Ye,aku baru je balek dari lepak-lepak dekat pantai ni. Kalau pergi pantai ni,perkara yang paling digeruni adalah kulit terbakar atau "sunburn" dalam bahasa jawa nya. Kalau yang pakai tudung tu, mesti seriau kalau balek rumah je muka sudah berbelang seperti tahi cicak. Habis muka berbelak, sebelah hitam sebelah putih. Cicak pon confused tengok muka aku karang. "eh ni Selena Gemas ke tahi aku?" kata cicak sambil menggaru-garu kan kepala nya yang tidak gatal
So senjata rahsia yang kita perlu bawa bila pergi ke pantai ni semestinya SUNBLOCK! Kenapa kita kena pakai sunblock untuk outdoor activity??
Bahaya tau kalau biarkan kulit muka kita terdedah dengan sinaran panas terik matahari. Silap besar boleh kena kanser kulit pulak. Sunblock ni bagus pakai untuk mengelakkan "sunburn" dan penuaan kulit.Kulit muka kita ni time muda-muda ni lah kena jaga.
Sebelum ni kalau keluar nak buat outdoor activity,aku jarang pakai sunblock. Aku tak suka pakai sebab aku rasa cam melekit je dekat muka. Pastu macam rimas dan mesti aku akan rasa cam nak lap je muka aku.Tapi bila tak pakai sunblock,memang berbelak lah muka, lagi-lagi pakai tudung. Tak elok sebenarnya.Kesian kulit kita tau kerana tidak mendapat hak penjagaan yang sepatutnya. Alolololo
Tapi sekarang kesedaran sudah sampai, kalau nak pergi tempat yang terdedah dengan matahari ni, kena pakai sunblock ok! Lagi-lagi nak ke pantai yang memang mataharinya free-free saja nak tembus masuk kulit korang kan. Sebelum nak ke pantai dan terdedah dengan matahari,sila lah tepek sunblock di muka dan badan sekali.Kalau tepek sunblock lepas muka dah “sunburn” maka nasi sudah menjadi bubur pulut hitam lah jawabnya.
Mesti kalau nak pilih sunblock pon cam pening-pening langau je sebab tak tahu mana satu yang bagus. Pulak-pulak pergi farmasi,haaaa berlonggok-longgok jenis sunblock ada. Mana satu yang elok,mana satu yang melekit ke hape,tak tahu lah pulak kan. Kalau aku nak pergi buat aktiviti luar,dengan tanpa ragu-ragu nya aku akan memilih sunblock Sunplay Sunscreen SPF 130 ni
Mengada pakai inai. Feeling raja sehari. Kehkeh
Bentuk dia sangat comel dan kecik molek.Memang sangat sesuai kalau nak bawak travel.Aku tak rasa handbag aku akan merana dengan kehadiran benda ni. Aku sangat berterima kasih dekat produk ni sebab kalau aku apply benda ni,memang kulit aku tak kan “sunburn” dok lama-lama bawah sinaran matahari. Yang best nya sebab dia tak melekit,tak gatal dan tak perlu nak apply banyak kali.
Tengok video ni. Cute! :D
Produk ni juga water proof dan tahan lama.Jangan risau kalau nak berenang ke hape. Tengok yang excited tengah tu. Rilekkk je berendam lama-lama dekat pantai sambil snorkeling walaupun cuaca agak panas juga time tu. Yang best nya kulit aku tak sunburn pon
Dah pakai sunblock,pastu kena cuci muka bersih-bersih tau! Selalunya lepas tepek sunblock dan ber’wrestling’ dengan sinaran matahari,balek je aku akan sental muka dengan make-up remover pastu cuci dengan cleanser biasa.
