Wednesday, July 11, 2012

Resepi : Homemade Beef Lasagna / Lasagne

Aku suka gila makan lasagna. Lasagna ke lasagne ke eja dia lantak tak kesah. Tapi aku menyebutnya "la-za-ni-ya". Tak tahu betul ke tak cara nak sebut dia tapi ada aku kesah? =p


Disebabkan aku terlebih rajin sekarang,rasa macam nak buat lah lasagna ni. Aku ingatkan susah nak buat dia,sebab bila tengok kan cam banyak je layer kan. Rupanya senang je.Aku buat satu loyang untuk satu family makan. Ok mari kita usha bahan-bahan nya


@ 1 Labu bawang besar
@ 6-7 ulas bawang putih



@ Untuk topping - Mozarella cheese dan Parmesan cheese


@ Instant Lasagna - Celur sikit sampai lembut guna minyak dan garam sikit


Bahan-bahan untuk buat inti daging:

@ Bawang besar dan bawang putih tu aku tumbuk. Nak cincang halus-halus pon boleh
@ 1 mangkuk tomato puree. Tak kesah lah jenama apa Kimball ke,Prego ke
@ 1 tin cendawan butang (dicincang)
@ 400g daging cincang
@ Serbuk black pepper dan oregano
@ Sos cili (2 sudu besar)
@ Sedikit garam



Bahan-bahan untuk buat sos putih:

@3-4 sudu besar tepung gandum
@Buttercup (setengah)
@Keju Cheddar (setengah)
@Fresh milk (600ml)
@Garam secukup rasa


Cara masak daging senang je,macam masak sos spagheti tu. Haa camtu lah. Tumis bawang sampai naik bau,letak daging cincang,tuang tomato puree,garam secukup rasa,serbuk oregano dan black pepper,masuk kan cendawan dan dua besar sos cili. Gaul kan. Dah siap!


Sukat susu 600ml


Cara nak buat sos putih:

@Guna api yang sangat kecik
@Cairkan butter,masukkan susu 600ml
@3-4 sudu besar tepung gandum
@setengah keju cheddar
@sedikit garam dan gaulkan

Gaul kan je eh, jangan sampai dia berketul-ketul pulak


Ok ni part yang paling best, dah macam buat kuih lapis lak aku rasa. Lapisan bawah sekali letak inti daging,lepastu kepingan lasagna,letak inti daging balek dan letak sos putih

Ulang 3 kali. Macam ni ah cara dia. kepingan lasagna >> inti daging >> sos putih

Tips: bawah sekali letak inti daging supaya dia tak melekat. Jangan letak kepingan lasagna dulu. Nanti nak potong susah, melekat-lekat


Atas sekali taburkan keju mozarella dan parmesan ikut suka hati tekak anda nak letak berapa banyak

Then masuk kan dalam oven.

@Make sure oven dah panas awal-awal dengan suhu 180 degree celcius ok!
@Bakar dalam 30-40 minit
@Guna api atas bawah


Agak-agak cheese dekat atas tu dah cair tu,masak dah lah tu. Dan hasilnya


Time ni tak kenal lagi erti penyesalan. Bila dah makan,baru lah nak merempan cheese dah jadi lemak dalam badan pon tidak berguna. Lasagna sudah menjadi bubur lemak. =p


Time ni panas-panas terus potong lasagna



Cheese melimpah ruah ok. Masa makan tak ingat dah tengah diet sebenarnya


Lasagna makan dengan sos lagi sedap!


Lasagna ni buat setahun sekali boleh lah. Setiap minggu nak buat, memang macam tong gas lah badan aku karang. Kos nak buat dalam rm50. Keju tu ah yang mahal. 3 keju lak tu aku guna. Tapi puas hati sebab dapat satu loyang yang sangat banyak. Kalau dekat luar,baru secoet je dah caj doploh hengget kan. Buat sendiri puas hati. Sedap pon sedap. Lagi sedap dari lasagna Pizza Hut. kihkihkih



Selamat mencuba bagi sesiapa yang nak cuba. Semoga kita bertemu lagi dalam segmen "mari kecahkan dapur" di waktu dan hari yang akan datang. Saya cik epal gonjeng melaporkan dari tv seploh. Kita kembali ke sri pentas


ok bye!

