Sunday, May 5, 2013

Poster paling seram untuk pilihanraya tahun ni !

Aku duduk area Puncak Alam. Dah lama jugak lah duduk area sini. Dulu orang tak tahu pon amende Puncak Alam ni. Kalau dulu orang tanya aku duduk mana, selalu aku akan jawab aku duduk Shah Alam. Bila cakap duduk Puncak Alam, banyak lah pulak soalan lain aku kena jawab karang



 "eh dekat mana eh Puncak Alam tu?
 "ada eh tempat nama Puncak Alam?"
 "Shah Alam pernah dengar lah. Puncak Alam dekat mana?"




 Arghhh malas nya nak jawab. Tapi tu dulu lah. Semenjak ada Uitm Puncak Alam ni ramai lah orang tahu pasal kewujudan Puncak Alam ni. Kalau tak, harammmm. Sesiapa yang belajar dekat Uitm Puncak Alam ni mesti korang rasa macam bosan kan tempat ni.Macam belajar dekat hulu je. Hulu pon lagi best ok dari tempat ni. hahaha.Tapi bagus lah jugak kan, mesti korang boleh belajar dengan cemerlang sebab kurang hiburan.




 Dah lah tak ada mall lansung. Pasaraya yang ada pon adalah Econsave je. Kot lah nak beli bahan-bahan nak masak kalau yang duduk rumah sewa tu. Mall paling dekat pon Setia City Mall. Tu pon baru-baru ni je lah bukak.Tapi tak ada lah dekat sangat pon mall tu. Memang sendu betul tempat ni.




Sebelum Uitm Puncak Alam tu bukak, orang tahu pasal kewujudan Puncak Alam ni pon sebab kes Atlantuya dibunuh dekat area sini. Gila best. Orang kenal tempat ni pasal kes pembunuhan.kihkih. Jalan dekat situ dah ah gelap gila. Lampu jalan pon tak ada. Seram tu memang tak payah cakap lah bila lalu jalan tu. Ditambah pulak dengan cerita kes pembunuhan Atlantuya dekat situ. Kalau lalu je jalan tu,memang seram edisi bulu roma terpacak bak menara kl lah!



Nama Atlantuya pon dah melekat dah jadi nama jalan tu. Kalau balik rumah,malas nak masak, tengah lapar, tanya ayah aku dekat mana sebab nak suruh beli makanan.Kalau ayah aku dekat area situ, mesti jawab


"Ayah dekat Jalan Atlantuya ni. Kejap lagi sampai rumah. Nak makan apa?"


Nama jalan pon tak pasal-pasal jadi Jalan Atlantuya hokayyy. Tapi aku rasa semua orang yang duduk sini,memang akan panggil jalan tu jalan Atlantuya rasanya.





Jalan Atlantuya tu memang gelap. Memang selalunya orang akan pasang lampu tinggi lah kalau malam-malam buta lalu situ. Cuba tengok gambar ni, memang gelap kan???? muehehehehe



Time plihanraya ni biasalah kan. Poster,banner dan bendera memang meriah di tepi jalan, di tiang, di celah pokok dan di mana-mana lah yang depa nak sangkut selagi boleh. Banyak-banyak poster yang aku tengok time pilihan raya ni, poster ni paling tak boleh blah hokayyyy!





Weh achaner aku nak balik rumah malam-malam buta kalau lalu sini ni??? Ni kalau nak terkencing pon mahu tersedut balik. Hampeh tol siapa yang letak banner ni dekat sini. Seram hokayyy!





Dah lah ada 2-3 poster ni dekat area rumah aku. Dekat tempat pembunuhan Atlantuya tu pon elok je tersadai poster ni jugak. Ni time siang aku berani lah tangkap gambar ni. Sanggup ok berhenti tepi jalan nak tangkap gambar banner ni. Tapi kalau malam, memang tak lah aku nak berhenti kereta dekat area sini. Memang lagi laju ah pecut. Nak pandang banner ni pon jangan harap kalau malam-malam buta.



Siapa yang tak duduk sini mungkin rasa poster ni biasa. Tapi bagi aku, poster ni luar biasa sangat. Seram sejuk kalau tengok lama-lama. Jangan lah letak gambar orang yang dah mati dekat tepi jalan.Aku lebih rela tengok gambar Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor yang comel atau Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang handsome muka licin dekat poster daripada gambar Atlantuya ni. Kalau malam-malam buta lalu sini hari-hari, boleh pitam ok!



Macam mana nak mengundi ni kalau pitam masuk hospital??








Kan dah rugi satu undi.







Tahu tak satu undi tu boleh mengubah segala-gala nya???





ok bye!



Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

50 comments:

Hidayah Akmal said...

rindu puncak alam. rumah cik epal dekat mane? hihihi

MasReena said...

ya allah, giler seram... extreme giler banner pilihanraya kali ni ye... cik epal duduk puncak alam ye, saya selalu juga ke sana sebab ada 3-4 orang rakan sekerja stay sana. Memang jalanrayanya gelap gelita kan? Kalau drive pukul 3-4 pagi akan nampak hantu kat Jalan Altantuya tu

Tips Beli Perabot Di IKEA

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

mahu xseram tgok muka antutuyah tu.. aishhh kempen la cara aman

onie said...

wakakakaakaka,sama la onie pun,kadang tu malas betul nak jawab pertanyaan orang 'wei puncak alam tu kat ne' sebut je duk kat shah alam,senangkan,huk....


pehhhh,jalan area tu toksah kata la,even dengan family sendiri lalu jalan tu pun rasa tegak je bulu roma ni,haha.... banner takde sivik betei la,hahahahaha

pink.plate.liyana said...

bhahahaa...mau meremamg segala bulu roma...

Panggil Aku Han said...

mcm tu pun boleh..mcm2 aihh bila musim mengundi ni..

Cinta hazanis said...

la rupanya cik epal orng puncak alam. awat xtau pun. :P

Izza Sakura said...

Hehe seram lah tah pape pula org yg tmpl poster tu kn kak ..

El said...

skroll laju-laju time sampai kat gambar tu...hahaha cuakk gila siot

NinaAz said...

Eh.eh. puncak alam. Selalu pg situ. Dua tiga kali gak ahhh. Runah member. Dekat ngn masji besar y baru dlm pembinaan tu. Heeeeeee

NJihe.am said...

Salam singgah sini. Macam-macam poster sudah ditampal merata-rata sempena PRU13 ni. Mesti orang yang duk dekat situ terbayang-bayang muka Altantuya malam2. hehe...

Asyik Izas said...

jalan ke situ mmg sgt seram..mlm2 kalau lalu mmg cukup berhati-hati sbb takut tersalah tengok jln..sgt bahaya..

Syafira Saufi said...

ohh laah cik epal duduk puncak alam jugak ke samalah kita ehehe

tapi poster tu siyes lulz gila haha

cikghah said...

Eh, saya pernah belajar dekat UiTM Puncak Alam. Best sangat k. Tenang, nyaman je takde gangguan nak keluar berjimba. Haha. Nak keluar pun pikir 2 3 kali dulu.

Banner tu sangat seram, rasanya after diorang amik balik poster tu baru berani lalu jalan tu balik kot :p

Aliff Haikal said...

saiko siot !! hahaaa

Anasyg said...

tak boleh blah poster tu :) mmg terbaik utk kempen kali ni.

sea_lavender said...

p0n boleh kan~ ade ke iklan tu> kte duk uitm p.alam tk perasan plak~

Amey Nadirah said...

sy pnah study sana.. ceruk pdlmn tmpt ni.. haha.. banner tu xleh tahan, lepas ngundi, akak cabut lahh..

Amey Nadirah said...

sy study dana... ceruk hulu... SCM tupun nak kena redh jalan meru yg mcm roller coaster tu.. haha, lps ngundi, akak tarik ja banner tuu..

Amey Nadirah said...

study situ, serammmmm...da la gelappp... haha, akak tarik cabut ja banner tu lpas ngundi..

Chekgu Azrine said...

haha...mmg seram sis...lawak pun ada?..tp manusia ni mcm2 agenda jhat yg depa ads..blh plak bt banner cmni..huhu

GreenAppleKu.com said...

Alamak..kita sekampung rupanya cik epal. Saya yang tengah memandu pun tersentak jantung melihat poster seram ni. Terima kasihlah kerana beranikan diri 'snap' gambar ni. Ada masa nanti bolehlah kita berjumpa ye. Mesti sejarah epal ni, sebab cik epal dan greenappleku berjumpa. :)

GreenAppleKu.com said...

Memang seram tersentah jantung ketika saya 'terpandang ekor mata' melihat poster ni. Nak berhenti, tengah drive laju ni. (alasan..hehe..)

Alamak tak sangka ye kita berdekatan tempat tinggal, lepas ni bolehlah kita buat pertemuan bersejarah keturunan epal. :)

InsyaAllah.

Somel-somel Adliza Azilda said...

gigil la tgk banner ni...aiyoyoyoyo

::Aja:: said...

walaweyyyyy...pandai2 letak gmbr org dah mati...lawak pon ade..besar kot..ni kalo ade couple tgh gedik2 bawak slow konon nak lalu jalan gelap ni mau eksiden terkejut.hihihihu

shila azizi said...

kita yang baca blogpost ni pun dah tegak2 bulu roma...apa lagi org yang lalu-lalang kat sana...isy...serammm

Mss Anum said...

