Saturday, February 23, 2013

Bomoh dan Oren

Hari-hari minggu ni, tak ada buat apa. Blogwalking je lah kerja nya. Sampai ke blog abang nara aku baca. kihkih. Tengah hot pasal Fizz Fairuz dan tunang nya. Tah statement siapa tah yang betul. Fizz Fairuz kata dia disihir oleh tunang dia. Pastu dia kata tunang dia bini orang pulak, tunang dia pulak kata dia tak pernah kahwin dengan mana-mana laki pon. bla bla bla


Cuma pelik, Fizz Fairuz ni bukan dengan Almy Nadia ke dulu? (mak jemah sungguh lah pulak)


Kalau betul lah Fizz Fairuz ni disihir, pergi lah berubat. Kalau dia kelentong cakap dia disihir sebab dah kantoi curang. Memang hazabedah sangat perangai dia ni. Elok sangat dikejar anjing liar pastu campak kan aje dekat benua atlantika bagi ikan jaws makan. Ouh aku memang anti lelaki curang-curang ni :D


Tapi kalau betul tunang dia tu dok main bomoh untuk dapatkan Fizz Fairuz, memang mengong lah aku rasa. Apa banyak-banyak lelaki dekat dunia ni, Fizz Fairuz tu jugak engkau nak sihirkan. Kot ye pon nak sihir lelaki, cari lah yang lagi kacak,lagi kaya dan gagah sikit oiiii. Hahaha tapi tu kalau betul lah pempuan tu main bomoh-bomoh ni







Kalau handsome macam ni, berbaloi jugak lah nak dibomohkan. muahahaha





Mana satu tah statement yang betul. Wujud lagi eh orang nak menyihir orang di zaman milennium ni?? Tak ada lah aku nak percaya sihir-sihir ni tapi tak mustahil pon benda-benda macam ni boleh jadi. Dulu boleh pakai lah nak kata 'rambut sama hitam,hati lain-lain'. Sekarang ni 'rambut pon dah macam-macam warna dah, hati apatah lagi'. Orang ni ada macam-macam agenda tersendiri. Kita pon tak tahu apa.


Manusia memang selalu tak puas dengan apa yang dia ada. Benda dah ada depan mata tak nak hargai, benda dah hilang depan mata, baru teraba-raba nak mencari.


Ucapan khas aku kepada Fizz Fairuz : Jangan biar hidup anda diselubungi misteri



Kalau tengok cerita-cerita melayu pasal bomoh ni, mesti ada limau. Apa bomoh ni tak ada buah lain ke nak guna? Boleh tak limau ganti dengan buah oren pulak??

Tengah baca mentera jampi serapah sambil perah oren tu, boleh lah seulas dua oren masuk mulut. Ye dak? Sedap diperah sedap juga di makan. Yang belen-belen oren diperah tu boleh buat oren jus


Sebenarnya aku suka gila makan buah oren. Pulak-pulak time gong xi fa cai haritu. Tah berapa bijik tah buah oren aku dah telan. Pasni boleh lah nama cik epal tukar jadik cik oren pulak.


ok bye!





29 comments:

  1. jangan tak tahu, zaman sekarang masih ada yg amalkan sihir2 ni tau...jadi hati2 dengan gambar anda siarkan di facebook..lebih2 lagi gambar yang penuh 1 badan dari kepala ke kaki....

    ReplyDelete
  2. sini sana citer pasal die jer..dh nek bosan da...haha..

    ReplyDelete
  3. pastu tadi dgr hot fm...pihak hotfm call fizz fairuz,2 kali dia putuskan talian,aummmmmmm ....cane tu,hee

    ReplyDelete
  4. kahkah.lawak la..betol gak kan?makan buah oren..sambil membomoh..neway pasal fizz tu memang sinetron pun kalah dah...banyak sangat tengok dvd nih (HKLMBR)

    ReplyDelete
  5. buah maasa CNY tak elok rsenye.. sebab disuntik utk berbuah byk2.. dengan cepat.

    org kata, depa bg kat kita.. tp depa tak mkn pun buah tu

    ReplyDelete
  6. kak epall, setuju benor kalau nak dibomohkan si putianak hensem tu. saya pun nok jugak. keke

    ReplyDelete
  7. hahaha!! tak tahan lawak juga entri ni. en fizz tak marah ke?

