Tuesday, January 29, 2013

(REVIEW FILEM) Juvana


Sinopsis Filem Juvana Filem Juvana 



merupakan kesinambungan daripada drama TV popular Juvana yang telah disiarkan di TV3 dan memenangi Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011. Filem Juvana memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim setelah Wira Bakti ditutup. Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru. Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah juvana lain iaitu Sekolah Indera Sakti untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah baru itu Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia-kawan di antara mereka.


================

Aku memang tunggu cerita ni keluar panggung sebab drama bersiri dekat tv3 dulu aku memang ikut . Tapi tak ada ah tengok kat tv. Ada member rajin nak download. Aku cilok je lah letak dekat hard disk. Layan lah Juvana daripada episod 1-13 tanpa henti seharian sampai lebam bijik mata. Watak yang paling menyakitkan hati tak lain tak bukan BOTAK lah dalam drama bersiri kat TV3 tu.Memang hazabedah sangat BOTAK ni. Kalau aku jumpa BOTAK tu kat luar, rasa macam nak pukul je dia guna raket badminton!



Tapi dalam filem ni nampak lah sisi lain BOTAK



Time ni depa semua kena denda sebab bergaduh.



Shera Ayob dan Zahiril Adzim sangat cute dalam cerita ni. Pastu sebab depa berlakon laki bini lagi ah nampak comel :)



Lan Todak (Sharnaaz Ahmad) saiko gila dalam cerita ni. Tapi watak saiko tu aku rasa macam kena je dengan Sharnaaz ni.Menjadi lah watak dia tu. Memang menyampah bila tengok. Rasa macam nak lambung-lambung je dia ni.



Apek dekat drama bersiri kelakar. Dalam cerita ni dia macam serious sikit. Nak tahu kenapa? Kena lah tengok filem ni



Geng Lan Todak cari pasal




Part yang aku rasa paling kelakar, time Nabila Huda (nurse) tutup mata budak Juvana ni mati. Tapi muka dia selamba tenuk je macam tak ada perasaan lansung. Tak pernah aku tengok nurse camtu. Mungkin nurse kat Juvana ni dah tak heran dah kot kalau budak-budak Juvana ni ada yang meninggal dunia. kehkeh


Pengajaran yang aku dapat dalam cerita ni adalah jangan judge orang!  Sebab kita tak tahu pengakhiran hidup dia macam mana. Orang baik sekelip mata je boleh jadi jahat, orang jahat pon boleh berubah jadi baik. 









Nahhhh! Layan trailer Juvana 



.Filem Juvana ni dah berjaya kutip 1.7 juta selepas 4 hari tayangan hokayyyy. Gila gempak! Baru 4 hari dah 1.7 juta!  Sesiapa yang memang ikut cerita Juvana ni dekat tv3 dulu, memang harus tengok filem Juvana ni. Mesti korang nak tahu kan apa jadi kat BOTAK lepas dia kena tangkap dulu tu kan? Haaa sila tengok sambungan nya dalam filem ni!



ok bye!

18 comments:

  1. shera ayob memang sweet tahu :D

    ReplyDelete
  2. tak puas 1jam 30minit yg diberikan . rasa mcm nak lagi dan lagi dan lagi . ehh over pulaks . overall jln cerita best . paling best watak lan todak yg saiko mcm jokers tu kan . cuma my lecturer mcm pertikai time pak guard bgtau kat sara ali yg mukhsin dah meninggal . meninggal kot . bkn tercucuk jarum . part tu mcm x boleh terima sikit sbb mcm x ikot procedure je kan . tp mybe sbb sara ali tu gepren dia , then pihak sekolah xde maklumat psl sara ali tu kot . mybe la .

    selit selit : baru blogwalking resipi2 anda yg gojeshh iteww . sumpah rasa nk mkn gambo2 tu sekarang jugak . okbai .

    ReplyDelete
  3. ena baru je lepas tengok malam sabtu yang lepas... perghhh best memang best, cuma ganas sangat untuk filem Malaysia.. so rasa agak mual lah juga... huaaaaaa

    ReplyDelete
  4. teringin nak tengok gak . huuuu , ramai kata syok.

    ReplyDelete
  5. mesti best giler ni.drama pun dah habis,,filem mesti lagi best kan...

    ReplyDelete
  6. drama Juvana spe yg tak tengok memang rugi kott,baik download dulu dramanya,then baru tgk filem.. :)

    ReplyDelete
  7. peh. 1 juta lebih dalam masa 4 hari.. tapi memang juvana dah femes dekat tv. so, filem dia mmg org nantikan..

    ReplyDelete
  8. wowww perghhh x sabowww aser nk tgk nieee...jommm p serbuu panggung wayanggggg....!!! hehehe

    ReplyDelete
  9. perghhh...!! cam best jer cter niee x sbor lak nk tgkk...

    ReplyDelete
  10. cam best jer nieee.....x sborr nk tgk niehhhh nk p serbu panggung wayang jer raserrr...hehehehe

    ReplyDelete
  11. tp kalau la dia masukkan lagi watak cikgu ariffin (Beto Kusyairy) dalam muvie ni mesti lagi best aku rasa..perghh..

    ReplyDelete
  12. memang best sgt... jalan cerita ada... lawak ada.. seram ada... hehehe... memang bag 4.5/5 bintang la... sape yg x tgok lg.. sila2 la pegi panggung... x rugi pun... memang terbaek...

    ReplyDelete
  13. wahhh.. tak sabar nak tengok jugak. Lan Todak ohhoiii.

    ReplyDelete
  14. tak tengok lagi. tapi review ni buat rasa nak tengok je~

    ReplyDelete
  15. wahhh..tak sabar tak sabar tak sabar..cm best ouh :))

    ReplyDelete
  16. empat hari dh 1 juta lebih..fuhh..byk tuh..

    ReplyDelete