anda. Nak letak serbuk kari pon boleh. Tu pon kalau kau sengal lah nak makan brownies dengan serbuk kari.





Ok ni lah dia Nutella Brownies Gonjeng itu! Selamat mencuba bagi sesiapa yang nak cuba :)




ok bye!


Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

67 comments:

Fakhruru said...

perghhh!! snng giler! AWESOME! kna wat nti.. thanks cik epal ^^

Aku Penghibur said...

comel dan nampak sedap,nyum nyum

icyme said...

Nampak sedap! nak try buat gak >.<

Azielah Rahim said...

senang bangat..bleh cuba nih..

mirza syazwina said...

nak cuba la nanti ni.macam best je.senang je bahan>__<

Tcca Anuar said...

wah teringin nak buat.. sedap sedap~

ros_reeza said...

thanx sudi kongsi.. nak try la :)

Cik Eka said...

3 bahan jer.

mmg magic dik apple.

hikhikhik
nampak gojesss

nur diana said...

Kak epalll, apa senang gila nak meninggal buat brownies niii.
Konfem harini gak nak buat !! Hahahh

Syafiqah Hashim said...

aww, sedapp nyaa..tengok cik epal buat macam senang..nanti pika buat mesti tak jadi..adehhh...

dya anneesa said...

COMEINYE!nak try lah~

FatinFirdaus said...

Cik epal. Mn resepi nutela cheese oreo tuuu?? :)

^^eKaTiKaH^^ said...

pehh, simple. boleh buat sbg kuih raye nie. hehe

Siti Munira said...

senangnya...rupa pun menarik..mesti sedapkan.boleh cuba nie..terima kasih!!

siti said...

best+sedap=Simple! nk try....

gerhana luka said...

senang giler resepi ni kan,
baik punya idea tabur serbuk kari atas brownies keh.keh.keh.. pengsannn!

zul liana said...

nk try la nanti....nmpak sedap..hehe

Ernyassmien said...

wow! senangnya! kene buat ni

myraVea said...

Nyumnyum. Nampak macam sedap je ni. Hehe. Should try this one.

oshinz said...

adoi mengiurkan ni..

LaLa mhdnor said...

Sonang jo ni, haha. Tenkiyu CE ;)

diana said...

mudahnya..boleh buat nih..
*angan-angan*

Siti(zoey) said...

ok,boleh cuba...hihi.

Siti(zoey) said...

ok,boleh cuba nanti hihihi...

mamawana said...

simple and nice. Tq sharing.

Ayu Idayu said...

wahh... mcm sedap + senang nak buat. nak trylah.. hehehe.. :DD

alinlon said...

pandai nye memasak ek. teros minat nak lawat blog ni byk kali.

teruskan buat byk resipi :)

keli menari said...

kalau kite letak bunga cengkih dgn lawang.lepas tu keliling nye sapu dgn mayonis..haaa

Umie Artoqiemie said...

dappppnye. hahaha

Lady ★ Hanna said...

okay, memang senang gilaaa~ hahaa. lps nie nk buat.. hahaa

✿AINAA ROSEBERRY✿ said...

subhanaAllah, senang gila! perghhhh.. nak try la kak

RIMA DANIA said...

SENANG!...best2

TeTerBanG said...

ni yg sy best ngan Cik Epal. bila mai pasai resepi, sumanya simple2 belaka. good2! :D mnggalakkan rmai org yg mlas (mcm sy. hohho~) nk start masak/baking.

ctsueraya said...

cam best jerk ni cik epal..leh lah buat nantikkk

MR & MRS MAKMUM said...

arghhh sedapnya

Farhain Azmi said...

wahh..senangnya. haila dahla posa hari ni. terus terliur lepas tengok nutella brownies ni

Princess Feyqa said...

wah nmpk sdppp! nak cuba la ble hbs exam nt huhu

fazilzura said...

wahhh terbaek le dik ... nmpak sgt gebussss... aci try

cikpingu said...

simple sgt... yeahhh leh buat..

♥ ROS ♥ said...

Wah slera tgk. Nk buat jugak la.mkn dgn ank.haha

alialisa said...

uwaaa aku kene beli oven laa macam nihhh

a Z u said...

gud job cik epal, nutella ni guna palm oil, org europe penah nk ban nutella ni sbb diorg claim palm oil ni xbagus..kira kita membantu ASEAN countries la esp Malaysia :D

ღ BuBBLe WhiTe ღ said...

ouhh suweet nye *_*...dah la simple sesimple ABC...harus cuba nyh..^_^

ღ BuBBLe WhiTe ღ said...

ouhh suweet nye *_*...dah la simple sesimple ABC...harus cuba nyh..^_^

zura baizura said...

simplenya.nak try juga la..

Addasyuhadadisini said...

nak try buat jugak la nnt..simple je bahannya..

amnaasyfa said...

kalau guna toaster oven,camna nak set?

Mek Onie said...

haaaaaaaaaaaaaaaaa,kemas

Mohd Syaiful said...

Simple tul resipi Cik Epal ehh..

Jangan lupa jenguk :
www.subtips.com

Schu haDa said...

peh 3 bahan jek..dasat betol lah brownies ni

Nanie said...

Wahh, mcm sedap ja, tak perlu letak dlm loyang cupcake ke?

NUR AQILAH RAZIB said...

memang nampak sedap je brownies tu..
Rasanya nak try buatlah lagipun napak senang nak buat.

NUR AQILAH RAZIB said...

memang nampak sedap je brownies tu..
Rasanya nak try buatlah lagipun napak senang nak buat.

Diana Izuan said...

wahhh..nampak sedap & senang nak dibuat! thanks yeah! :)

Farah Najwa Zuher said...
This comment has been removed by the author.
wawawiwiwowo said...

kalau kukus sdp x?

wawawiwiwowo said...

kalau kukus sdp x?

FERROJACK said...

Kakak help me out here!! masalah kita is pada oven. Api bawah dah gonjeng. boleh ke kalau pakai api atas je?

FERROJACK said...

Kakak! Help me out here!!! Api oven bawah dah gonjeng, so boleh ke kite nak pakai api atas je untuk bake ni?

Ejan Norizan said...

nk tnye la....nutella nie mampat or lembot mcm cupcake ek ????

sharina mohd salleh said...

Saya dah buat dah alhamdulilah jadi.. Gune toaster oven je letak high masak 20min terus je sedap dan ranggup nnt saya post gambo

sharina mohd salleh said...

Saya dah buat dah.. Alhamdulilah jadi saya gune toaster oven je letak temp high pastu masak dlm 20min siap.. Nnt bebila saya share gambo..

CikNurFadz said...

KUKUS BOLEH?

Eiyza MaruMaru said...

cam yummy jer .. nak try lhh .. hehe ..

Eiyza MaruMaru said...

yummy ..

AZZ said...

dh try buat sebijik ikut resepi ni
memang menjadik dan sedap
senang banget

Cik Ros said...

peliknya resepi ni sgtlah SENANG

Post a Comment

Susah susah je nak komen. Terima kasih daun keladi, kalau boleh komen lah lagi lain lain entri. muehehe

Click Me !