Wednesday, June 19, 2013

Apa perasaan korang bila tengok video ni??

Astaghfirullahala'zim. Pelik tengok perangai sesetengah budak zaman sekarang ni. Aku pon tak tahu graviti apa yang menarik aku untuk up entry ni,tapi rasa sebak bila tengok video ni. Kalau budak tu rasa apa yang dia buat ni kelakar dan boleh gelak-gelak lagi, tapi bagi aku apa yang dia buat ni tak kelakar lansung!


Sebak tengok orang yang tak bersalah dilempang macam tu. Tengok raut wajah orang tu pon ketakutan. Dia tak kacau orang pon. Dok diam tidur situ je. Tetiba pulak budak ni kacau dia tidur,siap lempang kepala orang tu lagi. Kesian.


Kalau dia pengemis pon kenapa? Dia tak pukul kepala orang pon kalau tak nak bagi duit dekat dia kan?? Sebak mengenangkan adab segelintir budak-budak zaman sekarang ni. Bukan nak mengaibkan budak tu,tapi ingat lah hidup ni macam roda. Kadang-kadang kita dekat atas,tapi sekejap je boleh tergelincir jatuh dekat bawah.



Semoga Allah turunkan hidayah kepada dua insan itu supaya menjadi insan yang lebih baik.


36 comments:

  1. moga dia d beri ptunjuk dan hidayah...aamiin

    ReplyDelete
  2. jaaaaaaaaaaahaaatttttnyeeeee...sian pakcik tu..takut2 muka dia...huhu

    ReplyDelete
  3. ya Allah.. apa nak jadi budak2 skrg. suke2 hati dia je buat camtu. -_-

    ReplyDelete
  4. astaghfirullahaladzim..budak budak ni....

    ReplyDelete
  5. betul tu .. nanti bila batang hidung sendiri dah kena .. baru tahu ... sebab tu kkadang org kata , apa yang kita rasa sekrang ni adalah hukuman kita pada silap kita masa lalu ,, muhasabah diri

    ReplyDelete
  6. tak tgk pun, sebab aku tahi tauhu, muka je brutal.

    ReplyDelete
  7. ameen. ape punya perangai ni, elok letak zoo je.

    ReplyDelete
  8. And macam bangga pulak siap upload kat YouTube. What were they thinking?

    -Honeybee
    http://herweightlossdiary.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Ci Epal, yg tu laki dia pakai hood. Rasa geram bila dia buat mcm tu. Kesian tengok muka pengemis tu. Grr!

    ReplyDelete
  10. Tak baik buat cenggitu.. kesian kat org tu..
    Hidup ni ibarat roda.. ada masa kita kat atas.. ada masa kita kat bawah..
    Kita doakanlah moga budak tu insaf dan moga mereka menjadi insan yang lebih baik.. insyaAllah..

    ReplyDelete
  11. apa motif sebenarnya dia buat macam tu -__-.x kelakar ok.

    ReplyDelete
  12. Nak nangis, uuuuh sampai hati~

    ReplyDelete
  13. sedihlaa..

    pukul 1 hal siap ambik video lagi..

    ReplyDelete
  14. Astaghfirullah. Semoga mereka diberikan hidayah olehNya.

    SaturdayBrunch

    ReplyDelete
  15. Bangga dengan kebodohan dan keaiban sendiri. Apa la nak jadi ngan budak2 sekarang ni.. Ish3...

    ReplyDelete
  16. akak penah tgok vid dr luar. lelaki tu akan simbah air kat org pastu lari. contoh. konon nak melawak tapi cara kasar.

    adakah dorg ni pun terikut jgak..?

    ReplyDelete
  17. 'kesian' btul bdk tu....btul2 kurang 'ajar'...entah apa la yg dia fikir smpai sanggup buat mcm tu...

    http://jumnutriblog.blogspot.com

    ReplyDelete
  18. CE,itewww tak sanggup nak klik play T_T

    ReplyDelete
  19. ya Allah, ena rasa meruap sangat! nauzubillah! semoga budak lelaki tu cepat bertaubat.. Kesian pakcik tu, dia tak bersalah apapun... MasyaAllah

    ReplyDelete
  20. budak2 ni sebenarnya adaalh PENGEMIS .....

    ReplyDelete
  21. astaghfirullahalazim, nape dorang seronok sgt buat camtu? kalau kena kat parents dorang cemana? Ya Allah, kesian tgk uncle tu :'(

    ReplyDelete
  22. Jahat giler la perangai org mcm ni..

    Info : http://www.subtips.com

    ReplyDelete
  23. yakin..setiap kebaikn akn dbls dgn kebaikan...dn bgtulah sebaliknya.budak yg buat ni pasti akn merasa nya suatu hr nnti..watch out!Allah itu ada........:-)

    ReplyDelete
  24. la ni budak2 muda memang cam tak dak adap..seriously, sy masuk cc br ni dalm 15 minit, dengaq depa mencarut sj..tak malu betoi..anak sapa tak tau

    ReplyDelete
  25. biadap sgt tu...xpe kali nie dia buat org next time org lain plak buat dkt parents dorg...tu pn kalau diorg ade parents la..

    ReplyDelete
  26. Budak skrg ni pendek akal. lg canggih dunia kita. makin rmai anak muda yg xde moral dan harga diri. sejak kblakang ni, bleh capai apa sj maklumat dunia, mkin adat dan budaya dtolak tepi. rasa diri hebat!! siap tayang kat dunia. sdgkan x sedar mbodohkn diri. Memalukan kaum keluarga sendiri!

    ReplyDelete
  27. astaghfirullahaladzim.. teruknya diorg ni..

    ReplyDelete
  28. Budak zaman sekarang makin lame adab makin tak terjaga, tak tahulah pengaruh kawan2 atau diorang kurang kasih sayang kan, that's why jd macam ni kot

    ReplyDelete
  29. Kesian pengemis tu. Adehh, kenapala dorang tu..

    ReplyDelete
  30. rasa mcm nak bg penyepak ja kt muka depa 2.. x rs bersalah kew if mak bapak dorg kena mcm 2? mudah2an Allah mblsnya...

    ReplyDelete
  31. Astaghfirullah hal adzim.. Dah buang tebiat, ke, budak-budak tu? Orang tu dok diam-diam tak kacau orang, ditampar pula. Memang. Sikit pun tak kelakar ape yang dia orang buat. Semoga Allah beri petunjuk pada mereka.

    ReplyDelete
  32. aik? pelik !,mcm mna kowang tngok vdeo clip tu?,yg 2 ekoq tu budak2 ka?.nak kata budak tapi besaq dah..awal2 tngok aku ingt yg record tu setan dan yg excited lebih dgn plan si setan tu pulak ibleh..aku salah tngok laa ni..adess.
    xpa la mudah2han si pengemis tu x menyumpah apa2 kt budak2 tu,,
    klau x,,,aiman xtawu le nk mnjawab nye,,huhu,

    ReplyDelete