Friday, March 8, 2013

Kucing jadian berkepala tiga yang comel


Ini lah dia kucing jadian berkepala tiga itu. Balek rumah je disambut dengan kehadiran budak 3 ekor ni



 Sibuk je emak dia ni nak interframe jugak. Ni lah emak kepada mereka tiga ekor ni. Nama emak nya Tompok. Aku pernah cerita pasal si Tompok ni dekat ENTRI INI


Bergurau senda nak mintak susu letteww



Aku tidak masuk campur atas pemilihan nama mereka tiga ekor ni. Tahu-tahu je dah bubuh nama masing-masing. Semua nama bermula daripada huruf  "T". Sebab emaknya Tompok, senang nak bezakan nanti. Kalau disuruh aku memberi nama budak-budak ni, senang je aku bubuh . Tapir, Tenuk dan Terung. Settle masalah! Sedap jugak nama-nama itu. Tapi confirm akan di rejek oleh ibu aku nama-nama indah itu




 Disebab kan nama dah diberi oleh ahli-ahli keluarga aku ni.Meh sini aku perkenalkan sekor-sekor. Ni adalah TJ aka Tompok Junior.  Sebab bulu dia macam emak dia. Panggil dia TJ je. Kadang-kadang aku panggil dia Tijah. Dia ni paling comel sebenarnya, tapi dalam gambar tak nampak comel pula. Dia tak photoghenic barang kali.



Tapi perangai dia paling hazab sekali. Kalau pakai kain dalam rumah. Tahu-tahu je dia dalam kain kau main gigit-gigit. Bukan setakat gigit kain, dengan kaki dan betis pon digigitnya. Pastu kuku punya lah tajam nak meninggal. Berak juga merata-rata




Nama dia ni Tom. Tapi kadang-kadang aku panggil dia lembu. Sebab warna bulu dia ni macam lembu kan???



 Ni nama dia Tuti. Sebab dia ni betina, nama pon mesti lah kena girlish sikit kan? Girlish lah sangat nama Tuti tu. Tuti ni memang payah nak senyum. Hoii Tuti senyum lah sikit, orang tangkap gambar kau ni. Lempang kang nak??



Tapi ada ke kucing yang boleh senyum? Kang betul-betul dia senyum kang, mahu aku yang pitam



Masa untuk menenen. Khasiat susu ibu tiada tandingan nya




Lepas menenen berjemaah, pastu mereka tiga ekor ni pon tidur berdengkur. Tidur mesti rapat-rapat. Bagus betul,time tidur pon nak rapatkan saf.




 Bangun-bangun tidur je kacau Lilo Tonggek punya makanan. Jahat tau budak tiga ekor ni, selalu curi makanan Lilo Tonggek. Padahal tempat makanan dorang dah sedia ada dah dekat tempat lain. Nak jugak curi Lilo punya makanan.



Tapi Lilo Tonggek tak kesah. Dia mengamalkan konsep "sharing is caring" gituwww.





Lepas habis makan, Lilo Tonggek pon bermain dengan ikan terbang warna hijau. Oh pernah gak cerita pasal Lilo Tonggek dekat ENTRI INI. Yang paling best, Lilo Tonggek ni tak pernah gaduh pulak dengan budak tiga ekor tu walaupun berlainan jenis. Baguslah macam tu. Mesti Pak Najib suka dengan semangat perpaduan mereka ni sebab mereka mengamalkan konsep 1 Malaysia! Bersatu kita teguh, bercerai kita kawen lain!



Itu sahaja laporan saya untuk hari ini. Kita kembali ke sri pentas.


ok bye!


38 comments:

  1. Aduhai. Daku tertipu! Tapi kucing-kucing ni comel gila! Rasa nak gigit kuat-kuat! Aww! :D

    ReplyDelete
  2. rupa lilo tonggek mcm sama sikit dgn kucing mila "keo".. comel la lilo tonggek ! :D

    http://nurul-sharmila.blogspot.com/2012/08/kehadiran-mereka.html (ada gmbr keo kat sini) hehe

    kalau sudi, dtg la jenguk.. :D


    ReplyDelete
  3. comeyyynyer yang nama Tuti tu....cantik kaler bulu dia...dah besar mesti jadi "pujaan" ramaii tu..hikhikhik

    ReplyDelete
  4. comelnya kucing kamu...
    tempat makan cuma 1 je ke?
    belilah banyak taklah berebut nanti..

