Thursday, April 12, 2012

Kuih Kontroversi

Haritu aku balek kampung kejap. Dekat Johor Bharu. Tengah tengok tv sambil layan ON AIR ulangan tengok depa interview Rozita Che Wan. Mak cik aku pergi hulur satu kuih ni. Mula-mula aku ingatkan lepat pisang. Aku ni kurang gemar sikit lepat pisang tapi cekodok pisang aku suka pulak



"Tak nak ler lepat pisang, tak berapa suka" menolak dengan sopan

"tu bukan lepat pisang lah, cuba makan, sedap kuih tu"


Aku pon bukak ah kuih ni demi tidak menghampakan harapan mak cik aku yang sibuk bebeno nak suruh aku cuba-try-test kuih ni




Mak cik aku ni suka letak kuih jenis macam ni dalam peti sejuk.  Eh TER SEDAP pulak kuih ni. Makan sejuk-sejuk lagi sedap. Mula-mula niat nak makan half je. Sekali berapa bijik tah aku bedal, tak perasan pulak. Tanya lah apa nama kuih ni dekat depa


"ni hape ni nama kuih ni? tersedap lah pulak bila makan"

Macam-macam jawapan aku dapat. Tapi tak tahu lah mana satu nama kuih ni yang betul

Pak Long: Nama kuih ni PUTERI SEBILIK

Mak Long: Apa pulakk. PUTERI MANDI lah nama kuih ni

Ayah: Bukan lah. DUA SEBILIK lah nama kuih ni

Ibu: PUTERI AYU lahhhhhh. Ada pulak sebilik sebilik




Datang sepupu aku


Sepupu: PUTERI PUTERA DUDUK SATU BILIK lah nama kuih ni. Yang merah puteri, yang hijau putera


Apa ke panjang sangat nama mende alah ni?? Sudahhh. Dah makin meraban-raban dah depa ni. Orang dulu-dulu punya kuih kan nama pelik-pelik sikit. Ikut dann je nama nak bagi. BADAK BERENDAM tu dari dulu aku tak tahu mana datang tah nama tu. Nak kata ada badak dok berkubang atau berendam dalam tu tak ada lah pulak kan.



 Sama juga macam kuih PEK POK. Ada siapa pernah makan tak kuih PEK POK?? Kalau aku balek kampung dekat Negeri Sembilan, ibu aku suka sangat beli PEK POK ni. Kuih ni macam koci tapi direndam dalam santan. Mana datang nama PEK POK tu pon aku tak tahu. Sekali dengar macam mencarut pon ada. Tapi nak buat macam mana, dah nama dia macam tu.



PEK POK PEK POK PEK POK <=== serious nama kuih memang RARE







Ni kira pertama kali lah aku nampak kuih ni dekat Johor. Tempat lain tak tahu pulak kalau ada jual. Eh korang pernah makan tak kuih ni? Ke aku je ketinggalan zaman baru nak rasa. Kalau pernah makan, apa eh nama sebenar kuih ni?? Ada yang tahu??



ok bye!

95 comments:

  1. warna warni kuih tu.
    nak panggil kuih pelangi boleh?

    kadang tu nama kuih ni mcam macam.

    kat kampung wan, ada satu jenis kuih ni orang panggil kuih hidung kemek.

    kuih tahik itik pun ada.

    entahla,macma mana dapat nama kuih tu.

    cik epal pernah baca buku Men are from Mars, Women are from venus?..

    kalo tak pernah baca lagi, blog wan ada review buku tuh.

    ReplyDelete
  2. kat kedah rasanya kuih ni inti dia kaler coklat ja..xda plak yg colorful cenggini..ntah hapa ke namanya pn aku x sure..pu3 sebilik 2 ah rasanya nama dia..

    ReplyDelete
  3. HAHA, tak penah makan. Pelik2 nama. Huhu

    ReplyDelete
  4. hehe...lawak jerla..tapi kuih ni mmg shedap..

    ReplyDelete
  5. sy sokong pak long cik epal : kuih PUTERI SEBILIK..mmg 2 nama dia..

