Monday, February 18, 2013

Blogger menipu??

Aku pernah baca satu blog ni. First time masuk blog dia baca satu dua entry, rasa macam cerita dongeng je. Aku ni memang malas sikit nak baca benda macam novel ni. Baik aku layan Running Man. Boleh jugak aku gelak berdekah-dekah sampai tepuk-tepuk lantai. Tapi kadang-kadang bosan tu masuk lah jugak blog dia ni sebab owner blog tu suka masak. Ouh aku memang suka betul baca blog-blog yang suka share resepi ni.Lagi-lagi blog mak-mak. Tapi yang share resipi mudah-mudah je lah aku suka tengok. Yang complicated sangat recipe nya, aku tengok gambar makanan je, nak buat nya memang malas.




Dan tetiba lah orang dok update dekat facebook yang blogger ni tak wujud and fake. Hanya guna gambar google sahaja dan meyakinkan orang ramai bahawa gambar yang cun-cun tu adalah dia.Tapi blogger ni crop la gambar mana yang patut. Ala-ala misteri gitu. Rambut  je nampak muka sipi-sipi je. Ni macam budak-budak yang suka buat fake profile dekat facebook lah ni kekdahnya. Ambil gambar awek cun mana-mana, buat facebook fake, pastu mengorat abang-abang hidung belang mintak duit lapan ribu masuk account. Memang masyukkkk. kehkeh








Bila aku baca blog tu, mesti aku akan membayangkan owner dia muka macam Emma Maembong :D



Bagi aku, kalau rasa nak privasi, jadi blogger anonymous tu ok je. Aku suka je baca blog yang tak ada gambar owner blog lansung. Hanya ayat je. Ikut yang kena dekat jiwa, baca jugak lah. Tapi tak payah lah sampai meyakinkan orang yang gambar-gambar di crop tu ialah kau. Kan menipu nama nya tu. Yang sesiapa yang pergi percaya pon sengal jugak. hahaha



Bagi aku menipu ni satu jenayah jugak. Tak payah tipu lah kalau kau nak kata orang terdekat kau (macam family,suami/isteri, adik beradik, boyfriend/girlfriend) ni suka dorang menipu kau. Boyfriend menipu kata single dekat perempuan lain pon dah macam singa lapar meroyan nya.  Apa rasa bila kena tipu?? Rasa oren??



Lagi-lagi ada orang yang sesuka je pakai gambar kau dan claim tu diri kau.Kes blogger ni mengingatkan satu kes pasal sorang blogger nama Fida Aishah dulu-dulu. Lebih kurang macam ni jugak kisahnya. Rupanya di belakang tabir adalah makcik-makcik. Mungkin ada yang tak faham kot baca entri aku ni. Siapa yang tahu blogger mana aku maksudkan, dia paham lah apa aku cerita ni. muehehehe



Sayang lah ada bakat menulis tapi tak guna dengan betul. Blogger tu aku rasa kalau dia buat novel mesti ramai je yang nak beli. Jadi je diri sendiri.Tak payah nak crop gambar awek cun mana-mana. Dah kantoi diri sebenar kan malu. Lagi haru jadi nya. Apa kalau gemok,hitam, tak lawa (no offense) tak ada orang nak baca ke blog kita??



Well, beauty is in the eye of the beholder .Wahhh gituuu. Bukan semua orang suka baca blog yang tayang muka pon. Ada je yang suka baca blog ala-ala misteri ni. Lain orang lain selera. Ye dak? Tapi jangan lah sampai menipu dan meyakin kan orang yang gambar-gambar cun/hensem tu adalah kau.Pastu orang puji gambar tu cantik/hensem kau pulak yang bangga kembang hidung. Padahal tu bukan diri kau sebenar pon. Tah pape. Menipu ni satu jenayah jugak. Kalau menipu dapat pahala, best lah jugak. muehehe




ok bye!


Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

90 comments:

Nadea Emerald said...

cik epal,

serious ke yg fida aishah tu sebenarnya makcik umur 40-an? perghhhh....

normi nieza said...

baik blog merapu..asalkan jujur..huhu

Mieya Atiera said...

Betul tu Cik Epal. Biasanya yang buat fake picture nie, terdiri drpd mereka yg tiada keyakinan pada diri sendiri.

NinaAz said...

Blog saya cik epal suka baca tak??? Hihihi... ♥perasan oiii♥

Hanida Moss said...

makcik fida aishah tu saya tak tau pun pasal dia, tapi boleh bayangkan kejadian2 tu. hehe. tu lah, kekdahnye nak menipun bagai. orang masuk sebab nak baca, yang cantik tu bonus (org menepek lebih lama tatap gambar cun die) gitu!

