Thursday, December 6, 2012

(MOVIE REVIEW) Life Of Pi . Must watch film of 2012!!


Siapa dah tengok cerita ni?? Siapa nak tengok cerita ni, aku recommend tengok yang 3D punya sebab cinematografi dalam cerita ni cantik sangat! Memang rasa harimau tu haiwan belaan kau lah bila kau tengok 3D. (amboiii) Yang part haiwan-haiwan dalam cerita ni nampak realistik terutama harimau tu. Rasa macam harimau betul je yang berlakon. Tapi ending cerita ni membuatkan penonton tertanya-tanya mana satu version yang betul. Sebab ada 2 version

Harimau Malaya. kehkeh



Nama harimau dalam cerita ni Richard Parker. Amboii nama kemain meletzzzz! Curlass sangat nama engko ghimau.


Permulaan cerita, banyak cerita kisah Pi time kecik (part ni banyak gak yang kelakar) sampailah kapal yang dia naik dengan family dia karam. Ingatkan Pi dengan Zebra je yang terselamat masa kapal karam tu. Rupa-rupanya seekor dubuk pon ada dalam bot penyelamat tu. Dubuk ni aku menyampah betul sebab dia jahat. Tiba-tiba Orange Juice (orang utan) datang dengan comelnya menyelamatkan diri atas bekalan pisang yang terapung. Comel je Orange Jucie ni. 



Part yang paling mengejutkan, rupa-rupanya harimau (Richard Parker) pun ada dalam perahu tu jugak. Memang terkezut habis lah.Tapi part Pi ni hidup dengan harimau sangat best! Kelakar pon ada. Bayangkan lah beratus-ratus hari kau nak duduk dengan harimau, haaaa apa kau nak buat dengan dia? Main sep sep tom tom? Memang tak ahhhh




Bak kata Pi dalam movie ni, " Do u believe the first story or the second? If u believe the first story, then u believe in God "


Seperti yg dinyatakan dalam movie, kalau percaya kepada tuhan, maka percayalah kepada cerita pertama yang disampaikan (yang part harimau ni). Kalau tak, percayalah kepada cerita kedua yang disampaikan pada akhir movie (pembunuhan antara tukang masak, buddish chinese, Pi, dan emak Pi )


Bagi aku, peristiwa yang sebenar berlaku ialah cerita kedua. .Peristiwa yang sebenar cerita yang ke dua,tapi aku nak percaya yang cerita pertama versi harimau tu sebab harimau tu lawak walaupun at the end dia sombong. hehe.Lagipon cerita ke dua ni sangat kejam untuk aku digest. Cerita asal,tukang masak telah bunuh buddish chinese (Zebra) dan emak Pi ( orang utan ). Pi ( harimau) kemudian telah bunuh tukang masak (dubuk ).



Pi lepastu ada sampai dekat satu pulau karnivor ( sebenar mayat emaknya ). Banyak haiwan-haiwan kecil yang wujud sebenar adalah cacing-cacing dalam tubuh mayat emak Pi. Pi  telah lama terapung di laut dan tak dapat bezakan antara realiti dan khayalan. Dia telah makan tubuh emaknya. Sampai lah dia nampak tubuh gigi manusia, barulah dia realise perkara sebenar dan membuatkan dia nak tinggalkan pulau. 



Cerita ini nak sampaikan kekuatan rohani / tuhan mampu bantu manusia untuk mengharungi cabaran walaupun tidak dapat dibuktikan melalui sains.





In the end. Bila tengok cerita ni, bukan soal cerita mana satu yang betul. Ia tentang apa yang kita mahu percaya sebagai betul  :)



Gigih lah nak pose sama dengan poster! Btw, kucing putih comel, cuma kalau dia nganga macam harimau sebelah tu lagi nampak sebijik :D


Overall aku boleh bagi 9/10 bintang untuk cerita ni. Must watch film of 2012!! Pergi lah tengok,best kalau tengok 3D sebab gambar sangat cantik! Pastu korang boleh pilih versi yang mana satu untuk korang nak percaya atau versi mana yang korang rasa macam tak logik :D





p/s: Aku tak pasti aku jadi tukang review movie ni atau spoiler. muehehehe k bye

13 comments:

  1. dah tengok! memang awesome. full of knowledge and religion based!

    ReplyDelete
  2. Menarik cerita ini. ulasan cik epal pun menarik juga

    ReplyDelete
  3. Hahhha siap bg cite penuh tu. Kite pon tengok 3D dngn adek -kes tersalah beli tiket. Tp mmg worth it! Cite ni memang best. Anw.. 1st version I boleh digest but 2nd version tu yg x leh. Btol ke pulau yg cantik tu tu mayat mak die? Tapi adek ada cakap lah bentuk pulau tu bentuk manusia tengah baring. Hishh rasa mcm nk tngk lagi lah. Jom cik epal! :p

    ReplyDelete
  4. mcm best even ada kata bosan sikit :)

    ReplyDelete
  5. setuju. cite ni best tapi poster kurang menarik. x nyesal tengok

    ReplyDelete
  6. Nama harimau tu memang tak boleh blah..haha..

    Entry terkini Petua Cepat Mengandung

    ReplyDelete
  7. Nice review. Dan rumusan serta kajian cik epal tentang filem ni sangat menarik. Bagi saya pula, cerita sebenar dalam filem ni adalah memang filem yang pertama. Sebab kenapa kalau pilih cerita first maksudnya percaya tuhan, sebab kalau ikut pemahaman kita pun, kita tak nampak Tuhan..so macam mana kita nak percaya Tuhan tu wujud. Sama lah macam cerita pertama dari Pi...cerita tak masuk akal. Tapi yang tak masuk akal tu lah kadang-kadang perkara yang betul. Tapi ini cuma pendapat saya je lah...pendapat dari cik epal telah memberi satu visi baru untuk saya...

    cuba lihat ni:

    http://otakmovie.blogspot.com/2012/12/kepercayaan-terhadap-yang-karut-sebuah.html

    Peace.

    ReplyDelete
  8. Pi lepastu ada sampai dekat satu pulau karnivor ( sebenar mayat emaknya ). Banyak haiwan-haiwan kecil yang wujud sebenar adalah cacing-cacing dalam tubuh mayat emak Pi. Pi telah lama terapung di laut dan tak dapat bezakan antara realiti dan khayalan. Dia telah makan tubuh emaknya. Sampai lah dia nampak tubuh gigi manusia, barulah dia realise perkara sebenar dan membuatkan dia nak tinggalkan pulau.

    *MACAM MANA CIK EPAL TAU?

    ReplyDelete
  9. mcm best larhh..tp sy nk tgk cite istanbul aku datang...

    my blog:

    ReplyDelete
  10. mcm best jerr..mesti feeling sy tgk nnt..

    my blog:sitinoraqila.blogspot.com

    ReplyDelete