Saturday, February 9, 2013

Aku Dia dan Tong Sampah

Aku ni memang malas betul nak download movie ni. Memang selalu cilok dekat member yang rajin donwload je. Walaupun dah tengok Running Man dekat web, nak jugak ada dekat hard disk semua episod yang beratus-ratus tu. Tengah nak ambil Running Man episod baru, ambil jugak lah cerita melayu dan omputeh sikit. Kot tengah-tengah bosan boleh lah layan.





Tapi cerita melayu yang aku ambil cerita Aku dia dan tong sampah ni je sebab member aku cakap cerita ni best. So layan lah. Bila dah layan MEMANG BEST!! Dah lama oiii tak tengok cerita melayu yang ringan dan sweet camni. Ayat-ayat dalam cerita ni pon semua selamba je dan senang faham







Cakap lah aku ni ketinggalan zaman or kuno pon sebab baru nak layan cerita ni.  Tak ada hal nya aku. Padahal cerita ni dah berzaman dah. Maklum lah jarang tengok televisyen





Selamba tenuk je Beto ni datang kolej Siti Saleha pakai baju Lilo and Stitch. Tergelak-gelak aku time ni



"hey saya tengah kutuk awak ni. awak tak ada rasa nak pertahankan diri awak ke?" kihkih comel!

Time ni pon selamba je si Beto ni cakap kuat-kuat dekat band tengah nyanyi dekat depan "Band ni bukan sedap pon!!" Tapi memang tak sedap lansung pon suara band yang tengah nyanyi tu. Beto nyanyi pon tak sedap jugak cuma lawak ah lagu yang dia tuju kat Siti Saleha tu :D





Apa yang Beto cakap dalam cerita ni semua selamba habis tapi semuanya bermakna.Ayat-ayat Beto pon tak macam baca skrip. Macam selamba dia je nak bubuh apa dia nak cakap. Dah lama oiii tak tengok citer melayu yang boleh buat aku sengih-sengih sorang-sorang



Suka part Siti Saleha cakap

"kalau tak tahu,TANYA"

comel! :D





Siapa tak pernah tengok, boleh lah layan.( Tapi ada lagi ke yang belum tengok? Sah! Orang itu lagi ketinggalan zaman daripada aku. kehkeh) Jalan cerita pon macam real je.Hari-hari minggu ni memang sesuai pon nak layan movie. Lepas tengok cerita ni ramai lah kot nak bertenggek dekat tong sampah kot-kot jumpa jodoh. Jodoh itu ada dimana-mana jahhh :D











Dekat tong sampah pon boleh jumpa jodoh. Kau mampu??


Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

54 comments:

fyza d' fieza said...

saya pun ketinggalan.. baru je tengok beberapa bulan yg lepas lps membe bg cete ni... sangat best. sweet.. :)
nak cari jodoh kat tong sampah tp tak dapat lagi. kuang33.. haha

fyza d' fieza said...

saya pun ketinggalan.. baru je tengok beberapa bulan yg lepas lps membe bg cete ni... sangat best. sweet.. :)
nak cari jodoh kat tong sampah tp tak dapat lagi. kuang33.. haha

Mulan Mia said...

cik apple. lakon layar cite ini adalah oleh nadia khan. i kurang pasti lh. lakon layar ni. lbih kpada apa. tp nadia khan ni. mmg superb dengan skrip dan jalan cerita yg mnarik. sebab dia penulis!! try baca buku dia. kelabu & cerpen 2 2 dari an fixi!!! sila dapatkan dengan segera!!!!

cik nurul said...

sy pun dh tgk cerita ni.. memang best. suka dgn lakonan beto tu, sempoi habis. :)

reenapple said...

Aku pun tak pernah tgok citer ni. Bi first time baru dengar. Wakakakaka. Macam best je.

Oh apesala ku rasa muka hero kedua tu macam muka hero spiderman. ke aku salah tengok???

ara gshasaa said...

eh xpenah tau pun cter ni.. ingt cter bru.. ble kak epal ckp dh berzaman pelik.. ahhaa

emieysandra said...

Dah tgk, memang best. Suke sgt tgk lakonan Beto ni

Ika Atiyka said...

wow~ ada Beto :D

Cekgu Akmar said...

assalamualaikum :)
cik epal bacalah novel dari pengarah citer nih.
nadia khan :KELABU.
pun lagi best :)

Nur Misnan said...

kalau jumpa jodoh dlm tong sampah memang peliklah, tp kalau pasal tong sampah dapat jodoh itu best.. busuk tapi wangi cintanya.. kih3

kusyi said...

cite ni mmg superb best.. mula2 ase macam tak berkenan dgn tajuk tu. tapi dh bosan sgt kat asrama, so lyn jela. lepas tergelak2 dalam bilik. suke dgn sikap beto yg selamba katak tu! XD

ausiera rosland said...

haha , sama ketinggalan zaman . -.-



http://areisuaproduction.blogspot.com/

Sizzling Suzai said...

ohh beto brlakon mmg slalu sempoi selamba n BEST!! cter die lg satu "Selagi Masih Ada" same r time die ngorat pompuan tu pon selamba je! XD nway t1 for the link, yup sy KETINGGALAN!! haha

TeehaMohd said...

banyak kali tgk cerita ni. tgk sbb beto. beto mmg best. tak penah miss cerita yang ada beto. my fav actor in malaysia :)

aslina majid said...