    ReplyDelete
  6. saya sokong pak long cik epal..nama kuih 2 : PUTERI SEBILIK..mmg 2 nama dia...

    ReplyDelete
  7. ni namanya kuih taffic light tak siap..hahaha xD

    ReplyDelete
  8. saya sokong pak long cik epal...
    nama kuih 2 : PUTERI SEBILIK...
    mmg 2 nama dia..

    ReplyDelete
  9. sy sokong pak long cik epal...
    nama kuih 2 : PUTERI SEBILIK...
    mmg 2 nama dia...

    ReplyDelete
  10. sy sokong pak long cik epal...
    nama kuih 2 : PUTERI SEBILIK...
    mmg 2 nama dia...

    ReplyDelete
  11. sy sokong pak long cik epal...
    nama kuih 2 : PUTERI SEBILIK...
    mmg 2 nama dia...

    ReplyDelete
  12. kat klantan, bersepah kuih ni ....

    ReplyDelete
  13. sy pnh mkn kuih ni.
    puteri 2 sebilik

    ReplyDelete
  14. hurm nampak sedap je kuih ni warna warni gitu...

    ReplyDelete
  15. sy sokong pak long cik epal...
    mmg nama dia PUTERI SEBILIK laa~~

    ReplyDelete
  16. saya sokong pak long cik epal..
    nama kuih 2 : PUTERI SEBILIK..
    mmg 2 nama dia..

    ReplyDelete
  17. Bentuknye macam 'Tepung bungkus'...
    Tapi org perak punye takde kaler2...puth aje...
    Tepung bungkus ni intinya kelapa...
    Memang peberet sgt kuih ni...

    ReplyDelete
  18. kite bagi nama sendiri je lah .

    kuih traffic light !
    tak de kuning kan,so xpayah berhati2 nak makan . telan je.
    haha :)

    ReplyDelete
  19. wahhh, macam2 name. tergelak2 baca entry neh ng ibu mira.hahah.


    ibu mira ckp name kuih ni tepung bungkus kot, cume ade wne ijaun n merah tu..tp xtau plak name kuih nie sbnar ape dia

    ReplyDelete
  20. hahhahha, nanti balik jhr nak carik lah...hehhe

    ReplyDelete
  21. kami kat terengganu panggil kueh tepung bungkus

    ReplyDelete
  22. kalau time puasa banyak jual dekat tempat saya..
    kteorang panggil kueh puteri sebilik :D

    ReplyDelete
  23. kalau time puasa banyak jual
    kteorang panggil kueh puteri sebilik :D

    ReplyDelete
  24. nak resepi die! nampak sedap! NGEEEE

    ReplyDelete
  25. waahh xpenah ag mkn kuih cam nie..tapi awesome gila la!! huhu
    nama dia HOTTT gitew^^

    ReplyDelete
  26. bukan nama benda ni tepung bungkus ke?

    ReplyDelete
  27. kuih ni asal dari perak rasenye. name kuih 2 puteri sebilik. pernah tgh dlm resepi istana. diorang buat demo buat kuih ni :)

    ReplyDelete
  28. wau... cantik kuih nihh... warna-warni

    ReplyDelete
  29. org kata puteri sebilik..entah tapi tak penah mkn pun lagi..mmg haku ketinggalan zaman nampaknya walaupun kuih tradisi..=(

    ReplyDelete
  30. ayoo cik epalicious, ni kuih anak dara tiga sebilik la, dulu slalu beli kt bazaar ramadon, tgk la berapabijik ada dalam tu, kalau tiga, anak dara tiga sebilik lew, kalau dua dua anak dara sebilik,tapi mmg sodap!

    ReplyDelete
  31. puteri putera duduk satu bilik?? :)
    seriusly, tergelak baca entry nie..

    ReplyDelete
  32. Hurmm.... tak penah nampak la kuih nie.... kat pasar malam ade jual tak...?

    ReplyDelete
  33. macam2 name .. ape eh rase kuih nie ??

