Wednesday, May 8, 2013

(RESEPI) Nasi Goreng Tunamagik Nenas !! Nyumms!



Mari tengok web series Aishah Sinclair tolong adik lelaki dia masak. Adik lelaki dia ni kalau masak, main hentam je. Bila buat sandwich, boleh pulak dia letak setempek je cheese, tapi tak bukak plastik. Boleh???? Mimpi ngeri tengok sandwich adik lelaki dia ni buat. Web series ni Ayam Brand punya.



Untuk episod 3, dia ada tunjuk cara-cara nak buat nasi goreng guna Sambal Tunamagik Ayam Brand. :)


Ini lah hasil nya. Nampak macam sedap kan?? 




Boleh tengok video ni untuk resepi dan cara-cara nak buat nasi goreng dekat gambar atas ni! :)


Boleh tengok episod  1 – episod 4!  Yang tak tahu masak pon,boleh tahu macam mana nak masak .Simple dan senang je resepi dalam semua video tu. Semua orang boleh buat. 



Tekak rasa macam nak makan nasi goreng tuna pulak bila tengok video tu. Tapi malas nak rebus cili kering dan blend. Nak masak tapi pemalas. Achaner tu?? Solution nya sangat mudah! Pergi pasaraya, terus cari benda ni



Sambal Tunamagik Ayam Brand dan Pineapple Cubes Ayam Brand! 1 tin sambal TunaMagik Ayam Brand tu boleh guna untuk 2 mangkuk nasi.


Ni Nasi Goreng Tunamagik Nenas versi aku pulak. Eh cane nak eja nanas ni? Nanas ke nenas?? Selalu confused. Tapi tak kesah lah  eja nenas/nanas asal bunyik lebih kurang dan orang paham :D



Bahan-bahan yang aku guna untuk buat Nasi Goreng Tunamagik Nenas ni adalah seperti di atas. Aku ni memang kuat makan pedas. Cili padi wajib ada. Orang Negeri Sembilan tapi tak makan pedas memang buat malu je lah. Boleh tutup muka dengan tin biskut kalau kau orang nogoghi tapi tak makan pedas. kihkih




Sukatan bahan semua agak-agak je lah eh. Buat nasi goreng ni kena ikut kata hati berapa banyak bahan nak campak dalam kuali dan mesti masak dengan penuh kasih sayang. Baru lah nasi goreng yang bahan simple je pon boleh jadi sedap. Gituwwww


Bawang, cili merah dan cili padi tu kasi tumbuk sampai lumat.


Cara-cara nak buat Nasi Goreng Tunamagik Nanas versi aku ni mudah je:


-Letak minyak dalam kuali
-Masuk kan bawang putih,bawang merah dan cili padi yang dah tumbuk tadi
-Dah naik bau, masuk kan segala tok nenek sayur dan fishball/fishcake kalau ada
-Masuk kan Sambal Tunamagik pulak. Gaul punya gaul. Pastu masuk kan nasi sejuk. Sambal Tunamagik ni memang magik! Dari nasi putih,bila gaul dalam kuali terus nasi tu jadi warna oren. Haaa magik tak??? 
-Lepastu, masuk kan cube nanas Ayam Brand yang dipotong dadu 
-Masuk garam untuk perasa.



Siap!!






Tadaaaaaaaaaaaa!!!!



Boleh goreng telur sebijik. Makan dengan nasi goreng panas-panas memang terbaik!



Ni lah Nasi Goreng Tunamagik Nenas versi aku. Senang je nak buat nasi goreng ni. Lagi-lagi kalau pakai Sambal Tunamagik Ayam Brand. Lagi senang!




Tengok je web series Aishah Sinclair dan Will Quah ni dekat facebook Ayam Brand - https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes. Boleh belajar resepi baru.Video nya pon menarik dan kelakar. Sengih-sengih je bila tengok gelagat Aishah Sinclair dan Will Quah ni .


Tengok video ni pon ada peluang nak menang hadiah tau! Belajar memasak pon dapat,ada peluang nak dapat hadiah lagi tu. Berpeluang nak menang banyak hadiah menarik daripada Ayam Brand dan Sengheng. Join lah contest ni. Alaaa soalan nya semua simple je. Like facebook https://bitly.com/ABStudent ni untuk join contest sekarang!


ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

15 comments:

Mek Onie said...

WALAUPUN SIMPLE,MEMANG MENYELERAKAN...ADA LEBIH?WAKAKAKA

Durrah Hanamimi said...

Wahhh terliur melihat nasi goreng cik epal :D

Normi Nieza said...

sedapnya..:)

Nur Atiqah Mohd Zaki said...

sesuai untuk yg duk hostel mcm saya...

Fakhruru said...

AWESOME! nk kna cba nti! hohoho

Miz Dayah said...

uh...laparnye tengok gambar2 ni.....

aque said...

memeula kite bace...
bukan tunamagik...
tapi tanangek

tatahu kenape...
hahahha

tapi.. memang mengoncang perot bile melihat pic pic itu.. keh keh...
keno torai ni... wajib..
hehehe

cik ainisha said...

yum3... sedapnya... pagi2 dah terusya makanan.... lapaq.. btw saya singgah sini.. akk jom singgah sini pula http://satumakna4u.blogspot.com/ promote2 kan skli.. hahha terima kasih.. semoga dalam redha Allah..

aNa said...

hai, salam kenal.. suka baca resepi dari blog cik epal ni. tp blm berkesempatan lagi nak mencuba..

http://anamalina05.blogspot.com

Cinta Zakirah said...

Sedap nampaknya Cik Epal..nyum3, if free sila la visit page saya : <a href="http://cintazakirah.blogspot.com/><b>Ectopic Pregnancy @ Kandungan Luar Rahim</b></a>

LaLa mhdnor said...

balik rumah nanti nak try lah, kalo sedap boleh try lagi hehe

kimi jamai said...

Huish.. lapaq2 ni mai baca entry nasi goreng plak.. Fuhh.. menggelegak perut.. haha

Mieya Atiera said...

Wah.. senang nya ccara membuatnya. boleh lah cuba nanti !

SnA's E-shop said...

pergh sedap gak sekali sekala an. senangnyerrr

Ailyl Rozanna said...

Cik epal! Lawanya presentation nasik tu. Hahaha terliur tengok. Belum rasa dah tahu sedap tuu ;-)

Post a Comment

Susah susah je nak komen. Terima kasih daun keladi, kalau boleh komen lah lagi lain lain entri. muehehe

Click Me !