Sunday, December 9, 2012

Untuk adik-adik yang nak ambil lesen kereta/motor

Dengar cerita adik aku yang lepas SPM ni tengah usha tempat best nak ambil lesen kereta. So hari ini aku nak mengimbau kenangan aku semasa mengambil lesen memandu. Sebab lepas SPM aku dipaksa oleh ibu dan ayah untuk ambil lesen.


Ayah aku  berkata "time lepas SPM ni la nak ambil lesen. Nanti dah masuk uni susah nak ambil.Nak kerja nanti laagi susah. Masa pon tak ada nanti .Muda muda mcm ni,otak fresh lagi. Nak belajar bawa kereta pon senang"


wokehhhh.. Aku sahut cabaran ayah aku tu sebab semua pon dia yang bayar. kehkeh
Aku nak ambil lesen kereta je tapi ayah aku suruh ambil motor sekali. Nanti ada apa-apa emergency, senang katanya. Aku ambil la both,motor dan kereta.




Aku dapat pakcik yang ajar. Nasib baik pakcik yang ajar aku tu baik. Sporting habis lah sebab batch aku yang dia ajar tu pon ramai budak lepasan SPM. Tapi bila part dia ajar aku je,
mesti dia tepok dahi sebab aku la yang paling bengap sekali. huakakaka (gelak paling tak sopan di abad ini)

Obviously lah perempuan dalam gambar ini bukan aku. Aku kurus lagi daripada dia. *pangggg* (pelempang diri sendiri guna boot pua chu kang)



Time belajar tu kan, bila time dekat bukit je,mengundur ke belakang kereta aku tu tak payah cerita la. Tu memang setiap hari kereta aku mengundur je kerja. Lepas tu part nak turun bukit pulak,mengauuuummm bak harimau nak tunggu ajal nak kena sembelih je kereta aku punya bunyik. Bila sampai bawah je mati enjin. Stress aku. Pakcik yang ajar aku tu mesti lah berkali ganda lagi stress sebab aku selalu wat mistake yang sama.


Tu baru kereta. Part motor pulak. Masa nak lalu titi tu. Perghhhhhh, itu part yang paling gerun sekali la aku cakap. Budak lelaki yang sama belajar dengan aku ni pulak kwanghajaq sikit. Bila time budak perempuan nak lalu titi je semuanya macam "haaa...haaa...jatuh..jatuh..JATUH!!" memang CONFIRM jatuh la aku lalu titi tu. Aku ni darah gemuruh sikit. kehkeh




Yang part break emergency pon aku cuak jugak. Ye lah. Aku tak pernah la pulak wat menatang tu. Yang ni aku takut jugak. Sebab ada sorang budak lelaki time tu konon konon nak tunjuk terror ah. Sekali...haaa..hambekkkk kau. Tergolek sampai motor tercampak dekat other side. Sampai semua abang-abang yang kerja situ panik jugak la. Budak laki tu habes kaki luka semua. Aku pon gerun jugak tengok time tu.









Tapi tu semua masa latihan. Ni aku nak cerita time test pulak.. Yang test komputer tu aku lupa lah nama dia apa tapi aku ada lah amek. Aku bukan study apa pon. Dengan muka selamba tapir je masuk wat test. Aku pon jawab main hentam je semua soalan yang ada. Bila keluar result, aku dapat 42/50.
Waaa...cukup makan,LULUS beb..LULUS! Tidak sia sia ibu aku lahirkan aku. Mesti dia bangga. haha. Kau dapat markah penuh ke?? dulik hape aku markah kau lagi tinggi dari aku ke tak,yang penting aku  LULUS!




