Google map lah Hotel Hilton area KL dengan confident nya. Aihhh berlambak lah pulak Hilton dekat area KL ni. Ada 3 pulak tu. Lokasi pilihan adalah yang dekat KL Sentral. Aku bajet mesti buat dekat tengah-tengah KL launching ni.Aku pon pergi lah hotel tu. Tapi tengok apahal kosong je hotel ni. Sekali tanya guard dekat situ, salah tempat rupanya. Dia kata dekat Ampang. Aku pergi lah Hilton Ampang pulak. Tapi tak nampak nampak pulak batang hidung hotel tu. Last-last sekali call orang. Rupanya Double Tree tu bangunan. Bukan nya nama restoran dalam Hilton.
Adehhhh memang satu KL aku pusing-pusing. Last-last habuk pon tak ada. Buat habis minyak je. Bikin panas jeeeee. Rasa macam kepala dah berasap-asap dah bila sesat ni. Sesat di tengah-tengah KL pulak tu. Lagi haru
Nasib baik jumpa jugak Double Tree ni. Aku rasa aku lah orang paling last sekali sampai. Tapi pedulik apa lah aku kan. Masuk-masuk dapat goodie bag dan nampak benda ni
Eh ada Dato' Siti NurHaliza lah. Siap pegang perfume dia lagi. Tapi ni patung dia je lah yang terpacak dekat situ
Ehem aku rasa macam bukan aku je style senyum kepit-kepit ni. Selalu senyum stok nak canang-canang gigi je. Tah macam mana boleh terkepit lak senyum ni. Tak kesah lah kan.
Masuk-masuk dah start dah. Tapi punya lah lapar. Datang sini memang tak makan dulu before tu, dengan sesat nya lagi. Makanan pon boleh tahan sedap. Memang aku suruh orang lain ah pi amek gambar. Aku pergi makan
Duta perfume SimplySiti. Khairul Fahmi Che Mat untuk edisi lelaki punya. Yang baju biru tu Leuniey. Dengar cerita skandal apek.Tapi tak tahu lah betul ke tidak. hakhak sempat pulak aku gosip. tettttttttt
Aku rasa baju Dato' Siti NurHaliza malam tu lagi cantik daripada baju dia time ABP haritu. Dari pandangan mata aku lah
Tengok dalam tv, Dato' Siti NurHaliza ni macam berisi je kan? Tengok depan-depan kurus wehhh. Muka flawless gila. Tapi selalunya orang kata dalam tv memang nampak besar 5 inci daripada biasa. Ye ke? Orang lah cakap bukan aku
Dato' K sedang menjamu selera. Sila sila :D
Kek nya rambu ramba woh
Suap-menyuap. Eh orang-orang belakang pulak teruja lebih. ngehngehngeh
Eh Hans Isaac makin kurus wehhh. Makin cengkung muka dia kan?? kan??
Shira and Ijoy. Shira ni aku suka ah dia. Dia ni lawak gila
Cantik kan Saida?? Akak Dato' Siti NurHaliza. Comel and sweet =)
"eh cik epallllllllllll! I suka baca blog u. Nice to meet u. Meh meh kita bergambar"
itu pon kalau korang nak percaya lah dia cakap macam tu. kehkehkeh
Dalam goodie bag ada perfume. Yayy dapat pefume free. Sebab kan aku dapat 2 goodie bag. Dapat dua lah perfume free. Yang purple tu botol dia macam perfume Escada kan warna dia? Disebabkan aku dapat 2 ni je, warna hijau aku tak tahu lah apa bau dia. Personally aku rasa yang warna merah tu bau dia sedap sikit lah dari purple tu. Katanya salah satu perfume antara 3 yang launching ni kesukaan Dato' K. Tapi aku tak tahu lah yang mana satu. Tapi penutup botol perfume ni ada macam perfume Ricci Ricci sesikit kan? :D
Aku rasa dah keluar dah perfume ni. Dekat Watsons/Guardian ada dah rasanya. Harga dalam RM69.90 sebotol. Boleh lah dapatkan di pasaran berhampiran dan berjauhan anda :D
ok bye!