    ReplyDelete
  8. hai cik oren, betul kata-katamu
    yg mana betul, yg mana bercakap bohong pun tak tau
    macam-macam alasan dah skang
    biar pi la depa, cik almy nadia jugak yg tengah senyum skang
    Fizz dan tunang dapat balasan cash trus

    ReplyDelete
  9. hehe...peliknya dgn Fizz Fairuz, kan cik Oren?? haha panggil cik Oren pulak...huhu

    ReplyDelete
  10. wujud lg jampi menjampi di zaman millenium ni. haaa. serious wujud lagi. ni fizz ni entah laaa cerita dia dah boleh buat drama hindustan hari sabtu dah kot. pelik sgt putar belit cerita dia. tah mana betul tah..

    huhu meh blogwalking blog kite meh. aritu penah cerita pasal cik epal and org pemes yg lain. :D

    ReplyDelete
  11. wujud lg jampi menjampi di zaman millenium ni. haaa. serious wujud lagi. ni fizz ni entah laaa cerita dia dah boleh buat drama hindustan hari sabtu dah kot. pelik sgt putar belit cerita dia. tah mana betul tah..

    huhu meh blogwalking blog kite meh. aritu penah cerita pasal cik epal and org pemes yg lain. :D

    ReplyDelete
  12. Aduhhh!kene bomoh kerrr...ntahla...kalau ye pun kalau cam laki gambor kat atas tu boleh percaya la if si azlyn tu nk bomohkan..heee..opss...

    ReplyDelete
  13. aaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....lan Somerhalder tu sy yg punya.. hahahahahaha... entahlah, sy tak tahu nak cakap apa.. apapun, semoga Allah permudahkan urusan kehidupan mereka

    ReplyDelete
  14. citer melayu mmg mcm tu.. Trademark

    ReplyDelete
  15. samalar..husna pon x paham..A tuduh B, B tuduh A..macam-macam..-.-

    ReplyDelete
  16. ahahah,, nice entry,brninya owner blog ni buat andaian,, aku respect kau,,

    ReplyDelete
  17. wakakakak.. lawak baca tang buah oren tu.. XD

    ReplyDelete
  18. hahaha ...apa bende laa ni eh cikepal

    ReplyDelete
  19. Tak tahu mana satu yang betul kes Fizz Fairuz ni ;) hee

    Macam drama pun ada ^_^

    ReplyDelete
  20. Zaman skg ni ada lagi cik epal. Kawan suami kena. Siap kawin terus. Kesiannn

    ReplyDelete
  21. wlaupun zaman dh brubah and moden, syaitan tkkn brhnti nk bermaharajalela..amalan sihir nie ada lg sbnrnya..huhu..hati2lh sntiasa..:)..skrg kn Chap Goh Mei..mai lh mkn Limau Oren lg..haha..:D

    ReplyDelete
  22. huhu..macam2 la fizz tu..sian kat almy..

    ReplyDelete
  23. Hahaha oren pulak.Alahai cik epal kenapa baru sekarang aku jumpa blog kau. Kalau jumpa lagi awal boleh la mengisi masa lapang aku baca post yang klaka

    ReplyDelete
  24. Tulah kalau bercinta lama sangat,
    dia naik jemu lah pulak.Terer betul bomoh kat Malaysia ni ye.Mengapa bomoh yang pndai tu tak cari anak raja buat isteri.

    ReplyDelete
  25. Tulah kalau bercinta lama sangat,
    dia naik jemu lah pulak.Terer betul bomoh kat Malaysia ni ye.Mengapa bomoh yang pndai tu tak cari anak raja buat isteri.

    ReplyDelete
  26. Kalau bercinta jangan lama-lama.Hilang manis boleh putus.
    Kalau bomoh kat Malaysia ni terer sangat cari anak raja buat bini.

    ReplyDelete