Sunday, April 21, 2013

Kisah wang kertas RM1 dan RM100




Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat. Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:


Wang RM100 bertanya kepada RM1; "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab; "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."

Lalu RM1 bertanya lagi; "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"

RM100 menjawab; "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi; "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.


============


Tertarik pulak nak kongsi cerita ni.Aku baca dekat facebook member.

Duit RM1 dan RM100 ni sebagai pembawa watak kepada watak masyarakat kita hari ni sebenarnya. Kita jangan cepat menilai orang dari luaran je.Tapi memang kita manusia ni selalu je nak judge orang dari luaran kan??


Janganlah kita pandang sebesar mana diri kita, tetapi lihatlah seberapa besar manfaat yang kita hasilkan untuk memuliakan Allah. Kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan.


Bukan berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi berapa manfaat hasil pendapatan kita untuk diguna ke jalan yang benar. Wallahua’lam.


Nak jadi macam duit seringgit tu lah. Biar nampak tak cantik dimata manusia, tapi cantik disisi Allah :)



Semoga cerita ini memberi pengajaran kepada kita semua.






26 comments:

  1. Sedih lak rasa. mungkin terpukul dgn diri sendiri. nice entry. :)

    ReplyDelete
  2. Pernah gak terbaca kisah ni dulu. Sangat setuju dgn apa yg RM1 katakan :')

    ReplyDelete
  3. cik epal betul lah kan, tak payah berlagak sangat kat dunia nih... ada yang lebih berkuasa...

    ReplyDelete
  4. suka suka cerita ni... betul tu, jarang ada org nak menderma duit sebanyak seratus di tabung2 kat surau ke.. huuuuu

    ReplyDelete
  5. walaupun seringgit tetapi ia sangat bernilai.

    ReplyDelete
  6. tq sebab saling mengingatkan..kadang2 bila kita senang kita hampir terlupa yang kurang bernasib baik...

    ReplyDelete
  7. Hihi...btol tu..biar di mata manusia x cntik tp di mata ALLAH cantik

    ReplyDelete
  8. Hihi...btol tu..biar di mata manusia x cntik tp di mata ALLAH cantik

    ReplyDelete
  9. Betul tu. tak payah la nak berbangga dgn apa yg ada kat dunia ni. Sume tu pinjaman je. Yg penting siapa kita di sisi Allah.

    ReplyDelete
  10. memang sangat jarang org nak derma serarus, kalau ada Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  11. Betul tu..dunia hanya pinjaman. Walau kita tak kaya duit janji kita kaya amalan.

    ReplyDelete
  12. tq for this meaningful reminder :D

    ReplyDelete
  13. penuh pengajaran ... thanks cik epal ... kongsi citer yg bermakna.

    ReplyDelete
  14. thanks cik epla ... share citer yg sgt bermkna... sama2lah kita memberi penringatan pada diri sendiri...

    ReplyDelete
  15. Kalau ada RM99, tak cukup RM 1, tak cukuplah duit RM100 kan.. Duit walaupun RM0.01 sen pun sangat berharga.. Sikit2 lama2 jadi bukit. Nice entry Dapat beri kesedaran. Terima Kasih cik Epal yang comel :)

    ReplyDelete
  16. Salam kenal.

    Terima kasih berkongsi cerita ini

    ReplyDelete
  17. RM100 sangat 'kecil' di Midvalley, tapi sangat 'besar' di kotak masjid..

    ReplyDelete
  18. Setuju sangat-sangat dengan apa yang terkandung dalam jalan cerita ni

    ReplyDelete
  19. insya allah sampai maksud nya ;)

    ReplyDelete