Monday, December 24, 2012

Dikontotkan cerita . . .


Dahulu pada tahun 1999 (lebih kurang la)


Dulu masa aku sekolah rendah dulu. Ada seorang mamat ni minat dekat aku (statement rasa macam nak muntah lapan baldi) Dia ni selalu lah dok stalk aku. Mamat ni bernama Samdol bukan nama sebenar. Dulu masa muda-muda dulu aku pandai,bijak dan cerdik (muntah lagi seploh baldi). Dah masa tua tua ni otak tak berapa nak function. Aku pon pelik la apa pasal sekarang ambil exam memanjang fail aje. Tah hape tah aku dok fikir pon  aku tak tahu la. Nak kata jaga rumahtangga,rumah pon tak bertangga lagi. Nak kata aku jaga anak. Anak tekak pon kadang kadang tak terjaga jugak. Nak kata otak krem sebab makan tenuk panggang masak lemak cili api, belum lagi buang tebiat ke situ la. Yang sampai tak melekat lekat ilmu di dada dan di kepala otak ni tak tahu la apa ke hal nya.




Ok berbalik kepada mamat tadi tu. Kalau aku dapat nombor satu dalam kelas je. (dulu selalu nombor satu. sekarang mesti selalu nombor satu dari belakang. hehh) Nanti dia bagi cincin. Cincin tikam je la yang dia bagi. Alaaaa yang selalu dapat dalam jajan jajan ding dang ke tah hape tah namanya tu kan. Kejap karang dia bagi bungaaaa. Tapi dia main petik je la bunga dekat belakang kantin tu. Walaupun dia cakap "bunga ini awak sorang je dapat tauuuu. Saya beli dekat kedai pak mat basikal"


Nak menipu pon beragak la sikit. kedai pak mat basikal tu jual sateee ikan secucuk seploh sen tu. Mana datang menatang bunga tu pon tak tahu la mamat ni.


Note: Pak mat basikal tu naik basikal sebenarnya. Bukan bukak kedai basikal



Tapi aku tak suka dengan dia ni. Sebab dia kuat peluh. dah la kuat peluh. Berbau pulak tu. hehh. Masa nak bagi bunga curi belakang kantin tu pon, dengan bunga-bunga tu sekali ada peluh dia. Macam mana aku tak geli? lepastu dia dah la gemuk gedempol. (eee kwanghajar  tak aku??? pasal tu aku pulak yang gemok sekarang huakakaka)




Badan Samdol ni ada ala-ala yang part BEFORE tu






Masa time nak dekat raya, mamat Samdol bukan nama sebenar ni ada bagi kad raya dekat aku. Kawan kawan aku yang baik dengan aku tahu la dia minat dekat aku selalu ejek ejek "fuihyooo mamat Samdol bukan nama sebenar bagi kad raya. Dia bagi duit raya sekali tak?"



Kecohhh la minah minah ni. Elehhh kad raya je pon. itu pon dok tulis.


"Assalamualaikum,
awak sehat hari ni?? baju raya awak berapa pasang tahun ni?? awak dah makan??  Saya nak ucapkan selamat hari raya dekat awak. maaf zahir batin" pastu ada love-love tiga ketul,pastu tandatangan nama dia



Dalam pada tak suka tu, baca gak isi dalam kad tu. Biasa la orang bila dah tak suka. semua benda orang tu buat kita tak suka. Tapi mamat Samdol bukan nama sebenar ni dia memang baik walaupun dia gemuk gedempol. Tapi time tu aku jahat macam mak tiri bawang putih bawang merah tu. Aku pergi koyakkan kad raya tu depan dia jugak siap cakap "aku memang tak suka dekattt kauuuu lah sebab masa kau bagi bunga tu ada peluh kau sekaliiii. lagipon kita budak-budak lagiiiii.mana boleh bercinta" (konon nya la. tapi memang budak budak pon time tu)



Lepas tu dia menangis. Tapi aku pedulik hape kan kau nak nangis ke nak terlangkup ke hape kannnn. (Terasa diri sangat kejammm lahanat betul time ni.Padahal belum baligh lagi time ni,dah tunjuk gangster)





Sekarang pada tahun 2012.



Saja jalan jalan cari pasal dekat Setia Alam City Mall. Masuk H&M jap window shopping.Baru nampak urban sikit. Time tu aku sorang,kawan aku pergi toilet pulak.Usha-usha je baju dalam tu,bukan beli pon. Sekali ada orang tegur.



