Sunday, July 22, 2012

Perempuan Neraka




Siapa ada layan cerekarama dekat tv3 cerita Perempuan Neraka ni malam tadi?? Yang berlakon Fizz Fairuz, Sherry Merlis, Aeril Zafrel, Ika AF, Fida Ibrahim, Arash





Mula-mula tengok Fizz Fairuz jadi tua macam tak best je.Pastu asyik batuk je tak habis-habis. Sekali layan punya layan,best lah pulak cerita ni. Dengan isteri dan anak yang perangai macam hazabedah. Part nasi kangkang ni yang aku tak berapa nak berkenan, daripada aku tak tahu menahu,boleh tahu pulak kan.Sebab drama tv ni kan selalunya cermin kehidupan. Ada jugak eh manusia yang keji nak menasi kangkang kan suami. Adoyaiii





Cerita Perempuan Neraka ni best.Aku rasa siapa yang tengok cerita ni mesti ada rasa macam nak lempang je muka bini dia tu laju-laju pastu tunjal-tunjalkan kepala dia tu bagi otak dia centre sikit.Layan suami macam layan lembu dekat sawah padi. Suami dah cukup baik dah layan dia. Tapi suami dia tu salah didik gak awal-awal dulu.Bagi muka sangatttt. Patutnya bagi siku je. But aku tak paham gila dengan peel bini dia tu. Apahal entah benci sangat dengan laki dia. Masa anak dia kecik lagi dah hasut suruh benci laki dia. Apa motif tah padahal laki dia punya lah layan dia baik punyaaa *gaya Dafi*






Mintak dijauhkan lah jadi isteri macam tu. Duit laki semua simpan pastu berjoli sakan,laki bawak bekal nasi dengan telur je pergi kerja,laki sakit pon di tengking-tengking,suruh suami tidur luar,hasut pulak anak dia bagi nasi kangkang dekat suami,queen control habis lah. Tapi laki dia ni pulak macam lembu kena cucuk hidung lah pulak. Macam dayus dah,ikut je bini dia cakap apa. Betul ke ada lelaki yang selurus bendul itu??





Pengajaran yang aku dapat dalam cerita ni lah.Hidup ni bukan sebab duit je. Duit lama-lama habis jugak.Agama tu penting. Didik isteri dengan agama. Syurga isteri ditelapak kaki suami. Jangan ambil kesempatan ke atas kebaikan suami atau isteri



Cerita macam ni best lah tengok. Cerekarama tv 3 ni kadang-kadang best kadang-kadang tak best. Tapi cerita TANAH KUBUR dekat astro tu best. perghh itu lagi banyak pengajaran. Buat pengarah dekat malaysia ni, banyak-banyak kan lah cerita yang memberi mesej dan pengajaran macam ni. Best sikit nak layan. Sambil tengok sambil geram. Sambil tengok sambil ambik pengajaran. Gituuuu

39 comments:

  1. tak tengok...tak sanggup tengok sebenarnye...tp dia jd mcm lembu kene cucuk hidung sbb dah dinasi kangkangkan le tu... konon kan utk suami tunduk kat dia... huhu
    siyes, x leh trime kenyataan gak ade org sanggup wat mcm tu dekat suami sendiri...
    ape pun, tanah kubur best best *insap skejap* ;p

    ReplyDelete
  2. Saya pun tengok..lepas balik terawih,ingat saja on tv, tapi tgok mcm menarik and then layan habis sampai tamat. Semoga isteri2 dan bakal2 isteri ambil pengajaran yang bermakna. Jadilah isteri yang terbaik.

    ReplyDelete
  3. Tu la rasa nak tunjal pale bini dia hahaha
    Mmg cerekarama ni kadang best kadng tak
    Klw tv9 setiap rabu kul 8.30 ada drama best2 juga mmg banyak pengajaran

    ReplyDelete
  4. I pun tengok jugak citer tu smlm.. pastu tertanya-tanya apa jadi dgn pompuan yg kena asid tu.. ~hihihi~

    ReplyDelete
  5. Saya tengok.. Cerita tu memang best

    ReplyDelete
  6. tajuk cte pon dah best .

    tuh lah , huda tak dpt tgk last nite , sat ag baru nak tgk kat tonton !

    hewhewhew . naseb baek ade tonton :D

    ReplyDelete
  7. tengok juga !
    memang best dan boleh ambil ikhtibar .. semoga dijauhkan sikap macam tu ..

    ReplyDelete
  8. gua pun tengok semalam.. huhu.. pujian kpd semua pelakon kerana membawakan watak dgn penuh berkesan..

    ReplyDelete
  9. SY tgok!! sy tgok!! walaupun kejap mata bila iklan jer mata tertutup sebab mengantuk! tapi tgok gak sampai sudah. sonok2!!!

    ReplyDelete
  10. thu tak pe... sepatutnya pengarah atau penerbit kena bnykkan cerita yg bwk pengajaran... bukan cerita yg merepek2... drama kat tv lebih bagud dr filem kat panggung...

