Sunday, June 30, 2013

Neelofa dan kelapa bakar

Haritu aku pergi The Curve. Sekali tengok ada sorang awek ni dok usha je aku.




"eh apahal lak dia ni pandang-pandang aku?" getus hati kecil ku ini (tak payah nak getus menggetus macam ayat novel sangat lah kan)



Aku pon pandang lah awek tu balik. Eh macam pernah nampak dekat tv. Laaa Neelofa rupanya. Tetiba Neelofa datang dekat aku dengan lenggang lenggok nya. Tetiba dia tegur aku


Neelofa: eh ni cik epal blogger tu kan?

CE: ermm ha ah. You ni siapa eh? Muka macam pernah nampak ah. *saja pura-pura tanya balik*

Neelofa: Nama I Neelofa. Boleh panggil i Lofa je. I selalu baca blog u tau! Jom ambil gambar!! *tangan gigil keluarkan phone nak ambil gambar dengan aku*

CE: emm ok.


*KELIKEK* (Bunyi phone Neelofa snap gambar)




Ouh tak sangka Neelofa selalu baca blog aku dan lagi tak sangka kalau ada yang mempercayai cerita aku di atas. wakakakaka :D



Ok dah habis cerita Neelofa. Lepas jumpa Neelofa tu,aku pon balik. On the way nak balik tu kan tetiba tekak haus. Nak cari Petronas nak beli air tak jumpa pulak. Sekali nampak gerai ni.





KELAPA BAKAR ??? 


Ha?? kelapa bakar?? Biar betik??? Memang betik engkooo.Wahh nampak macam menarik. Jom cuba! Terus aku stop di gerai itu. Tepi jalan je.


Mula-mula aku ingat kan nama owner ni BAKAR sebab tu dia bubuh nama Kelapa Bakar tu dekat kedai dia kan. Macam Cendol Bakar tu. Mati-mati lah aku yang naif,innocent dan sesuci lebaran ni ingat cendol tu di bakar,kalau bakar cair lah kan cendol itu. Rupanya nama kedai je Cendol Bakar. Tapi berbeza dengan kelapa bakar ni sebab Kelapa Bakar ni memang betul-betul di bakar kelapa nya!! Dah ala-ala Kanye West dah warna kelapa ni aku tengok.





Rentung habis lah kelapa ni bila bakar. Order ah kelapa bakar sebab nak rasa kan. Akak kedai ni bagi lah satu cawan air kelapa bakar dan satu mangkuk ais. Datang je air kelapa bakar ni,tersentuh pulak aku dekat cawan nya, terkejut aku. Panas wehh.



Pastu sedut sikit air kelapa bakar nya.




"Wekkkk tak sedap nya. Rasa macam air ubat. Payau macam air ubat campur dengan halia.Oh tidakkk kenapalah aku boleh terberhenti nak minum dekat gerai ni" Tak pasal-pasal aku buat muka cencorot di situ.



Nak mencuba benda baru kekdahnya. Last-last menyesal.Pasni order air kelapa biasa je lah,lagi nyaman. Ini memang first and last lah aku minum KELAPA BAKAR. Tapi tak tahu lah kalau ada yang berminat sebab tekak orang kan lain-lain. Mana tahu tekak korang boleh terima pulak kelapa bakar ni :)



ok bye!



p/s: Kalau nak baca blog cikepal06.blogspot.com tanpa loading yang lama. Boleh search dan follow dekat imotiv (dulu nuffnangX). Apps baru,pastu nak baca blog memang laju gila loading. Boleh download apps ni dekat phone! :)

31 comments:

  1. Terpercayaaa cerita lofaaaa,cissss!!haha

    ReplyDelete
  2. Hahahahahahahahahahahaha. Dah takleh nak habaq macam mana. Macam ni je lah yang eyja mampu bagi. Hahahahaahahahahhahahaahahahahhahaahah adoii CE ni

    ReplyDelete
  3. Baru ni pn ada try makan arabiatta spaghetti konon nak cuba benda baru..hampeh, tk sedap..spaghetti meatball jugak yg sedap..tak suka kalau cuba benda baru then menyesal..huk3
    cikepal vs lofa, cikepal lagi cun..hehe

    ReplyDelete
  4. fulamakk..glamour lah akak.. xkusangka xkuduga,hee..

    ReplyDelete
  5. wao! glemernya Cik Epal kita ni. Neelofa yg tegur tue~~ wah! caya lah. :D

    ReplyDelete
  6. fuyooo.. hahahaha... btw, kelapa bakar tu.. xpernah try lagi. hahaha.. :DD

    ReplyDelete
  7. eh! macam kenal je gerai kelapa bakar ni. kat tepi jalanraya kat subang an? hmm, sbnrnya mmg tak sedap pon. please jgn try tau bagi sapa2 yg terasa nak try..

    ReplyDelete
  8. Tak sangka boleh TERpercaya pasal Neelofa tue. Menyesal baca entri nie. Kbai! Kahkahkahkah! :D

    ReplyDelete
  9. wow....hebatnye uolss...neelofa nak tgkap gamba ngn uolss gituw...hikkk...suke tgk keek neelofa...sbb drpd keek dy br nmpak yg neelofa sgt ok sbnr nye..tak gedik pon...

    ReplyDelete
  10. seumur idup tak penah try kelapa bakar...huhu....jom minum kelapa goyang (coconut shake)....hehehe

    ReplyDelete
  11. Saya pn 1st time minum kelapa bakar tapi minum panas2.. Pakcik kedai tu ckp boleh buat ubat utk badan dgn syarat jgn minum kelapa bakar dgn ais..minum panas2..

    ReplyDelete
  12. Saya pn 1st time minum kelapa bakar tapi minum panas2.. Pakcik kedai tu ckp boleh buat ubat utk badan dgn syarat jgn minum kelapa bakar dgn ais..minum panas2..

    ReplyDelete
  13. Kesian tertipu!

    Air kelapa dah bakar cam gitu tentulah payau semacam kan?

    ReplyDelete
  14. hihi...mmg takkan cube la kelapa bkr tu..tgk kaler pun da gerun.hahaha

    ReplyDelete
  15. saya dengan naifnya percaya yang anda cakap...haha..ada kah tanya U sapa? kat neelofa...mmg lawak..haha

    ReplyDelete
  16. Tipah tertipu terpercaya cerita cik Lopah.

    ReplyDelete
  17. perghhhhhhhh eden tertipu sudahhhh.. hahahahhaa...

    apapun baru first time tahu kelapa bakar tu... tetiba tekak ni rasa nak try

    ReplyDelete
  18. chisssssssssss.!.buat gmpak je.hahah.prcya sudaa

    ReplyDelete
  19. OMG...terpercaya..
    *dush..*dus..tumbuk diri sendiri
    hahahhaha

    ReplyDelete
  20. Hahaha, mati2 memang dah percaya cerita dgn Lofa tu, hahaha...

    Btw, tak dapat imagine mcmmana rasa kelapa bakar tu... Mesti pelik gila...

    ReplyDelete
  21. kelapa bakar mmg xsdap tp sgt bgs utk kesihatan.slalunya org minum utk buat ubat.lgpn mana ad ubat sdap.

    ReplyDelete