Tuesday, November 20, 2012

Mendambakan kulit bak Song Ji Hyo dengan Hansaegee Nature

Aku suka gila tengok kulit Song Ji Hyo dalam Running Man (tak habeh-habeh dengan Running Man). Kulit dia ni tak mekap pon cantik, glowing-glowing gitu. Teringin gak lah nak ada kulit glowing-glowing cenggitu. Nak kulit macam orang Korea,langkah pertama nya kena lah cuba-try-test antara produk yang terkenal dekat Korea sana. Produk yang menjadi pilihan hati adalah produk Hansaegee Nature




Kalau beli Sensitive Sun Cream dengan Sulfur Clinic Blackhead Suction Nose Pack tu dapat free gift sebatang pen hokayyy :D



Sensitive Sun Cream SPF 50+/PA+++. Selalunya bila pakai sunblock mesti bau macam getah sekerap je. Tapi sunblock ni bau wangi gila. Kalau sebelum aku nak pergi kelas, memang sesuai sangat lah pakai sunblock ni sebab hari-hari memang aku kena mengadap matahari pon. Untuk keluar jalan-jalan pon boleh guna sunblock ni sebab ia boleh bertindak sebagai make-up base foundation jugak! Tekstur sunblock ni sangat nipis dan ringan.Bila apply, muka rasa natural je. Macam tak letak apa-apa dekat muka



Harga nya rm81.50 tapi bagi aku berbaloi beli sebab sunblock ni 60ml . Boleh lindung kulit daripada sinaran matahari,mempunyai kesan pelembap dan boleh jadi make-up base jugak. Wow! Memang serbaguna betul. 3 in 1 hokayyy!





Dalam kotak “Sulfur Clinic Blackhead Suction Nose Pack” ni ada 10 keping nose strip. Yang best nya bila dah tanggal strip dekat hidung tu,boleh tenyeh “Pore Stamping Serum” yang tiub warna hijau tu pulak. Kira nya ada 2 step lah. Produk ni hanya RM37.00 sahaja






Cara nak apply nose strip ni senang je. Basahkan hidung dengan air,pastu lekatkan je dekat hidung dalam 15-20 minit camtu.




Pastu boleh tarik. “omakkkkkkkkkkkkk omakkkkkk tolonggg tolonggg pedihhh” Serious mencabar hokay nak tarik benda alah ni.Mencabar mata daripada berair akibat kepedihan. Gam dekat nose strip ni pon kuat gila melekatnya macam tempek gam gajah






Dan akhirnya, tumpas juga aku. Sampai mengeluarkan air mata syawal pulak aku main tarik-tarik benda ni. Padahal tarik nose trip je pon. Gaya sedih nya macam mati laki. Drama nya selalu melebih-lebih. hehh



Hasil menitis air mata syawal. Tengok benda ni menitis lagi air mata syawal untuk kali ke dua. Perasaan sedih + geli + ngeri  dalam satu masa. Habis segala kaum kerabat  tok nenek bintik hitam dan bintik putih berkampung dekat sini. Euwwww euwww




Lepas dah habis tarik nose strip tu dah tak sakit dah. Yayyyy. Boleh basuh hidung bersih-bersih,pastu kita tenyeh “Pore Stamping Serum” ni pulak dengan riang ria nya. Fungsi “Pore Stamping Serum”ni sebenarnya adalah  untuk elak kan segala tok nenek bintik hitam dan bintik putih datang menyinggah lagi di hidung engko.




Nak kulit ala-ala Song Ji hyo (konon nya) kena lah pakai topeng ajaib ni pulak.Kata nak kulit glowing-glowing kekdahnya. Topeng ajaib yang menjadi pilihan adalah I.P.I Lightmax Ampoule Mask. Fungsi mask ni ialah untuk meningkatkan kecerahan dan stabilkan semula kelembapan kulit wajah. Pulak-pulak hari-hari pergi kelas memang mengadap matahari je kerja nya, kulit pon makin berminyak dan gelap. So ini lah solution nya!




How good is good??




Haaaa takut tak? Ni kalau aku terperanjatkan roomate aku tengah study malam buta dengan muka cenggini, mahu dia lari menjerit ketakutan keluar terjun kuak lentang ikut tingkap. Tak pon dia hempuk muka aku dengan laptop dia kang. But seriously best pakai mask ni. Mask ni teksturnya sangat nipis. Bau dia fresh dan menyenangkan. Mask ni direndam dengan essence and the thin silk cellulose mask tu membantu untuk meningkatkan penyerapan essence dengan lebih baik. Pakai dalam 15-20 minit,pastu bila remove mask tu, perlahan-lahan tepuk-tepuk muka kita dan biar je kulit kita serap baki-baki essence daripada mask tu





Dan apakah keputusan nya?? Adakah aku dapat kulit yang seperti aku dambakan bak Song Ji Hyo??






Song Ji Hyo


















SongLap Air Liyo



Muka memang jauh bebeno lah bezanya. Song Ji Hyo comel,aku comot. Tapi bagi lah cannnnnn nak feeling-feeling Korea kejap. Ye dak? Kehkeh. Tapi bila lepas pakai mask ni,rasa macam kulit ada glowing sesikit lah muehehehe perasantan!





Banyak mask yang menarik boleh pilih.  Nak cari dekat Watsons dan Guardian produk ni buat masa sekarang memang tak dapat lah jeppp. Boleh beli produk ni online sahaja. Pada sesiapa yang berminat dengan produk Hansaegee Nature ni boleh ke web HANSAEGEE NATURE sekarang!   Happy shopping! :)



17 comments:

  1. haha..
    boleh dh cik epal nk blakon pasni:)

    ReplyDelete
  2. Salam kunjung Cik Epal..haha..awak pon ala2 Song Ji Hyo juga...hehehe..comel versi Malaysia..hehe...td tergelak sebab bc dekat fb friend sy dia kata awak ada buat tips cara nak kempiskan perut ..terus sy google cr blog awak..haha..bikin sy ketawa kuat kat opis pagi nih..hehe

    ReplyDelete
  3. eh sy pun minat tegar running man!ngee.kulit orang korea memang cantik kan.serius.btw,nice entri.nak try lah nnti :)

    ReplyDelete
  4. tapi,cik epal,,yang mask tuh,,ade brape dalam nya???

    ReplyDelete
  5. oh finally, ada jugak product buang black/whitehead yg bole pecaya..da try mcm2 produk, smp pegi daiso beli masker itam tu kunun2 nk buang seme2 tu.

    tapi produk kali ni cik epal beli kat mana ye?

    ReplyDelete
  6. Sakit ke tu. post yang menarik. berkongsi cerita kehidupan dengan rakan rakan. nanti singgah lagi ye

    ReplyDelete
  7. blh jd duta hansaegee ni cik epal..hehhe
    btw ramai yg kata produk ni berkesan..tapi x de rezeki lg nak cuba..

    singgah =)SLM..please support pjaz dlm contest iphone5 gdjet impian, tlg KLIK g+ yer diside bar sblh kanan atau di entri =) TQ ^^

    ReplyDelete
  8. @zoey danny: ada satu je :)

    @usen: beli online. Boleh beli dekat http://www.hansaegee.com/

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. wah!...cik epal nak kena tangkap ni dengn staf running man...ingat tak ada satu episod yang semua RM kena tangkp dan penjara atas kesalahan masing2...jihyo ditngkap atas kesalahn tk pakai makeup wktu shooting...wah!ingatkan dia pakai makeup selama ni,rupanya bare face je ...:)...thanks cik epal coz bg mklumat yng berguna sangt ;)

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete