Monday, June 4, 2012

Tanya sendiri, jawab sendiri

Aku tengah bosan gila ni.Tapi mungkin lebih kepada gila daripada bosan. Disebabkan aku tak tahu nak buat apa,meh lah aku tanya soalan dekat diri sendiri lepas tu jawab balek sendiri.


@ apa perasaan sekarang??


Tak ada perasaan tapi rasa macam nak update blog. Eh! dah TER UPDATE PULAKKKKK~


@ nak makan apa??


Teringin nak makan mende alah pavlova ni. Tapi takut tekak kembang pula.Tapi benda ni manis sangat lah pulak. Tapi dah lama tak makan. Tapi rasa macam nak makan. Tapi nak makan takut gemuk pulak. Tapi rasa teringin gila lah nak makan sebab buah beri yang bertaburan tu sangat tempting. Tapi malas nak keluar pergi beli. Tapi nak makan jugak. Tapi badan pon takut naik kembang jugak. (Sila kira berapa perkataan "tapi" digunakan sekarang!)


@ tak suka kalau


Tengah makan kacang. lepastu saja nak main baling baling kacang masuk mulut. Baling punya baling termasuk lubang hidung. Ahhhh menjawab la aku nak meneran kacang tu keluar balik daripada hidung tu.








@ pernah bercinta sebanyak?


tak banyak. lapanpuloh kali je. (riak nya statement. bajet hot and roll sangat)



@ pernah dikhianati?



errr. malas nak jawab. next.




@ apa yang  hendak dilakukan terhadap org yg mengkhianati anda


Malas la nak buat apa. Sabar je lah. Aku yakin sabar ni banyak hikmah dia. =)
Hidup ni macam roda. Kita buat baik dengan orang. orang buat baik dengan kita. begitu juga sebaliknya. Bukan cakap dekat akhirat sana. Dekat dunia ni pon macam macam boleh jadi. Kita doakan yang terbaik je la untuk dia dan keluarga nya. Malas nak musuh musuh. Karang anak aku terkahwin dengan anak kau karang. tak ke berbesen kita?? *eh! besan


@ impian anda?


Nak jadi pramugari. . .  errrrr boleh??  Sebab ter effect tengok Awan Dania la ni. Dulu aku suka gila tengok Awan Dania ni.Yang season 1 punya lah. Pastu season lain aku tak layan dah. Tapi aku sedar diri gemuk. Nanti terbalik pula kapal terbang tu karang masa aku nak serve orange juice dengan nasi ayam yang ayamnya seciput dan nasi sejemput aje tu. Asal naik kapal terbang, makanan mesti sikit gila secoet je. Tak puas hati betul. Tahu nak makan je la kerja aku ni. mana tak gemuk? Yang aku dapat tahu portion dalam flight tu sebenarnya portion sebenar yang kita kena ambil lah. Tapi kena naik MAS lah. Kalau Air Asia, kena beli makanan sendiri. hikhik


@ Apa makanan kegemaran?



Tempe. Orang selalu tanya aku. "kau ni jawa totok ke suka sangat makan tempe?" lorrrrrrrrr. Kalau bukan Jawa, tak boleh makan tempe ke?  Aku lepuk jugak karang mulut mulut puaka niang rapik ni. Aku tak ada keturunan Jawa pon,tapi aku suka gila makan tempe.Tempe baik untuk kesihatan dalaman tauuu. Ewahhhh tah betul ke tidak, aku main taram je. Makan tempe banyak-banyak, kulit boleh licin macam Khir Toyo. Auwww





@ haiwan apa yang anda tidak suka?


Aku suka haiwan yang cute-cute jek. Tapi kalau letak anjing liar depan aku yang lidah terjelit jelir dengan air liur basi tu tak kan la aku nak bersila pulak depan dia main sep sep tom tom pulak kan?? harusnya lah aku lariikkkkkkkkkkkkkkkkkk~


============





Aku rasa ni dah terlebih gila dah ni. Tanya sendiri jawab sendiri.Macam orang kurang kasih sayang pulokkkk. Sebelum banyak lagi perangai gila yang tak senonoh terserlah,baik lah aku undur diri dulu. ok bye!

54 comments:

  1. hahaha...
    lawak lah cik epal..
    aku suka entri nih!

    ReplyDelete
  2. kelakar lah hai akak epal epal nih.:p

    ReplyDelete
  3. ewah ewah hotstaff uolllzzz.. lapanpuloh kali hahahahahaha :)

    ReplyDelete
  4. Tak pernah makan paplova lagi...manis sgt ae?cik epal, cube describe rase dia mcm ape?

    ReplyDelete
  5. kak Epal .Mana entry nihh . nak bacaaa.

    ..Kalau saya cakap awak pendek, awak marah tak? =..=

    ReplyDelete
  6. baru tengok gambar kek tu je dah rasa muak

    ReplyDelete
  7. mmg tgh bosan sangat la ye tu~ :p

    ReplyDelete
  8. @fakhruddin: entri lain tak suka ke? haha :D


    @nyamuk terbang: pi beli. hehe =)


    @ChiakiHidayah: entri tengah bosan gila ni pon kelakar?? :D


    @ABU: kau ada? wahhh gituu =p



    @Mooniqueen: Manis sangat! Makan sikit sikit boleh lah.Banyak-banyak kang makan,mahu muntah. Luar tu cam crunchy dalam tu macam marshmellow. Tak reti nak describe. Cuba try rasa :D



    @jimmy jimboo: tu baru nak karang, tertekan publish. tersilap. nanti lah sok lusa kalau rajin kasi up. tu pon kalau rajin lah :D



    @ros maisara: muak? pernah makan eh? :)

    ReplyDelete
  9. cik epal mana nak beli pavlova nie??