    ReplyDelete
  34. sye org johor...
    tpi x tau plak pe nme nya
    x prnh jumpe pon

    ReplyDelete
  35. Dekat Kelantan banyak jugak kuih ni . Tapi tak pernah ambik tahu ler pulak namanya

    ReplyDelete
  36. salam cik epal yg comelll..xsilap saye nme kueh tu ialah kueh puteri mandi..tp pesen beku..haha..sebab saye penah buat kueh puteri mandi tu,,mang ade kaler ijau,merah n mcm2 then direndam dlm kuah cm kuah santan badak berendam tu..rase same je kot ngan badak berendam tp saiz and kaler je yg bezekan mereke itu.hehe tp kene tengok and rase sendiri la jugak kan kalaw nk taw tol ke x..(=o=)

    ReplyDelete
  37. tak pernah makan lah pulak. tapi nampak sedaaappppp.. balek johor nanti nak cari lah.. hewhewhew :)))

    ReplyDelete
  38. Ambhoi glemernya nama kuih. First time nampak. Hihi.

    ReplyDelete
  39. bukan tepung bungkus ke??
    hehee maaf kalo salah
    aku pn xkenal rupa paras nama kuih

    ReplyDelete
  40. haha..awat kat aloq staq kami panggil tepung bungkuih ja.. takdak putera puteri pun.. hehe

    ReplyDelete
  41. http://wanwidget.com
    best best

    ReplyDelete
  42. nampak cedap sangat...tp kat pahang tak pernah nampak kueh nie, agaknyer cam kuih koci kot, intinyer ada kelapa ker? tapi yg penting sekali rase sedapkan...tak kisahlah nak panggil ape pun..:)

    ReplyDelete
  43. kalau kt kelate org panggil tepung bungkus..sedap 2 lama x makan!!!

    ReplyDelete
  44. saya tak pernah makan dan tak pernah tahu pun kewujudan kuih tu. HAHA :P

    ReplyDelete
  45. saya baru nampak kuih ni dalam blog cik epal... sblm ni tak pernah nampak apetah lg nak rase... jauh sekali...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/04/journey-to-mersing.html

    ReplyDelete
  46. kalau tengok dari luar macam nagasari, tapi nagasari dalam ada pisang.

    ReplyDelete
  47. I org Johor pun tak pernah makan kuih ni...dengar pernah la...sebab I kuih pelik2 tak berani nak cube...takut nnt jadi mcm cikepal...tersedap pulak kan...hehhee..

    ReplyDelete
  48. haha.kontroversi tol kuih nih...

    ReplyDelete
  49. cam pernah makan kuih ni..tapi jarang lah nak jumpe..

    ReplyDelete
  50. kuih ni memang famous kat johor. nama kuih ni puteri sebilik. my aunty panggil kuih lesbian sbb puteri2 duduk sebilik haahhaha

    ReplyDelete
  51. x penah tahu pun pasal kuih ni -.-'

    ReplyDelete
  52. nama kuih 2-
    KUIH PUTERI DUA SEBILIK ^^^^

    ReplyDelete
  53. org kelantan panggil kuih tepung bungkus

    ReplyDelete
  54. Kuih tepung bungkus nama dia...=) Puteri mandi tu salut ngan kelapa yang dah sira ngan gula merah. Cuba google dgn nama tepung bungkus...mesti jumpa...=)

    ReplyDelete
  55. nih klu tunjuk kat anak aku cnfirm2 dia kata kuih trafic light...janji berkaler jer semua trafic light...so sweet!!!!

    ReplyDelete
  56. Kuih ni memang sedap..

    Apa ek nama dia kami panggil, rasa macam puteri ayu, sebilik @ 2 bilik pun betul jugak :)

    ReplyDelete
  57. tepung bungkus.. but that one guna kelapa gula merah instead of warna hijau n merah...=)

    ReplyDelete
  58. Assalamualaikum wbt..

    hehe..btul2 nama die memang unik..n sofia pn pnh dgr mcm2 org letak utk kuih ni..tp sofia pnh mkn n nmpk bentuk segi tiga..tak bentuk pjg cmni..bntuk cm kuih koci

    regards,
    Unsmiley

    ReplyDelete
  59. Salam kenal cik epal, Kuih tu namanya Puteri 2 Sebilik...Memang sedap..

