Monday, June 24, 2013

Origins GinZing

 Kalau korang familiar dengan produk Origins,memang tahu lah produk ni memang dirumuskan dengan bahan-bahan yang disahkan organik dan 100% daripada minyak pati asli. Pada masa yang sama, komited untuk melindungi alam sekitar dan juga menggalak kan kitar semula.



 Kalau pergi mana-mana outlet Origins ni, mesti korang akan nampak tong kitar semula ni.



Aku ni memang addict dengan kopi. Ibu aku ada ajar,kalau nak kulit cantik, guna serbuk kopi untuk dijadikan scrub. Kulit memang terasa lembut je. Sampai sekarang aku amalkan serbuk kopi ni untuk body scrub. Tapi serbuk kopi tu selalu aku gosok dekat badan je lah sebab nak gosok dekat muka memang tak sesuai lah sebab serbuk kopi tu kan kasar. Tapi bila Origins dah keluarkan Ginzing Energy-boosting moisturizer berdasarkan biji kopi, memang aku sangat teruja lah nak cuba produk ni!






 GinZing moisturizer ni ada 3 bahan utama:

-Kafein
-biji chestnut
-ginseng




 Dalam GinZing moisturizer ni ada Panax Ginseng dan kafein yang diperoleh daripada biji kopi. Kalau dah bosan dengan kulit yang letih,pelembap ni boleh "bangun" kan kulit kita daripada keletihan,kulit kusam dan melicinkan lagi kulit kita.



 Bila apply dekat muka, rasa segar je sebab sejuk je kulit .Tekstur nya sangat lembut dan halus. Bau Ginzing moisturizer ni macam oren sebab ia memang gabungan minyak buah anggur,lemon dan spearmint.Bau pon wangi sangat!



 Packaging produk ni semua dibuat daripada bahan-bahan kitar semula atau dikitar semula. Kalau korang nak kebaikan yang asli untuk kulit dan pada masa yang sama nak mainkan peranan untuk melindungi alam sekitar, Origins memang sesuai sangat untuk korang!!



 GinZing moisturizer ni memang sesuai untuk semua jenis kulit muka. Memang suka sangat dengan produk yang natural macam ni. Bila apply je,cepat gila meresap dalam kulit muka,macam tak pakai apa-apa.Bau pon gila sedap! Memang syok lah kulit aku hari-hari diberi layanan istimewa sebegini :D





Adik dan aku


Pergi kenduri kawen pon tak payah mekap tebal nau.





GinZing moisturizer ni sangat melembapkan kulit muka dan muka pon jadi glowing bila selalu amalkan pakai. Suka sangat! Memang sesuai sangat lah dengan muka aku yang kering+berminyak ni (combination skin). So lepas ni boleh lah hang out tanpa perlu make up tebal setebal kamus dewan bahasa.



Harga satu jar ini adalah RM100 untuk 50ml.Untuk satu produk yang 100% semulajadi dan organik, harga nya sangat berpatutan kalau nak dibanding kan dengan big brands dekat luar sana kan??




It will be available at all Origins Retail Stores and department stores.
More info: http://www.origins.com/_efb/GinZing_Sample/my





p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)

8 comments:

  1. pertama kali dengar nama produk nie. :)

    ReplyDelete
  2. sangat cantik & flawless kulit cik epal.

    ReplyDelete
  3. Haish jealous tgk muka cik epal yg bersih licin gituu!! Huhu

    ReplyDelete
  4. salam cik epal. nice info
    Bagus utk para remaja. agaknya remaja senja mcm ML ni boleh guna x...hehehe.. :)

    rupa adik cik epal seiras jugak..dan sama cantik :))

    ReplyDelete
  5. ha'ah prnah dgr gak pasal ORIGIN nie kakakakaka.. Comel kakak sikit drp adik..


    taik lalat manis ke atas bibir adik tu ? kekekehh...

    ReplyDelete
  6. ce pakai ni ke? kalo betol hasil dia cm muke ce opkos g beli skrgggg

    ReplyDelete