Siapa pernah makan pavlova?? Aku tak ada lah selalu makan pavlova ni, tapi pernah lah makan dekat Serai dengan Delicious. Pavlova ni manis sangat. Tapi bagi aku, macaron lagi manis lah. Pavlova ni sangat tak sesuai dimakan oleh sesiapa yang mempunyai penyakit kencing manis. Haritu baru try buat pavlova. Aku mati-mati lah ingatkan susah sangat nak buat benda alah ni. Sebab kalau dekat luar, harga pavlova ni boleh tahan mencekik darah jugak lah untuk satu slice pavlova ni.
Tapi cara-cara nak buat pavlova ni senang gilaaaaaaaaa ok! Bahan-bahan pon sikit je dan senang je untuk cari.
Ok ni pavlova aku buat. Walaupun rupanya tak berapa nak senonoh tapi jangan pandang rendah ke atas rasa nya. ecehhh macam kan sedap nak meninggal sangat lah rasanya
Ok ni bahan-bahan nak buat "meringue" untuk pavlova ni:
4 biji putih telur (putih telur sahaja ok!)
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanilla
Ok tu je bahan nak buat "meringue". Senang je kan bahan nya?
AMARAN! (wahh siap ada amaran gituww) : Pastikan stand mixer or hand mixer kau tu bersih dari segala jenis macam habuk dan minyak. Supaya tak effect apa-apa dekat meringue tu nanti. Telur tu guna putih telur sahaja ok. Jangan ada secoet pon kuning telur yang masuk. Sebab nanti tak jadi "meringue", kau pulak yang mereng karang. kehkeh
Untuk topping:
1/2 cawan whipping cream
Masa aku buat ni aku guna 1 cawan whipping cream, tapi macam melimpah ruah sangat krim nya. So guna 1/2 cawan tu kira ok lah. Whipping cream ni boleh beli dekat kedai kek. Harga nya jauh lebih murah daripada dekat pasaraya. Aku suka gila whiiping cream brand atas ni sebab rasa dia macam ice cream. Kalau guna whipping cream brand atas ni, tak payah guna gula dah. Sebab dia dah manis. Tapi kalau guna whipping cream yang tawar tu, boleh tambah 1/2 cawan gula icing
Buah-buahan segar. Aku guna strawberi dengan kiwi je. Kalau boleh, biar lah buah yang masam-masam. Sebab rasa pavlova ni dah manis, kena counter balek dengan rasa masam lah dekat atas. Baru lah rasanya seimbang
Cara-cara nak buat pavlova:
First of all puan-puan dan tuan-tuan, pukul 4 biji putih telur guna stand mixer/hand mixer. Pukul sampai kembang dan berbuih-buih macam sabun nak mandi dalam bath tub :D
Masuk kan gula sedikit demi sedikit. Dah masuk sikit, pukulllll. Dah masuk sikit, pukullll lagi. Sampai lah habis gula tu
Pukul sampai "meringue" tu jadi putih berkilat macam gambar dekat atas ni haa. Kalau nak tahu dah jadi ke tak. Cuba tuang adunan ni letak atas kepala, kalau tak jatuh "meringue" tu kira jadik dah lah tu. Tonggengkan adunan je sudah kalau nak tahu dah jadi ke tak. Tapi kalau ada yang nak tonggengkan atas kepala pon bolehhhh jugak :D
Masuk tepung jagung,cuka dan esen vanilla dalam adunan. Dan kacau laju-laju guna spatula. Jangan guna senduk kari pulak. Guna spatula
Ambil loyang letak baking paper. Buat bulatan atas baking paper tu, lepas tu terbalik kan kertas tu
Boleh letak "meringue" tu atas baking paper
Nampak tak bekas pensel tu? Aku punya bulat terbesar pulak aku lukis. So bulatan tu untuk ejas kan "meringue" aku tu jadi bulat lah dekat dalam tu
Panas kan oven dengan suhu 150C dalam 15 minit. Then turunkan suhu kepada 140C. Bakar selama 1jam-1jam 15 minit. (Bergantung kepada oven masing-masing jugak)
AMARAN! ( Amaran lagi) : Dah masak pavlova tu, jangan terus keluarkan pavlova tu daripada dalam oven tu ok. Biar kan pavlova tu sejuk dalam oven. Buka sikit pintu oven tu bagi pavlova tu sejuk. Dah sejuk pavlova tu dalam oven, baru boleh keluarkan
Pukul whipping cream tu bagi kental. Ambil spatula sapukan atas "meringue" tu.
