Friday, June 14, 2013

Alhamdulillah. One step forward ( bertunang )

Hari ni bersamaan birthday aku (14 JUN). Aku telah buat satu kerja gila. Jalan-jalan pergi mall pakai kain batik. Dan dia pakai kain pelikat.




Ni semua angkara si SS aka encik ami ni haaa ajak aku buat kerja gila. Sebenarnya saja je nak buat kelainan sikit sempena birthday aku ni. Selalu keluar pakai macam biasa. Hari ni kita martabatkan budaya melayu kita dengan memakai kain pelikat dan kain batik. Baru lah melayu totok kekdahnya.


Rancangan asal nak pergi Mid Valley tapi dekat mid cerita Man Of Steel full pulak. Pergi lah one utama





Dan inilah hasil nya!!



Kebetulah birthday aku 14 JUN today jatuh hari jumaat. Ada lah pulak suara-suara sumbang yang komen lebih kurang begini "alahh hari jumaat berani lah pakai kain pelikat sebab baru balik solat jumaat"


Walaupun hari jumaat, tak ada lah pulak nampak lelaki lain selain dia ni jalan-jalan dalam mall pakai kain pelikat. Kalau dekat KLCC ye lah kan ada masjid situ. Dekat OU mana ada masjid dalam tu. Pastu nak cabar buat hari lain pulak dah. Adoiyaiii malas pulak nak melayan,kitorang buat just for fun je sempena birthday aku. So layannnnn je lah. Kalau 14 Jun tu jatuh hari Sabtu pon kitorang selamba tenuk je pergi mall pakai macam ni. Apa ada hal?? :D







Sampai-sampai terus beli tiket wayang Man of steel. Itu pon panggung penuh. Tinggal seat depan jahhh.



Kau mampu beli tiket wayang dekat mall pakai kain pelikat dengan buat muka selamba badak sumbu sebegitu??




Pastu pergi beli ice cream pulak :D

Datang Baskin Robbin ni, 2 aiskrim ni je lah yang memang selalu aku pilih. Cotton candy dengan paraline n cream. Tapi cotton candy habis, ada cotton candy wonderland. Perasa baru katanya. Sedap gak


Perasaan merayau dalam mall pakai kain batik dan kain pelikat ni best jugak. Best lah tengok gelagat orang pandang slek dekat kita. hahaha. Ingatkan hari ni dekat One Utama tak ramai, tapi ramai jugak orang. Malu kotttt buat kerja gila macam ni. Aku segan lah jugak. Si SS tu memang tak tahu malu. Mat saleh kalau datang Malaysia ni rilek je pakai kain pelikat/kain batik lepak-lepak dalam mall,kita nak malu apahal??


Tapi malu ah jugak hahaha kalau muka aku macam Juliana Evans tak apa lah kan. Mesti orang ingat aku minah saleh jalan-jalan bercuti dekat Malaysia saja nak pakai kain batik sebab berangin. Tak ada lah orang nak pelik sangat. Tapi ramai jugak budak-budak yang gelak kan kitorang tadi. Tapi ada aku kesah???



Sebab utama nya lagi aku menyahut cabaran ini adalah sebab si SS kata kalau aku buat, dia nak bagi hadiah besar punyaaaaaaaaaaa. Aku dengar benda besar-besar ni aku seram dah. Jangan lah kau bagi teddy bear besar tu, sorry aku tak berminat sangat dengan beruang besar badak ni. Tolong lah bagi benda yang berguna sikit dekat aku ni haa. Dah habis cabaran, terus dia keluarkan hadiah dari bonet kereta time hantar aku balek rumah




Tadaaa! Ok besar lah jugak.



Yang tak tahan siap letak price hokayyy dalam kotak! Gila riak takabbur mamat ni. Kalau hadiah rm4000 sedap lah jugak letak price sekali kan dalam kotak tu. haha. Nasib baik hadiah nya aku suka jugak. Kira berbaloi lah merayau dalam mall pakai kain batik semata-mata nak dapat hadiah engko ni :D




and thanks Nuffnang untuk birthday card ni! Setiap kali birthday, mesti Nuffnang akan bagi kad punya. I lap u lahhhh muehehe



Ucapan-ucapan from nuffies! Thanks uolsss! :D



=================================



Ok itu cerita pasal birthday, ni nak cerita pulak pasal hari pertunangan aku. 

