Saturday, August 18, 2012

Cornflakes dan Ketupat

Yayyy dah sampai dah di kampung tercinta dekat Kluang Johor. Ada orang Johor dekat sini?? ngehngeh. Ni malam tadi punya projek, disebab kan pakcik aku ni dah bawak kuih raya berbakul-bakul,so mari lah kita buat kuih raya yang paling senang dalam dunia. Sebab kuih ni je yang tak ada lagi. Kuih raya yang paling senang nak dibuat dan senang jugak nak perabeh kan


Kuih cornflakes! Ni boleh panggil kuih gak ke? Bahan-bahan main campak-campak je. Madu,gula,cornflakes, badam. Haa senang kan? Budak tadika yang selalu main polis sentri pon boleh buat, siapa tak boleh buat,boleh lah terjun bangunan sekarang. HAHA over. Dah masak atas api, masuk kan dalam paper cup. Sambil mengacau masuk cornflakes dalam paper cup, sambil masuk mulut. Kunggg krappp kung krappp mengunyah



Sedia untuk di bakar. Tak suka letak kismis dan ceri. Kalau datang raya rumah sesiapa tengok kuih cornflakes ada ceri dengan kismis,makan cornflakes je, ceri dengan kismis mesti buang tak makan. Kan dah membazir jadi kawan syaiton nir rajim. huhh



Balance cornflakes lain buat cornflakes coklat pulak. Ni pon senang nak meninggal buat nya. Cooking choclate, susu pekat, gula sikit, butter. Pastu kacauuuuuu



Dah masuk dalam paper cup, Boleh lah taburkan mende alah warna-warni sang pelangi ni. Baru lah nampak efek riang ria di aidilfitri gituwwww. Pastu masuk dalam peti ais. Siap! Jangan pergi bakar pulak. Kang cornflakes coklat terus tukar nama conrnflakes abang BURN pulak karang





Ayah, nenek dan cousin menganyam ketupat pulak. Aku menganyam tikar mengkuang. (ok tipu)


Sambil menganyam, si kucing parsi bernama Bella ni pantang nampak benda berjuntai-juntai. Dia dok mengacau pulak dekat situ. Nak sangat main kan?? Haaa kita bagi dia mainnnn. Kemain nama engkoo kan. Nama Bella kengkonon lahir dekat Paris lettewww. Feeling kucing omputeh




Bella bajet juntaian ketupat itu friskies agaknya. Ayah aku kemain syok pulak melayan natang ni :D




Bella punya misai panjang betul. Nangis A.Galak tengok misai engkoo ni Bella. Dekat telinga pon ada misai jugak tu. Banyak bulu tol engko ni



Walaupun Bella mengacau buat ketupat, dapat jugak lah sebakul ketupat. Tak kira pulak berapa bijik. Sekalung tahniah diucapkan kepada ayah, nenek dan cousin aku kerana berjaya menganyam ketupat



Ucapan daripada Bella si kucing gedik


Tengah sedap buat ketupat, tetiba nenek aku mengatakan sesuatu. Siapa dah lama baca blog aku ni, mesti akan ingat kisah nenek aku ni macam mana. Tetiba dia cakap


"cepat habiskan buat kerja, pasni boleh tengok KAMELIA BARANG BAIK"

kitorang pon "haaaaaaaa kamelia anak sape pulak ni ada barang baik?"

"alaaa yang orang negeri sembilan tu. Yang ada BARANG BAIK BARANG BAIK tu lahhh"

*semua blur* dalam kepala berfikir, hehhh boleh tahan jugak nenek aku ni layan barang orang. huahuahua. dia sambung lagi

"alaaa ada YUS tu orang negeri sembilan tu. dekat tv! Kelakar cerita tu"


Pastu teringat pulak semalam hari Jumaat, dah nak pukul sepuluh lak time tu, terus terfikir

"ohhhhhhhhh KARROT KOMEDIA eh? adehh ingatkan anak siapa lak KAMELIA BARANG BAIK"


"ye lah, kan dia ada nyanyi IS BARANG BAIK, IS BARANG BAIK. Ada Yus orang Negeri Sembilan tu"

*gelak guling-guling* Nasib baik nenek aku tak dikir barat sekali pakai kostum rambu ramba

Puas lah dok fikir KAMELIA BARANG BAIK mana lah. Rupanya KARROT KOMEDIA IS BARANG BAIK IS BARANG BAIK. cehhhh


Mengasah minda betul bila bersembang dengan nenek aku ni.



Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

31 comments:

Faizul Osman said...

kelakar lah neneknya...
sy org kota tinggi johor...
2 jam dr kluang...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/08/baju-raya-family-tahun-2012m-1433h.html

Nora Karim said...

wah menarik betul cornflake tu... bestnya anyam ketupat sendiri... Selamat Hari Raya Cik Epal... :d

AkuBiomed said...

Jangan cakap biskut Raya Cornflake ini kacang buatnya. Kalau guna oven Butterfly yang letak atas dapur gas belum tentu jadi. Silap-silap hangus dik Non. :-)

boni kacak said...

mohon pos sikit cornflakes dan ketupat tu ke rumah saya sikit.hahaha

JungRara said...

Comelnye bella..selamat hari raya cik epal :-)

Ana Farhana said...

hahaha, nenek cik epal mmg lawak..

tak menahan sampai senang nk mnggl tuu.. isk isk

selamat hari raya maaf zahir batin cik epal :D

saya_arief said...

sedappp nyee.. comel pulak si kucing tu. pinjam boley?
:P

noyis gila kentang~~ said...

sedapnyeeee kuih cornflakes!is barabg baik,is barang baik!!hahah.jempt datang rumah taya ni cikepal.kite orang johooo..hehe

Nura Umairah said...

Comeynya bellaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! nak kucing tu boleh?

LIYANA MASTURA said...

Kite orang kluang! hehe. Selamat hari raya cik epal:)

Ikmal said...

cik epal kluang kat mana??
kg kita pon kt kluang... ;D

ieka farhana said...

Wah nenek cik epal pun layan KAROOT KOMEDIA jugak ek ? Hehehe

iZZuDDin sHaH said...

sedap kuih tu dan comel kucing tu yer... Mohon lawati blog ku atau ikuti @jibam90 di twitter.

Nurmujahidah Ismail said...

kucing tu mmg macam kucing dari paris,,, ayah nampak sayang sangat kt kucing tu,, nenek pulak nenek yang sangat rock,, haha

zures said...

Antara kuih2 faberetku adalah cornflake ni....yang paling laris di pasaran...

Eagleboy said...

Saya orang Johor gak!!! Banggo jumpa blogger johor tau : )

Nurul Syafiqa said...

Is barang baik ha ha nenek pun layan eh

Lyssa Faizureen said...

Tertarekk dengan kuceng tuuuu !!!!
Kenapa COMEL saaaangat ?????!
Arghhhhh >_<

OggyMS said...

sambil makan kuih jom dengar lagu raya baru 2012, Nyanyian Artis-artis sabah http://www.youtube.com/watch?v=iRpYQkR_-wE&feature=youtu.be

OggyMS said...

Sambil makan kuih raya, apa kata layan lagu raya baru 2012.. http://www.youtube.com/watch?v=iRpYQkR_-wE&feature=youtu.be

azura naser said...

wahh menu samala..tp ai tlg kakak ipar buat..tah paper jadinya...yg bab cekelat tu...tq yer cik epal..ala2 bg resepi..next year nk try la plak..:)

Cik Suraya said...

cik epal....same la kuih raya kite..hee
tapi sue siap wat kek lg...


anyway,klu ade mse, jemput la singgah blog...
http://inibelogcikgusuraya.blogspot.com/

What's Hot said...

Ketupat daun kelapa, sweet memory. Selamat Hari raya ...

┐('⌣'┐) (┌'⌣')┌ said...

cornflakes cklat tu da mcm kek batik.hehe sedap jer nmpk :)

O'gosh said...

hahaha..lama sudah x baca kisah nenek cik epal ni.....siap meleleh air mata gelak tau...

maszull said...

assalamualaikum cik epal...selamat hari raya mama dtg singgah beraya kat sini yer...:)

fathiahRAIHANA said...

nenek pun layan karoot komedia. hebat betul. hahaa

Angah said...

comelnye Bella...

kutoOobambOo / ericoanaci said...

tering nak mkan .. leh antar umah kutooo tak cik epal

IDA MANSOR / IENA MANSOR said...

comelnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kucen tuuuuuuu!!!

mardewan said...

Kucing tu comel nye...mne beli kucing tu..

Click Me !