Rasa nak masak pasta tuna lah. Tapi versi tekak melayu sikit lah. Tak ada lah bila makan tu akan muak. So inilah bahan-bahan nya
@ Pasta (Fettucini) Brand San Remo. Buat dalam separuh paket untuk satu family makan (250g) .Tak kesah pon nak pasta bentuk macam mana pon. Rasa nya sama je
@1/2 tin susu sejat
@1 tin Tuna Ayam Brand
@Serbuk Oregano
@Garam
@ Cili padi
Haaa ini lah senjata rahsianya. Letak lah banyak mana pon. The more the merrier gituuu kata omputeh. Memang meletop-letop lah perut sesiapa yang makan pasta engko ni nanti
Aku suka tuna ni sebab dia ada rasa mayonis sikit. So tak payah lah sibuk-sibuk lagi nak taruk mayonis. Tapi kalau nak guna tuna jenis lain pon takdehal lah
Fettucini yang telah siap direbus. Rebus macam biasa. Masuk dalam air,letak minyak dan garam sikit. Pastu tos kan
Cara nak masak senang je. Budak-budak tadika pon pejam-pejam mata je masak pasta tuna ni aku rasa
Mak oiiiii hitam nya kuali. Ni mak aku tahu aku pergi tunjuk kuali dia dalam blog aku ni, mahu karang dia membebel-bebel.Tapi tak pe lah, dah nama pon kuali. Harus lah hitam. Tak kan warna hijau pucuk pisang pulak kan kuali nya??
Ok. Mula-mula tumiskan cili api tadi. Untuk resepi ni aku memang tak guna bawang. Sebab nya adalah saja-saja je tak nak guna bawang. Dan lagi pon aku malas nak kopek bawang. muehehe
Then masuk kan tuna dan susu. Pastu gaul sehingga sebati. Susu tu agak-agak lah. Aku letak dalam setengah tin. Kalau rasa macam kering sangat, tambah lah sikit.
Pastu masuk kan serbuk oregano. Serbuk oregano ni aku pon tak tahu apa function nya. Sebab aku selalu tengok omputeh kalau masak pasta dia bubuh serbuk oregano ni, so aku pon bubuh lah sikit. Saja nak feeling omputeh. Tapi kalau tak nak bubuh pon tak pe. Sebab harga nya boleh tahan mencekik darah jugak untuk sebotol kecik oregano tu.
Pastu bubuh garam. Garam ni pepandai lah ejas nak letak banyak mana.
Dah siap!! Senang nya buat pasta tuna ni, macam tak layak nak dibuat entri pulak aku rasa. muahaha
Walaupun nampak macam makanan hospital, tapi bila makan mesti rasa meletop-letop perut engko. Sebab pernah buat pasta ni masa open house dulu,pasta ni paling laku dulu. Siap pakcik mana tah mintak resepi. Berpinggan-pinggan dia makan. Padahal bahan tak banyak mana pon. Bawang pon aku tak letak. Sebab pakcik tu kata,selalunya makan pasta dia nak muntah sebab muak. Pasta ni tak muak.Sebab pasta ni pedas meletop-letop kot. kehkeh
Kalau tak nak letak tuna, nak ganti dengan seafood pon boleh. Jadilah seafood pasta. Tapi dah tajuk pasta aku ni nama nya pasta tuna. Wajibulghunnah lah kena ada tuna!
ok tu je. bye!



37 comments:
ahakz!! mmg tkak mlayu sgt.. nice sharing cik epal!! ^^
http://fakhruru.blogspot.com
aduh..sodapnye...
terbaik!! boleh cuba ni..:)
eh kaler kuali dah sama nie.. muahahha.. neway nampak sodapppp..
tp rasa muak sikitlah makan pasta dengan ikan nih..
nampak simple tp sedap tu.. hehe.. =) leh la nadia try nanti.. love fetucini.. >_<
salam..
buleh try ni..macam senang je nak buat..
interesting. ;)
Oregano tuh as herbs and naikkan aroma.
boleh la try lepas ni. hubby akak suka makan pasta.
dapp..nak try./.hehehe
Wahhhh
terer Cik Epal masak!
;)
ala cik epal.. takde sayur2 ke.. heee
wao! nmpak sedap. bhan2 pon simple ja. boleh try buat nnti :D
akak kalau makan pasta bahan banyak melampau biasanya tu yang buat muak
Bez ^_^
& simple...
x penah buat pasta..
mmg jarang makan pasta pon..
tp klu nak try buat, guna resepi cik epal ni ape salahnye ye dak..
;)
wahh .. sedapnye ! teringin lah nak buat tapi risau tak kena dengan tekak sebab tak pernah makan pasta . hehehe . :D
nampak sedap! ^_^
Baru je terpikir nak masak spageti. Tak tau nak padan dengan kuah ape je. Skarang dah tau dah. Tengkiu cik epal. Harini jugak nak try. heheh.
Walaupun simple tapi tetap menarik sebab akak pun suka yang ada ala-ala melayu punya. Susah nak telan pasta western punya.
sdapnya..:)
wahh sedapnyaaa...kena try resipi neh....thx sis for sharing dis recipe..weee :D
nice (^^,)
nanti leh cuba hek hek hek!
macam kuetiau la...heheee..
tapi mesti sedap kan :D
aci nk try jgk ... sgt senang
toceh dik
Kalau letak bawang lagi naik wangi baunya...
Cik epal nanti share lagi resipi2 simple macamni tau tau tauuu. Nak try buat :D:D
salam, rasanya 1st time komen kat blog cik apple walaupun selalu bca entry =) blog cik apple dah macam buku resepi, suke3, dah byk resepi yang saya copy(tp jd koleksi je sbb xcuba,huhu)... papepon, teruskan ye!
goreng pun sodap!
leeza pernah makan mcm ni kat rumah org. haaaa masa jadi tetamu yg hadir. dihidangkan ni. sedap sih.
mcm sedap je...blh try nie.
kalau pedas memang sedap...
dairi champ?
boleh masuk ketuk2 ramadhan la ni..
ehehhhee
wahhhhhhhh..... nampak macam sedap ni cik epal.. hehehe.. keluar air liur tgok resepi nih..
wah.. nampak sedap dan simple.. nak trylah:)
Best dan simple jugak resepi ni.. (^^,)
Oregano tu herbs yang ada bau dan rasa tersendiri untuk setiap masakkan ala-ala italy @ western.. Kalau dah biasa masak sauce pizza @ spageti, harus ada oregano.. Kalau tak ada macam tak lengkap hidangan tu nanti.. Untuk jimat, guna sikit je sebab memang mahal herbs orang puteh ni hehe...
alahai, klakor betul la baca entry cik epal nih. xpernah bosan kalau baca :'D
p/s: takut plak akak nak cube, tgh dlm pantang ni xbley tibai cili api lagi. haha
kemain ayat..
makanan kt hospital?
ok la 2
pndai masak cik epal!
erkkk lapar plak tgk post ni..sodap tuna
uishh nmpk sedap jeee~ :)
Post a Comment