Disebabkan aku terlebih rajin sekarang,rasa macam nak buat lah lasagna ni. Aku ingatkan susah nak buat dia,sebab bila tengok kan cam banyak je layer kan. Rupanya senang je.Aku buat satu loyang untuk satu family makan. Ok mari kita usha bahan-bahan nya
@ 1 Labu bawang besar
@ 6-7 ulas bawang putih
@ Untuk topping - Mozarella cheese dan Parmesan cheese
@ Instant Lasagna - Celur sikit sampai lembut guna minyak dan garam sikit
Bahan-bahan untuk buat inti daging:
@ Bawang besar dan bawang putih tu aku tumbuk. Nak cincang halus-halus pon boleh
@ 1 mangkuk tomato puree. Tak kesah lah jenama apa Kimball ke,Prego ke
@ 1 tin cendawan butang (dicincang)
@ 400g daging cincang
@ Serbuk black pepper dan oregano
@ Sos cili (2 sudu besar)
@ Sedikit garam
Bahan-bahan untuk buat sos putih:
@3-4 sudu besar tepung gandum
@Buttercup (setengah)
@Keju Cheddar (setengah)
@Fresh milk (600ml)
@Garam secukup rasa
Cara masak daging senang je,macam masak sos spagheti tu. Haa camtu lah. Tumis bawang sampai naik bau,letak daging cincang,tuang tomato puree,garam secukup rasa,serbuk oregano dan black pepper,masuk kan cendawan dan dua besar sos cili. Gaul kan. Dah siap!
Sukat susu 600ml
@Guna api yang sangat kecik
@Cairkan butter,masukkan susu 600ml
@3-4 sudu besar tepung gandum
@setengah keju cheddar
@sedikit garam dan gaulkan
Gaul kan je eh, jangan sampai dia berketul-ketul pulak
Ok ni part yang paling best, dah macam buat kuih lapis lak aku rasa. Lapisan bawah sekali letak inti daging,lepastu kepingan lasagna,letak inti daging balek dan letak sos putih
Ulang 3 kali. Macam ni ah cara dia. kepingan lasagna >> inti daging >> sos putih
Tips: bawah sekali letak inti daging supaya dia tak melekat. Jangan letak kepingan lasagna dulu. Nanti nak potong susah, melekat-lekat
Atas sekali taburkan keju mozarella dan parmesan ikut suka hati tekak anda nak letak berapa banyak
Then masuk kan dalam oven.
@Make sure oven dah panas awal-awal dengan suhu 180 degree celcius ok!
@Bakar dalam 30-40 minit
@Guna api atas bawah
Agak-agak cheese dekat atas tu dah cair tu,masak dah lah tu. Dan hasilnya
Time ni tak kenal lagi erti penyesalan. Bila dah makan,baru lah nak merempan cheese dah jadi lemak dalam badan pon tidak berguna. Lasagna sudah menjadi bubur lemak. =p
Time ni panas-panas terus potong lasagna
Cheese melimpah ruah ok. Masa makan tak ingat dah tengah diet sebenarnya
Lasagna makan dengan sos lagi sedap!
Lasagna ni buat setahun sekali boleh lah. Setiap minggu nak buat, memang macam tong gas lah badan aku karang. Kos nak buat dalam rm50. Keju tu ah yang mahal. 3 keju lak tu aku guna. Tapi puas hati sebab dapat satu loyang yang sangat banyak. Kalau dekat luar,baru secoet je dah caj doploh hengget kan. Buat sendiri puas hati. Sedap pon sedap. Lagi sedap dari lasagna Pizza Hut. kihkihkih
Selamat mencuba bagi sesiapa yang nak cuba. Semoga kita bertemu lagi dalam segmen "mari kecahkan dapur" di waktu dan hari yang akan datang. Saya cik epal gonjeng melaporkan dari tv seploh. Kita kembali ke sri pentas
ok bye!



62 comments:
yummy....rajin nya cik epal..:)
okay sangat best! akak beli barang-2 tu dekat mana ye..?? CP cari dekat jusco xder pong! anyway mesti sedap!! nak try tapi time raya lah wee~
wah..menyelerakan..tp tu la xreti mkn benda alah nih...aritu order yg dominos munye klu xsilap, mmg xley nk telan..tu la 1st & pastu xlalu nk mkn...hahaha..
nak try jgk la.. huhu...
http://petange.blogspot.com/
nak try buat la..huhu
http://petange.blogspot.com/
sedapnya nampak..tak pernah makan ni tapi boleh cuba kut
cik epal!
watermark baru ni kiut!
hehe
knyang suami CE nnti.. hehe.. bleyh try la resepi ni nnt..
