Wednesday, May 23, 2012

(resepi) Pasta goreng versi tekak melayu :D

Aku ni tak ada ah terror sangat masak macam master chef tu. Tapi aku suka masak sebab aku suka makan. Pastu aku suka kecah-kecah kan dapur

Ni pasta goreng. Benda-benda yang melibatkan pasta ni memang kegemaran betul lah. Sebab kau campak je apa apa dalam pasta tu, mesti sedap punya. Tapi aku suka masak benda yang aku suka je. Benda yang aku tak suka masak, biar ibu aku je yang masak.




Bahan-bahan nak buat pasta goreng ni senang je:

Sos Cili (ni letak sikit je)
Sos Tomato (ni letak banyak sikit, biar rasa masam-masam)
Sos Tiram (suka hati nak letak berapa banyak. Agak-agak lah)
Maggi Cukup Rasa (letak lah secukup rasa anda)
Sepaket pasta 250g (tak kesah bentuk apa pon, tapi ni aku buat separuh je untuk satu family makan)
Garam dan gula secukup rasa

Cili kering. Rebus dulu pastu kasi blander. Blander lah sekali dengan 1 biji bawang besar dengan 4 ulas bawang putih. Bawang besar dengan bawang putih nak tumbuk pon boleh. Lagi sedap kalau tumbuk. Aku memang suka letak cili dalam pasta aku sebab "Hatiku hatimu, menjadi satu cinta,ku rasa hadirmu,menyempurnakan aku ....."


Ye part lagu ini, aku tujukan khas untuk cili ni




Daging cincang Ramly. Agak agak lah nak guna berapa banyak. Jangan letak sepaket tu pulak. Banyak sangat tu. Sebab ni untuk setengah paket pasta je



Seafood. Sotong kecik dalam 5 ekor. Letak udang pon lagi sedap. Sebab tak ada udang, aku ganti dengan crabstick. Dua-dua tu crabstick sebenarnya. Ada yang potong panjang-panjang, ada potong dadu. Tak kesah lah nak potong camne, sebab rasa dia rasa crabstick jugak. Tak adanya kau potong cara lain tetiba rasa macam arnab.




Carrot. Potong panjang-panjang jugak. Nak potong dadu pon boleh. Tak nak letak pon boleh. Suka hati



Pasta yang sudah di celur. Cara nak celur, letak air,pasta,minyak, dan garam sikit. Pastu celur dalam 8 minit. Angkat dan ketepikan.


Cara nya senang je. Campak-campak je semua bahan-bahan di atas.

1- Letak minyak, banyak sikit kalau boleh. Tumis cili kisar,bawang besar dengan bawang putih tu sampai naik bau dan garing. Tumis lama-lama sikit bagi sambal tu pecah minyak. Atas api sederhana ye.Tumis tu jangan kejap sangat. Karang kejap sangat tak sedap. Then masuk kan sos cili, sos tomato (banyak sikit), sos tiram, gula dan garam secukup rasa



2- Dah agak-agak pecah minyak, masuk kan daging cincang. Masak-masak lama sikit lepastu masuk kan sotong pulak. Agak-agak sotong tu dah masak, campak kan carrot pulak. Pastu campak pulak crabstick yang pelbagai saiz itu. Akhir sekali masuk pasta. Kacau punya kacau. Siap dah!!



Haaa senang kan? Pejam mata pon boleh buat. ecehhh. Pejam mata betul-betul karang, mahu terbalik pulak kuali.


Siap dah! Letak lah 3 keping (keping?) timun untuk menampakkan ciri ciri masterchef di dalam masakan anda. kehkehkeh


Nyum! Nyum!





Selamat mencuba bagi sesiapa nak mencuba! =)



ok bye!

55 comments:

  1. sedapnya . mengidam nak rasa cik epal masak :D

    ReplyDelete
  2. wow sedapnya pasta ni....... nak cuba juga la.. :)

    ReplyDelete
  3. amboi terliur tengok bila time puasa ni..huhu

    ReplyDelete
  4. wah.. best3...=)boleyh try buat nie, tak pernah buat pasta agi..

    ReplyDelete
  5. wahhhh mcm masak mee goreng biasa je kann

    ReplyDelete
  6. whooaa....meriah gak pasta nie... amat sesuai dimakan bila2x masa....ngeh3x

    ReplyDelete
  7. yummyy ! looking geat ! pos skit ! HAHA

    ReplyDelete
  8. tekak saya tak berapa nak melayu la..hehe

    ReplyDelete
  9. ni dah bleh jdi chef ni..master chef coming soon agknya..kihkihkih..