Selepas di tacap tacap dengan whipping cream. Tengok! betapa tinggi nya whiiping cream aku. So kurangkan lah 1/2 cawan whipping cream. Sebab bila dah pukul dan kental tu. Whipping Cream nya kembang
Taburkan je buah-buah yang dipotong tadi. Masuk kan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk lagi heaven!
Rasa pavlova ni manis. Luar dia rasa macam crispy crunchy. Dekat dalam tu, lembut je rasa macam marshmallow.Tapi bila combine dengan whipping cream dengan buah strawberi/kiwi tu memang rasa nya superb lah! Manis vs masam. Haaa boleh bayang tak rasa dia macam mana?
Letak je dekat meja makan. Habis licinnnnnnnnnn bila makan seisi keluarga. Esok nya buat lagi sebijik. Sekali sekala feeling feeling minah saleh sikit bila makan kek omputeh ni.
Selamat mencuba bagi sesiapa yang rasa nak cuba! :)



52 comments:
sedapnnya .. !!!
wahh rupa dy mmberangsangkan haha
nak try lah nti.tp family sy tak suka sgt mkn manis2 ni huhu
Tengok je memang sedap...tapi belum pernah rasa lagi ni..
yummy !! :D sedapnyaa . ahaa
sdpnyeeee! bole la try tupun kalau rajin!
eh..dah terliur dah nih bila nampak kek pavlova tu..nanti nak suruh isteri buatkan..
ada lagi x? nak sikit. kesian hana xpernah makan.huhu
http://www.onitsukahana.blogspot.com/2012/09/pavlova-tu-dealova-ka.html
nak buat jugak next week...yeay...
Nak tanya kalau buat meringue tu n simpan semalaman boleh ke..dia jadi lembik tak....
Nak tanya kalau buat meringue tu n simpan semalaman boleh ke..dia jadi lembik tak....
wahh, sepertinya enak. harus di coba... thanks ya...
*feeling jd minah seberang sebentar...haha
@Azleen Khamis: boleh je. tapi simpan dalam peti ais lah. ataupon bila nak makan baru letak whiiping cream dengan buah-buah tu atas meringue. so meringue tu xkan lembik :)
UIII,SEDAPNYA..TERLIUR TENGOK GAMBAR..ADA MASA BUI NAK TRY JUGAK NNT..
TENGSS ATAS RESEPINYA YA CIK EPAL
yup.. kite pon leh wat pavlova jugak. Siap wat bisnes lg.. tp xbaper suka mkn sgt sbb manis...
last month ada member opis buat. tapi version kurang manis sikit. kalo beli, mmg manis!
omg! finally cik epal tunaikan hajat untuk resepi pavlova ni1 yeayyyy! sumpah saya akan buat.thanks cik epal! haha <3
senang dan mudah difahami je resepi ni sbb cik epal dah olah ayat dia.haha. thanks.
nice :)
Sedapnyaaaaaaaa!
nak rasa sikit boleh x cik epal??? :)
Potrait Manusia Menggunakan Jari
ooo senang je nak buat mende alah ni. ingatkan payoh bebenor. thanks cik epal sbb bg step by step :)
wah..sedapnye.. pandai cik epal masak yea.. nanti boleh cuba ni..
pernah makan dah kat umah PCM aritu..sedap :)
rupanya sungguh menarik perhatian.. :)
Trime kasih bg resepi..sedap sgt2..baru je lepas wat.menjadi..XD..
sedapnyeee...nk try tapi xjumpe la whipping cream cmtu kak...huhu
dah try. . ,mmg sedap superb!! thanks for the gorgeous recipe :D
Bestnya pavlova cik epal menjadi. Pavlova sy bantat. 3 kali buat, 3 kali bantat. Alat2 semua dah bersih & dilap sehingga kering. Dah pasti,takde telur kuning termasuk dlm adunan. :-( sedih. Ada tips taknak bg pavlova sy bantat?