Huhuhu..aku suka post ni..
Seram gk tgk banner tu wlaupn tak dduk kt ctu.
Ni smue strategi parti yg berkenaan untuk meraih undi dr pngundi.
Tp, yg mnjadi persoalan aku 1 je.. rkyat selangor undi ape ye kali ni???

Anne Rihann said...

Anne balik kg msti lalu puncak alam, so esok nak tgok la kat mane lokasi Altantuya ni! haha..sure serammm lalu dahla muka tu bsr..hihi Slmt mengundi! :)

Hana Maroo said...

mehngong tul la poster ni...... awat jadi lagu ni??

intandayani said...

yg baca ni pun rase seram jugak..ngan muka pucat altantuya tu..sblm maghrib mesti balik

hafiz hafizol said...

KALAU LETAK GAMBAR YOU PUN OK CIK EPAL.....


HAHAHA


"

Anis Aina said...

hahaha , akak. seram jugak . kih3 . dahlah poster besar gedabak . muka altantuya besow jugak . ihik3 ,. seraaammmmlaahh

Anis Aina said...

seram jugak akak ea . ahaha .dahlah poster besar gedabak . muka altantuya pon besow ,, kih3 , menyeramkan !!!! muhahahaha

-ytazzi- said...

baru je habeh asasi kat PALAM tuh hahhhh -_- gila seram jalan kat situ, nak pi hantaq kereta sewa pon pikir dulu lapanblas kali .

alin said...

eh moon, ko duduk kt puncak alam ke?? baru aku tau haaaaaaaaaaa..



mak oi mmg seram poster tu wei. erkkk.. kencing sedut balik. wakakakaka.. sengallah ko ni.

Nurfarhana Rashid said...

puncak alam area blah mne cik epal? cousin sye ade gak duk situ..bleh singgah umah cik epal..kekeke

Nurfarhana Rashid said...

puncak alam area mne cik epal? cousin sye ade gak duk situ..mne tau bleh singgah umah cik epal..kekeke..

sara82 said...

pehh mmg seram....tak sanggup nak snap gambo walaupun siang hari hahaha

El Hardy said...

hehehe setuju 10 ratus persen..minta izin tuk curi foto cik epol ni k..epal sowi :)

~fam~ said...

Salam...dik, akak dok kat saujana utama tapi kerja kat shah alam. Hari-hari lalu jalan altantuya. tak perasan pulak poster ni. macam menarik untuk di tengok. Hehe...

Err, jalan altantuya yang awak maksudkan tu jalan yang nak gi puncak alam yang alalu puncak perdana, alam budiman tu kan?

Yuyu Atiqa said...

Perghh!
ohsemm entry cik epal..
serammm!

cikpia said...

dah la dah mati, senyum2 lak tu... kalau akupun rasa nak pengsan..... hehe

Nini Mohd said...

erkk..memang seram.
dah hampir lupa pasal kes altantuya nih.
btw, sy pernah lalu Puncak Alam ni, nak pegi UNISEL.
sebelum ni x tau plak Puncak Alam tu kat mana. tapi bila lalu haritu, baru la mcm..eh, kat sini rupanya UiTM Puncah Alam. memang agak hulu jugak.
huhuu~
hulu2 pun, jalan tetap jem. -.-

http://ninimohd.blogspot.com

liyana bahtiar said...

haa. memang serius terkejut lah masa nampak poster ni. dah lah pepagi buta saya lalu situ nak pi kampus. naseb tak eksiden. hehh.

Diera Tekikushika said...

puncak alam mmg seraaaammmmm. nasib cuma amek intersesi jep kat uitm tuh. hik hiksss

SUSU said...

I pun ddk puncak alam. Tp x perasan poster ni. Tp, seriously tgk muka Altantuya dlm poster tuh pun, cam mayat dah. Seram... so, sgt fhm perasaan cik epal.

SUSU said...

Tgklah muka Altantuya dlm poster tu. Mmg serram.

Izyan Masri said...

OH KAT AREA SITU KE DIA KENA BUNUH ? BARU TAU.TAKUT LEER PULAK T.T

Teena Tna said...

Seriously, mmg seram, kt palam tu mmg boring ker sbb sy pun akan study kt sana xlme lg, nie yg mcm nk tukar univ lain nih..

Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

insanbiasabiasa@blogspot.com

zuhayra iftifal said...

saya pernah drive sorang2 lalu puncak alam nak ke sg.buloh pukul 4am... memanggg seram, kalau altantuya xdibunuh kat situ pun mmg kawasan tu dah seram. tu dulu, skang dah xde seram sngat....

Post a Comment

Susah susah je nak komen. Terima kasih daun keladi, kalau boleh komen lah lagi lain lain entri. muehehe

Click Me !