Bab bab mengayat memang serah dekat dia ah





Ok dah lama dah sebenarnya aku bertunang. Tapi tak ada ah lama sangat. Bulan 4 haritu lah. 21 April 2013. Nasib baik masa update instagram tu aku bubuh tarikh sekali dekat gambar tu,kalau tak aku pon lupa bila aku bertunang.Saja je nak cerita dekat blog pasal bertunang time birthday aku ni. Baru lah nampak macam special sikit walaupun macam tak ada kena mengena




Aku bertunang memang sempoi gila. Tak buat majlis,pakai baju raya tahun lepas,hantaran pon tak ada. Dia je lah bagi aku benda sikit,aku lansung tak bagi apa-apa hantaran dekat dia. haha Urusan pon antara family aku dan family dia jahhh. Bagus jugak tak payah aku nak tension nak cari baju,cari hantaran dan buat majlis bagai. Bila aku update gambar kek tunang dekat instagram aku, kawan-kawan aku pulak dok wassap nak tengok gambar tunang.





Dan ini je lah gambar tunang yang aku ada. hahahaha rare tak rare lah kan. Ni pon nasib baik lah ayah aku snap time mak dia sarungkan cincin. Kalau tak,harammm satu gambar pon tak ada.



Ni pon buat sekaligus. Merisik dan bertunang. So dapat lah 2 cincin serentak. Aku memang tak nak berhabis duit pon time bertunang ni. Sebab tu memang buat se sempoi yang boleh. Family aku dan family dia pon setuju. Kitorang lagi lah on je kan. Lagi pon bertunang je, tak payah nak grand sangat lah. Buat grand or tak, title aku sama jugak, tunangan orang hehe


Now memang tengah mengusha lah photographer,baju kawen,tukang mekap and etc untuk nikah nanti. Tapi tak ada ah buat persiapan lagi. Usha je lah sesikit. Nikah mungkin awal bulan tahun depan kot. Doa kan lah semuanya berjalan dengan lancar hokayyyy.Pejam celik pejam celik dah nak tahun depan jugak ni. Kejap beno masa ni berlalu.



Meriah kan aku bertunang?? hahaha. Sekarang saya berdarah manis!! Jangan jeles sebab awak berdarah pahit. ngeeeeeeeeee



ok bye!

56 comments:

  1. sempoi giler pergi mall pakai kain pelekat!! time tgok kat instagram serious pika terkejut..hahaa..sempoi la..cik epal dgn tunang!!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    wah, cik epal dah bertunang. Tahniah ye kak. Tapi bab kain batik dan pelikat tu, tak ada lagi yang berani pakai. Kak je yang berani.sumpah tak boleh bla. hahaha.

    ReplyDelete
  3. memang rare sgt pakai kain pelikat n kain batik, caya lah CE dgn SS haha

    dah jadi tunangan org rupanya, semoga jodoh berpanjangan dan kekal selamanya :)

    mana resipi nutella oreo cheescake, dah lama tnggu ni. terliur tgk gambo kat instagram tadi.

    ReplyDelete
  4. tahniahhhh! semoga hubungn hingga ke jinjang pelamin dan akhir hayat =)

    ReplyDelete
  5. Happy Belated birthday cik epal! ^_____^ Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dan happy disamping SS terchenta..Akak tunang mmg best la! nnt tunang nak buat camtu jgk lah.hihi :P :D

    ReplyDelete
  6. TAHNIAHHHHHHH!!!!!!!!!!!!! cik epon da tunang....

    ReplyDelete
  7. wahh. tahniah cik epal. sila jemput kawin nt yeeeeee. memang rare pakai gitu g mall. mesti ramai ikut nt. hee.