Iqa Syafiqa said...

betul tu !!! buat apa nak jadi org lain,, jadi diri sendiri pun dah cukup,, bersyukur,, =) blog mane lah tu agknye ye,,

InaYusoff said...

cakap pasal nana gari la tu..*aku malas nak taip name dia pepanjang..

dia bukan saje blogger penipu tapi PENAKUT jugak..

[sutera kasih] said...

dia malu kot2 xda bulu mata hihi
Apa2 pun, jgn la tipu2 gambo

HambaYangHina said...

buat posting yg berguna lebih baik dari hidup dilingkungan sosial yang x berfaedah.

Phat said...

ish ish tak baik la tipu dosa tau

Syazana Zainn said...

banyak je blog fake gini, mebi nak tarik ramai follower, padahal entry dia kan just copy-paste dr blog orang yg tak pemes mcm kite ni.sobsob

baru je lepas kena dgn orang plagiat entry yg berkaitan dgn bisnes. nasib org tu jnak delete entry tu. pfttt

entry copy-paste, fake profile, adalah orang2 yg takde integriti.

kalau nak copy-paste pun at least credit la kat empunya entry tu kan. sobsob

Atiqah Ivy said...

setuju! :)

yg penting ikhlas share story & jadi diri sendiri..
^_^

Diyan Hani said...

hai sis..sy pahm sis tulis.hihi..mcm2 kerenah la skrg ni.
mcm mane blh tau y dia menipu tu

Seneorita Baharin said...

agreed, betul tu cik epal, kalau menipu tu dpt pahala xpa jugak kan ni, tp menambahkan dosa buat apa..haish2, manusia2...

oshinz said...

haha.. tau dah sape. dulu pun pernah kantoi, tapi bleh diselamatkan lagi. sebab kantoi bodoh. sekarang ni tak tau la memang betul2 kantoi ke ape, terus private blog.

Sukma Haron said...

blogger takut nak tunjuk muka dia lol....
baca blog saya lak....
http://ceritamayapersada.blogspot.com

TeTerBanG said...

sy search pasai fida aishah. baru tahu pasai dya. hihi.. x sngka betoi.

permatabiru said...

suka baca entry yg best2 je..tak kisah sapa pun penulisnya..tapi bila rasa tertipu dgn si pemilik akau tentu lah tak best nak singgah situ lagi kan..errmm..

Cho Zila said...

macam2 ceritanyer yerk.. alangkah tak baiknyer... jadilah diri sendiri....

AmirahSM said...

mereka tidak matang mungkin..

Eina Sakinah said...

betul2.. be urself! hehe

Norhayatie Ann Markus said...

betul3...sangat2 setuju cik epal..thumbs uppppp..

Irfa said...

erk..mcm gitu punya org pun ada
buat malu je..tenang ke tido malam2 tipu org?huhu

terus gugel siapa fida aishah ;)

Norhayatie Ann Markus said...

apa2 pun kita buat kena ikhlas..kan? kan? kan?
aku baru lagi tulis blog ni..apa2 pun support each other kan bagus..
klu free jemput ke blog aku
annmarcus77.blogspot.com...:)

orked violet @ SYA said...

penah jadi mangse. org pkai pics kite then wat fb bkn maen active.

report police pon xd effect. stop kjp ps2 on bLk. xtaw ap prob org cmni sbnrnye

Cik Eka said...

tetibe tangan gatal nak google fida aishah tu..

sedapnya nama dia!

hehehehe

MéuzAngelo™ XXIII said...

dulu pernah ade sorang blogger ni guna gambar org lain.. tapi dia mcm pro je sbb dia amek gambar awek cun filipina or indonesia mane tah.. dah la muka kita ni dekat2 je dgn dorang tu..

lebih meyakinkan, apa yg dia tulis tu mcm blogger2 pompuan lain jugak.. best kalau baca.. serius dia pandai menulis.. tapi apakan daya, gambar yg dia claim itu diri dia sebenarnya gambar orang lain..

aku pun dah tak ingat apa url blog dia.. yg aku igt nama blog tu mira idora kalau tak silap

Innanie | Ariffin said...

ni mesti kes nak cari publisiti murahan kan??? haiyoooo perlu ke macam itu??? tak bagus lah. rsanya its better to be our ownself. sebab benda menipu ni kejap je. mesti rahsianya akan terbongkar satu hari. kena panggil abang nas terjah ni! :)

~AmyLiana86~ said...

ada jugok spesis tu ek..ingatkan facebook je ada..blog pun ada..hmm mcm2 ragam skrg nie...

