Ada dua pengacara. Tapi time slot aku datang ni seorang je pengacara yang datang. Lagi sorang ada masalah kesihatan katanya. Nama akak ni Wan Suhaili. Panggil Kak Elly je. Kak Elly ni salah seorang finalis program Solehah.
Mula-mula aku ingatkan dalam studio, tapi program ni semua episod dia buat outdoor sebab nak nampak macam santai sikit katanya
Datang-datang je borak dengan Kak Elly. Kak Elly ni senior aku dekat uni . Satu uni rupanya. Lepas ni kalau terserempak dengan dia dekat mana-mana boleh lah suruh dia belanja milo ais dekat cafe. :D
Kak Elly jangan nak muncung sangat eh. kehkehkehkeh
Ni lah Kak Elly tu. Comel kan?? kan?? kan?? :D
Topik pasal blogging. Ada ujang, Shea Rasol dan Yuyu Zulaikha jugak. Soalan yang dia tanya berkaitan blog jugak lah
@Kenapa letak nama cik epal? Kenapa tak letak nama blog cik kendondong ke?? cik mengkudu ke?? Cik petai ke?? Cik Cempedak ke?? Kenapa?? kenapa?? kenapa kena epal?? Ouh STRESS (ok tipu. Ni soalan reka cipta sendiri)
Soalan betulnya lebih kurang macam ni lah:
@Macam mana jana pendapatan melalui blog?
@Bagaimana hadapi kritikan di alam maya?
@Apa relevan nya blog ni?
@Apa kelebihan blog berbanding laman sosial yang lain seperti facebook dan twitter?
@Nak buat blog ni inspirasi daripada siapa?
Lebih kurang macam tu lah soalan nya. Dan apa tah lagi soalan, aku pon lupa. Apa yang aku jawab pon aku lupa. Aku main hentam je. Tah pape je lah aku main taram je jawab. Janji ada jawapan. Tu pon tergagap-gagap aku jawab. Aku rasa abang camera man tu pon mesti berbulu je tengok aku jawab soalan tah pape. Orang tanya lain aku jawab lain. Nasib baik bukan LIVE ok. Kalau tak mahu aku sorok muka dalam rambut alfro abang camera man
Tu ujang tu tah hape lah tu dok gelak-gelak cover mulut. Salah cakap lettewwww. Cantik tak rambut abang camera man baju oren ni?? Rambut ala-ala Hafiz AF sesikit. Cuma tak lebat sangat macam Hafiz Af lah. Kalau lebat boleh lah sorok handphone dalam rambut tu. kehkehkeh
Lepas habis shooting, masa untuk makan-makan pulak. Dah habis makan, bergambar pulak.
Korang nak tengok ke benda alah ni apa hasil nya?? Tak pe lah, dah masuk tv dah pon. Dah lepas dah. Aku saja tak promote suruh orang tengok masa benda ni keluar sebab aku segan. Aku dok segan tengok diri sendiri dalam tv apatah lagi nak suruh orang lain tengok. Di sebab kan Yuyu ada promote suruh orang tengok, aihhh kantoi lah pulak. Baru je nak rahsia-rahsia gitu. Nak cekik Yuyu sekarang jugak biar dia lagi kecik. ngehngehngeh
Tapi aku tengok dendiam. Nervous wehh tengok muka sendiri. Aku pulak yang seram sejuk bila tengok rancangan ni. Tangan kaki tetiba krem sejuk. Jantung tetiba dupdapdupdap dengan kadar yang laju seperti tengah marathon. Tah pape je lah aku ni. Dalam nervous-nervous tu pon siap pergi tangkap gambar sendiri dalam tv tak menahan tu. Jakun punya pasal. First time masuk tv tu jakun terlebih sangat tu. :D
Eh eh eh. Blog pon ada masuk tv jugak lah. Aksi jakun yang ke dua =.='
Kak Elly yang comel lote =)
Tapi tak tahu lah kalau ada ulangan. Astro kan banyak kali ulangan. hehe
Dan aku rasa aku ni macam buta IT pon ada. Nasib baik tak buta huruf. Baru aku tahu dekat PAGE FACEBOOK boleh hantar DM. Aku ingatkan dekat facebook sendiri je orang boleh hantar mesej. Ni dah suka hati dia je nak tukar wall aku jadi timeline. Pening kepala aku tengok timeline ni. Debik facebook ni satgi baru tahu. hehhhh
Saja je tengok-tengok DM dekat situ sekali nampak mesej ni
==============
Assalamualaikum Cik Epal. Generasi Y ingin jemput awak sebagai panel pd sesi rakaman :
Tarikh : 17/4/2012 (Selasa)
Tempat : Studio 1, wisma tv RTM Angkasapuri
Tajuk : BUTA HATI (PENYAKIT HATI)
Masa : 2.00 ptg (tiba di RTM)
: 3.00 ptg (rakaman bermula)
Fokus tajuk :
Apa dimaksudkan Buta Hati? (bebal/keras hati/susah diajar/degil dsbnya)
Mcmana nak mengelakkan penyakit buta hati dikalangan generasi muda hari ini. Apakah perkara2 yg membawa kpd buta hati & cara mengatasinya?
