Tuesday, February 26, 2013

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada :)


kadang2 tengok orang yang hidup tak usaha, tak susah payah, tak berterik nyawa, tak berperah darah dapat hidup senang dan mudah--
rasa macam tak adil.

ye lah.
kita macam nak mampus keluar pagi balik petang,
dah buat SEMUA benda dalam buku teks dalam chapter "mahu berjaya dalam hidup"--
rajin, cekal, tekun, berusaha--
SEMUA--
masih rasa malang.

rasa iri.
benci.
busuk hati.

kenapa dia?
KENAPA tidak kita?

kemudian kita pergi cermin.
tengok setiap inci muka kita.
lalu cakap--
"kesian kau".

*pause*
selalu, kan?
:)

sekarang.
alang2 sedang tengok cermin.
kira.
ada berapa hidung? satu?
ada berapa mata? dua?
ada berapa telinga? dua?
ada berapa mulut? satu?
ada berapa dagu? satu?

aku boleh listkan lebih seratus benda yang CUKUP kat bahagian muka sahaja.

mari jadi orang bersyukur.

kalau kita tiba2 terlupa bagaimana--
ingatlah--
PASTI ada orang yang lebih susah dari kita.

ustaz kazim pernah cakap--
kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal dunia--
selalulah membandingkan diri dengan orang kurang rezekinya berbanding kita dalam dunia.

kita bising kereta kita buruk.
nasib baik.
ada orang naik motor.
kita bising motor pancit selalu.
nasib baik.
ada orang naik rapidkl.
kita bising rapidkl asyik rosak.
nasib baik.
ada orang naik basikal.
kita bising basikal penat.
nasib baik.
ada orang jalan kaki.
kita bising kaki bengkok.
nasib baik.
ada orang kaki kena potong sebab diabetes.
kita bising kaki dah tak ada.
nasib baik.
ada orang dah meninggal dah pun.

jangan suka membandingkan diri kita dengan orang yang lebih hebat dari kita dalam dunia.
kita takkan belajar puas.

unstaz kazim cakap lagi--
kalau kita hendak memperbagus diri dalam perihal agama--
selalulah membandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi berbanding kita agamanya.

sayangnya, kita semua selalu terbalik.
bab dunia, kita bandingkan diri kita dengan yang lebih megah.
bab akhirat, kita bandingkan diri dengan yang lebih parah.

contoh.
aku baca quran seminggu sekali.
ok la dari dia.
baca quran sekali setahun je. masa ramadhan.

aku baca quran sekali setahun je. masa ramadhan.
ok la dari dia.
baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis.

aku baca quran pun tak pernah. muqadam pun tak habis.
ok la dari dia.
dia langsung tak kenal huruf jawi.

hahaha.
kita ini manusia pelupa, kan?
:)

sorry, rabbi.
kami cuba tak buat lagi.

selamat selasa.
dan syukurnya!
kita masih ada nyawa.

=================


Benda ni bukan aku yang tulis. Fynn Jamal yang tulis. Saja nak share sebab aku setuju sangat dengan apa yang ditulis ni.Sebab aku selalu jugak rasa macam tu.Biasa lah, manusia kan?  Pastu banyak sangat persoalan dekat kepala, kenapa kita hidup camni? dia hidup camtu? Tapi kadang-kadang je lah rasa camtu,kadang-kadang rasa best je jadi diri sendiri. muehehehe . Credit to Fynn Jamal :)


Perkara-perkara yang boleh menyebab kan manusia menjadi sombong



Tapi tu lah manusia ni mudah alpa. Bersyukur dan hargai lah dengan apa yang kita ada sekarang ni. Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan masing-masing kan? Usah pertikai kehidupan orang. Sebab kita pon tak tahu orang tu hadapi seluruh hidup dia macam mana. Yang penting kita happy,sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan hidup diberkati Allah. InsyaAllah :)





Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

18 comments:

Normi Nieza said...

syukur itu penting...

hafiz hafizol said...

Orang yang sombong dek kecantikan memang ramai sangat... Awak cantik sekarang. nanti tua kerepot jugak... x payah la nk sombong sgt... :P


Kbye..

tHe KiPaS sUsAh mAti said...

Memang betul sgt da tuh. Suka ayat Fynn Jamal. Berfikiran jauh dan sgt matang.

Namazi Rashid said...

semua yang tersebut kena atas batang hidong gedebuk gedebak..tetiba baru rase sedar diri...haishh

anyss said...

Assalamualaikum,
orang cerdik pandai kata "berkerja keraslah kita mencari kekayaan umpama kita akan hidup selamanya tak akan mati, dan beribadatlah sebanyak2nya umpama kita akan mati esok hari"

kan? kan? kan?

keyboard menaip said...

nice entry akak,, mohon shared,,
ya,,

Afiq said...

Kalau selalu kita nak semua dapat tak best jgk...x da cabaran

Arry Rennwood said...

manusia kdg2 alpa..sesiapa saja mudah lupa..baik diri ataupun org skitar..huhu..:)

SURIA AMANDA said...

salam cik epal..last sunday akak nampak awak kat cineplex kat the curve tu..nak tegur tp segan..comel la awak..

diana said...

BERSYUKUR..
DLM MASA YG SAMA,PERBAIKI DIRI..JGN MENYALAH KN ORG LAIN...

Aisya Sensei said...

jgn terlalu mendongak langit sampai kaki tak jejak ke tanah :)

✿A I N A A✿ said...

ena sgt berpegang pd "kiralah kesyukuran kita, jgn mengira kesusahan kita

MiSz fiFiEyQa said...

Saya selalu.jugak compare diri sendiri dgn orang lain yg lebih hebat...kenapa aku tak boleh jadi mcm dia?bla bla bla..tapi lama2 sy sedar setiap manusia tu ade kelebihan dan kekurangan masing2...
so the best solution is just accept ourselves for who we are!! ;))

Sally Yatiey said...

Bersyukurlah!

deno said...

syukur... syukur seadanya...

emmmm.. mcm deno pula.. walaupun deno ada SLE deno bersyukur.. deno tahu ada org lebih sakit dan derita daripada deno.. syukur.. :')

Anis zatie said...

so true :) kadang kadang bila sebut sesuatu tak sedar pun yang kita dah tak bersyukur, tambah tambah bila merungut. Astafirullah

nurhuda dzulkernian said...

allah:) thanks for the reminder :)

HuDa A.M said...

salam... sgt suka post nie...
sama-sama la kita muhasabah diri...

Post a Comment

Susah susah je nak komen. Terima kasih daun keladi, kalau boleh komen lah lagi lain lain entri. muehehe

Click Me !