    ReplyDelete
  10. terliur tengok pasta CE buat ~
    nyum nyum :D

    ReplyDelete
  11. yatt pon suke pasta gak..klu wat msti nk pedas2 ehee

    ReplyDelete
  12. salam kenal.. sedap nampaknya pasta tu..bolelah cuba nanti...

    sis follow blog ni yer... :)

    ReplyDelete
  13. cili kering yang tk ptg mmg pedas.. kalau nk pedas2 manja kena ptg kecil buang biji elak apendik.. bawang merah n putih...

    tp mmg terliur la slurpppp

    ReplyDelete
  14. terliur tau kak.. bak sikit tok org puasa.. hehe

    ReplyDelete
  15. Salam kenal Cik Epal,
    Menarik penampilan pasta goreng tuh.. nanti mau cuba buat lah..

    ReplyDelete
  16. Best2 haritu buat cabonara ala cik epal untuk portluck ngn classmate. Perghhh mengancam btl. Cuma kedekut, i xletak cheese. Haha tu pon, ramai tanya resepi. I ckp cilok resepi chef epal. Member yg xmkn western pon terjatuh cinta sampai tiru masak untuk asben dia. Pasni try yg ni plak la

    ReplyDelete
  17. eh sama dengan resepi kita la.hehe

    ReplyDelete
  18. wah..terliuq ceq tgk..nak nak,,^__^

    ReplyDelete
  19. tgk gbr trus rasa terliur....dah lah time skang kol 10 lbh....tgh menabahkan diri supaya tidak masuk ke dapur!

    ~i just lose 11kgs in 2 weeks!
    azamtahunbaru.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. tgok makanan ni terus jd lapar...

    ReplyDelete
  21. tetibe je rsa lpar pas nengok pic.hihi..sgt menyelerakan

    ReplyDelete
  22. Terang giler gmbr.. Kak Epal guna camera apa?

    ReplyDelete
  23. CI KEPAL!HARI TU NAMPAK CI KEPAL DATE KAT IKEA.HEWHEW.HAHA.DUDUK KAT SOFA IKAE :D

    ReplyDelete
  24. OK,TIME UTK CAKAP PASAL PASTA,NAMPAK MCM MEE GORENG.TAPI STILL NAMPAK SEDAP XD

    ReplyDelete
  25. nak try resepi CIK EPAL la.....:-)

    ReplyDelete
  26. Mmm...tengok pon dah terasa enaknye.

    ReplyDelete
  27. sedapnya . meleleh leleh air liur ceq tengok . :)

    ReplyDelete
  28. sedapnya . meleleh leleh air liur ceq tgk . hehe :)

    ReplyDelete
  29. Ahaksss...bila nk msk lg? I'll come 2 u'r house...hehe...make me hungry

    ReplyDelete
  30. simple je ekk..boleh try ni..
    :-))

    ReplyDelete
  31. nomnomnom..sedapnyerr..tp kita kurang gemor pasta..spaghetti gemor bebenor :)

    ReplyDelete
  32. le wat kedai western la pasni..
    kak epal..
    hehe..

    ReplyDelete
  33. waaa sedapnye...
    bagus la blog ni

    cup nk iklan bley...sy ada jual chiffon baju..meh la tengok2 :P

    ReplyDelete
  34. wah nampak sedap, hope sedap jugak rasanya, nak try.. =)

    ReplyDelete
  35. yumm yumm , sedapnya..
    Nurrul nk cuba nnti :)

    ReplyDelete
  36. trus rse lapar pas bce entry ni....

    ReplyDelete
  37. hhhaaa...sama kita cik apple ..masak ape yg kita suka shja ...


    *blogwalking here:)

    ReplyDelete
  38. mesti sedapkan!! (^_^)V..

    do visit my blogshop www.nkayfashionhouse.blogspot.com

    ReplyDelete
  39. nnti saye nk cube la pasta rsepi cik epal :D

    ReplyDelete
  40. hancus diet klu mcm nie....hikhikhik..
    meh ler singgah resepi best kat blog kite plak..
    http://wadahberbicara.blogspot.com/p/resipi.html

    ReplyDelete
  41. blh la tiru resepi ni ganti dgn macaroni goreng. nyum nyum..

    ReplyDelete
  42. mmg sedap..dah cube..:) tp terlebih pedas plk..mgkin cili kering sy byk sgt taruk..lawanye gula n kicap mnis la kan.. hehe

    ReplyDelete
  43. wah sedap ni..lapo lak time poseni. ..blk ni bole try..thanks 4 the resepi =)

    http://azzahrahealth.blogspot.com/

    ReplyDelete
  44. sedap ni bole try masak utk juadah berbuka nnt...eiii lapo lak heee


    http://azzahrahealth.blogspot.com/
    Shaklee for everyone

    ReplyDelete