Friday, July 20, 2012

Kelebihan Bulan Ramadhan dan Lafaz Niat Puasa

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan dah. Kejap je rasa. Ingat lagi tak niat puasa?? muehehe. Tak apa,ni boleh lafaz niat ni malam karang

Banyak kelebihan yang ada dalam bulan Ramadhan ni.Antara kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya :



@Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.


@Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.


@Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.


@Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.


@Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.


@Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.



Banyak lagi kelebihan bulan Ramadhan ni. Kalau kita tahu, mesti kita nak sepanjang tahun ni ada bulan Ramadhan jekkkk







Bulan puasa ni feeling lain sikit selalunya. Rasa macam diri ini suci murni sesuci lebaran gituwww. Selamat menunaikan ibadah puasa ye kawan-kawan. Jangan puasa yang yang yok,pagi-pagi bukak periuk,pastu ponteng puasa pulak ok. Semoga kita semua dapat manfaatkan diri kita dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaALLAH pahala yang dimiliki berlipat kali ganda :D






p/s:  Malam ni dah boleh pergi Solat Terawih dah. yayyyyy teruja iolsss! Pastu balek Solat Terawih boleh main bunga api dan mercun bawang pop pop kepop kepop.Terasa seperti kanak-kanak ribena pulak. Eh

27 comments:

  1. apa2pun, selamat menyambut ramadhan Al-Mubarak.. semoga ramadhan kali ini akan memberi keberkatan kepada kita semua.. amin

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan..
    smoga di beri keberkatan dan peroleh kemenangan ;)

    ReplyDelete
  3. mengharapkan ramadhan kali ini lebih bermakna berbanding dgn thn lepas... insyaallah... amin...

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadan & Selamat Berpuase...

    ReplyDelete
  5. xpuasa lg dh nk main bunga api ke CE?? hehe

    ReplyDelete
  6. Selamat berpuasa cik epal :)

    ReplyDelete
  7. selamat berpuasa cik epal =)

    cik epal buat lah contest iftar bersama cik epal . hehe

    nak jugak rasa ber-iftar dengan cik epal , dulu pernah iftar dengan kak maria elena sebab menang contest dia .

    cik epal buat ye cik epal =)

    ReplyDelete
  8. salam ramadhan..selamat berpuasa cik epal ^^

    ReplyDelete
  9. slmt berpuasa cikepal. Moga kita beramal ibadah dengan ikhlas dzn sabar di bulan yg penuh keberkatan ini.

    ReplyDelete
  10. Selamat menunaikan ibadah puasa cik epal semoga di bulan yang mulia ini akan lebih mendapat keberkatan dari Allah s.w.t

    Salam ramadhan
    Hartina Arssid
    www.mylittlewing12.com

    ReplyDelete
  11. slamat berpuasa... smoga sgla amalan dterima

    ReplyDelete
  12. cik epal!salam ramadhan yaa :D

    ReplyDelete
  13. selamat berpuasa & berterawih cik epal..hehe..=)

    ReplyDelete
  14. tarawih n ramadan mmg bagai lempeng dgn pisang di kala ujan waktu petang2..(wajib ado!)hehe

    ReplyDelete
  15. salam ramadhan... semoga ramadhan kali ini akan memberi sejuta keberkatan kepada kita semua.. amin..

    ReplyDelete