Tuesday, October 30, 2012

Apa hala tuju anda bila sudah penat berhempas pulas belajar?


Student ni kalau habis belajar je mesti berangan nak dapat kerja yang best-best. Gila engkoo belajar penat-penat setiap malam bersengkang mata (tegak kan batang mancis masuk dalam anak mata bagi mata tegak), tertiarap mengadap buku tengah malam atas katil, study bagai nak rak tapi tak nak dapat kerja best??? Biar benar?

Tu kalau rajin nak ngadap buku bersengkang mata, bagi student yang malas sikit tu? Setiap malam,rebus je nota dalam periuk. Air rebusan tu, minum sebanyak 3 kali teguk. Tak pun, gantung nota kat lampu stadium universiti masing-masing. Nanti cahaya lampu tu menyuluhkan ilmu.wahhhh  Confirm tak dapat  4 FLAT. 4 KONDIMINIUM pon insyaAllah tak dapat


Ok serius sikit, sekarang ni ramai graduan tanam anggur (menganggur). Antara alasan yang selalu kita dengar


@Tak ada kemahiran
@Lemah Bahasa Inggeris
@Kursus tak sesuai dengan kehendak pasaran
@Lemah komunikasi
@Terlampau memilih pekerjaan

dan lain-lain

Ke sebab IPTA/IPTS tu main beranak jer. Tapi lepas tu biar "anak-anak" nya lari bertempiaran ikut suka nak pergi mana?? Graduan yang terlampau memilih kerja atau kerja yang terlampau memilih calon?? Dah study penat-penat mesti nak ada kerja untuk mencari sesuap nasi kan? Ok sesuap nasi tak lah kenyang, nak jugak cari sebungkus kuey teow tomyam, seplastik air ribena laici, sepinggan nasi beriyani gam dan lain lain. (Amboi selera jin)



Apa-apa bidang yg hendak diceburi oleh para graduan,kenalah dengan kualiti yang graduan tu ada sendiri dan di ukur pada pasaran semasa.Peluang kerja memang banyak tapi kena pandai ambik perhatian sepatutnya. Sesiapa yang masih lagi dalam dilema tak tahu nak kerja apa lepas graduate. Haa memang dialu-alukan sangat pergi ke Sector Focused Career Fair ni





Catit dalam kalendar masing-masing  20 & 21 November 2012,! Ramai-ramai serbu MMU, Cyberjaya ok!

Jalan mudah nak ke MMU Cyberjaya



Perkhidmatan Teksi di Cyberjaya (Budjet Taxi, Executive Taxi and limo) 

Tel: +03-8888 4000 (Koperasi Pengangkutan Putrajaya & Cyberjaya Berhad)
Tel: +6012-251 7515 (Executive Taxi Service)
Tel: +6013-665 5065



Banyak benefit yang korang dapat pergi fair ni. Berpeluang untuk explore kerjaya dan internship dengan syarikat-syarikat besar dalam sektor Engineering. Ada sesi ceramah dan sharing sessions dengan experts jugak tau!

List of participating companies:

Biotechnology
1. Chemical Company Malaysia (http://www.ccmberhad.com/)
2. Infovalley (http://infovalley.net.my/)

Electrical & Electronic
1. Agilent (http://www.agilent.com.my/)
2. Altera Technologies
3. Clarion (http://www.clarion.com/my/)
4. Dyson (http://www.dyson.my/)
5. Intel (http://www.intel.my/)
6. Motorola Solutions
7. National Instruments (NI) Malaysia (http://malaysia.ni.com/)
8. OSRAM (http://www.osram.com.my/)
9. Silterra (http://www.silterra.com/)

IT
1. Cisco (http://www.cisco.com/web/MY)
2. DELL Global Business Center Malaysia (http://www.dell.com.my/)
3. e-Centric Innovations
4. HuaWei Technologies (http://www.huawei.com/my/)
5. iA Group (http://www.theiagroup.com/)
6. IBM (http://www.ibm.com/my)
7. Info Trek (http://www.info-trek.com/)
8. Inspedia
9. KRU Studios (http://www.krustudios.com/)
10. MMODE (http://www.mmode.com.my/)
11. VADS (http://www.vads.com/)

Oil & Gas
1. Exxonmobil (http://www.exxonmobil.com.my/)
2. Halliburton
3. MMC Oil & Gas (http://www.mmcog.com/)
4. Muhibbah Engineering (http://www.muhibbah.com/)
5. Schlumberger
6. Shell (http://www.shell.com.my/)
7. Technip
8. UMW Oil & Gas (http://www.umw.com.my/)

Telecommunication
1. Celcom (http://www.celcom.com.my/)
2. Maxis (http://www.maxis.com.my/)
3. Samsung (http://www.samsung.com/my/)
4. Telekom Malaysia (TM) (http://www.tm.com.my/)


Untuk maklumat yang lebih lanjut. KLIK SINI

Final Year students dan fresh graduates memang sangat dialu-alukan datang pameran ni
Jangan lupa datang sini bawak resume (hardcopy and softcopy). Sebab ada peluang to be interviewed on the spot! Tapi kalau boleh buat homework lah sikit pasal syarikat yang ambil bahagian tu sebelum datang fair ni ok. Mana tahu datang fair ni, ada rezeki nak dapat kerja best! Good Luck! :)

9 comments:

  1. tq for info... dah sebarkan kepada x-students yg duk menggagau cari keje

    ReplyDelete
  2. KEHKEH.PART 4 FLAT DENGAN 4 KONDOMINIUM TU KITA SUKA XD

    ReplyDelete
  3. SOKONG BENAU LAH TU.MEMANG BERLAMBAK YG TANAM ANGGUR JE SKRG EVEN STDY OVERSEAS. KANKAN

    ReplyDelete
  4. MMU? saya seorang graduan MMU. Memang selalu ponteng kelas.. erk! Haha~

    ReplyDelete
  5. Ahkak ni dah lama tinggal bidang nih semua. Nak start dulu siksa jugak ko. Pernah kene berenti kerja bagai. Ingat senang ke nak hidup sedikit senang cam sekarang nih...:(

    Just join kalau ada masa. Boleh tambah ilmu, tambah pengetahuan.

    ReplyDelete
  6. bagus info cik epal ni... nak cari kerja mmg susah.. akak keje dl bermula jd contract staff.. alhamdulillah skrg... tp apa pn dgn doa, usaha & tawakal ...klu minat nak kerja maybank.. insyaallah bg je akak resume..akak leh tlg submit kan...sesape pn blh... kt usaha dl.. insyaallah

    ReplyDelete