SUNPLAY punya sunblock ni paling terbaik yang aku pernah guna setakat ni. Lepas tu SPF dia ah paling tinggi sekali.SPF 130 tu derrr. Mana nak dapat?? Untuk sesiapa yang suka aktiviti luar dan terdedah dengan matahari,aku sangat mengesyorkan guna produk ni.Haa daripada kau nak panjat gunung /bukit pergi tepek mekap nam inci,baik kau tepek SUNPLAY sunscreen ni. Bila berpeluh,muka nampak ala ala 'glowing' gitu. Menangis beyoncet kalau tengok. kehkeh
ok bye!



29 comments:
baru haritu pegi pantai.. xpakai sunblock pun.. hehe
thanks sebab suggest
TQ CIK EPAL... memang tgh cari prodk seswaii..hehe
wahh..bestnyer snorkling...
aku pon pakai sunblock yg serupa. mmg terbaek la setakat ni. sbelum ni aku pakai sun block jenama apa entah. berminyak ya ampun. dah boleh goreng ikan. ahahaha
Kali akhir main laut gi sabah tahun lepas...anak2 dan bapak anak je berenang bagai duyung dan dugong...ekekeke...
waaaaaah...bestnyer..
kite dah lame ta g pantai... (=
stiap kali mandi kat pantai or lagoon, msti tak pakai sunblock..haha mahal sangat
Me used this too hehe
lama x pakai sunblock... almaklum, dah jarang buat xtvt luar....
menyosal akak tak pakai sunblock masa pegi Floria Putrajaya...erkk panaih bebenor...berbelak2 dah muka..hoh
snorkerlling ke?? besttt!!! lama tak gi laut.... nak scuba diving...~
tapi mahaaalll.. wuwuu~
banana boat 90mL baru RM30. Sunplay ni 30mg ke mL tah.. dah RM30+ jugak. taktau la kalo farmasi tu yang overcharge kan.. hehe
tapi.. sayang kulit punya pasal, apedehal tigapuluh hengget~~ hahaha.
good product. tried n tested. proven berkualiti, anyway. =]
kalau tak pakai sunblock memang muka cepat sangat hitam
cik epal, pergi pulau mana ni? saya pegi pantai tak pernah pakai sunblock, ada sekali tu balik lepas 2 hari muka macam hantu, kulit hitam merekah. jadi gunalah sunblock lepas ni, hehehe
harga tarak cik kak?
ni dekat Gem Island Terengganu. Ouh harga dalam RM 30++ :)
yg no ok eh?sbb sunblock yg sy pakai tu x bpe ok..kena try lah yg ni..tq CE :)
sukaaa pegi pantai ...
tp xpernah guna sunblock . huhu
alopz..CA..thanx 4 sharing..pompuang mmg tkot ngan sunburn...visit me ya.
http://atifahmuhammad.blogspot.com/
Brand dan product nih memang best...akak pon selalu guna bila2 traveling maklum nak jaga kulit hehehe...harga pon berbaloi senang nak dapat di mana2.
Cheers,
www.mylittlewing12.com
hehe..
yeah.. sunblock is a must.
aku tak boleh pergi pantai. karang pergi pantai habis kulit gatal gatal macam kena gigit natang berbisa. tak ada petua kalau g pantai tak macam alien ke. wkwkwk
kulit muka jue mudah t'bakar gak.. tetiba.. ^_^
Berapa Harga sun block nie? Saya baru terima kesedaran sejak aktif dalam sukan air laut nie.. huhu...
Tq for sharing
As salam Cik Epal..Salam kenal..
K.lyn tengah cari produk yg sesuwei sebab k.lyn nak g Langkawi..Maklumla Langkawi tu kan panas terik.K.lyn ni pulak ibarat macam puteri lilin gitu..mesti cair kalau terkena sinaran matahari yg lit lit....dah cair itam pulak..hehehe...Datngla jenguk k.lyn kalau sudi ye..Tq...
cik epal pakai make up remover brand ape ea?tgh survey make up remover..ke ok je sume yg kat market tu...hihi tq
salam mcm mana nk aply sunblock sunplay nie... contoh selepas aply day cream or sebelum thankss
Post a Comment