Dah lama rasanya aku tak pergi event-event ni. Dapat jemputan daripada Hi Shop untuk launch event dekat Roof Deck, Binjai 8 Premium Soho, Lorong Binjai, KLCC.
Baca-baca je alamat kat atas ni terus fikir tempat ni dekat KLCC. Bila aku google map pon aku tak faham kat celah mana tempat ni. Maklum lah blur. Nasib baik aku dapat jumpa jugak tempat ni. Nampak macam sekangkang kera je dengan KLCC tapi kalau jalan kaki dari KLCC nak pergi Premium Soho ni boleh tahan jugak berlecak ketiak.
Sampai-sampai je dapat goodie bag yang banyak sangat khazanah dalam tu.
Lucky number. Tengok number macam cantik je. Bab-bab cabutan bertuah ni memang selalu aku tak ada ong. Malas nak harap lebih-lebih
Sepanjang event tu ada jugak acara make up. Siapa nak make up, boleh je.Sediakan muka sahaja untuk ditenyeh kan. Konpom meletop muka uolsss.
HiShop is an online beauty and cosmetics store. Barang-barang kosmetik yang dijual dekat web HiShop ni semuanya produk tulen hokayy. Tak ada yang ciplak-ciplak.
Ada satu contest tu suruh teka umur aunty ni berapa. Aku rasa umur aunty ni dalam lingkungan 50-60 kot. Sekali rupanya umur dia 70 tahun ok! Gila muda. Siapa dapat teka dengan betul dapat hadiah. Redmummy rasanya dapat teka dengan betul :D
Bergambar dengan akak FCC. Rasa ketot pulak aku bila bergambar dengan akak yang tinggi lampai ni
Walaupun aku selalu tak bertuah kalau part-part lucky draw ni. Tapi haritu aku bertuah pulak. heeeee. Dapat hadiah ni. Dalam nya ada set body wash/body lotion. Wangi gila bau. Bau Lavender. Sipi je lagi nak dapat hadiah percutian dekat Private Island Terengganu. Tapi tak dapek den nak nolong eh
Sebahagian goodie bag yang aku dapat. Banyak lagi sebenarnya. Sebab adik dan ibu aku dah curi sikit yang lain-lain tu. Ni je yang dorang tinggalkan dekat aku. By the way, thanks Hi Shop! :)
Sekarang ni semua benda di hujung jari je kan? Nak beli lipstik ke, eyeshadow ke, bb cream ke tak payah susah-susah nak bazirkan duit minyak nak pergi mall. Masuk je web HiShop ni, membeli-belah lah engko di situ sepuasnya. Pulak-pulak sekarang ni Hi Shop ada promotion! Kalau beli barang-barang dekat web HiShop ni dapat 20% discount tau! So mari lah membeli-belah di Hi Shop! :)
ok bye!





24 comments:
Erk.. Fcc bukan jenama luar ke? Tu agent/seller je kot....
Bestnye dpt jmputn event mcm ni..
bila dpt join event2 mcm ni sgt best kan sbb goodie bag nya selalu penuh dgn brg2 yg terbaik..:)
wah..banyak nya dapat..
untung la
Nak sikit barang mekap . nak! :D
cik epal bli mne shawl tu? cantik =)
bestnye dpt mcm2 adiah!
Cik epal lawaaaa
wowww..
cantiknya cik epal >__<
Cantik CE :D
nape mek cah tgk cik epal makin kurus ni. leh share tips x?hehe
Woah,mcm best je...
Kena beli nih,HIHI
Wah..untunglah. Banyak gila barang dalam tu :D
pehhhhhhhhhhhhhh,banyak gila harta dalam goodies bag tuuuuu :D
cik epal maken cantikk uolsss huhu
teringin nyer tahu n pakar dlm kosmetik ni. malangnya tak pandai.
wahhh cantiikk hehehe :)
pergi event seronok dapay brang free heheeh :)
Best nye cik epal dpt invitation mcm nh... nk2 jgk :)
saya pun shopping dekat hi shop kadang2~
menariknyaaaaaaa... bestnye bila dh jadi blogger femes cm awk =D
Comelnya cik epal ni.....
Salam kenal drpd : suteraungu87.blogspot.com
Pengalaman nie bgtu bhrga buat cik epal..hehe/..:D
wah seronoknya.... brg FREE.... (^_^)
Post a Comment