    ReplyDelete
  10. @yana libra: gitu lah nampaknya


    @Sharul ikmal: kedai yang jual kek kadang-kadang ada. Dekat Delicious pon ada pavlova ni :)

    ReplyDelete
  11. gelak sorg baca jawapan cik epal.. haha :)

    ReplyDelete
  12. owh, baru je redah pavlova.hikhik

    ReplyDelete
  13. kalau bosan pergi je cleverbot.com or simsimi.com . Tapi klau da gila takut tlebih gila pulak pergi situ . Haha :D

    ReplyDelete
  14. @cikepal

    entri lain pun suka jugak..hehe

    ReplyDelete
  15. best citer hihihi ^^ jom main sep sep tom tom :)

    ReplyDelete
  16. salam.. mmg kekadang kita jd x centre hehe

    ReplyDelete
  17. Hoho.KESIAN ! Meh saya tanya .

    Suka belog cik epal ? *SOALAN APEKAH

    ReplyDelete
  18. Nampak sedap Pavlova tu, Cik Epal :D hee.

    ReplyDelete
  19. pavlova mmg manis. tapi (akak ada satu tapi je. hihi) bila makan dgn buah passion fruit. mmg sedap tak rasa manis.

    nak cuba..? akak boleh buatkan.. :)

    ReplyDelete
  20. sy orang jawa n memang suke makan tempe cicah sambal kicap..mabeles kan...wuhuu
    Tapi..btul ke leh dapat kulit licin mcm khir toyo?lol
    -__-''

    ReplyDelete
  21. dah lame tunggu cik epal updatee entri lawak2 mcm ni. dh lame takde. hehehe :P

    btw,tgk pavlova tu rase mcm muak gile. caner la org boleh suke makan. hewhewhew

    ReplyDelete
  22. terbayang cam aku tanya cik epal yang menjawab smbil membebel2..:-p

    http://jmr23.com

    ReplyDelete
  23. hehe..kompem CE tgh gila skrg..haha..meh kita borak dua meh :P

    ReplyDelete
  24. hahaha lawak seh..

    ala kite yang bukan jowo pun suke tempe... hakhak

    tempe oo tempe, kalau buat sambal PEDAS+ikan bilis.. haruslahhh

    ReplyDelete
  25. reles tensen baca entri cik epal nie... TERBAEK la :)

    ReplyDelete
  26. relese tensen baca entri cik epal ni.. hahaha. TERBAEK la..


    psssttt.. nak tempe cket :)

    ReplyDelete
  27. HAHA, mengong sehh cik epal.

    gelak2 sorang bace entry ni. HAHAHA

    ReplyDelete
  28. Berapa punya banyak soalan daaa...

    Cita2 dulu nak jadi seksiteri boleh pakai skirt pendek...hikhikhikkk...

    ReplyDelete
  29. hahahaha.. ni da kenapa tanya sendiri jawab sendiri??haha

    ReplyDelete
  30. entry cik epal best lah... org yg tension study boleh tergelak bila bce entry cik epal...

    ReplyDelete
  31. hilang stress baca entry cik epal ni...hehe

    ReplyDelete
  32. STANDARD LA TU BILA BOSAN .:)

    ReplyDelete
  33. setakat sepotong pavlova rasanya tak mengemukkan, rugi kalau tak makan...

    ReplyDelete
  34. Inilah jadinya apabila Cik Epal bosan dan menggila, hehe.

    ReplyDelete
  35. kunjungan gan .,.
    Menjaga kepercayaan orang lain lebih penting daripada membangunnya.,.
    di tunggu kunjungan balik.na gan.,.

    ReplyDelete
  36. hehe... mcm c. epal ni... tp akak mmg terliur la kek tu... akak pun suka gak mkn tempe wlupun bkn keturunan jawa...

    ReplyDelete
  37. Cik epal. Hahaha...nice nickname! Baru perasan blog cik epal yang cute ni. Best! okay, saya pun doakan cik epal kurus sbb saya suka sihat! :) All the best!

    ReplyDelete
  38. hahahahhahaha..


    dasat giler kebosanannya neyh :P

    ReplyDelete
  39. hiuh. teringin nak makan pavlova tuuu :)

    ReplyDelete
  40. haha..setuju denganfakhruddin..lawak :) haha.. eerr..ade ke org snggup duduk depan angjing liar semata mata nk main sep sep tom tom :p

    ReplyDelete
  41. Epal. Makan ja bh. Naik bdan tapi sihat.Ok bh.Selera sndiri kan.Hehe

    ReplyDelete
  42. ace CE ajak anjing 2 main cgkak ke.. hahaha..

    ReplyDelete
  43. best2 pavlova. cikwan pernah cuba. jom jenguk2 resepi kat blog cikwan ;))

    ReplyDelete
  44. mcm sedap je kek itu..heheh

    ReplyDelete
  45. hahahaha gelak guling2 baca entry ni!

    ReplyDelete