Wednesday, June 12, 2013

Movie yang best dan tidak best untuk ditonton di panggung

Aku ni memang suka nau tengok movie dekat cinema. Kadang-kadang tu sampai pergi panggung, dah tak tahu nak tengok cerita apa sebab semua cerita dah tengok. . Kalau ada sesiapa nak tengok wayang tapi tak tahu nak tengok cerita apa, meh lah nak suggest sikit cerita apa yang best dan tidak best pada selera aku. Tapi movie yang tengah main kat panggung sekarang je ah nak review sesikit




KIL

Antara filem melayu yang buat aku tertarik nak tengok. Sebab utama nya adalah kerana trending dekat twitter.Padahal aku dapat premiere screening cerita ni,tapi tak pergi sebab nak dekat exam. Kalau tak, boleh bertentang mata dengan Redza Minhat. kihkih



KIL ni singkatan nama hero dalam cerita ni (Akil). Cerita pasal si Akil ni nak bunuh diri.Untuk cerita melayu,aku rasa cerita ni unik lah. Gambar pon cantik. Pelakon yang berlakon pon semua jenis sempoi jahh. Tak boleh ah nak cerita lelebih. Kang tak surprise lah. Tapi cerita ni best untuk ditonton!


Kesimpulan nya, best ke tidokkk cerita ni??

Menarik untuk ditonton! Pergilah tengok.




NOW YOU SEE ME

Cerita ni memang gempak. Cerita pasal magic. Berbaloi lah kau bayar tiket sebab boleh tengok movie sambil tengok magic. 2 in 1 gituww. Cara depa buat magic stylo gila. Selamba tenuk depa je pergi curi duit dekat bank berjuta-juta then bagi dekat semua penonton yang datang tengok depa punya show. Polis kejar pon boleh rilek-rilek lagi. Ending pon macam tak boleh disangka jugak. Macam tak sangka lah orang yang bodo-bodo rupanya yang paling otai dalam dunia magic ni.


Kesimpulan nya, best ke tidokkk cerita ni??

Best nak meninggal! Magic semuanya stylo. Serious tak membazir duit kalau tengok cerita ni.







HUMMINGBIRD

Cerita pasal bekas askar yang homeless. Pastu jumpa dengan nun then tangkap cintan. Cerita ni slow lah. Aku nak cerita pon macam tak best je.


Kesimpulan nya, best ke tidokkk cerita ni??

Tak best sangat. Menguap jugak ah bila tengok





THE GREAT GATSBY


Cerita ni pasal seorang jutawan dan identiti nya sangat misteri.Ada lah jugak part curang-mencurangi dan cinta agung. Suasana dalam cerita ni cantik lah.Memang penuh dengan warna warni. Tetiba Amitabachan pon terselit dalam cerita ni. Mana datang tah, tetiba je ada. 



Yang best nya aku tak tengok sampai habis pon cerita ni sebab 15 minit terakhir nak habis cerita ni tetiba panggung blackout.Boleh?????  Dah ah tengok 3D,lima belas hengget.Kau bayangkan,tengah syok-syok layan cerita, tetiba panggung blackout. Hangin tak? Then nasib baik lah boleh tebus duit balik dekat kaunter.So aku tak tahu ending cerita ni macam mana sampai sekarang. Nak tengok balek kali kedua macam malas.



Kesimpulan nya, best ke tidokkk cerita ni??

Best lah kot. Tapi aku tetap hangin sebab panggung blackout time tengok cerita ni dan ini lah kali pertama terjadi dalam hidup aku bila tengok wayang,panggung blackout. Minit-minit terakhir yang penting pulak tu time blackout tu. Tapi nasib baik orang gsc tu mintak maaf dan dia pulang duit balek. Ada kesilapan teknikal katanya. Wayar shot apa ke benda tah.





THE HANGOVER PART 3


Cerita ni kelakar lah jugak. Yang tengah-tengah dalam poster ni lah yang paling kelakar. Yang kiri tu handsome weh muka macam Hritik Roshan sesikit.Diorang ni kena tangkap Leslie Chow tapi diperbodohkan lah pulak oleh si Chow tu. Time nak merompak dan kantoi salah rompak tu part paling kelakar aku rasa.


Kesimpulan nya, best ke tidokkk cerita ni??

Best, kelakar. Boleh lah layan untuk hilang stress


AFTER EARTH

Gila hazabbbbbbb cerita ni. Memang hazabedah sungguh! Menguap-nguap macam badak bila aku dok tengok cerita ni. Pelakon boleh tahan terkenal tapi plot cerita ni sangat lah tak best.


Kesimpulan nya, best ke tidokkk cerita ni??

Tak best! Membazir duit engko je layan cerita ni.




FAST & FURIOUS 6

Fast 6 ni banyak cerita pasal cinta agung Letty dengan Dom. Tapi Fast 5 lagi best ah bagi aku. Cuma ada gak ah part macam tak logik bila Dom sambut Letty yang hampir nak mati terjun gaung dan aksi-aksi di kapal terbang.



