Monday, April 29, 2013

Comelnya Song Ji Hyo pakai tudung !!

Semalam pergi Setia Alam City Mall. Dah lama sebenarnya tak jejak kaki dekat sini. Dulu-dulu kalau pergi, tenang je. Orang pon tak ramai.Boleh berlari lah dalam mall tu kalau nak. Sekarang ni mak aihhhhh hazabedah punya ramai umat manusia dalam mall ni. Usha wayang pon ramai gila beratur sampai ke escalator. Tengok cerita yang keluar minggu ni dekat wayang pon semua dah tengok. So jadi bosan tak tahu nak buat apa. Pergi lah Setia Alam Convention Centre.


Sekali ada wedding fair pulak dalam tu. Belasah je lah. Usha je lah apa yang ada dalam tu. Banyak lah promotion untuk sesiapa nak kawen dalam tu. Kutip je segala tok nenek flyer dalam tu. Pastu nampak satu tempat ni macam menarik. Macam memanggil-manggil je untuk datang situ. Ingatkan tak boleh masuk. Tapi guard tu kata boleh je masuk. Aku dengan partner pon apa lagi. Kita seranggg



Comel kasut tumit tinggi. Ni boleh makan. Tapi kasut tu manis sangat. Makan isi dalam tu je. Sedap jugak



Ini comel! Mula-mula ingatkan donat. Tapi rupanya cream puff. Isi dekat dalam cream puff tu mengikut warna apa yang dekat atas tu. Warna pink je yang aku rasa, isi dalam nya strawberry. Sedap nak meninggal!




Macaroon! Ni kalau nak beli mahal ni. Sedap lah jugak. Tapi tak boleh nak makan banyak karang pening kepala. Elok-elok je sihat, karang dapat penyakit kencing manis pulak. Tapi not bad lah. Semua benda dalam ni dah lah comel-comel. Sedap pulak tu. Memang khas untuk sesiapa nak buat candy booth time wedding.





Tetiba bibir Mak Jemah disengat tebuan hokayyyy. Banyak makan manis, tebuang pon serang



Pastu bosan, dah tak tahu nak buat apa. Sekali tengok ramai pulak orang lepak-lepak dekat padang rumput tu. Ada yang main layang-layang lah,main kejar-kejar lah. Tetiba muncul satu idea nak berkelah dekat situ.



Acah-acah berkelah. Terus beli sushi. Makan sambil menikmati keindahan alam.





Bajet power ambil gambar. Signboard sebesar nametag.


Oops I did it again.



Gambar-gambar macam biasa. Ada yang dah upload dekat instagram
 ( instagram.com/cikepal06 ) aku yang sendu tu dulu.






Berkenaan dengan tajuk di atas. Sebenarnya benda ni lah aku nak cerita. Atas ni semua mukadimah je. Siapa peminat Running Man mesti kenal dengan Song Ji Hyo ni. Comel gila Song Ji Hyo pakai tudung. Muka sesuci lebaran sangat. Alololololo mong ji mong ji galy galy



Tak pernah-pernah layan movie korea dekat wayang. Boleh pulak sangkut tengok cerita Jackal ni dekat wayang haritu. Lama dah tengok, sekarang tak main dah kot cerita ni. Pergi lah download saja. Best jugak lah cerita ni. Boleh lah nak layan tapi tak ada lah best nak meninggal sangat. Dalam cerita ni Song Ji Hyo jadi spy. Song Ji Hyo dan spy memang tidak dapat dipisahkan.



Sebenarnya tu je aku nak cerita pasal Song Ji Hyo.Nak cerita pasal Song Ji Hyo pakai tudung tu sebab rasa dia macam comel sangat kalau betul pakai tudung.  Cerita pasal Song Ji Hyo  nya secoet je. Benda lain yang merepek tah pape yang banyak. Hazabedah jugak aku ni kadang-kadang. Ok tu je lah.




bye!

30 comments:

  1. hahha , gambar asal heliza helmi kan ? comeinyaaa ji hyo ni :D

    ReplyDelete
  2. sumpah cOmeii kot JiHyo pkei tudung...weweweee :)

    ReplyDelete
  3. song ji hyo memang comel.. tp gambar tu edit je kan?

    best ye semua makanan itu~

    ReplyDelete
  4. Gambar Ji Hyo pakai tudung tu edit ke? Sbb sama mcm gaya Heliza Helmi. Tak caye cuba seacrh kat google.

    ReplyDelete
  5. eh betul ke dia pakai tudung tu?
    ke saja dipakaikan tudung?tp diorang tetap comel..pakai tudung periuk pun tetap comel.hehe

    ReplyDelete
  6. Hahaha. Tak kisah la. Janji semua makanan yang ada nampak sedapp. :DD

    ReplyDelete
  7. tahu takpe. song ji hyo secoettt je... cerita sal mknn tu mmg ermmmmmnyummmy.

    ReplyDelete
  8. comelllnya...semoga dia dapat hidayah masuk islam..hihi..jemputlh ke blog saya pulak ye cik epal...cik epal takmo buat kiyomi ke?hihi

    ReplyDelete
  9. Suka gak Ji Hyo..monday couple!!!hehehe...xprnah miss tgk running man sbb suka tgk monday couple & jong kok...hehehehe

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. Cik Epal; kalau secoet tu saya tau tapi hazabedah tu apa?

    ReplyDelete
  11. macam pernah nampak je gambar tu, tapi muka heliza.

    ReplyDelete
  12. comel.... takda ckp eh gambar tu amek kat mana? katanya RM nak datang Malaysia.. bile ntah.. huhuhu..

    ReplyDelete
  13. codename: jackal!! memang best sangat-sangat. sebab ada kim jaejoong. hehe.. comelnye mong ji pakai tudung :P

    ReplyDelete
  14. lor..sy baru tahu yg gmbaq pakai tudung kaler ungu tu rupa2nya artis korea. n baru tahu spa song ji hyo. hohho~ pdahal dh lma kenai. haha..

    ReplyDelete
  15. mongji mongji..spy terbaek...hehehe...alamak sedap2 je rupa makanan tu...bestnya kalo dapat jadi food hunter 24/7...hehehe

    ReplyDelete
  16. dekat setia city convention centre! sumpah cantek garden dia dekat sanaaaaaaa, cantik nak meninggal! :P

    ReplyDelete
  17. Salam singgah. Wah! sedapnya kasut tu, tapi tak boleh pakai. :(

    ReplyDelete
  18. Cik Epal kurus sehhh... tengok dekat blog yuyu, rampingnye pinggang.. kalau tengok muka nampak macam chubby.tapi hakikatnye tak pon. hehehe

    ReplyDelete
  19. memang tu gambar edit pon lah. korang ni ponnnnnnn. Jangan lah percaya. hahaha :D

    ReplyDelete
  20. Salam.. cik epal..skg kat KBS World astro ada citer The fugitive of Joseon yg ji hyo berlakon jadi nurse tu.. best citer tu.. stiap hari rabu n khamis jam 9.00 mlm..

    Mong ji mong ji gally gally

    ReplyDelete
  21. Waahh! Comelnya Ji hyo! I like it.. btw, running man mmg tbaik larh.. Daebak monday couple~~

    ReplyDelete
  22. Wahh.. Wlaupun gmbr edit tapi Ji hyo tetap comel. Love all running man member. Daebak monday couple!

    ReplyDelete