Sedapnyer...superb delicious :-)
fuh, meleleh ayaq lioq! pandai dah ni cik epal, bleh kawen dah ni :)
watermark bru!..comel
Parmesan cheese tu paling mahal...perhh byk cheese lagi sedap...tap..tap..tap...kecur air liur baca entry cik epal kali nie...
Wallawehhh, nampak sedap tuu :)
macam best je lasagna ni.. tak pernah makan lagi
baik bese nya sy makn yg pizza punye resepi je mase keje pizza dulu xpenah lak cuba wat sendiri :)
nyummy2 bestnye kak.. xpe,, makan keju sekali sekala xkan naik badannya.. nanti nak try buat lah.. hehe..
tq 4 sharing.. :)
lapaq oih, awat la cheq pi baca entry ni T__T
x pasal2 perut bunyik2
cik epal sy kopipes resepi ni ye..tq :)
nak ka try jugak la cik epal..sedap nien
fuuhh... akak pulak telan liur tgok lasagna awk cik epal.
sos cili utk inti daging ganti dgn cili kisar lg sedap. ikut selera tekak melayu. ;)
your la-za-ni-ya looks very gojez! like it! kalau tgok lame2 buat rase lapar pulak (^_^) haha
eh? blog dah berwajah baru!@
Saya mahu cuba! :D
Wah! Boleh cuba pasni.. Thanks for sharing! ^_^
mesti cuba punya nanti! hewhew. :D
terliur!!!
wahhh !berbakat betoiii ! bg la kt skit rse cik epal oiii.. jom jumpa !hahaha
serius nampak sedap.... nak try cepat ni
Salam.. Cik Epal, first nak beritahu yg cantik sangat header baru ni dan juga watermark tu..
Rajin cik epal ke dapur.. Menu ni sangat menggoda.. :D
Jemput cik epal dan rakan2 blogger join GA Kak Nur. Ini linknya, esok due date tau..
http://cetusanrasa-nba.blogspot.com/2012/06/my-birthday-giveaway-2012.html
Tq Cik Epal.. :)
sedappp nyer... nk cikit cik epal.. :)
sedap.. kehkehkeh..bahan mmg mahal,tapi puas sebab dapat makan banyak..hihihi
teror la cik epal ni masak... **cantik toi header tu, t0mei** hehe
cik epal nape tukar header?..cute yg dulu lg...=)
tula..dulu akak penah survey harga cheese tu mmg mahal..trus cancel nk buat hehe
meleleh ayak liurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
nak buat jugak!!!!
nampak menyelerakan...tapi mcm banyak sangat step..heheheh
bajukurung budak utk raya!!!
www.bajukurungmurahsangat.blogspot.com
cik epal dah boleh kahwin kot..sbb dah pandai masak skang :P
menarik..terliur suda..
terliur mak buyong baca..adesss...
nampak sedap lasagna nih..cik epal akak share resipi nih yer....:)
woooooooooooo..nmpk sedapp
lazat nye lasagna ni :)
sedapnye tgk~
nyum2, sedapnyer, kecuq ayaq liuq, huhuihui
pergh .... kegemaran aku ni
suka makan tapi malas buat..weeeee
wahhh. seriyes nampak sedap! nak try la nanti. heee
sedapnya..yummy. rindu plak nak makan lasagna kat uia.
yummy!!!...sape la bley tlg buat
wawawah! sedapnye....nyummy2! ta tahan ngok....huhu...
emm.. terbaik la CE!
sedapnya....mesti cuba ini
BOLEH COBA NI..
wowww..terliur jap.. =D
yes bare baik..
saya bagi duit cik epal tlg masak boleh macam sedap
saya bagi duit cik epal tlg masak boleh macam sedap
saya bagi duit cik epal tlg masak boleh macam sedap
Kali pertama dlm seumo idup cba buat nihh...
Pertama kali dlm seumo idup cba buat...kihkihkih....
Thanks for kongsi the resepi. Nak cuba masak sebab anak mintak sempena cuti sekolah. Katanya nampak sedap bila garfield makan
cik epal saya dah try buat, hehe http://imymemine2.blogspot.com/2013/04/homemade-lasagna-ahaks.html
Post a Comment