Harini aku nak cakap pasal tuala
Ye. Ini tuala mandi
Tuala tebal ke tuala nipis yang bagus? Aku suka tuala yang tebal dan yang paling penting adalah SERAP AIR. Kadang-kadang tuala punya lah cantik warna-warni corak bunga-bunga , gambar tenuk buat muka comel bagai tapi tak serap air so terus tuala tu jadi tak best dan terus dicampak kan berguling-guling ke dalam tong sampah
Tu pasal tuala mandi.Tapi bukan pasal tuala mandi aku nak cerita. Haaa. Kalau tuala wanita pula macam mana? ehem ini zon wanita. Lelaki tidak memerlukan tuala lelaki ye
Dulu zaman muda-muda dulu, time sekolah menengah kalau datang bulan atau bahasa budak-budak nya adalah pe-ot (aku tak reti macam mana nak eja) atau dalam bahasa sopan santun nya adalah menstruasi, kalau budak lelaki tahu je kita kena datang bulan time tu, rasa macam malu gilaaaaaaa je woh. Rasa macam nak terjun bangunan sekolah je kalau budak lelaki tahu tengah datang bulan dan tetiba rasa macam MARUAH DAH HILANG sebab tengah period ni. Macam tah pape. Tapi itu adalah perkara normal di bangku sekolah. Malu gedik
Dan lebih bertambah malunya kalau ada budak lelaki tegur “weiiiiiiiii kau makan memang comot eh?? Macam mana dekat belakang baju kau boleh ada sambal nasi lemak?? Ke kau terduduk atas kerusi yang ada sambal?? eeeeee eeeeee”
Perghhhh terus rasa macam nak lari pindah sekolah wehhhhhhhhhhh. Terus rasa macam MARUAH DAH HILANG. Oh tidakkkk Oh tidakkkk. Memang malu tahap gaban lah time tu. Padahal pe-ot je pon. Dia punya gabra tu memang over sikit
Time dah godang-godang ni dah tak ada hal pasal semua itu. Yang paling penting adalah tuala wanita. Kalau boleh tuala wanita tu biarlah berjenis sikit. Macam-macam tuala wanita jugak aku pernah cuba-try-test ni. Tapi aku macam tertarik je dengan KAO LAURIER PERFECT COMFORT ni. Cambest je
BARU!!!
@ Ultra nipis (sungguh nipis, tidak rimas, selesa sepanjang hari)
@ Menyerap dengan lebih pantas
@ Senang dicuci
Memang PERFECT!
Tengok! Fara Fauzana pon cakap “Ini Pilihan Perfect!” tahu?? Nampak tak tu?? Nampak tak?? Nampak tak??
Agak sakit hati kalau pakai tuala wanita yang susah bebeno nak cuci ni, rasa macam nak flush masuk toilet bowl terus je kalau ikutkan hati. Tapi jangan pulak ada yang tak cuci,mahu karang ada jin apred melekat dekat badan kau karang haaa dah satu hal pulak. Orang ingat kau tengah memekak melalak lagu Ziana Zain bernada tinggi rupanya tengah meronta-ronta menjerit histeria. Ish aku pulak yang seram tetiba cakap pasal histeria ni. Tapi dengan KAO LAURIER PERFECT COMFORT anda jangan risau, memang senang je nak cuci. Kapas/gel tidak akan koyak dan terkeluar dengan mudah
Orang yang aktif bersukan dan suka berfesyen memang sesuai pakai tuala wanita yang lebih nipis ini. Boleh jimat masa juga. Tidak memerlukan masa yang lama untuk menyental dan menenyeh nenyeh apa yang patut
Tengok awek tu siap tunjuk ‘thumbs up’ sambil mulut muncung lagi. Maknanya memang best sangat lah Perfect Comfort ni
Laurier Perfect Comfort ada menawarkan tuala wanita jenis non-wing dan wing (alaaa yang kepak-kepak tu) dalam pek 9 dan 18 jugak. Jangan sangka pakai tuala wanita ada kepak, boleh terbang pulak ye.Memang saja nak kena wrestling dengan Hulk Hogan kalau imaginasi terlebih bila pakai tuala wanita ada wing boleh tebang jauh nun ke angkasa dan boleh jadi angkasawan dan tiba-tiba boleh pulak bertegur sapa sambil bergosip bersama Dr Sheikh Muzaffar.Oh tidak ye.
