Sunday, April 15, 2012

Review Filem Berani Punya Budak




Aku ada share trailer dan sinopsis Berani Punya Budak haritu dekat ENTRI INI. Berpeluang pergi screening filem ni haritu.



Filem ni sebenarnya filem Afdhin Shauki yang main dekat Thailand dulu yang bertajuk BRAVE. Dalam filem Berani Punya Budak ni, sama je dengan cerita BRAVE tu cuma bahasa je lain. Mula-mula aku layan gak ah gelak-gelak time memula dubbing suara ke melayu tu sebab dubbing nya lawak. Tapi sampai habis cerita dok dubbing manjang cam tu rasa macam dah tak tahu dah nak gelak apa. Rasa macam buat filem main-main pon ada :D




Ada banyak aksi lawan melawan dalam filem Berani Punya Budak ni cuma aksi lawan tu terlalu panjang bagi aku. Sampai bosan lak tengok. Boleh pulak aku terlelap kejap.



Dan aku kecewa lagi sebab watak Nabil dan Johan dalam cerita ni kejap sangat. Johan ok lah banyak sikit tapi Nabil lagi kejap gila watak dia. Mungkin akan disambungkan filem ni kot. Mana tahu ada part 2 ke hape





 Tak boleh tangkap gambar Afdhlin Shauki ni dari depan, belakang pon jadik lah


Kamera tak mahal sebab tu tak berapa jauh sangat pergi nya =p




Dah ah Johan dengan Nabil tak ada, mana pergi depa ni tah




Dengan Awi Rafael pon boleh lahhh. Eh AWIE lerrr. Nampak lah rock sikit






Welllllllll expectation aku agak tinggi untuk cerita ni sebab tu bila habis je cerita ni terus ternganga aku







But aku salute ah dengan Afdhlin Shauki yang sangat BERANI nak pertaruhkan cerita dubbing ni. Dubbing tu lawak tapi macam pelik jugak kengkadang. Bayangkan kau tengah tengok cerita Thailand "kak kungkappp sawadikappp kap kap kap" bagai tapi tiba-tiba ubah suara bahasa melayu dan dialog nya pon semua bertukar. Tapi walaupun dialog tu merepek tapi ada jugak yang lawak . Kira ok lah kan, terhibur jugak



Aku selalu tunggu cerita Afdhlin Shauki ni sebab aku tahu dia ni salah seorang pengarah yang kreatif. Sebab dulu cerita Papadom dengan Baik Punya Cilok memang aku layan jugak lah. Untuk filem Berani Punya Budak ni aku cuma boleh bagi 2.2/5 je



Tapi tak tahu lah bagi korang cerita ni memang terbaik dari ladang pulak ke hape kan. Kalau nak tengok cerita lawak, nak gelak-gelak, nak chill-chill je boleh lah layan cerita ni. Aku pon tak tahu macam mana nak explain sebenarnya pasal cerita ni. kehkeh. Cerita ni lawak dan menghiburkan tapi dah lama-lama tengok macam pelik. Cam tu ah lebih kurang. Tapi Afdhlin Shauki memang berani ah membawa kelainan dan mengambil risiko.




Haaa siapa pernah tengok SPONTAN?? Kan ada satu game yang kena dubbing suara tu. Dia keluar satu filem, pastu kena dubbing suara bagi lawak. Haa filem Berani Punya Budak ni sebijik macam game SPONTAN tu. Pada sesiapa yang tak sabar nak layan cerita ni, boleh lah tengok nanti dekat pawagam berhampiran anda 26 April 2012 nanti. Tak lama lagi je tu nak keluar




ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

19 comments:

deqnoor said...

Belum buat review lg. Huhu...

ANISA said...

bestnye g screening....
nnt nk lyn citer ni

Mk Syahir said...

wah..untunglaaa =)

AmirahSM said...

merahnye bibir awak. auch, ;)

RochelMayMei said...

Hebat lah kak Epal.Boleh jumpa dengan retiss..:)

Rara Nasiha said...

alamak, macam tak best je. baru nak pergi tengok sebab ada Johan :)

ZaroL said...

Wahhhh..best ~! Dapat ngedate dgn awie. hehe.

momoNERD said...

Cerita ni macam best je :>

momoNERD said...

Cerita ni macam best je :>

Murni Ellyfiesya said...

Wah2~ Murni suker!!
http://murniellyfiesya.blogspot.com/

OH JEJEM said...

Macam best je sebab dalam spontan tu pun. Nak serbu wayang! HAHA

Isteri kepada Suami said...

Assalamualaikum wbt..

Thanx for the info..before nih memang rasa excited jugak nk tgk sbb Afdlin yg buat citer nih..tapi rsnye, cam xperlu gopoh-gapah nk tgk sgt la cmnih ek..hehe..

regards,
Unsmiley

Ct R Miena said...

eii.. bestnyer dpt jumpa si comel afdlin.. pernah jumpa dia live sekali dulu di klcc.. mmg sporting n happening... best3...heheheh.. apa2pun semoga cik epal berjaya dgn mission kurusnya... caiyok2..

Kira Kekuri said...

uitss, da macam stail GTA. hahaa

lily lotus said...

kalau dah afdlin punya hasil kerja dah tentu sempoi cam dia!

luz_hafe said...

best ka cita ni?

Miss Amy said...

wahhh..awie tuh..untung cik epal..hehehe...

KakiWayang.com said...

aha, tu la cite ni kelakar tapi jalan cite cam sakit ati je..haha

setuju part gaduh lama sangat tu...

jemput cik epal dan semua baca review filem ni di kakiwayang.com juga..=)

aan said...

ooohh.. macam tu ke. tgk ramai yg komen best, ingat nk pegi tgk jugak lah citer ni..
tp filem2 afdlin mmg byk yg best.

Post a Comment

Susah susah je nak komen. Terima kasih daun keladi, kalau boleh komen lah lagi lain lain entri. muehehe

Click Me !