"hye tumpang tanya. Awak ni *** yang sekolah rendah dekat sk ** tu kan??"


"emmmm. ha'ah. ni siapa ea??" Siapa pulak ni tetiba tegur aku,dah lah aku tak kenal


"saya laaa Samdol (bukan nama sebenar) dulu time sekolah rendah dulu saya ada bagi kad raya dekat awak. lepastu awak koyak and then baling dekat muka saya tu. Ingat tak??" (muka ramah gila)



wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Samdollllllllll! (bukan nama sebenar) dah kurussssss kau yeeeee.Gila ahh memang macam contestant the biggest loser masa final stage. Kurus gila. dulu badan kau macam jeli sumi goyang-goyang. Lepas tu berpeluh peluh . Sekarang apasal macam dah lain ni?? Ingat pulak muka aku??



Tapi aku tak sangka kau cam lagi muka aku ni haa. Sebab aku rasa muka aku dah lain gilaa.Badan apatah lagi. Dulu aku ejek kau gemok, sekali sekarang hambekkk aku pulak yang gemok.huakaka. Tu lah balasan nya. Servis bertukar tangan. Seriously aku ingat artis mana la tegur aku tadi. Terkejut hoiii



Sembang punya sembang terus mintak tips kurus! HAHAHA tah pape. Banyak gak lah tips dia bagi,tapi nak buat nya tak tahu lah mampu ke tidak.Memang gigih betul lah semangat dia nak kurus tu







Tetiba muka lelaki ala-ala macam ni tegur kau,terkejut tak???




Aku harap Samdol bukan nama sebenar tu tak baca la blog ni. Tapi aku rasa dia tak tahu pon aku ada blog. Kalau tidak mesti dia gelakkan aku yang tah pape ni.



Moral of the story:
jangan sangka orang hodoh tak boleh cantik.
orang hitam tak boleh putih.
orang gemuk tak boleh kurus.
orang miskin tak boleh kaya.
orang BODOH tak boleh pandai.


Semuanya atas usaha sendiri. Nak cantik nak handsome nak pandaiii sendiri usaha gigih dan gagah la baru boleh berjaya tercapai cita cita.Jangan cepat pandang rendah dekat orang. Yang kita tengok zaman sekolah yang tak pandai, yang gemok,yang huduh tu lah bila jumpa balik,masing-masing lagi pandai cari duit,lagi kaya, makin kurus,makin cantik. Sebab selalu kena ejek dulu gamaknya time sekolah,tu lah semangat nak buktikan dekat orang lain yang dia boleh berjaya tu kan?? Respek betul lah kat orang-orang yang ada keazaman yang tinggi macam ni. Respek Rileks Respon betul lah. 3R pulekkk :D






Agak agak kalau aku bagi kad raya dekat Samdol bukan nama sebenar untuk raya tahun ni. Dia nak baling spender tak dekat muka aku???


ok bye!

40 comments:

  1. try la bagi,, mana tahu boleh buat jadi laki,, hensem dan jelita apa tunggu lagi,,, on saje melepas nanti rugi,, kih3

    ReplyDelete
  2. hehehe, cik epal ni wat sy tgelak sorng2 jew.. anyway sy suka baca blog awk..

    ReplyDelete
  3. ensem la kalau ala2 dlm gambar tuuuuu! same la kawan sy dulu pendek mse skolah (laki)..skng dah jumpa tgi dan kacak lagi!!

    kita mengata org, dan ia akan berbalik pd kita balik nt. =)

    ReplyDelete
  4. Haha, kelakar gila cerita ni XD setuju dengn cik epal. People can change :-)

    ReplyDelete
  5. suka la entri . hahahahaha :)

    www.cikfie.com

    ReplyDelete
  6. @Nurmujahidah Ismail: ehhh tak bolehh. dua-dua unavailable pon huehue


    @CT Zaza Yaakub: terima kasih sebab sudi baca dan gelak sorang-sorang :D


    @Eyqa Hasnan: takmo lah =p


    @AmirahSM: haaa tahu xpe. lagi satu kalau tegur orang banyak jerawat. nanti habiss segala mak nenek jerawat pulak dok menempel dekat muka


    @Atifah Zulkifle: Yup, manusia memang akan berubah. Dari segi fizikal mahupun mental muehehe

    ReplyDelete
  7. Haha..jahat jugak CE ni. kesian samdol..menangis dia. Nasib dia tak simpan dendam kat CE :p