Aku tahu korang semua suka barang FREE. Siapa yang tak suka barang FREE ye dak? Orang gila pon suka barang free tahu.Disebabkan aku baik hari ni. So dikesempatan ini nak buat mini contest sikit lah. 5 pembaca blog ini yang boleh melengkapkan slogan
"Kao Laurier Perfect Comfort adalah pilihan sempurna saya kerana ...."
(tidak kisah berapa patah perkataan janji jangan sampai enam perenggan sudah)
Komen yang paling menarik / kreatif / fun akan memenangi 1 pek sampel Laurier Perfect Comfort. Haa ni nak bagi FREE ni. Cepat-cepat komen. Tak payah susah-susah nak buat entry bagai. Komen saja di entry ini. Aku nak 5 orang!! Sila lengkapkan slogan itu
Bawah komen tu jangan lupa tinggalkan emel anda yang AKTIF ok. Senang nanti nak contact kalau menang . Hadiah nanti boleh ambil dekat office Nuffnang ye :)
Akhir kata dari saya MAJULAH KAO LAURIER PERFECT COMFORT UNTUK PEOT. Sekian terima kasih *kita kembali ke sri pentas*
ok bye!






37 comments:
zaman bdk2 kalau PMS ja wah stress ja rasa hahha..
adoi...atas tuala lain...bawah tuala lain....
hehehe
saya pun suka yg nipiss..if pakai tebal xselesa..mcm pakai pampers..huehue
"Kao Laurier Perfect Comfort adalah pilihan sempurna saya kerana saya rasa lebih selesa di hari2 menstruasi saya.Tak perlulah nak malu sebab terpaksa pakai 'pampers' tebal2,nak cuci pun senang je,walaupun nipis tapi daya serapannya bagus,hari2 menstruasi saya rasa sempurna sesempurna Kao laurier Comfort!
ehemmmm..ehemmmm.ehemmmm...harharhar :P
“weiiiiiiiii kau makan memang comot eh?? Macam mana dekat belakang baju kau boleh ada sambal nasi lemak?? Ke kau terduduk atas kerusi yang ada sambal??- seb baik budak lelaki zaman2 tue blur kan.. x tau sangat pasal budak2 pompuan kan..kan.... hahahha.
btw,
x suke yang ade kepak2 bagai nie, x selesa.. tp,
memula mmg ingat cik epal nakc erita pasal towel mandi .. x sangka topik berubah menjadi towel lain pulak ..
hihihi.. bagus gile.
"Kao Laurier Perfect Comfort adalah pilihan sempurna saya kerana Fara Fauzana super idol saya yang menjadi duta, warna bungkusan yang menarik disamping pemilihan slogan “Ini Pilihan Perfect!” yang sangat menarik. selain itu, aspek-aspek penting seperti mudah dicuci, nipis dan mudah menyerap apabila digunakan dititikberatkan bagi menjamin keselesaan pengguna. keadaan ini memberi keyakinan kepada wanita-wanita diluar sana untuk menggunakan Kao Laurier Perfect Comfort "
EMAIL: nur.fazielah@gmail.com
"Kao Laurier Perfect Comfort adalah pilihan sempurna saya kerana ia barang free yang diberikan cik epal,hehhehe"
Saya nak Laurier Perfect Comfort jugak sebab teringin nak tahu betul ke bila pakai automatik feel thumbs up buat mulut muncung akan menjelma. Mekasih :)
Kao Laurier Perfect Comfort adalah pilihan sempurna saya kerana ia sesuai untuk orang yang berkulit sensitif seperti saya, ianya nipis namun,ianya mempunyai keupayaan menyerap lain dari jenama yang lain. Saya pasti selesa sepanjang hari
wandiyanamustafa@gmail.com
"Kao Laurier Perfect Comfort adalah pilihan sempurna saya kerana ...."
Kao Laurier Perfect Comfort adalah pilihan sempurna saya kerana ia buat saya sentiasa selesa dan yakin sepanjang masa bekerja di pejabat mahupun ketika memasak atau ketika sedang menyusukan anak malah saya masih boleh bersenam tanpa rasa bimbang akan berlaku sesuatu yang mungkin tidak saya ingini. Terima Kasih Kao Laurier Perfect Comfort..!
hidayah.bach@yahoo.com
good info....
perempuan2 sekalian ..
take note ek!