    ReplyDelete
  11. laki die kn da kne nsi kngkng sbb tu jd lurus bndul cm lmbu tu..
    ptg smlm pon ade cte tnh kubur..sme gk pkai susuk bgai last2 suami pon ikut telunjuk die..hmmmmm..
    semoga semua ni dpt bg iktibar n pgajaran buat kite semua..nauzubillah..
    pape pon,, selamat berpuasa ya cik epal :)

    ReplyDelete
  12. Tertengok citer ni, aiissshhh sian suami dia,mula la air mata aku bergenang....emosi sungguh.:(

    ReplyDelete
  13. x smpat nk tengoklh hehe...apepn tq coz share...

    ReplyDelete
  14. haz pn tgk gak cite ni semalam. seyes sakit ati tgok ank berank tu.. huhu

    ReplyDelete
  15. Raseny tak wujud suami macam tu, entah laen lah kalo dia tu kne bomoh ke hape ke, ni tak, cume kne marah je, pelik bin ajaib lai tu leh ikut je cakap isteri die, adoi hai, huhu

    ReplyDelete
  16. tak sempat tengok habis semalam.

    ReplyDelete
  17. tak tgok pun..sbab balik trawih makan pastu ngantuk..haha..
    btw ader jek laki slurus2 bendul..
    sjak lahir or maybe d guna2kan..
    skadar pndapat =_=

    ReplyDelete
  18. suka jgk tengok tanah kubur...

    ReplyDelete
  19. citer tu x logik la. menyampah tengok -.-' ade ke patot rumah besar gile tp laki keje bawak lori n pak guard je. yang bininye x taw keje ape. kn kn knnn?

    ReplyDelete
  20. saya tengok , saya tgok .. best cite nyh ..tgok dari mula smpai abez ahh ^^

    ReplyDelete
  21. H
    A
    H
    A
    H
    A



    Comel betul pengulas cekerama nih ! =D

    kita yg tak tengok ni pon dah boleh makan pengajaran..hehe





    syukran ya..




    InsyaAllah sy akan jadi pengarah y terbaik satu hari nanti =D


    memandangkan sy kat indon..

    jd PERASAAN MEMBUAK NAK JADI PENGARAH SINETRON SANGAT LAH TINGGI MENGGUNUNG! huihui;P

    ReplyDelete
  22. suami lurus bendul ni biasa nya kne nsi x elok tu laa takpun tlampau syg sgt, ade jugk tu

    ReplyDelete
  23. Sis pun suka..kat astro tanah kubur best...Memang terbaikkkk

    ReplyDelete
  24. xsempat nak tgk lah cik epal sebab bila kat kampung je dah bz sbb sebok melayan anak buah dan mak2 budak

    ReplyDelete
  25. sy ada tgk..mmg rasa geram giler ngn perangai bini dia tu..mintak dijauhkan drpd perangai camtu..aminn

    ReplyDelete
  26. Elok2 Cik Epal tak tahu menahu ape rupa 'nasi kangkang' tu terus jadi tahu kann. Hihihi

    Banyak pengajaran dalam cerita tu. Tak susah nak jadi isteri yang baik & tak susah jugak pulak rasanya nak jadi isteri yang jahat. #Ehhh :P

    Selamat berpuasa Cik Epal :)

    ReplyDelete
  27. setuju dgn komen di atas... x logik gak umah besar gile...

    tapi dari segi pengajaran..memang boleh diharap...agak insaf gakla bila tgk cite ni...

    semoga kita semua tidak termasuk dalam golongan perempuan neraka

    ReplyDelete
  28. aku tgk cite tu,mmg best n real jer.lakonan sherli merlis mmg mantap.mmg tu realiti hidup...

    ReplyDelete
  29. drama macam tu la bagus untuk diambil pengajaran. kalau drama yang entah ape2, memang tak patut ditayangkan.

    salam ramadhan cik epal

    ReplyDelete
  30. ella tengok cerita tu..mula2 memang bosan tapi bila dah tahu jalan cerita, rasa nak tahu apa ending dia.. :)

    ReplyDelete
  31. Suami dia dah kena nasi kangkang Cik Epal oi, tu yang mengikot kata bini je tu.

    ReplyDelete
  32. Jadilah wanita penghuni syurga. Taat pada suami :)

    ReplyDelete
  33. Jadilah wanita penghuni syurga. Taat pada suami, ibu, bapa, didik anak2, taat perintah Allah, ikut sunnah, etc. :)

    ReplyDelete
  34. sy pun tgk..hubby sy menyumpah2 tgk citer ni..sabo jela..wang bole gelapkan mata manusia...

    ReplyDelete
  35. tgk jugak. best dan sedih..

    patut didik bini elok2 kan dah kena buli dgn bini.. cian dia..

    ReplyDelete
  36. Tengok kat iklan macam bes kan? Bila tengok cerita tu.. Bes oooo

    ReplyDelete