Tuesday, July 24, 2012

Resepi : Puding Roti

Puding Roti = dessert di bulan Ramadhan. Dessert ehh bukan desert. Desert tu padang pasir manakala dessert itu pencuci mulut *tiba tiba jadi teacher tak berbayar*



Ok tak payah nak merepek sangat,terus cerita je lah macam mana nak buat Puding Roti Gebu Marvelous Va Va Voom Bersama Kismis Meletop Popp Berderai Satu Kampung Kak Bedah <==== nama resepi haruslah Azwan Ali sikit noksss

Aku gunakan 10 keping roti. Roti hendaklah dibuang kerak nya. Celet (celet?) kan marjerin di belakang dan depan roti. Dah celet roti dengan marjerin depan belakang boleh campak-campak je dalam loyang. Campak dalam mulut karang batal puasa pulak


Di bekas yang lain boleh pukul :



3 biji telur

4 sudu besar gula 

1 sudu teh esen vanilla

1 sudu besar tepung jagung

Sukat:



Susu full cream (300ml)

Whipping cream (300ml)

Lepastu jiruskan je semua bahan ni dalam loyang berisi roti tadi









Haaa macam ni.Tabur-tabur kismis sikit. Pastu tunggu lah roti-roti tu semua kembang dalam 30 minit macam tu. Lepas tu boleh bakar dalam oven. Oven kena kasi panas dulu eh,dalam 10 minit ,pastu boleh bakar dah pada suhu 180'C selama 30 minit






Cara nak buat sos / kuah:


1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
1 sudu teh esen vanilla

Kacau semua ni,pastu masak atas api sederhana.Kuah ni bila dah siap masak boleh masuk dalam peti ais. Sejuk kan. Makan sejuk-sejuk baru marvelous




Ini pulak hasil Puding Roti selepas di bakar. Tadaaaaaaaaaaaa!!




Gebu gebu fluffy gitu



Boleh dihidangkan bersama kuah tadi:







Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa =)


ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

64 comments:

Amin A. R said...

Nama resepi tu memang kherlassss dan meriahhh sungguh :)

Anasyg said...

BAPAK AR ! serius kena cuba utk buka esok - sengaja je cik epal ni

haz said...

waahhhh! seriyes nampak sedap lah cik epal! thanks for sharing the recipe. lain kali bila rajin haz nak buatlah! haha xD

asyiqin nasir said...

amboi dapppnye

Sally Yatiey said...

Nampak sedappppp Puding Roti ni :D hee

Ardini Humaira said...

dni ada buat puding roti last week :D hehe tapi sebab malas maka keraknya dni tak buang. tetap sedap. maklumlah gardeniakan gebu hahahaha


p/s: kalau cik epal ada beli mingguan wanita edisi bumper raya jemput baca kisah dni di page 100-102 taw :)

Miss Imah said...

Kalau kismis tu tukar dengan chocolate chip boleh tak?

faTTy_miTTy said...

erm sedapnya :)

faTTy_miTTy said...

erm sedapnya :)

nizatus syahida said...

nak try nak try..teheee

Ana Farhana said...

cik epal mmg pandai masak kan.. teliuq hokeyhhh

LaLa mhdnor said...

sedap nya, balik rumah ni nak cuba ! =D

cik yuyu said...

macam sedap jerk.. bolek cuba ni nanti... TQ sis.

Dear KHY said...

menyelerakan . nak cuba buatlah :D

Nazrul Ashraff said...

kah kah kah. bagi nama resepi da memang macam azwan ali. bnwahahahah.l kerlass kau epall.

SoLy SoLicious said...

perghh...mantap la... rajin cik epal buat ye..

zacky786 said...

uit sedap yer

Ibu ADAM AIDIL ALIF said...

Samalahhh... Arinieh ahkak ngko ni buat resepi sama kang tapi tambah oreo bisc tueee.. Lagi sedaaappp!!!! Try la buat nantikkk...

Nisa Kay said...

nak teraiiiii!! muahaha

masyiFadz said...

wow....sedpnya...bulan2 puasa nei dpt makn y nei mcm best...erm...follow sini

GBM said...

Wah. Nampak sedap! Tp..macam sama je rupa puding ini mcm yang dalam WHI tadi.

Nurmujahidah Ismail said...

alahai,, nampak mcam sedap amat tapi muja kat ipg,, tak de maknanya nak masak,, :(

cik EPAL said...

@Miss Imah: boleh je ganti chocolate chip :)



@Ibu ADAM AIDIL ALIF: oreo?? ouh cam menarik ni. Next time boleh lah letak oreo pulak :D


@GBM: WHI?? Entah tak tengok lah pulak tadi. Puding roti bentuk lebih kurang je kot kalau buat :D

eamy milea said...

cantik pinggan bunga2 rose lagik.... :)kne cuba resepi ni....nmpk sedappp

Tupperware Online Malaysia said...

malam ini jugak saya buat cik epal..