    ReplyDelete
  8. time kanak2, time remaja, masa zaman tak matang lg la, mesti ada je memori yg funny dan best bila teringat balik. =D

    ReplyDelete
  9. wahh..suka cite ni!! bagi inspirasi la kat pika!! ;)

    ReplyDelete
  10. lucu la.hehe...tapi aida dlu pun pernah...bdk laki tu mmg ensem tapi MALAS kot..kiranya no last dlm form la...tapi msa form5...dapat top 10....waaaaaaaaaa...nyesal dlu xlayan.haha

    ReplyDelete
  11. lawak la CE, nasib awk dah ade bf iye dok? kalau tak, jengjengjeng :p

    ReplyDelete
  12. hahaha, lawak..

    baik bagi kak elly card raya tu :)

    at least tak balas dgn spender :p

    ReplyDelete
  13. wahhh..cutenya minat betul dia dgn cik epal.
    tapi hairan kan lelaki memang mudah dan cepat kurus dari perempuan^-^

    ReplyDelete
  14. Hahaha lawak lah cik epal. Zaman kecik2 memang best ! ;D

    ReplyDelete
  15. hahahah.. bagi je..orang memberi kita menerima ye dak?? ahak

    ReplyDelete
  16. Raya tahun ni dah lepas so xde la kena baling spender.. Wakakaka

    ReplyDelete
  17. tak cuba tak tau..mungkin ini satu titik permulaan membina satu landasan ukhwah fillah..

    ReplyDelete
  18. Haaaa ape lagi Cik Epal.. P la mengorat...



    Kalau muka dia macam muka kat atas tu, sah-sah la lagi hensem berganda-ganda daripada seheizi sem Cik Epal tu kahkah...



    Kbai.

    ReplyDelete
  19. cik epal... hang ni kelakarrr ahhh. bolehhh tak nak jumpe depan2?? mesti ceriaa je kan haha

    ReplyDelete
  20. hahah..agaknye dye frust lepas cik epal baling kad kt muke dye, tu yg dye nak buktikan yg dye tak sperti ape yg cik epal ckp tu..ngeee

    ReplyDelete
  21. amboi kak, terjojol mata tengok dia sekarang.. mesti makin hnsem kan??? wahhhhh... betul tu, manusia ni boleh berubah so jgn cepat judge seseorang tu.. hehehhe

    ReplyDelete
  22. hahahaha...kan dah selim si samdol..penangan cik epal time kekecik dulu la tu..:P

    ReplyDelete
  23. kadang2 hidup ni macam tu la..
    kejap kat atas, kejap kat bawah..yang penting, kalo kat bawah jgn cepat putus asa..sb akan tiba saatnya kita akan di atas, yang penting usaha dan tawakal in sha Allah, Allah akan selalu dengar doa kita.. ^^

    ReplyDelete
  24. muahahaha..
    nak gelak lapn baldi =,="

    ce try bagi kad raya..
    nak thu gak..
    mna tahu nnti jdi kontrebasi 10 keturunan ke..
    >__<

    from ::Arkitek Hati::

    ReplyDelete
  25. kesian dia..
    balas je la kad raya dia.
    bukan senang nak dapat kad raya masa kecik2..hahaha

    ReplyDelete
  26. awak memang kejam masa kecik2 dulu.. sebijik macam drama2 melayu kat tb..hehehehehe.. nasib baik sekarang dah berubah..kalau tak saya rejam awak.hahaha :P

    ReplyDelete
  27. baca dengan penuh semangat citer ni. hehe...

    kita tak tahu nasib kita mcm mana nanti. tp kita sendiri yg jadi penentu hala tuju nasib kita.
    good reminder for me. =)
    tq cik epal for this story.

    ReplyDelete
  28. haha..!! tergelak saya bce blog cik epal nih.. ^_^

    ReplyDelete
  29. nampak cik epal kat SACM, tapi tak berani nak teguq, takut salah orang -_- sob sob sob

    ReplyDelete
  30. EEE MCM SAMA JE KISAH KITA DULU2 NGN EPAL.... SKRG NI MAMAT TU DAH NSEM N TEGAP BGAYA.. BENTUK BADAN LELAKI IDAMAN AI TAUU.... NT NAK WAT 1UPDATE CMNI GAK LAH..OPSSSS!HEHEEHE

    ReplyDelete
  31. share la jugak apa tipss samdol bukan nama sebenar tu . hehe . tq :)

    ReplyDelete
  32. Try la bagi. teringinnya tgk en sambol tu.. hehehhe

    ReplyDelete