    ReplyDelete
  5. sangat comel..

    psstt: budak berekor 3 beradik ni tinggal kat mana ek.. nak pinjam wat mainan kat dak Nuha kat rumah.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  6. Bahaha!! merepek tapi best hehe.. AA ada kucing juga tapi takda kamera nak buat entry cm ni hihi...len kali je la,, tapi dah 6 ekor da. yg 3 ekor ni baru terbik ja dari perut ibunya.. skrg dah pandai jalan hehe..bulu lembut g tuw :D

    ReplyDelete
  7. Comei kucen cik Epal.. Hana ade kucen gak.. pernah smpai 20 ekor.

    ReplyDelete
  8. Alah kenapa la kucing CE comel sangat?! :*

    ReplyDelete
  9. aduh sedih,,teringat kucing kite yg mati 3 mnggu lepas..

    adoii nak nangesss...huwaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  10. Buat suspen je tajuk entry Cik Epal ni.Ingatkan betul2 kucing berkepala 3.haha. But still, entry yg sgt comel! Nama Lilo Tonggek sgt kelakar tp bulu dia cute sgt :)

    ReplyDelete
  11. salam cik epal! :)
    saya nadia, kita jumpa dekat event lasertag redmummy hari tu. :))
    haiiiiiii selamat berkenalan cik epal yang ada boyfriend bapak terer main tembak2 sampai aku rasa nak tembak dia betul2! hahahahah

    ReplyDelete
  12. SELAMAT HARI WANITA c.epal =)

    ReplyDelete
  13. rindu kat kucing akak yg ilang tu...huwaaa

    ReplyDelete
  14. geram3!!! eii..nk penyet2 ja..

    ReplyDelete
  15. Kepala tiga lahhh ssangattt. Hihihi

    ReplyDelete
  16. haha...lilo tonggek tercomel okeh...geram

    ReplyDelete
  17. seyes ttpu dgn entri ni..
    comey btol dyeorg ni...
    nk 1 bley?

    ReplyDelete
  18. seyes ttpu dgn entri ni..
    comey btol dyeorg ni...
    nk 1 bley?

    ReplyDelete
  19. Haha tuti tu yg paling comot skali kan? tp dye comel. suka benar tgk kucing yg kaler kelabu cenggitu ha. hehe

    ReplyDelete
  20. Geramnye tgk kucing2 kepala 3 ni. Tomey tomey sume

    ReplyDelete
  21. kiutttt gila!heee.nk gigit ja rasa.

    ReplyDelete
  22. aku xleh tgk kuceng..mesti nk nanges..terharu sbb mereka chomel sgt

    ReplyDelete
  23. olo tomey2... geram deno tengok :)

    ReplyDelete
  24. hah ? tuti sebijik warna cam kucing saya yang da mati . hurm , tapi kucing saya tu jantan , nama cici .

    ReplyDelete
  25. Arghhhhhh chomelnyerrrrr nak kidnap semua sekali heee!!!

    ReplyDelete
  26. Tuti comel sekali~ :D Urgh suka betul dengan entri2 cik Epal! Lawakk! haha.

    ReplyDelete
  27. amboi kemain ye tajuk entri,bikin suspen je :P

    ReplyDelete
  28. wahhh semua comel. and lilo... wish dapat pelihara seekor parsian cat kat rumah nie huhu confirmed my Panthertak kesunyian *winks*

    ReplyDelete
  29. loooovveeee catssss...
    jemput ke blog saya http://mommyjeeha.blogspot.com/

    ReplyDelete
  30. Siyes cute...nk mntx sekor leh tak...?hahah

    ReplyDelete
  31. siyes cute...nk mntak sekor...hehehe...

    http://kisah-budak-nakal.blogspot.com

    ReplyDelete
  32. Tertipu..hehe..kawan-kawan singgah lah blog saya http://petsloverssolutions.blogspot.com

    ReplyDelete