79 comments:

  1. yummy....rajin nya cik epal..:)

    ReplyDelete
  2. okay sangat best! akak beli barang-2 tu dekat mana ye..?? CP cari dekat jusco xder pong! anyway mesti sedap!! nak try tapi time raya lah wee~

    ReplyDelete
  3. wah..menyelerakan..tp tu la xreti mkn benda alah nih...aritu order yg dominos munye klu xsilap, mmg xley nk telan..tu la 1st & pastu xlalu nk mkn...hahaha..

    ReplyDelete
  4. nak try jgk la.. huhu...
    http://petange.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. nak try buat la..huhu
    http://petange.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. sedapnya nampak..tak pernah makan ni tapi boleh cuba kut

    ReplyDelete
  7. cik epal!
    watermark baru ni kiut!
    hehe

    ReplyDelete
  8. knyang suami CE nnti.. hehe.. bleyh try la resepi ni nnt..

    ReplyDelete
  9. Sedapnyer...superb delicious :-)

    ReplyDelete
  10. fuh, meleleh ayaq lioq! pandai dah ni cik epal, bleh kawen dah ni :)

    ReplyDelete
  11. Parmesan cheese tu paling mahal...perhh byk cheese lagi sedap...tap..tap..tap...kecur air liur baca entry cik epal kali nie...

    ReplyDelete
  12. Wallawehhh, nampak sedap tuu :)

    ReplyDelete
  13. macam best je lasagna ni.. tak pernah makan lagi

    ReplyDelete
  14. baik bese nya sy makn yg pizza punye resepi je mase keje pizza dulu xpenah lak cuba wat sendiri :)

    ReplyDelete
  15. nyummy2 bestnye kak.. xpe,, makan keju sekali sekala xkan naik badannya.. nanti nak try buat lah.. hehe..

    tq 4 sharing.. :)

    ReplyDelete
  16. lapaq oih, awat la cheq pi baca entry ni T__T

    x pasal2 perut bunyik2

    ReplyDelete
  17. cik epal sy kopipes resepi ni ye..tq :)

    ReplyDelete
  18. nak ka try jugak la cik epal..sedap nien

    ReplyDelete
  19. fuuhh... akak pulak telan liur tgok lasagna awk cik epal.

    sos cili utk inti daging ganti dgn cili kisar lg sedap. ikut selera tekak melayu. ;)

    ReplyDelete
  20. your la-za-ni-ya looks very gojez! like it! kalau tgok lame2 buat rase lapar pulak (^_^) haha

    ReplyDelete
  21. Wah! Boleh cuba pasni.. Thanks for sharing! ^_^

    ReplyDelete
  22. mesti cuba punya nanti! hewhew. :D

    ReplyDelete
  23. wahhh !berbakat betoiii ! bg la kt skit rse cik epal oiii.. jom jumpa !hahaha

    ReplyDelete
  24. serius nampak sedap.... nak try cepat ni

    ReplyDelete
  25. Salam.. Cik Epal, first nak beritahu yg cantik sangat header baru ni dan juga watermark tu..

    Rajin cik epal ke dapur.. Menu ni sangat menggoda.. :D

    Jemput cik epal dan rakan2 blogger join GA Kak Nur. Ini linknya, esok due date tau..

    http://cetusanrasa-nba.blogspot.com/2012/06/my-birthday-giveaway-2012.html

    Tq Cik Epal.. :)

    ReplyDelete
  26. sedappp nyer... nk cikit cik epal.. :)

    ReplyDelete
  27. sedap.. kehkehkeh..bahan mmg mahal,tapi puas sebab dapat makan banyak..hihihi

    ReplyDelete
  28. teror la cik epal ni masak... **cantik toi header tu, t0mei** hehe

    ReplyDelete
  29. cik epal nape tukar header?..cute yg dulu lg...=)

    ReplyDelete
  30. tula..dulu akak penah survey harga cheese tu mmg mahal..trus cancel nk buat hehe

    ReplyDelete
  31. meleleh ayak liurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  32. nak buat jugak!!!!
    nampak menyelerakan...tapi mcm banyak sangat step..heheheh




    bajukurung budak utk raya!!!
    www.bajukurungmurahsangat.blogspot.com

    ReplyDelete
  33. cik epal dah boleh kahwin kot..sbb dah pandai masak skang :P

    ReplyDelete
  34. terliur mak buyong baca..adesss...