    ReplyDelete
  8. Ya ampunnnnnn..mmg keje gilaaaaa!!!!!!bhahaha..kawen jgn lupa jemput org sekmpg ni haaaaa :p

    ReplyDelete
  9. Tahniah cik epal dah jd tunangan orang gitteww
    Oh dan happy birthday!

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..congrats cik epal. uolls mmg sempoi lah,hihi

    ReplyDelete
  11. tahniah cikepal . moga cepat dapat cucu ^^

    ReplyDelete
  12. Selamat pengantin baru cik epal....ehh...baru tunang eks?..ok ok , selamat bertunang's....Tahniah!!!

    ReplyDelete
  13. memang sempoi lah...xpe cik epal majlis tunang bt simple2 sudah..t kawen bru ar grand2 sikit..tahniah ye dah berdarah manis,,,

    ReplyDelete
  14. hahaha ini rare and funny and terbaik! :DD anyway HB! :D

    ReplyDelete
  15. alaaa cik epal xkan tunjuk kotak je.. nk gak tgk hadiah ape tuuu 400rat lebihhh weeee

    ReplyDelete
  16. sempoi laa kakaak epal..terbaik..semoga berbahagia dgn tunang akak.. Aamiin.

    ReplyDelete
  17. Mun dah slim gilaaaaa!!
    #Selamat Bertunang dan selamat berdarah manessssss.

    ReplyDelete
  18. Congrats kak moon! At last, kejap je lg nak jadi wifey orang. Hehe.

    Happy birthday sis. :)

    ReplyDelete
  19. Happy Birthday to us, dear twin!

    Tapi aku tau kau lagi tua. So, jom kira kedut! mwahahaha

    ReplyDelete
  20. patutlah semakin berseri haa akak ni! sempoi la,pasni bole try,bt kt mesir ni xtaula rare ke x,hahaha..
    btw congrats! :)

    ReplyDelete
  21. haha sempoi je cik epal n tunang ;p

    ReplyDelete
  22. happy birthday cik epal....
    mmg korang berdua sgt berani and sempoi... cayalah :)

    ReplyDelete
  23. Selamat bertunang Cik Epal...Memang sempoi habis pakai kain batik dan kain pelekat. Hehehe

    ReplyDelete
  24. Dulu gaduh gila2, sekarang dah bertunang, lepasni nikah, in sha allah...kalau jodoh tak ke mana kan? Tahniah CE dan SS!!!

    ReplyDelete
  25. tahniah cik epal, ehh, tak sabaq nak panggil puan epal ni, haha, pape un, hepi birthday! sgt2 teruja tgok org pakai kain batik dlm mall tu, kalau saya la, takut terlondeh, hehe, ni pakai kain batik ada getah pe? haha

    ReplyDelete
  26. cik epal comel !! tahniah !! suka suka!! :D

    ReplyDelete
  27. Al-hamdulillah dah jadi tunangan oranggg... Tahniah. Btw, memang syiok gak nengoknya ke mall berpelikat cenggitu. hihihihiii.. Pernah gak buat 'jaman dolu-dolu' berbaju tido bagai(pyjamas) tp tgk late nite movie dekat mall yg tak 'femes' laaa..

    ReplyDelete
  28. Cik Epal, salute la uoll...sempoi pluss relax giler pakai kain batik n pelekat pg mall..hehehe

    Like uoll sejuta kali .... Neway tahniah for ur engagement.

    ReplyDelete
  29. tahniah cik epal dh selamat jadi tunangan org..dan happy besdayy

    ReplyDelete
  30. ck epal bertunang time besday ktaaa...wahhh....memang ingat la sampai bila2 nie

    ReplyDelete
  31. Happy Besday & Tahniah! ha.ha.ha.. tak boleh blah betul la, tak pe tahun depan punya besday pakai baju kelawar plak yg lelaki pakai kain batik cam org Tganu hua.hua.hua.. ada bran? mak malu nak buat kik.kik.kik

    ReplyDelete
  32. HAPPY BELATED BESDAY CIK EPOL..HIHI..N HAPPY BELATED ENGAGEMENT JUGAK..MAY ALLAH BLESS U ALWAYS..^_^

    ReplyDelete
  33. sempoi giler pakai kain pelikat n batik prgi mall...tabik springgg..!