Atiqah Wadiah said...

CE,pos skit :p

Izz Latif said...

sedapnyaaaa

BetiZaini said...

ohohooooiii cik epal..awk tau tak sy ni tgh craving jadah ni tp tak buat2..siap buat post khas lagi pasal puding ni..penat la tawaf pasar juadah..seloyang pun tak penah jmpe..sedehhh..ni pagi2 tgk awk nye post..lagi menjahanamkan emosi pagi2 saye..hahaha...

me and my memoir said...

saje je cik epal ni tau...buat terliur je..ni nak kena buat gak ni..nampak syedap je...adoyai cik epal...

Cik Eka said...

sedapnyaaaaaa....

kita suka buat jugak tapi entah apesal kalau buat sendiri,makan tak banyak...
hahahaha

tu suka orang buatkan.... kihkihkih

Mira Adzlia said...

sedapnye...macam kne try nih

dilla nadila said...

confirm try ni cik epal..yang kek batik haritu dah try da..memang simple gile tapiiiii sedap...
dila yg x gheti masak ni first time buat ramai puji sedap....

awww...kembang semangkuk
tq cik epal!!!!!!!
mmmuahxxx

♥ dak pink said...

Bookmarked!
=)

Nieyna Sharina said...

cedapnya..ptg nie nak buat la..tq cik epal!

* FAR * said...

sedapnya.. suka makan ni tp tak penah try

* FAR * said...

sedapnya.. suka makan ni tp tak penah try

LidiaSuraya said...

oo nak try buat laa this weekend

Lea Isnawi said...

bookmarked jugak!

:)

onie said...

measeh,nak tryyyyyy gok :)
selamat berpuasa cik epal !

susumanis said...

telan ayo liur nengoknyerr :)

piko pink said...

sdp nye....makhruh pose tgk..haha

King Ayam said...

Hmmmm nampak sedap :D

Zarahijjab said...

cik epal,nk tnya kalo susu full cream ganti dgn susu fresh milk yg bese tu bleh x?

Zarahijjab said...

cik epal,kalo yg susu full cream gantikan dgn fresh milk boleh ker?

cik EPAL said...

@Zarahijjab: boleh je :)

shahdiana said...

wah sedap ni...kena try...bulan-bulan pose ni tengok dah terliur dah

noor afifah said...

cik epal, mcm ketinggalan plak baru komen entry ni. nak tanye, whipping cream blh ganti kan dgn mnde lain x?susah laa nk cari mende alah tu.

MaSHitAH said...

salam cik epal...mmg sedap sangat puding ni..sy bru je buat ntuk buka puasa td..sedap sgt.mekasih cikepal atas resepi..

Diya Edhayaa said...

pasni CE da ley ade channel msak2 snri.. resepi sdap2 kot!

cik EPAL said...

@noor afifah: boleh je. tapi double kan susu. Susu dalam 500ml-600ml camtu :)

Isabel Diaz said...

sedap nye nma roti tu.. hahaha..

asyieraamiera92 said...

salam kak. nak tanya. puding roti nie boleh makan bape rg erk??

cik a'an thanx to readers :) said...

akak..........kalau kukus blh x? or de cra len?heheh

~GaDiS~ said...

mintak izin cik epal...saya amik link resipi ni utk letak dlm blog saya.... azirafizan.blogspot.com. harap halalkan ... =)

SHIKIN ROKIF said...

dear.. yg sukat tue mcm mane? campur skali masa pukul memukul tue ker?

anna alaui said...

mintak izin share ye resipi ni..kite amek link ni ltak kt blog kite..tq cik epal..;)

Faizal Mansor said...

Gebunye....macam cik epal....hehehehe

Faizal Mansor said...

Gebu puding roti cik epal...mcm cik epal...

The Miss Era said...

macam mana nak tau kuah dah masak belom cik epal??saya nak try buat nih..huhu ^^

The Miss Era said...

macam mana nak tau kuah dah masak cik epal??? saya nak try baut nih..huhu ^^

Unknown said...

Cik epal oven slalu kene panas atas bwb ker?maklum la bru blajar..

Unknown said...

Cik epal oven slalu kene panas atas bwb ker?maklum la bru blajar..

mizz miaizzati said...

whip cream ada lagi..leh gak buh kat puding nanti hehe..tq tq tq

Miss England (SaifulAdli) said...

kalau tak guna whipping cream tak boleh eh?

Post a Comment

Susah susah je nak komen. Terima kasih daun keladi, kalau boleh komen lah lagi lain lain entri. muehehe

Click Me !