Cheh terasa. Aku pon blom tgk citer ni lagi. Malam kang la layan. Haha. Weh, arwah mak ayah aku pon bertemu, arwah ayah jatuh chenta kat arwah mak mase dier pegi buang sampah jugak ah. Huhu

✿A I N A A✿ said...

hehe tong sampah pun boleh jadi tajuk cerita.. heeee.. bguslah follow cerita melayu.. ena kureng minat

Miss Butterfly said...

dah tengok tapi time tengok tu rasenye cite ni dah lame kuar. kire ketinggalan jugakla kan. hiks


beto memang sempoi habis pon. dhla comel gile. hahaha

FarhanahAdzlan said...

dah tengpk dah citer ni. memang best sempoi jee :) Beto berlakon memang best :) jalan citer pon best dan senang paham dan tak melalut sangat.

~ Mr Ej ~ said...

terbaek

mamawana said...

Assalam,

Langsung tak tahu pasal citer2 ni...ihiiikkksss

@juera said...

ketinggalan nmpknya aku..wakaka..br 1st time tgk cite ni..sumpah best giler...i love beto khusairy..thanks cikepal share this story :)

JarN Eha said...

crita nie memang BEST!!!!!

Ana Farhana said...

dengar pun x pnh,. ape lg tgk.. haha.,baru thu nih!

shazrina said...

pernah main kat tv beberapa bulan lepas ...layan pon sebab ade beto ..tapi memang sempoi laaa cerita ni ..memang layan habis :D

Syafa Syafiqah said...

memang best pun cerita ni.. Selamba je walaupun tajuk dia agak kelakak sikit.

Ijah EmoTemo said...

cerita ni mmg best! beto berlakon mmg semua ijah layan ekekeke

nur fatin farahain said...

kenape sye x bleh nk copy banner awk kt blog sye??sye nk letak banner awk kt blog sye tp x leh le..

nur fatin farahain said...

akak,npe sye nk copy n paste banner akak kt blog sye tp x bleh ea???copy tu dh leh tp bile nk paste tu x leh..banner org laen bleh je sye paste kn kt blog sye?? :)

cik EPAL said...

@nur fatin farahain: tak tahu lah. dah lama dah tak usik pasal banner code tu

cik EPAL said...

@nur fatin farahain: tekan Ctrl+c untuk copy, pastu tekan Ctrl+v untuk paste code :)

Leeza dayasari [santai leeza] said...

ouch ada beto ler... nak tgk ler lah mcm ni. haaaaaaa
Nadia khan siapa tidak kenal. wowwwww

khairul akmal bin azman said...

lakonan beto pun makin menyerlah sejak kebelakangan ni

Cinta Che Bunga said...

nice story...org len da lama nengoknya..itew pun nengok incoincidence ajew..so sweet..=)

inna_risna said...

dah tengok citer nie lama dah. tp lupa pula jln citer diam mcm mana. ingt time dorang memula jumpa kat dekat tong sampah tu je..hehe!

~Cik Viva~ said...

gile best cite ni...sempoi je..

Diyan Hani said...

suka cite ni....best2...

waiman takwa said...

Teringat memori lalu.. Thanks Cik Epal

Mya Amyra said...

sempoi habis Beto berlakon. love him ! :)

alyaclumsy said...

pernah layan kat youtube, tp starting boring pastu terus stop. mggu lepas baru tgk balik sbb member ckp best. best jugak rupanya! hehe

ct kektus said...

sy baru tengok. haha

best cerita ni. kelakar. :D

.::cik lin::. said...

alamak cik epal....nampaknya cik lin lg ketinggalan dr cik epal lah ye..kikikiki

sayidah napisah said...

memang best ! ;)

Diera Tekikushika said...

ahaks mmg dah ketinggalan sesangat neh. x tgok pon lagi. >.<

sa_yang said...

saya dah tgk...memang best...:)

Hanida Moss said...

cita ni best oke! saya tgk kat opis gitu hahah! btw saya ade buat entry ada awk kat dlm.. nah laa tgk..

http://hanidamoss.blogspot.com/

ada Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Yuyu Zulaikha, Irine dan Maria Elena sekali gah gitu :)

putEri_sEmalu said...

cite ni best..nengok banyak kali pun xla bosan..kelakar hihihihi..

putEri_sEmalu said...

cite ni best..nengok banyak kali xla bosan..kelakar hihihihi..

Musyirah :) said...

cerita ni dah lama dah, mula2 mcm bosan lah jgk... Suka ayat akk 'SELAMBER TENUK' HAHAHAHAHHA XD

Arry_RennwoodBlogerBoy said...

Yup..crta nie mmg best..suka crta yg tk ikut skrip sgt..hehe..smpoi n sntai jer..berdekah gak arr tgok..hehe

Fatihah said...

dah banyak kali ulang cerita ni. awhh. sweet je :D

Nurul Ashikin Abu Bakar said...

da tgok lame gak la, memang sgt besttt!!!! tgok 2,3kali pun still rasa best... pastu suh akak tgok, dahla same2 suke beto... (^^,)

Why Farouk said...

apsal why tak tengok lagi huh? *marah*

Mak Wardah said...

Baca blog c.epal baru akak tgk, best beto tu berlakun macam real.

Zul Fikri said...

layan gak cerita ni..dah dua kali layan..huhu

Post a Comment

Susah susah je nak komen. Terima kasih daun keladi, kalau boleh komen lah lagi lain lain entri. muehehe

Click Me !