Friday, May 24, 2013

Dah nama pon melayu, kadang-kadang memang mudah lupa lah

Semalam pergi One utama. Sebab utama nya adalah nak tengok premiere screening Fast and Furious 6. Aku  memang menunggu je fast 6 tu keluar. Sebab sebelum-sebelum ni punya Fast and Furios memang terbaik kan? Fast 6 ni mestilah terbaik jugak. Premiere screening start pukul 9.15pm.Aku pergi dengan incik Shaheizy Sam itu. Bab-bab movie ni, dia lah orang yang tepat untuk aku ajak. Sampai petang, jalan-jalan,makan-makan lah dulu. On the way nak pergi surau, nampak tempat bayi. Eh cantiknya tempat bayi ni. Kalau nak tidur dalam ni pon, nyenyak ni aku agak.



Masuk lah kejap tangkap gambar dekat tempat bayi ni. muehehe. Tapi tak nampak macam tempat bayi. Nampak macam tandas seperti tadika lah pulak dalam gambar ni. Pastu cepat-cepat keluar dari sini, karang orang ingat aku mak orang pulak. Jatuh saham iolsss nok.



Aku ada beli barang sebenarnya. Pastu tertinggal dekat tempat makan. Tempat makan pulak dekat area level bawah tu. Dah satu hal aku nak turun level bawah sekali tu. Aku dah lah dekat level atas sekarang. Cakap dengan SS, aku tertinggal barang. Dia boleh marah aku pulak sebab pelupa. Hehhh melayu kan mudah lupa. Dah aku melayu, kadang-kadang tu terlupa lah jugak.


"eh kalau u tak nak ikut i pergi ambil barang dekat bawah, sudahhhhhhh!  Dah orang terlupa nak buat macam mana.." acah-acah marah lah konon


 Aku ni kalau berjalan memang laju. So aku tahu dia mesti ikut punya aku dari belakang. Last-last bila aku toleh belakang, memang dia tak ikut pon aku. Dengan selamba tenuk nya dia pergi jalan arah lain. Hehhh hampeh punya manusia. Lantak lah.


Sampai je tempat makan tu, tanya ah depa kalau ada nampak barang yang aku tertinggal tu, nasib baik orang tu simpan lagi barang aku. Fuhhhh. Pastu aku masuk kedai majalah. Buang masa jap baca majalah dekat situ. Nak naik atas jumpa si SS ni memang tak lah. Hati tengah hangin lah katakan. Buat-buat lah merajuk sikit. Tetiba dia call.


"eh dekat mana? Tadi turun tak jumpa pon? Nak makan aiskrim tak? Jom makan aiskrim"

Buat-buat mesra pulak. Padahal dia bengang dengan aku tadi sampai meninggalkan aku seorang diri.Pastu tanya ah,nak belanja aiskrim dekat mana?

"Tak kisah pon memana. Haagen Dazs boleh, Baskin Robbin boleh.Pilih je nak mana. Nak tak?"


eleleleleleh nak pujuk aku lettewwww. Dia ni memang payah nak pujuk-memujuk ni. Dia akan kona-kona buat benda lain untuk aku tidak nampak kesalahan dia.







Tapi akhirnya pergi Haagen Dazs sebab Haagen Dazs ni lagi mahal dari Baskin Robbin. Dah nak belanja sangat kannnn. haha. Tapi kena hati-hati ye makan dekat Haagen Dazs ni sebab ada 2 perasa aiskrim yang ada alkohol. Kalau waiter tu melayu, dia cakap lah perasa mana yang ada alcohol. Kalau tak, kau tanya lah. Yang aku ingat perasa Rum Raisin yang ada alcohol. Lagi satu tak ingat pulak perasa apa




Time ni merajuk dapat aiskrim. Mana tahu lepasni kalau merajuk dapat henbeg LV seketul ke. Best jugak jadi perempuan ni. wahahaha. Kalau merajuk dapat macam-macam,memang namblas kali sehari lah nak merajuk kan. Lelaki pon botak kepala nak layan. Lama-lama makan pelempang, dah banyak songeh sangat engkau kan. Nasib baik aku berperikemanusiaan punya orang. Lalalala




Ngok ngek punya ngok ngek. Sampai dah masa nya untuk menonton Fast 6!


Fuhhhh berdegup kencang aku tengok cerita ni. Memang terbaikkkkkkkk! Lagi best daripada Iron Man 3 itu hari. hehe. Tapi ada 2 watak dalam team diorang ni akan mati. Nak tahu siapa, pergi lah tengok. Tak boleh nak cerita lebih-lebih. Karang tak surprise lah. Tapi dalam banyak-banyak Fast & Furios ni, bagi aku Fast5 paling terbaik. Si SS tu cakap Fast4 tu lagi best. Tapi sebab aku tengok Fast5 je sebelum ni, aku tak tahu lah yang lain-lain macam mana.Pasni aku nak donwload lah Fast&Furious 1-4. Bosan-bosan boleh layan. Sila bagi cadangan web yang best untuk download movie :D



Tapi Fast 6 ni best jugak. Tidak mengecewakan. Aku bagi 4/5 bintang. Berbaloi lah bayar tiket wayang tengok cerita macam ni. Memang best!!


Gambar semua macam biasa, keluar dekat Instagram (cikepal06) dulu baru keluar sini. muehehehe


Ok tu je lah nak cerita hari ni. Bye!


19 comments:

  1. fuh!kusmangat nk trun bwh.sensorg lak tuuu.haa,ngam ar cik epal mnx blnje bende mhl.hee

    ReplyDelete
  2. cik epal tanak ke wat pape contest pastu hadiah tiket wayang Fast6. kikiki

    ReplyDelete
  3. haagen dazs memang mahal, tp memang terbaik =D x pasal2 dapat makan haagen dazs kan, hehe

    ReplyDelete
  4. Cerita akak shopping. Saya dah lama tak shopping. :-)

    ReplyDelete
  5. suka la tu dapat aiskrim si dia belanja,, haissyy,, nak kena kenal ni,,, hehe

    ReplyDelete
  6. wow, kne try ais krim tu.. tak pernah makan lagi.. hehehe

    nak tny, camne akk buat header akk boleh klik2 tu ye??

    ReplyDelete
  7. bestnyer dpt mkn eskrim.... nak ade pakwe jugakla~

    ReplyDelete
  8. Esok baru terhegeh3 nak tgk jugak ff6 atas tiket ihsan dari Bro Framestone.

    ReplyDelete
  9. Kelakar cite awak tadi. Geli hati bile bace tadi ^_^ Nice.

    ReplyDelete
  10. smlm nak tgk Fast 6 ni tapi bleh plak tiket abis...seat yg tggl just 2 baris dari depan skali!!! geram tol

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. klu majuk nmpk comel orang nk la layan..hehe...

    ReplyDelete
  12. cari jew dkt xesion-tube. bnyk cter bru adew.

    ReplyDelete
  13. bukak jew xesion-tube. mcm2 movie bru adew

    ReplyDelete
  14. Standard laa pelupaaa :D movie online ---> http://viooz.co/

    ReplyDelete
  15. Sedapnyaaaa aiskrim Haagen Dazs :D

    ReplyDelete
  16. wahhh...cikepal dah kurus..
    cantik! :)

    ReplyDelete