Thursday, September 13, 2012

Nama anak extravaganza

Time raya haritu borak-borak dengan cousin aku. Pastu petang tu banyak lah rumah nak pergi beraya. Rumah nenek bibah lah, nenek timah lah, nenek bedah lah. Semua rumah nenek-nenek lah kira nya


Cousin aku ni lebih kurang baya-baya aku je. Tetiba dia mengutarakan soalan berbunyik


"nanti generasi cicit piut kita nama nenek atau opah diorang mesti canggih-canggih kan? dah tak ada dah nama timah, bibah, bedah, kiah bagai ni lagi"


Ha ah betul jugak! Nama anak orang sekarang kan semua nya extravaganza.






@ Neesofa

@ Rayyan Ziyad

@ Zara Marissa

@ Aryana Zara Delisha

@ Rifqi Rayyan Danial

@ Izz Zahra Qaisara

@ Adriana Qistina Amani

@ Fakhry Hasif Harith Zulfaqar

@ Dhia Nur Batrisya Salsabila

@ Azra Hafeeza Delisha Radwa


Makin lama makin panjang lak nama baby zaman millenium ni. Berbelit-belit lidah nak menyebutnya. Kot baby-baby ni dah tua-tua sok nanti nak bawak anak cucu depa pergi beraya dekat kampung, anak cucu depa pon tanya


"mama, mama nanti lepasni nak beraya rumah siapa?"

"Kita nak pergi beraya rumah nenek Azra Hafeeza Delisha Radwa (amboii meletop nama nenek). Nanti boleh dapat duit raya dekat nenek"

"yayyyy nenek Azra Hafeeza Delisha Radwa nak bagi duit raya!! "


Curlasssss sangat nama nenek!



Tak kesah lah nak bagi anak nama apa, janji maksudnya baik.Islam pon menyarankan nama yang baik diberikan kepada seseorang sebab nama itu akan dipanggil oleh Allah pada hari akhirat kelak sebagai pengenalan diri


"Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama bapa kamu. Maka perbaikilah nama-nama kamu"



Jangan nama anak punya lah panjang tapi panggil secoet je

Nama anak: Sofia Qaisara Azzalea Qasrina

panggil : Piah














Suka hati lah.

42 comments:

  1. haha. fenat fikir nama fanjang fanjang.. fanggil piah. hehe.

    ReplyDelete
  2. nama glamour tapi last2 panggil secoet je , hahahaa

    ReplyDelete
  3. hahaha, betul tu... nnt bila jadi atuk atau nenenk, grand gila nak sebut...

    ReplyDelete
  4. skrg ni mmg dah normal kalau letak nama anak panjang berjela.. tapi jangan sampai tak dapat masuk ic sudah la.. kang nama ayah plak tak de space nak letak sana.. kan lagi susah..

    ReplyDelete
  5. pnah bincang topik nih mse sekolah dlu..hihi..mmg lawak

    ReplyDelete
  6. nama bakal ank i pun ade dlm senarai kt atas ni la..:)

    ReplyDelete
  7. CE, i nnti nak letak name anak Elman Nawfaal aje.. heee :)

    ReplyDelete
  8. habis laaa name anak i nanti pun panjang ni.

    ReplyDelete
  9. nanti dah jadi nenek mungkin jugak bertukar ker nama nenek piah...hehehe

    ReplyDelete
  10. zaman makin maju lah kan katakan . macam omputih dah jadi .

    ReplyDelete
  11. hahhahah kerlas nama nenek

    akakakkak ai like dis entry

    setuju sangattttt

    ReplyDelete
  12. dulu masa sekolah ada kawan yang nama dia panjang n berbelit2... ada sorg ustz ni ckp nanti nak nikah berbelit2 lidah tok kadi tu nak sebut nme dy...=D

    ReplyDelete
  13. cleopatra ??

    ok la piah, kalau : Pe'ah !

    ReplyDelete
  14. haha. betol. nama adik yg last nie je mak letak 3 suku kata. yang lain dua jek. makin maju lah katakan. kekeke

    ReplyDelete
  15. asal boleh orang sekarang ni nama nak meletop je. :)

    ReplyDelete
  16. skrg nama anak kebykan ikut nama public figure yg dorg adore sgt..huhu

    ReplyDelete
  17. ye...akak sedang membayangkan pasal nie sejak akak sekolah rendah lagi. "lepas nie nak pegi rumah sape?"
    "Opah Liyanaaaaa...."

    wakaka...

    itu pun dah rasa lain macam. belum lagi Opah Mia...Opah Ireen ke... LOL.

    btw.... Selamat Hari Raya ye Cik Epal. Lama sangat dah x ke sini. :)

    ReplyDelete
  18. Actually masa aku form 5 dulu pun ada bincangkan topik ni jugak...ngan kawan² baik aku laa...
    hahahahhah skrgnyer nama makin kelasss....

    but most important is → mesti ada maksud yg indah dalam agama kita =)

    ReplyDelete
  19. masa kecik orang panggil mujahidah sekarang muja,, haissy,,, geram,,

    ReplyDelete
  20. Nama saye dah pendek...pggl amira t pggl ra..huhu lglah secoet

    ReplyDelete
  21. nanti nak bagi nama anak laki Yaacob, anak pompuan plak Lijah.

    ReplyDelete
  22. jangan masa tadika anak tu terlupa nama dia udahler...
    nama2 glamer anak2 akak lepas raya ni...dolah,minah & joyah..hihihi...saja suka2 tukar nama depa.

    ReplyDelete
  23. Panjang2 nama anak zaman sekarang ni. Hee.

    ReplyDelete
  24. naik semput lah nnt nak akad nikah :D

    ReplyDelete
  25. nanti kalau eka ada anak,
    nak letak nama yang mudah je janji ada makna yang baik..

    hehehehe




    ReplyDelete
  26. huhu mcm nama ank sis, sufiyyah.. nenek dia pula yg panggil piah. adoi.

    ReplyDelete
  27. tu ler kan ... nama glam2 tui ..

    tp kalau glam je xde makna , rs nye cm rugi jew...

    nw crik nama yg up to date tp dlm masa yg sama , kene ada makna yg bagus

    ReplyDelete
  28. nama pnjg2 ni susah. 1 lagi time nak hitam kan borang OMR.. Gile banyak take time kat situ je...

    ReplyDelete
  29. this is a brilliant and funny post.
    Aku terketawa sey baca.

    ReplyDelete
  30. aku suka sangat2 entry ni sbb nm anak aku pn glamour gak

    ReplyDelete
  31. Nama anak saya ringkas je. A'ishah binti Azizul. Saya suka yang ringkas saja. Cukuplah elok maksudnya dan tak berlebih-lebihan. Maka besederhanalah. Pernah juga anak kawan2 diberi nama canggih taknak kalah tapi anaknya tu biasa2 saja. Macam tak sepadan pula. Jadi lebih elok bersederhana dlm meletak nama anak. Taklah nanti orang lain kutuk. Maaf kalau ada yg terasa :)

    ReplyDelete
  32. Ikut kesesuaian la klu nk bg nama..

    ReplyDelete
  33. Nama yang exotic hendak sebut pun payah. Akhirnya tinggal sebutan Piah sahaja. :-)

    ReplyDelete