Sebab ada budak yang 3 kali ambil test ni tak lepas-lepas. Nasib baik aku ambil sekali je.Dah ah nak repeat kena bayar




Time JPJ, punya lah banyak manusia. Ramai gilaaa. Masa kitorang latihan dulu tak ada pon ramai macam ni.Mula-mula aku buat test motor,dengan bergayanya aku lalu titi selama 10 saat kalau tak silap. Punya lah cover macho dekat situ..Lagipon budak-budak lelaki time tu dah tak ada lah nak "haaa..haaaa..jatuh..jatuhhh".. Berani lah nak wat macam tu. Tak pasal pasal kena penampo dengan abang JPJ pulak kang. kehkeh



Selalunya orang akan tengok titi, kalau kau dah boleh lepas titi. InsyaAllah yang lain boleh lepas jugak. Sebab bila jatuh titi,habes lah kau. SEE YOU NEXT TEST. Dah lah kena bayar lagi. hehh. Kesian aku tengok.


Time bawak kereta aku cuak gila sebab aku punya bukit selalu fail. Before aku nak pergi menghadapi test tu pon pakcik yang ajar aku tu pergi kat aku. Dia cakap.. "awak rileks tauu...awak jangan menggelabah...relaks...cool je...anggap je la abang JPJ tu macam kawan-kawan awak je"
uihh. Dah dapat kata semangat. Wokeh..BERSEDIA UNTUK BERJUANGGGGG~ hoyehhhhh!


Tunggu punya tunggu. Dah lah panas. Ramai orang pulak tu. Sekali turn aku sampai..."uiksss...nak gugur jantung..huhu.." Dah la kereta yang aku dapat tu,orang yang before tu pakai pulak FAIL. Siap abang yang bagi kunci tu cakap. "haaa...ni confirm FAIL ni..sebab sebelum ni FAIL..." sambil sengih sengih kambing bagi kunci kereta kat aku.
Uihhh..Aku nak je terajang abang tu kasi mulut bersepai gigi berderai .Mulut hazabedah betol! Kau ingat kau HANDSOME?? *tetiba*


Bila lalu bukit je, BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,ayat kursi,selawat semua aku baca. Cuak beb. Sekali bila naik je. Yahooo. Tak mengundur hokayyy. Berhenti kejap dekat atas then turunnnnn dengan smoothnya. Aku dalam kereta dah menjerit kegembiraan dah.Part parking dengan apa tah aku lupa,semua aku lepas la. Sebab yang lain aku tak risau sangat. Risau part bukit je. Bila bukit dah settle,kira semua aku boleh settle la.


Lepastu jalan raya pulak. Haaa..Aku berdoa la tak dapat JPJ perempuan sebab orang kata perempuan susah sikit nak lulus. Yeke?? Entah lah. Yang pasti aku dapat JPJ lelaki, masuk masuk je kereta.
"uiksss...lebatnya misai pakcik ni..MELENTIKKKK"

tapi aku cakap dalam hati je lah.


Masuk bagi salam, check signal, cermin semua ok. LETS GO BEBEH. Pakcik tu banyak tanya pulakkk. Rasa nak je suap stereng kereta ni dalam mulut dia. Aku yang nak drive ni pon tak tenteram.hehh
"ni umur berapa ni?? " baru lepas SPM ke??"  "baru first time ke ambil test ni?" " dah kawen ke belom?"
haihhh. Cuba la tanya soalan semenggah sikit pakcik. Dah sah-sah semua jawapan tu dah ada dalam borang. Aku lepuk jugak pakcik ni karang.



Tapi aku jawab je la. Karang aku tak layan orang tua ni, mahu aku FAIL pulak. Kalau ada adik-adik yang baca dan nak ambil lesen. Aku nak bg TIPS sikit la.Korang kalau dapat JPJ mcm ni,kau layannnnnn kan ajeee sebab dorang ni bukan apa pon. Kadang-kadang saje je nak uji kita nervous ke tak kot time driving.Tapi kalau yang dah jenis gatal tu,memang GATALLLL lah.Nasib lah kalau korang dapat yang tetiba nak ajak pergi dinner lak malam tu. HAHA



Dah dia banyak tanya sangat,aku pon tak concentrate. Boleh pulak handbrake aku tak angkat.
Ada sekali tu, nak masuk kanan, aku bagi signal KIRI...hadoiiiiiiiiiiiiiiiii..
"FAIL la pulak kang aku ni" gerutus kati macho aku.