"Kao Laurier Perfect Comfort adalah pilihan sempurna saya kerana ....BERIKAN SAYA SPONSORED POST.... hehehehe ( ayat gurau2x yea )
tuala ye ye :D lagi padan kalau cik epal yang gantikan tempat farah fauzana tu or korang bergabung :D
hahaha.lawaklaa.ingatkn mmg btul nk cite psl tual.rupanya tual wanita.siap bg free lg tuh.!mmg promote btullah nih..
Kao Laurier Perfect Comfort adalah pilihan sempurna saya kerana ianya sungguh super,ulta nipis, penyerapan yang sungguh hiper, mudah di cuci serta pilihan wanita era kini...^_^
kerana saya tidak perlu risau akan masalah kebocoran dan saya bebas melakukan aktiviti seharian tanpa ragu-ragu.
#Boleh ke komen camni?
ernibaizura309@yahoo.com
Eza nak try nasib la :)
"Kao Laurier Perfect Comfort adalah pilihan sempurna saya kerana sesuai dengan era modenisasi yang kian menongkah arus agar wanita Malaysia yakin berketerampilan tanpa perlu risau dengan sebarang kebocoran. Laurier terbaik dan selamanya terbaik!"
Email eza : missizzah_205@yahoo.com
akhir kata tak leh blaa~~~
huhu xp
Kao Laurier Perfect Comfort adalah pilihan sempurna saya kerana ia senang, mudah, dan menyempurnakan hidup saya.
eyhhh
pomot sakan hehehe
Betul.. betul... betul.. ogyep setuju...
Kao Laurier Perfect Comfort adalah pilihan sempurna saya kerana macam nama dia lah prefect comfort,haha dan kerana ia ultra njipis dan paling best senang dicuci! dan sebab ada Farah Fauzana,hahaaaha....
*komen jugak,siapa tak suka benda free kan? walaupun masih kanak2 tulen aslikalau tk pakai boleh jual kat kawan,hahahahahahaha
aku lelaki, tapi aku baca sampai abis.
Pasal...
ko pandai tulis. Kira interesting la.
hahah ngenggg
Sgt menarek! Nk try gak r nnt~
betul2..masa kecik2 dulu klu budak laki tegur mcm tu mmg MALU sgt3..hehe..
Kao Laurier Perfect Comfort adalah pilihan sempurna saya kerana ia selesa , mudah dipakai dan membuatkan hari hari saya bertambah awesome :D
wah..nk try la...weee.. =) thanks for the info
nk try nk try!!
Kao Laurier Perfect Comfort adalah pilihan sempurna saya kerana dengan penggunaan Laurier Perfect Comfort, hari-hari yang dilalui semasa menstruasi tidak lagi membimbangkan dan saya bebas bergerak kemana sahaja tanpa memikirkan tentang kebocoran dan ternyata ia sangat nipis dan senang dicuci. Katakan "YA" kepada Laurier Perfect Comfort
email : chinen_love@yahoo.com
nice info...tualaa
kalau di indo itu handuk akak
salam kenal from indonesia
nice info...
follow la sy..
sy budak br belajar.
http://siamoycincai.blogspot.com/
"Kao Laurier Perfect Comfort adalah pilihan sempurna saya kerana "ringan,nipis,lembut,takrisau masaalh kebocoran selesa....
Betul tu. Banyak tak semestinya baik (contoh makan banyak). Kaya tak semestinya dermawan (Contoh hj bakhil). Yang penting kualiti. Eh pe la saya melalut ni. Kita ni cakap pasal ape yek? Alalala pasal Laurier rupenye.. maafkan saya ye kaum hawa..
"Kao Laurier Perfect Comfort adalah pilihan sempurna saya kerana ...."
K-Kelebihan yang berganda.
L-Luarbiasa,dulu tebal kini nipis dan sememangnya selesa.
P-Perfect bagi semua wanita.
C-Cantik dan yakin itu pasti!
asnitaurus@yahoo.com
Kao Laurier Perfect Comfort adalah pilihan sempurna saya kerana mudah,nipis,senang dicuci,
yang penting selesa..(>_<)
Post a Comment