Jika berminat, sila text no utk dihubungi kpd penerbit Generasi Y, H*** : 010 - 4*********
Penerbitan amat berbesar hati atas pertimbangan Cik Epal. TQ
===========
Aku baru tengok malam semalam. Haaa elok bebeno lah tu. Rakaman nya petang semalam. Aku baru tengok malam tu. Aku memang selalu missed benda-benda macam ni. Dulu Safiyya pon aku terlepas. Tv Al-Hijrah ni nasib baik dia call,kalau tak aku tak tahu jugak. Maklum lah buat-buat busy kata kan. kehkeh
ok bye!



45 comments:
cik epal eazy ada email awak nanti check.pelisssssszzz
haaa kita ada tertengok hari sabtu hari tu... HAHAHA. Comel je suara cik epal.. ;) siap bgtau nama betul lg... ngeeee. glamour !
siryess sis yuyu mcm dak kecik.. ingt adik sape tadi..;p
ujang tak patut ada..
sebab dier bukan remaja..
tp bapak budak..hahaha
wah...
betol2 femes la..
hihihi..
kalah nelofa pasni..
huwaaa..cik epal masok tb??..bila la muka ni pulak dpt masuk tb eak...hik
hehe . wah ! bestnyer :)
untung tuan punyer badan.... hhehehe...
ruginyer xdan nk tgk cik epal kat tv..
ape2 pun gudluck eik epal!
Suke cik epal sokmooooo
Nasib baik yuyu ada promote kat fb. klau tak melepas peluang nak tengok muka cik epal di kaca tv.
ada siaran ulangan tak? nak tengok.. :)
Whoaaa... makin murah rezeki awak yea... blogger celebrity siot....tapi camno leh ujang terselit kat situ yea
best nya cik epal dapat masuk tv. ok ok, nanti nak tengok la program tuh, astro confirm ada ulangan punya :)
untunglah dpt masok tv selalu...
wowowoowo.. rugi aku tak tengok. dushdush
Untunglahh!
wah ,pasni cik epal boleh lah buat talkshow sendiri. semanis epal.. ehh!!
buta hati. ada FS.
untungnya .. tapi sayang nye missed bende2 tuu ..
best nyerrr cik epal dapat di interview.. rugi rasenyer x dpt nak tgok.. anyway congrats dpt tawaran interview bnyk2.. hehe len kali jgn la miss lagi.. rugi tau.. leh kongsi ilmu pengetahuan dgn org lain pulak kan.. wish u success~
tahniah!!!
Wah! Cik Epal masuk tv! Syoknyerrr... =)
tu bukan rambut Hafiz AF, tu dah macam rambut Joe Jambul ~_~
awesome+cool...
Kerrrlasss u~
wahh wahh nak tengok tapi susah nk tengok TV skrg nih T.T
Bestnya! huhuhu~ teringin nak jadi cm sis..
cik epal sya sempat tgk ri tu kt tv alhijrah..
best sume comel :)
kalesssss cik epal :D
tahniah
orang busy ..amboi3.haha
pape pon tahniah !! comel noo
wah...cik epal makin pemes..masuk tv dah skrg ni...tahniah cik epal ;)
bestnye dapat masuk tv. makin glamor cik epal ye... :)
wohooo best!!! segan an bila depan kamera :)
wah, masuk tv tu~~ :)
Untung masuk tv glamer gitu
keciknya yuyu..hmpir x kenal..
Glemer yuu cik epal sekarang.
alaa..awat tak habaq awai2 masok tb..huhu
wah makin popular cik epal! keh keh keh! :p
Pergh!!!best woooo...huhu...papepon congrate la cik epal...da makin maju da....=)
woww..dpt msk tibi lg..congrats cik epal..tp xtgk lorrhh..xpe2..mntk2 nnt ade ulangan lg..tp syg la..cik epal telepas rakaman utk RTM tu..
hope boleh jadi blogger berpengalaman mcm cik epal. cik epal sgt comel..:)
please support my blog http://sweetgurlzlovecat.blogspot.com/ hihi...
cik epal ni memang best and humble kat luar..i loike (^_^)
kekalkan,
Allahuyubarik fik, adik!
~kak elly @wan suhaili~
(host gen21)
btw, sy x active berblog pown sbnarnye, tp suke la plaks lately keskeskes~
cumel betoi kak elly tue. congrate ar cik epal sbb dapat shooting dari show gen 21 tue :)
Semakin retiss Cik Epal ni :D
awesome la cik epal..
Post a Comment