bila nak keluar je kereta. Dia tanya.
"adik ni nak FAIL ke nak LULUS?"
"mesti lah nak LULUS banggg" (euwww rasa macam ada cicak tokek tersangkut kat kerongkong pulak bila aku tergamak panggil pakcik misai melentik ni abang)
"disebabkan adik panggil saya ABANG..abang bagi LULUS"





wakakakakakakaka. Gila gatal orang tua ni,panggil abang je pon dah bagi aku lulus.Tebang misai melentik guna mesin rumput karang baru tahu. Aku nak je report dekat anak bini dia tapi aku tak kenal la pulak...hehh. Tak apa, yang penting aku LULUS. Ada lesen P. yahoooo! Tapi sekarang dah lesen penuh dah lah.





Untuk adik-adik lepasan SPM yang nak ambil lesen kereta/motor, GOOD LUCK!! :)




Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

14 comments:

Norliza Ismail said...

Hahaha info berguna ni. Kene panggil abg jpj kalau nak lulus.

izzahmdshah said...

Orang dulu time kt traffic light je enjin mati. Sampai rasa nk muntah bila nampak bayang traffic light. Alhamdulillah test jpj sekali aje.

izzahmdshah said...

Orang dulu time kt traffic light je enjin mati. Sampai rasa nk muntah bila nampak bayang traffic light. Alhamdulillah test jpj sekali aje.

tiera chocoholic said...

lawak sgt kak. saya pun ada tulis entry pasal lesen ni tp takde la detail sgt.. btw mmg lega plusplus bila dah pass jpj :)

Mommy Pinky said...

jahat budak2 laki tu, kalau akak pun habis tergolek2 kena ayat tu. hahah :D

Jojo Merah said...

Whoa Cik Epal, kamu nye pengalaman sgt menarik dan kelakar.

Saya belom amik lesen lagi.

Tp dari post kamu ni dpt ringankan Stress saya kelak.

Terima kasih sgt sgt.

http://inijojomerah.blogspot.com/

Misz Fazie said...

lohh gatalnya pakcik JPJ tu. ishh

aslina majid said...

Best kan amik lesen moto/keta awal2... Lagi best bile mak ayah sponsor... Hehe... Saye nih mmg sendiri2 je lah... Curi2 masa lepas da keje ade duit sendiri... Time mule2 amik lesen moto pon sorok2 sebab arwah ayah kemain bantah lagi bile saye ckp nak amik lesen...

Alasan dia...

Kaki awak tu sampai ke nak jejak gear moto... Nak tekan minyak keta... Mentang2 la anak dia ni berketinggian tidak standard... Tapi alhamdulillah skang da ade lesen keta, moto dan juge kenderaan sendiri hasil usaha sendiri... Hehe...

Good luck juge pade budak2 yg baru nak amik lesen :)

✿dazZdaEng✿ said...

hikhikhik
lebih kurang la pengalaman kite masa amik lesen dulu kala

dulu amik lesen kete moto rm 650
sekarang 1400 . sib bek la abis skolah dl terus amik .

anis suhada said...

aaaaa , takut nya lepas ni nak ambik lesen haha . akak buat saya cuak ahh :/

beloGIsam said...

tengah merasa dan akan banyak lagi terasa,, tengah amik lesen

♥WanieyZuki♥ said...

hahahaha..lawak giler baca..nasib2 dapat pakcik gatal tapi bestla dia bagi lulus... XD

Qihah said...

sumpah akak ni lawak!!
terbaik!

Fatin Nabila said...

haha . akak ni lawak nahhh :D
saya pulak takut gigil nak ambik lesen nanti. adusshh. *org tua dipanggil abang. hehe

Post a Comment

Susah susah je nak komen. Terima kasih daun keladi, kalau boleh komen lah lagi lain lain entri. muehehe

Click Me !