33 comments:
aduhai sabarlah ajer kamu ni..akak sampai tercepat..kamu sampai terlambat..tak perlah kan janji dapat perfume dan makan free
wah syok nyer cik epal dpt perfume free .. jmpe dato ct . .wah3 !
psst2 . .nak 1 perfume tuh boleh .. hehe
errr..hebatlah awok jadi saing-saing retis la nih =)
-style,impressed,shock,respect-
wow! best dpt amik gbr ngan dato' siti ye..:)
wah ! untung ler dato' siti suka blog cik epal . hehe . cik epal jemput laa ke blog simple cik mun . comel comel . untung dpt jmpe artis . hehe ;) <3
bestnyewwww . youre so gorgeous dear :)
thanks for info cik epal. nampaknya, akan ku grap si merah hati itu :) kalau cik epal kata merah wangi dan menambat hatinya, akan ku terjah watson berdekatan :P
cik epal dah try pakai...tahan lama tak bau dia? :)
bertuahnya Cik Epal nih..jelesss..jelesss...
@kak ina: tu lah kak. Orang lain dah habis dah makan berpinggan-pinggan. Saya baru terhegeh-hegeh nak sampai hehe
@izzie: Bolehhhhh. Pi beli dekat watsons :D
@Mk Syahir: -style,impressed,shock,respect-?? Perghh siap ada slogan dah :D
@azzey: dia cantik =)
@cikmunblogger: ok, kalau free nanti singgah =)
@roxy's: Dato' Siti yang gojes :D
@Puan gojes: merah lagi wangi dari purple lah bau dia. Hijau tak tahu bau apa
@mass: boleh lahhhhh. Tak perasan pulak lama ke tidak :D
@adda syuhada: bertuah kenapa?? tak ada pon yg patut dijeles kan =p
bikin aku jeles je...
haha
waaa.. untungla.. =)
woot woot..bgamba sebelah siti.. jeleshh!! haha..
betul, baju siti yg ni lagi cantik kot dr abp..hoho
seronoknya dpt jumpa siti...ingatkan betul siti ckp mcm tu..huhuhuhu..kalau betul, pengsan kat situ jugak cik epal kita ni
dah try tiga2 kat aeon..i paling suke color hijau..bau fresh! ada class la bau perfume simplysiti..tak mcm silky**** huhu...
Glamour sekejap ya... dbergambar dgn artis2...
haritu agak gak pakai tudung datin tu sekarang dah londeh tudung semua? O>O
bila tengok cik epal bergmbr ngn Dato siti...rasa mcm cik epal lagi ayu dari Dato ct..hehhe..weee...
seronoknya, dpt perfume free! dekat luar dah RM60++ :)
plg wangi kaler hijau :)
wah..besnyerr cik epal...untunglah..hekhek
wahhh cik epal... akak pcaya ct cakap cam tu kat ko.. hikhikhik..... meh nak kiss kiss sket wangi...................awwwwwww ko p lalu sblh KFCM tu sure mnoleh die awwwww
whoahhhh!!!untung la CE dapat jumpe Dato' Siti!!!jelly sama CE...
ehh ehh, wangi ke eh minyak wangi ni? kemain apek jadi model iklan sekarang. :)
wah bestnya bestnya bestnya cik epal jumpa ct..dapat perfume lagi...hehehehe
comel je cik epal ngan gambo terkepit tu..hiiii
cik epalllll! jelly kite.
sy nak perfume tu le..huhu
bestnya cik epal jumpa dato ct dan semua yg glamour...
huhhhhhhhhhhh best nya cik epal bila nk bole jd cam cik epal yer
Hebatlah cik epal dapat jumpa retis.. Jelos nya..:D
eei CE !! Kalau bukak blog CE msti nk tgk gmbr CE je . putih melampau . urghhhhhhhhhhh i is very the jelous u knw =p tlg la buat tips mcm mana nk putih kn kulit :( ini serioussss . pls pls plsssss
omggggg cik epalllll!!!! cik epal comel gila tau bergambar kepit senyum. seriously!! omg omg!!
yg merah tu memang wangi sangat. yg lain tu kureng sikit, kan kan :D
mahal oh perfume ni. tk mampu nak beli ~.~
Post a Comment