Ida Firdausi said...

dulu selalu baca gak blog Fida Aishah ni sampailah dia delete blog. jatuh cinta dengan gaya penulisan beliau. tak tau pulak itu semua hanyalah 'fake'.. macam2 hal kalau nak jadi femes ni :)

Azri Johan said...

Mr K sangat misteri.

Nuriesya Nadia said...

Ada jugak eh rupanya perangai serupa ini Cik Epal. Apadaaa. Banggalah dengan rupa yang Allah dah kurniakan tu.

Menulis guna hati , bukan guna muka. Muka buruk pon orang still baca. :)

Nurmujahidah Ismail said...

walaupun ku merapu,, takdenye nk mengaku orang lain itu adalah aku,, hehe

Kak Mahh said...

Macam-macam...manusia sekarang.

Zharif Azis said...

siapa fida aishah ? dah google tp still xberapa nak faham . kes makin blurr >__<

Rafikasastras said...

Teringat ayat budak-buak yang bermain kat laman masa cuti sekolah dulu."Tipu dosa, mati siksa nanti masuk neraka" Hehehehe.

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

Rosyima Kasim said...

akak rasa blog akak tak pernah orang baca pun...

Rosyima Kasim said...

akak rasa blog akak takde orang baca pun...huhu

Shahada Fauzi said...

a'ah..teringat pulak kes fida aishah tu bile baca entri CE ni..apo la nak nyamar gitu..takdo life sungguh..kesian betol..

Miss Sue said...

nak link penipu penipu ni... :D

acuWa said...

Hoho yeke...mcm2 btl huhu =p...

nur adila said...

terus google nama fida aisyah :D kahkahkah ada jugk org camtu

Sally Yatiey said...

Tak pernah baca pun blog MakCik Fida Aishah tu :)

smbotak said...

ya. memang betul kalau badan gemuk, kulit hitam dan muka tak lawa akan menjejaskan minat orang terhadap kita. sebab tu ramai antara kita yang bermuka lawa je akan expose profil yang sebenar. akan selalu naikkan gambar sendiri, berbanding yang tak lawa tu. jadi secara automatik, mereka pun dah takde keyakinan diri nak tunjukkan diri selain daripada bakat.

mata kita, memang sukakan benda yang cantik. no offense ya. peace y'all...!

adorable ked said...

nak buat camne kak epal.
orang lack of konpiden camtu laaa.
hahaha.
build your own identity kiddo!
accept whoever you are.

saye ade dengar jugak pasal kes blogger ni. tengok orang reveal link dia, banyak giler fake account diaaa. sampai tak paham pulak saye mane yang dia start menipunye. huhu

MUHAMMAD IQBAL Abdullah said...

Saya iqbal  |Blogwalking Mode|

"bila orang pandang rupa... camni la kan.... ada blogger tu tak ler menipu tapi suka copy-paste entry orang lain tanpa bagi kredit di kira jenayah blogging gak...kan...kan...

keyboard menaip said...

linnk blog budak ni apa??

Pinkbubblegumprincess said...

takut pada bayang-bayang sendiri ape kelass hehehe

cik EPAL said...

Siapa yg pernah baca tahu lah kot


http://bvlgarigirl-sebenar.blogspot.com/

wanieybintang said...

lmanya tggu br cik epal review sal kes ni. tp cm pelik sgt bla ada blogger laen dok backing dia. pdahal dh terang2 dh ada bukti bgambo segala.

diana said...

ooo..ada jugak ye blogger buat gitu??memalukan betul..

Mrs Shaka said...

Sebenarnya ktorg da lama tau blog dia tu tipu...tak logik. kelvin bagai tu haishh. I org sabah, i sense cerita pasal kevin & family tu tak betul. years ago penah ktorg reveal blog dia tu tipu tp ktorg kena hentam balik dek readers2 dia.

✿A I N A A✿ said...

betul apa yg akk katakan...bukan setakat fb je ada fake akun tapi blog ni pun ada... hurmmm pelik betul ena... semoga kita buka tergolong dalam org2 yg kuat menipu ni semata2 nak jd hot

Al - Amin said...

Haha! ketawa terbahak-bahak baca. Lawaklh cik epal ni, comel ;)

Izz Latif said...

ALahai sedih faker yg guna gambar org lain ni

cikdidasyuhada said...

omg..!! bvlgarigirl tu menipu?? penat bace blog die. huuuuu~

PeRdU cINta said...

bersyukurlah atas segala nikmat yang Allah beri pada diri kita..terima seadanya..itu adalah lebih baik daripada kita berusaha untuk menjadi orang lain..jangan merendahkan diri sendiri..

Diana Azis said...