Pandai Cik Epal tulis resepi dengan jelas dan kelakar. Terhibur membacanya dan terliur jadinya. LOL!
Salam nk tnye kalo mixer xder bleh bwt manual x?..huhuhu spoil lh oven ade mixer plk xder,papepon kne try nie,huhuhu
Kalo gne manual bleh x?...mixer xder lh,huhuu
Assalamualaikum,i amek resipi ni ye untuk buat pavlova ni.thank you.:).A
Assalamualaikum,i amek resipi ni ye untuk buat pavlova ni.thank you.:).A
Trima kasih sbb share this resepi...nak try buat..
bole x klau saya isi meringue nie dalam bekas cupcake?
bole x klau sy isi meringue nie dln bekas cup cake..na buat pavlova ala2 cupcake...
dah try dah:) http://nurzadiana.blogspot.com/2013/01/homemade-pavlova.html
Cik epal.. Nak request resepi macaroons boleh?? *senyum comel* :3
assalaualaikum kak...
nak tanya pasal crust pavlova tu..bila letak cream,tak sampai sehari crust yg kat luar tu jadi lembik..adakah dia mmg mcm tu atau salah teknik dalam bancuhan,or apa2 saja.blh bagi tips tak cm mana nak kekalkan crust tu crunchy?
boleh tak emailkan pada saya sebab saya jarang bukak blog..wan_syamzaima@yahoo.com
tq..memang dh lame nk cuba buat ,cuma x comfident..hahaha..tq...up date resepi2 baru k...^_^
terima kasih cik epal utk resipi bergambar ni. sy ingatkan mcm susah sgt nk membuatnya. sy pasti akan mencubanya.
Nyum2x...nak try la nanti..hope menjadi...
Jom follow blog kita jugak
http://surianireenz.blogspot.com
cik epal....nak tanya...bila dah guna kiwi ngan strawberi tu...rasa manis die kuat lagi tak???? huhuhuu mcm mane nak kurangkan sket manis pavlova ni???
cok epal...nak tanya...lepas guna kiwi n strawberi tu...rasa manis die kuat lagi tak?? ada tak cara untuk kurangkan rasa manis pavlova ni????
Cik epal npe whipping cream sy x mngmbng. Brketul adala
Cik epal npe whipping cream sy x mngmbng. Brketul adala
@nuryie: beli sama brand whipping cream macam gambar dekat atas tak?? kalau brand lain tak dapat lah nak tolong. Kalau brand whipping cream dekat gambar atas ni memang terbaik! :)
Kena pukul berapa lama untuk maringue putih berkilat tu jadi?
kena tunggu berapa lama untuk meringue putih berkilat tu jadi?memang kena pukul lebih sejam ke?
Pengalaman saya la, pukuk whipping cream mula2 mmg berketul, pukul je lagi, lepas2 tu dia akan kembang n ringan, pukul putih telur sekejap je, bila dah kembang berbuih mcm cik epal bgtau tu, masuk bahan2 lain, kacau3, bole sediakan oven lak, sambil buat sambil tgk resepi kat henpon atau lap top pon bole
Assalamualaikum...tuan admin..
mohon kebenaran untuk salin resepi ni.
haha menarik! kakak sy dari haritu request nak pavlova dgn alasan sy pandai buat kek. padahal menatang ape pavlova pun sy taktau. adehhhh -_-Thanks yaww for the recipe :) hoho
macam senang je , nk try buat lah nanti . thanks cik epal kongsikan resipi !! dah terliuq dah nieh haha . btw saya masih baru lagi , kalo sudi jenguk2 lah blog saya yg x seberapa nieh http://yongatira.blogspot.com/
Post a Comment