Kesimpulan nya, best ke tidokkk cerita ni??

Boleh lah dilayan jugak cerita ni daripada kau tengok After Earth yang tak best itu




PEE MAK


Cerita hantu Thailand. Oiiii cerita ni kelakar gila wehhhh! Tolong lah tengok. Memang kelakar nak meninggal! Nampak je macam cerita seram, tapi cerita ni tak seram lansung. Gelak guling-guling bila tengok cerita ni,satu panggung gelak macam langsuir. Jangan risau, hero dan heroin sangat lah cantik dan handsome.Yang gambar bawah 4 orang ni kan,yang kiri sekali tu macam Fizz Fairuz kan?? Yang rambut macam sup bunjut ada putih-putih dekat rambut tu muka macam Wahid Senario pon ada gak bila tengok cerita ni. Alahh retis Thailand ni tak jauh beza pon muka nya dengan retis Malaysia . Heroin cerita ni kadang-kadang ada ah nampak macam iras Juliana Evans sesikit.


Dari awal cerita sampai nak habis asyik gelak je bila tengok cerita ni but towards the end cerita ni dah jadi macam sweet pulak. Walaupun agak merepek kalau difikir dengan fikiran logik,tapi best lah untuk dilayan


Kesimpulan nya, best ke tidokkk cerita ni??


Best sangat-sangat! Banyak-banyak filem yang aku cerita dekat atas ni, PEE MAK ni paling best! Kalau tak percaya, cuba korang tengok. Memang kelako!



===============


Ok tu je lah movie nak review (tapi tak ada lah macam review sangat haha) Harap anda dapat buat pilihan yang bijak untuk menonton. K Bye!






29 comments:

  1. PEE MAK mmg best! Sakit jiwa duduk dalam panggung gelak. Huhu.

    ReplyDelete
  2. hamikkkkkkkkkkkkkkkkkkkk! 1 entri ada 8 review....

    ReplyDelete
  3. dalam byk2 yg cik epal review satu je yg sy dah tonton...fast furious 6.Bikers kental cik epal tak tonton ke?sy dah tonton...best jg la...lawak.

    ReplyDelete
  4. dalam banyak2 movie yg CE review ni, yang paling terkesan kat hati movie Pee Mak, sebab suka cite kelakar. pastu movie the hangover part III dgn movie now u see mee. thanks CE hehe

    ReplyDelete
  5. hahaha cerita fastfurious tu best la action .. kalo nak yang xlogik lagi pi la layan movie tamil hahaha
    http://www.kucinghitam.net/

    ReplyDelete
  6. kalau la ada cinema kat kelate nih,, hehe

    ReplyDelete
  7. Sume tak pernah tgok sbb xde masa nak g wayang. Tp yg 2nd tu macam best jer

    ReplyDelete
  8. Ingtkan filem m'asia bila tgk poster pee mak rupe2 filem thai.

    ReplyDelete
  9. nak tengok wayang jugak!! nak tengok PEE MAK!! huhuhu..

    http://madamoiselleayuslittletalks.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. KIL memang lain and seronok nak tengok.

    Fast 6 ok la tapi dah lari dari tema asal. Lumba haram.hehe

    Terasa gak nak tengok Now You See me..hehe

    ReplyDelete
  11. semua cerita yang akk review ni ena tak pernah tngok lgi.. dah lama tak tengok wayang! sob sob sob

    ReplyDelete
  12. Tetibe banyak pulak list movie yg nak ditengok ni.. Hehehe.. Thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  13. comel la cik epal ni... mohon berkenalan dengan lebih lanjut

    ReplyDelete
  14. adehhh laa sume muvie blom tgk pon lagik...

    terbaekk laa Cik Epal bt review cmgini senang nk pilih muvie mne yg bestt..hehehe :p

    ReplyDelete
  15. haha. review cerita sempoi je. gelak2 sndiri baca. mcm memang kena tgok je Pee mak ni.

    ReplyDelete
  16. banyak pilihan..semua belum tengok lagi....

    ReplyDelete
  17. boleh pulak aku tertidur time tgk after earth . mmg borink :3

    ReplyDelete
  18. After Earth memang tak best! huhuhu ngantuk!

    ReplyDelete
  19. fae nak tgk hangover and now you see me hehehe

    ReplyDelete
  20. wahhhh...dah la dekat Kelantan xda cinema, nie yang buat rasa x sabar nak rembat DVD banyak2 neh

    ReplyDelete
  21. hehe, sangat2 membantu! memg pln nak p tgok wayag ni,

    ReplyDelete
  22. SEmua movie dah tengok . rajin cik epal masuk panggung :p

    ReplyDelete
  23. thanks cik epal! nk tgk now you see me ngan pee mak...heeee

    ReplyDelete
  24. btol!sama cam fizz fairuz haha..

    ReplyDelete
  25. btol la!sama cam fizz fairuz haha...

    ReplyDelete
  26. cik epal,ada tak link nk tgk citer KIL?boleh x cik epal share?please...

    ReplyDelete