Tuesday, November 20, 2012

Misi kecil kan muka


Haaa siapa tahu ni apa benda? Aku pon baru first time try makan benda ni. Dan baru aku tahu nama nya churros. Ada aku tengok Running Man episod berapa tah (aku memang selalu terpengaruh dengan Running Man),yang episod awal-awal zaman kena cari guest dekat tempat macam sunway lagoon untuk mission tu, time tu pakai running ball lagi. Untuk yang dah kena pergi jail,krew dorang kasi makan churros ni. Panjang gila. Tengok depa makan cam sedap lah pulak. 




Sekali time jalan-jalan cari pasal haritu terserempak pulak kiosk yang jual churros ni. Apa lagi, try lah rasa. Rasa dia biasa je bagi aku. Rasa tepung. Makan cekodok ikan bilis cicah sos cili lagi heaven! Churros ni makan panas-panas sedap lah.Kalau dah sejuk, kurenggg sikit rasa dia



 Tapi tak boleh lawan lah dengan benda ni. Ini adalah Okonomiyaki (rasanya betul kot eja camni,kalau salah pon,lantakkk) Dia ni adek beradek Takoyaki. Tapi takoyaki versi pancake lah. Okonomiyaki ni memang terbaik dari kebun! Serious sedap. Tapi bergantung gak kepada orang yang masak benda ni. Kalau dia masak sedap, sedap lah jadiknya




Slurpppp slurpppp *menitis air liur jatuh ke keyboard*. eh sedapnya engko ni okonomiyaki!!






Eh aku ni suka terbabas babas. Berbalik kepada tajuk,nak kecilkan muka konon nya. Banyak-banyak part dekat diri ini, aku rasa muka lah paling susah bebeno nak bagi kecik hokayy. Stress aku bila fikir tentang hal ini. Tapi tak ada lah stress sangat pon. Selamba badak je makan okonomiyaki dan churros tanpa rasa bersalah. Tu belum campur lagi mentekedarah benda lain.




Walaupun ada artikel yang mengatakan "perempuan berpipi bulat lebih awet muda",tapi pedulik hape lah aku.





Sekali aku jumpa FACE SLIMMING ROLLER ni. Perghh dengar nama macam gempak je kan. Konon boleh kasi muka slim letteww. Disebabkan harganya hanya RM5 (lima hengget je ok,spender pon 3helai RM10 so benda ni lagi murah nak meninggal!), dengan tanpa berfikir panjang aku beli seketul. Tapi aku tak ada lah expect setinggi gunung everest yang benda alah ni berkesan pon. Saja suka-suka buang masa









Belakang pack face roller ni suruh buat dalam 10-15 minit setiap hari. Puas lah aku sondol-sondolkan face roller ni dekat muka aku ni haaa dengan riang ria nya. Nak slim kan muka kekdahnya. Kalau benda ni betul-betul berkesan, memang tabik spring toing toing lah dekat pencipta benda alah ni





Tapi misi kecil kan muka untuk kali ini adalah:


































































































































































































































GAGAL!!!!!!










Nasib baik RM5 je ok benda alah ni. Tak ada lah rasa larat sangat pon kalau benda ni tak berkesan pon. Tapi bak kata Lisa Surihani, "gheda itu ikhlas, pasghah itu menyeghah" So, aku redha je lah berpipi bolat bermuka lebar. Sekian terima kasut.

14 comments:

  1. yeahhhh..hidup pipi bolat!!..hihi..stay bolat stay cute..huhu..kita senasib lah cik epal

    ReplyDelete
  2. lakar lakar lah cik epal gonjeng ni. biakn jela pipi boolat tu. comel hape.

    ReplyDelete
  3. haha... kelakar betul cik epal nih... nak bl jgk lah.. muka sy pn tembam sesgt nih..tp bdn xlah besar mane

    ReplyDelete
  4. cik epal.. kite pun suka makan takoyaki banyak2! smpai p bli komik Puteri Takoyaki..

    ReplyDelete
  5. haha..kesian lisa..isu 'r' bersepah tak habes2..heheh...dia tetap tak bersalah walaupun pipi dia sama2 bulat cam cik epal..haha..

    ReplyDelete
  6. kat mana nak dapat okonomiyaki yang sedap tuh.??
    selalu beli kat jusco je..
    anyway, pipi bulat adalah idaman setiap wanita..
    hahahahahahahaha

    ReplyDelete
  7. hahahah yela ghedo mmg ghedo ngeh ngeh :)

    ReplyDelete
  8. hahahahahaha!!! sumpah lawak.lap u lah cik epal >.<

    ReplyDelete
  9. cik epal beli face roller tuh kat mne? kite tak jumpe la.hehe..

    ReplyDelete
  10. cik epal beli kat maner face roller tuh? kite tak jumpa la. hehe.

    ReplyDelete
  11. lawak lah alat tu..hehehe nasib harga so-so je kan.. kalau x,geram jugak dibuatnya..hehe

    ReplyDelete
  12. hihi dh makan camtu mmg la susah dear.. hihihihu takpe2 cute la...

    ReplyDelete
  13. Cik Epal! :) Nak tanya. Kat mana Cik Epal makan Churros tuu? Nak try jugak. Harap Cik Epal reply~ Sharing is caring. Ngehehe :D Jasamu dikenang *tetibe* :p

    ReplyDelete