    ReplyDelete
  60. kalau kat kelantan kuih ni name tepung bungkus.. inti dalam klapa yang digaul gula melaka kan,,,

    ReplyDelete
  61. Menariknya kuih ni. BW here. Tahniah cik epal? Hope bleh follow akak yek

    ReplyDelete
  62. Erk,kuiah ni 1st time saya nampak..huhuhuhu..tp nampak dilichus jek kan..

    ReplyDelete
  63. Namanya anak dara sebilik...hahaha
    Gitu le bunyinya tp memang ada sebilik tu :)

    ReplyDelete
  64. org terengganu pagil tepung bungkus =)

    ReplyDelete
  65. pek pok tu badak berendam la cik epal. hee.. utk kuih atas ni for sure nama dia bukan puteri mandi atau puteri ayu. tu dah kuih lain. btol la kot nama kuih yg cik epal mkn ni kuih 'putera puteri duduk satu bilik' bak kata sepupu cik epal tu. huhu

    ReplyDelete
  66. emmm...memang pelik ye nama kuih tu...tapi apa yg saya tahu, kuih tu konfem nmenye bukan kuih puteri ayu or puteri mandi...

    puteri ayu dia macam apam..tapi acuan dia lain sikit...

    kalau puteri mandi dia ada tepung beras yang dah dibentuk bulat2x..pastu makan dengan something mcm santan or gula melaka yang telah dimasak...kalau tak salah saya la...

    nak tye jgak la..bahan kuih tu based on apa ek???sekali pndang nmpk mcm lepat pisang..cuma lain sikit warnanya..huhu...

    ReplyDelete
  67. same jelah cik epal!tp kuih puteri mandi ni dia a bit basah.means makan boleh hirup-hirup air.tp yang ni rasenya puteri sebilik kot.ala,same je.janji sodapppp dan kenyang.hahaha

    ReplyDelete
  68. same jelah cik epal!tp ada beza sikit kot.puteri mandi dia mcm ada sup yg boleh di hirup2 gitu.rasa yang ni puteri sebilik kot.saya org jb.tau sikit2 je.mak cik saya ada warung.dulu mase saye kecik2 dia rajin buat.

    ReplyDelete
  69. itu cuma di colour malerkan jerk jadik moden..kalau sebelah utara namanye tepung bungkus..kalau selatan dipanggil kuih puteri dua sebilik..dalam dia letak inti kelapa kan?nomm nomm sedap..=D

    ReplyDelete
  70. Nama kuih tak dapat dikesan. Tapi yang tau, kuih 3 sebilik.

    ReplyDelete
  71. yup2 :) name dia mmg kuih puteri sebilik :)

    ReplyDelete
  72. kalu kat kelate...kita org panggil kuih ni tepung bungkus!!hehe..tp dia tak kaler merah ijaula..kalu coklat je inti dia tu

    ReplyDelete
  73. betul la nama kuih ni puteri 2 sebilik. kuih pek pok tu pula, nama sebenarnya badak berendam sebab bulat je macam badak pastu berendam dalam santan. sedap tu. masa bulan puasa, suka beli (:

    ReplyDelete
  74. prnah mkn memg sdap...tp tw mkn je...nmenye xtw...hahaha

    ReplyDelete
  75. tak pernah makn pun.. sedap sgt ka CE?

    ReplyDelete
  76. kalo bdn die drpd tpung pulut, namanye tepung bungkus.. tp kalo bdn die lmbik2 cm kuih pelita, 2 kuih 3 sebilik.. hehe

    ReplyDelete
  77. mcm tepung bungkus :)

    nyam2 sedapnya...
    dh lama tak makan tepung bungkus..
    tp nie kuih apa ek?

    ReplyDelete
  78. Hehe ape kuih pek pok...den xponah donga..kuih sopang la tu..

    ReplyDelete