Sunday, October 21, 2012

Aku Terima Nikahnya dan Sinister

Haritu layan 2 movie ni. Jarang nak pergi wayang tengok cerita melayu. Sebab selalu dapat tengok premiere screening. Tapi cerita ni tak dapat tengok premiere, so layan je ahh



Aku terima nikahnya. Jalan cerita ada lah sesikit macam cerita omputeh The Vow tu. Yang The Vow tu bini nya hilang ingatan. Aku Terima Nikahnya ni pulak laki nya yang hilang ingatan Masa tengok Aku Terima Nikahnya ni tak ada lah rasa nak menangis. Tapi bila tengok The Vow tu, di saat Channing Tatum mengalirkan air mata, aku pon dok kalut jugak mengalirkan air mata dan air hidung juga. Yang The Vow tu memang sedih ah. Mungkin sebab lontaran dialog dalam cerita ini begitu jiwang,lagi-lagi part Adi Putra.Sebab dialog dalam cerita ni tak macam cara kita cakap dekat real life. So tak dapat nak feeling sangat





Tapi brader sebelah aku,muka gangster, pakai rantai dekat leher dan gelang silver dekat pergelangan tangan. Tapi dalam hati ada taman wooo. Dia nangis beriya siap sapu dua-dua mata dengan tapak tangan.Pastu lap saki baki air mata dengan baju lagi. Aku pon rasa macam bersalah tak nangis ni, brader muka gangster pon boleh nangis beriya,aku boleh selamba dekkk je. aku ni tak ada perasaan ke hape ni?





 Tapi dalam cerita ni Nora Danish nampak cute dan cantik sekali. Cuma suara dia je macam teletubbies sikit :D


Ok cerita Sinister ni memang aku tunggu ah.Sebab tengok trailer macam gempak je. Aku memang suka tengok cerita macam ni dekat wayang. Tengok dekat laptop or tv feeling dia tak best sangat. Pastu tengok poster pulak producer yang sama buat cerita Paranormal Activity dengan Insidious. Harus tengok!



Cerita ni seram jugak lah. Banyak part terkejut-kejut. Sound effect dia tak boleh nak lagi memekak lah pulak kan. Pulak-pulak time anak dia masuk dalam kotak tu. Aduhh menjerit punya kuat. Cerita-cerita macam ni, selalunya apa yang kita jangka tu mesti tak jadi. Mula-mula tu macam-macam lah aku rasa. Aku rasa bini dia tu sebenarnya Stephanie budak yang hilang tu lah. Polis yang tua tu yang jahat lah. Rupa-rupanyaaaaaaaaaaaa




Haaa tengok sendiri




Cuma pendapat aku, Sinister dengan Insidious. Insidious lagi best lah! Insidious ni at least aku boleh terima jugak lah kenapa budak ni jadi macam ni pada ending cerita nya. Yang Sinister ni bagi aku macam merepek sikit lah. But boleh lah lagi nak layan untuk terkejut-terkejut kan diri sendiri dalam panggung. Tapi part ending Sinister paling haremmm sekali. Terkejut aku, ada lah ter menjerit sikit. Tapi sikit je ah. kihkih



ok bye!

9 comments:

  1. huhuhu sjak beranak-pinak nihh dah lama tul x bermovie at cinema bagai huhuhuhuh

    ReplyDelete
  2. rasa macam nak tengok jugak ceta ATN 2... tapi mcm cik epal ckp lah nt x nages jugak rugi lak hihi..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum cik epal...macam menarik jer jln ceritanya...:)

    ReplyDelete
  4. Kesimpulannya.. citer Aku Terima Nikahnya ni best or x best?

    ReplyDelete
  5. lama sudah tak menjenguk panggung... anak kecik...

    ReplyDelete
  6. Biasalah tu...
    brutal brutal pun mesti kena simpan taman sikit dalam hati... www.suarapemikir.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum.. Best cerita ni yea. nanti nak tengok juga la..

    ReplyDelete
  8. Insidious seram. seram sebab sound efek dia yg teruk tu la. tapi jalan cerita best :)

    ReplyDelete