Monday, September 3, 2012

Misteri kerang gergasi.

Haritu aku pergi makan dekat satu restoran ni. Pergi dalam 3 keluarga. Gila mahal nak meninggal harga makanan dekat restoran ni. Kitorang makan tak ada ah banyak sangat pon. Ni lah benda-benda yang kitorang makan time tu


Ikan stim ni sekor , 2 ekor ikan kerapu masak 3 rasa dan 2 pinggan sayur. Sayur apa aku lupa pulak


Butter prawn

First time seumur hidup aku nampak kerang begitu gendut. Nampak tak betapa gendutnya kerang itu? Selalu tengok kerang yang halus-halus je.


Hambekk kau, kerang besar penumbuk. Agak-agak geram dengan seseorang, boleh baling kulit kerang ni dekat musuh anda patploh bijik secara berjemaah atau sumbat kulit kerang ni dalam lubang hidung musuh anda,konpom musuh anda mati kejung sebab hidung tersumbat. Kerang gergasi ni! Dalam kerang tu pon besar jugak. Tapi kerang ni tekstur nya liat. Bagi aku tak sedap sangat lah kalau makan yang rebus macam dekat atas ni.



Kerang gergasi sambal. Haa yang ni sedap sebab sambal nya sedap. Tapi aku makan satu je lah sebab isi nya liat. So aku tak berapa suka. Lagi pon aku bukan penggemar kerang



Model kerang bertahi kerang di atas bibir. muahahaha. Ok tu bukan tahi kerang tu tahi lalat pemanis wajah ye adik-adik :D



Bukti kerang ini besar sebesar penumbuk. Masing-masing jakun dengan ke'gergasi'an menatang ni.





Pasal kerang gendut ni satu hal, yang lagi memeranjatkan bila part nak bayar, harga semua makanan di atas campur dengan sayur dan ikan kerapu masak 3 rasa semuanya



1.8 JUTA RUPIAH!!!!



Gila mahal. Hek elehhh rupiah je pon. Ilek arrr. Convert duit malaysia berapa hengget sangat. Memang dengar rupiah tu macam murah lah kan. Kalau convert duit ringgit malaysia tahu tak berapa??






























RM 620 !!


perghh tanjat boboiiiiii *terpelot jatuh kerusi*


Mahal nak meninggal! Serious tak datang lagi dah restoran ni bila datang Indonesia. Tapi nasib baik lah sedap cuma harga tu overpriced lah. Selama aku makan dekat Malaysia ni tak pernah lah pulak makan 3 keluarga sampai RM600++



Ni hari pertama dekat Indonesia ni. Pergi masa hari raya ke 3 haritu. Orang sibuk beraya,kitorang sibuk jalan-jalan makan angin. Makan angin punya pasal, hambekk hari pertama dah kena ketuk sebegitu rupa



Nanti sambung lagi pengalaman yang 'tanjattttt boboiiii' lagi dekat sini. ok babai~

59 comments:

  1. besar seh kerang nyer..mcm lokan pon ade..

    ReplyDelete
  2. mahal neh kak epal, kalau pergi juara ikan bakar dkat kelantan neh 10 orang makan pon 3ratus lebeh je, tuh pun dengan ikan siakap, kerapu, sotong celup tepung, sotong bakar, kerang 4 kg, ns, air sume la,

    ReplyDelete
  3. mak aishhh mahalnye smpai RM600 makan.. cm makan kat hotel lak

    ReplyDelete
  4. kalau order kerapu, memang mahal rasanya, compare dengan ikan-ikan yang lain.

    ReplyDelete
  5. Mak oihhh sampai RM600??

    Tengok je dah kenyang T____T

    ReplyDelete
  6. gulp..mahal gila kot..
    takut dengar

    ReplyDelete
  7. gilo...mahal sampai leh nak kojol...bukan murah ke makanan kat sana?

    ReplyDelete
  8. beshnya jln2 tu :) besar sungguh kerang iteww

    ReplyDelete
  9. perghh..memang terjatuh dari kerusi dengar harga cenggitu..

    ReplyDelete
  10. mahaiiiii benoooo
    btw,nice blog...jom terjah syiralokman.blogspot. com

    ReplyDelete
  11. macam banyak kalori jek hihi... singgah blog saya ek :-p

    ReplyDelete
  12. dia tau pelancong. memang dia hentam lah jawabnya!

    ReplyDelete
  13. mak ai.mahalnya.. mcm xberbaloi je rasa..

    ReplyDelete
  14. Tak check lagi sekali ke?
    Khuatir depa kira dua kali...

    ReplyDelete
  15. ti kalau gi indon,,, try cakap indon,, kasi pekat sikit,, insya ALLAH tak kena dah,, tapi nama apa restoran ni? so that boleh elak gi sini kalau gi indon..

    ReplyDelete
  16. mak aii mahal nak mam!.... gila ahh.... len kali c.epal kena jaga2 k....