    anyway,tahniah cik epal sbb dah jadi tunangan orang :)

    ReplyDelete
  34. hahhaa...lawak2. tp, mmg style cabaran ss. ngan selambanya pakai kain pelikat. cik epal nmpak ayu ja pkai kain batik. hee~

    btw cik epal, happy birthday :D saeng il chukka haeyo. smoga dpnjangkan umur dlm kbaikan n dlmpahkan rzeki yg halal. smoga brjaya di dunia n di akhirat n tbah, sbar hdapi dgaan hidup. may Allah swt bless u :)

    n thniah (chukka haeyo) sbb cik epal dh jadi tunangan org. majlis yg simple. bagus2. x mmbazir. sokong cik epal :D

    ReplyDelete
  35. tahniah la cik epal dah bertunang pon..darah manis gitu..hehehe! cam lawak plak pakai kain batik dalam mall...tapi kain batik tu tak la nampak pelik sangat sebab corak dia shantek..tapi kain pelikat tu memang rare kot! hahaha! anyway salute la sebab berani ;)

    ReplyDelete
  36. tahniah dan selamat bertunang =D

    ReplyDelete
  37. heppy belated besday sis..

    yang part pakai kain batik pi mall tu,hihi akak tak sanggup dik..memang tebal 10inci muka tahan malu rasanya..hihi..

    tahniah yer, moga sampai ke jinjang pelamin..

    ReplyDelete
  38. tahniahhh...and hepi belated birthday,,, kain pelekat jalan2 mmg sempoi gilerr

    ReplyDelete
  39. Wah, lamanya tak datang sini sejak delete blog lama..kini aku kembali berblog, tak sangka Cik Epal dah tersangat famous sekarang..

    Tahniah, semoga hubungan kekal hingga ke jinjang pelamin..amin

    ReplyDelete
  40. happy belated birthday cik epal :)) sweet je memasing pakai kain batik. cantik la cik epal.
    btw, tahniah dh jd tunang org. darah manis.

    ReplyDelete
  41. cik epal! tahniah. dah tunang rupanya. kawen jgn lupa jemput. ingat lagi tak ni?heehe

    ReplyDelete
  42. Tahniah Cik Epal & SS. you are glowing! XX

    ReplyDelete
  43. kelakarnya dik epal;-)tp kain batik u still cantik

    ReplyDelete
  44. Hepi birthday cik epal! Dah tua..haha.sempoi lah tnang cik epal,btw cik epal cntik!

    ReplyDelete
  45. haha..korg mmg selmaba tenuk lah pakai mcm tu..btw,congrat awk yg berdarah manis tu :)

    ReplyDelete
  46. tahniah dah bertunan. Nak tunggu gambar wedding pulak. Buatlah video sekali. Hehe

    ReplyDelete
  47. dapat hadiah apa tak bagitahu punggg.

    btw,congratsss cik epal! >:D

    ReplyDelete
  48. tahniah dik apple dah tunang. hehehehehe

    kita pun tgh sibuk mengusha mcam2 hal untuk majlis disember ni.

    selamat mengusha. hehehehehehe

    ReplyDelete
  49. sepatutnya buat entri yang berlainan..tunang n besday tu..lagi happening..but yang ini pun ok..salute,,u ols mmg berani..

    ReplyDelete
  50. Haha.. Sempoinya tunang cik epal. Tahniah ya.. Semoga Allah permudahkan persiapan membina masjid. Amin

    Hehe perangai serupa mak ayah saya. Dlu kalau ambik mak dekat yg pulang dari semenanjung di airport kk, mmg baju melayu dgn kain pelikat ayah pakai tak kisah la hari apa pun.

    Mak pun sama.kalau time ayah berlayar ambik dkt perlabuhan, dgn kain batik mak sambut ayah..

    Haha.. Lepas ni saya nak kena buat juga lah.. Hehe

    ReplyDelete
  51. i hope to have an engagement like yours,, eee

    ReplyDelete