    ReplyDelete
  35. nampak sedap lasagna nih..cik epal akak share resipi nih yer....:)

    ReplyDelete
  36. nyum2, sedapnyer, kecuq ayaq liuq, huhuihui

    ReplyDelete
  37. suka makan tapi malas buat..weeeee

    ReplyDelete
  38. wahhh. seriyes nampak sedap! nak try la nanti. heee

    ReplyDelete
  39. sedapnya..yummy. rindu plak nak makan lasagna kat uia.

    ReplyDelete
  40. yummy!!!...sape la bley tlg buat

    ReplyDelete
  41. wawawah! sedapnye....nyummy2! ta tahan ngok....huhu...

    ReplyDelete
  42. saya bagi duit cik epal tlg masak boleh macam sedap

    ReplyDelete
  43. saya bagi duit cik epal tlg masak boleh macam sedap

    ReplyDelete
  44. saya bagi duit cik epal tlg masak boleh macam sedap

    ReplyDelete
  45. Kali pertama dlm seumo idup cba buat nihh...

    ReplyDelete
  46. Pertama kali dlm seumo idup cba buat...kihkihkih....

    ReplyDelete
  47. Thanks for kongsi the resepi. Nak cuba masak sebab anak mintak sempena cuti sekolah. Katanya nampak sedap bila garfield makan

    ReplyDelete
  48. cik epal saya dah try buat, hehe http://imymemine2.blogspot.com/2013/04/homemade-lasagna-ahaks.html

    ReplyDelete
  49. Nk try le jgk..
    Resepi siap b'gmbr..mmg ikhlas kgsi ilmu

    ReplyDelete
  50. Nk try le jgk..
    Resepi siap b'gmbr..mmg ikhlas kgsi ilmu

    ReplyDelete
  51. thank you for the resepi CE. hehe. im craving lasagna! kat pizza hut tak sedapppp langsung. tersangat lah dissappointed. tp kalau kat secret recipe sedapp! ohh btw nak jugak try this menu, for buka puasa. in sha Allah. thanks again CE. :)

    ReplyDelete
  52. Salam kenal.tq for the resepi.sedapnya!ptg ni nak cuba buat hihihi

    ReplyDelete
  53. salam .. tq for the recipe :)

    ReplyDelete
  54. Tq share resip ni, N mpk sedapppp...boleh try lps ni..

    ReplyDelete
  55. Tq ..tq mmg saya cari resepi ni...

    ReplyDelete
  56. agak2 kos barang2 dia berapa eh? mesti costing jugak. selama ni saya tempah je, tapi mmg sedapppp gilerrrr! kali ni nk try buatlah, kalau tak sama rasa mcm tempah tu give up. tempah aje la next time. huhuhuhuhuh

    ReplyDelete
  57. MMmm dapnye lama dah cek beli kepingan tu x buat2 pun ni baru nak cuba tapi parah gak belanjanya ye

    ReplyDelete
  58. MMmmm dapnye dah lama cek beli kepingan tu dok keras kat dalam peti es tu takpa pasni cek try buat ikut resepi cik epal k x

    ReplyDelete
  59. Thank u so much kak epal hehehe <3

    ReplyDelete
  60. Mcm nak bt tapi mkan sorang mcm byk pulak bahanye..nak beli readymade ja lah..hihi

    ReplyDelete
  61. salam cik epal yg chumel, sy dh cuba resepi lasagna kamu, cuma ubah sikit, dh bake dlm oven bru tabur cheese mozarella... n sejukkan sebelum potong dn mam.. !! ;) mmg cheesylicious..

    ReplyDelete
  62. wahhh mkanan peberet ni. boleh buat sndiri. sblom ni nk mkn lasagna msti pergi pizza. thanks for sharing ya. and mohon nk copy resepi. hikhik.

    ReplyDelete
  63. xpernah rasa.. tak pernah buat.. tapi.. erkhh.. mcm sedap ! :p

    ReplyDelete