    ReplyDelete
  17. wahhhh, sedap nye makanan tuhh ^_^ btw, haritu pnh mkn, mknn yg mcm cik epal mkn ni.. ktorg g brp org pon dah 300 lbh.. @@

    ReplyDelete
  18. Dear Cik Apple.

    25 yrs ago kami dinasihatkan apabila ke pasar malam di Jln S###### dan melihat orang menjual kerang besar dan gemuk-gemuk jgn beli. Why? Kerana ditakuti mereka kerang dari N%%%%% S%%%%%% di mana banyak ladang babi. Kerang dari sana gemuk dan montel kerana mereka mendapat zat dari mana?

    Masa telah berubah, bioteknologi bertambah canggih, siapa tahu huh.

    ReplyDelete
  19. yeke... mahalnya makanan tu cik epal... dasat ar.. tempat mcm tu ingt murah la kan. hehe.

    ReplyDelete
  20. memang besar penumbuk kerang ni... mahal gilak kena harga mcm tu rupa... ish3... dugaan hidup...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/09/kenalilah-bapa-anda.html

    ReplyDelete
  21. Mahalnya! ;D Hee. Tapi kalau makanan tu sedap, okay lagi. :)

    ReplyDelete
  22. memang tak sedap pun. daging liat. sama jugak macam ikan yang besar2 tu

    ReplyDelete
  23. giler mahal!!ingtkn kat malaysia rupanya kat indon.kalu kat malaysia,baik saman je..;D

    ReplyDelete
  24. mahalnya cik epal >___< koyak poket macam tu

    ReplyDelete
  25. perghh! mahal giler sampai namratushengget.. *pengsan*

    ReplyDelete
  26. perghhh..gegirl pon tanjat mendengornye..hehe :D

    ReplyDelete
  27. mak aii.. mahal betoi.. cekik darah tuh.. huhu

    ReplyDelete
  28. haha 1st raya da kene ketuk sebanyak tu.. tu kira sedekah duit raya la tu ek =)

    ReplyDelete
  29. ni jalan nak pergi tangkuban perahu kan??? kalau tak salah la...

    ReplyDelete
  30. boleh tahan la mahal jgk.. tanjat boboi.. :)
    kerang tu memang besar gedabak...

    ReplyDelete
  31. Time raya2 memang kena pawww lah :-)

    ReplyDelete
  32. FUH beso nye kerang tu ...


    UMAKAIIIII rm600+ makan je... mmg kalau weols dh sah2 pengsan lew .. mahei betui ..

    ReplyDelete
  33. pernah makan kerang besar macam tu..memang isi dia liat semacam so x berapa sedap..rasa gelipun ada juga hehehe..

    ReplyDelete
  34. gila mahal la.. restoran je tu..

    mcm harga kat hotel berbintang-bintang..

    ReplyDelete
  35. indonesia, kalau nampak org luar hrganya lain sikit

    ReplyDelete
  36. Besarnya kerang tu.biasala liat maybe dia masak xlama kot.besar katekan.harga dia betulla buat org meninggal hahaha nak kate mkn byk sgt tak.mknan xbyk sgt.xbebaloi la.

    ReplyDelete
  37. rasanya family cik epal kena tipu ni. makan sikit je dekat sampai 2juta. diorang sengaja ambik kesempatan tu, dia tahu pelancong.

    ReplyDelete
  38. Memang besar betul kerang tu! Tapi betul...kerang kecik isi lagi manis ...

    ReplyDelete
  39. mahal gila.. bek makan kat club victoria.. :)

    ReplyDelete
  40. bkn skdar tanjattt boboi,gegirl pun tanjatttt skali..mahal gilos!

    ReplyDelete
  41. Haluuuuuu Cik Epal...
    Ok bile tengok pasal kerang tu memang terkezut... tapi bile tgk pulak price die $$$$$ makan situ... mmg betullah terpanjat boboi... hishhhhh mahai bebenor harganyer... sedap ke idak (kiah propa)

    ReplyDelete
  42. GILER MAHAL!!!!!!!! mmg kne ketuklah kalau mcm tu..kat menu book xde list price ke? o.O? kalau tau mahal mcm tu mesti cik epal x makan kt situ kn?

    ReplyDelete
  43. Idok le mampu saye nak membayor makan sebanyak itu...rasa lebih baik kalau dapat menderma sebanyak itu kan..

    tgk pingan pun cam tak banyak..cam tak berbaloi je rasenye..huhu

    ReplyDelete
  44. mcm best je buat telur love tu ... hehehehe...

    ReplyDelete
  45. cik epal pegi indonesia??knpa tak jlan2 dkat bogor..sni pun bnyk jga tmpt best..

    ReplyDelete
  46. Kerang nya besar ye.. Sesuai la ngn harga nya

    ReplyDelete