Aduhai..menipu tahap camtu sekali? dahsyat tol..saya pun jarang-jarang nak tunjuk muka tapi tak ada la sampai nak menipu bagai camtu sekali..haish...

Nur Misnan said...

xsebat jerk org mcm nih.. kih3

Arry_RennwoodBlogerBoy said...

Ish3..mmg tak bek mnpu smpai cm tu skli..huhu..nsib xjmpa lg mana2 blog yg mcm nie..hehe..:)

fuzamusa said...

ish ish ish...
mcm ini punya org pun hado!!

-atiQah- said...

like entri ni! setuju sgt dgn apa yg cik epal ckp. menipu tu satu jenayah jgk wpun dia takde tipu duit org pun. tp kes fida aisyah jauh lagi dasyat kan

Mr K said...

Awak mengata bvlgarigirl saya ke? :(((

tiga minit said...

Nama pun manusia...menipu ada diri setiap org cuma niat dan caranya berbeza..apapun menipu tetap slah jgnla buat ye..

Al Kisah said...

baik kat blog letak gambar epal.. bila lapar, boleh kita makan sama sama..

aku eryati said...

ooo...ada juga org mcm ni erk...bru sy tau

Hidayah said...

kak dayah ada terbaca kat group fb pasal blogger menipu nih .. tapi kak dayah tak dapat kesan blog mana.. masing masing bila sembang tu "sorok dlm terang" haha.. yg akak tahu depa dok komen blog yg depa rasa best tu blogger nye penipu..tapi kebykan mereka kata blog tu best...

kekunang said...

tapi blog pompuan cantik selalu mendapat sambutan...

*ye..ayat manusia sedar tak berapa nak cantik*

sebab kadang kadang saya pon suka tengok blogger cantik... =P

Cinta hazanis said...

aiyyak. blogger pun ada yg menipu. haaish...

Nur Syahira said...

ish..ade juga yg mcm nie...egt kn bdk facebook je /???

jemput-2 :
http://imnursyahira.blogspot.com/2013/02/bila-dah-janji-tunaikan-janji.html

ELeEa said...

sokong...
xconfident dgn diri sendiri la tu gamaknya sampai nak menempek muka org lain...
bek letak gambo bunge cam sy..hehe

♥z@z@♥ said...

saya ada pic blogger yg dikata menipu tue..jeng jeng..siap ada no fon..nak..hihi

Yuk Baiq said...

sokong....just be yourself..
saya x suka org yg hipokrit..
free2...dtg lar tinjau blog saya..
http://saje-saje-yukmil.blogspot.com/
baru blajar nak jd blogger..hehe

Amoi Farah said...

Macam me tak letak picture sendiri.
but blog tu best bila baca macam teringin nak menjadi seperti itu kira perfect habis kisah dia langsung tak ada masalah hidup...

Nini Mohd said...

laa...ada jugak org camtu.

http://ninimohd.blogspot.com

FUZY said...

tetiba jd kepoh jap...mai sini akak pun nak tau fake blogger tu...heheh xpernah terpikir pun ada gak idea nak menipu kan...adoiiii bg link sat kat kak nak baca gak...

abby said...

memula baca entry CE ni macam x paham, sbb x kenal pun fida aishah tu..tp bila dh start tahu psl bvlgarigirl tu, aiseh, tertipu akak! selalu la stalk blog dia, biasalh, org cantik haruslah distalk, kan?

kesian Mr K, eh?

najwa roslan said...

uish... buatpa nak menipu... jd diri sendiri sudah!

ct fesyen said...

sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jugak...

fieda said...

mcm2..

Nisa Greennnpanda said...

isy3.. pelik2..

Zac Rega said...

Tkda kelebihan pun kalau menipu, Malah kalau org dpt tahu, nama jadi buruk. Btw takut gila ngan header cik epal. Tertekan serangga comel pastu dia kejar-2 kita. Last skali refresh, hah baru dia duk diam xD

Afiq said...

kesian kan bakat dah ada tapi salah terjemah bakat tu....

GreenJade said...

off topic jap..

**cun lah emma maembong tu hihihi

yg penting ai suke lepak sini jamu mata..(selama ni silent reader je..hihi*

Zuraidah Ismail said...

Be your self......
Kan Cik Epal..!!?

Forskning Beta said...

jadi anonymous best apa? hehehe

nurhuda dzulkernian said...

alahai macam ni pon hado:)

nur fatin farahain said...

msti de sebab kot die menipu..

Syaifuddin Alias said...

entah laa..kadang2 susah sikit nak tahu hati orang ni

Post a Comment

Susah susah je nak komen. Terima kasih daun keladi, kalau boleh komen lah lagi lain lain entri. muehehe

Click Me !