Wednesday, April 18, 2012

Cinta atau harta?? Materialistik atau realistik??

Rasa macam nak buat survey ah. Nak tanya pendapat korang. Asyik asyik dok cerita  event-makan-event-makan-makan-makan dan makan. Korang pulak yang makin gemok baca entri makan je manjang karang kan. *tetiba baca pon boleh gemok*




Wehhh cantik tak tembikai ni?? Penat tau aku buat bentuk love ni potong tembikai guna pisau lipat lima posen tu. Cakap aku KREATIF gila macam orang gila sekarang!
















ok tipu je. Bukan aku yang buat tembikai itu jadi macam tu. Ni aku ada soalan ni. Tak dapat jawab tak dapat doploh sen jawab pon tak dapat doploh sen jugak. Saja nak tanya pendapat. Pasal dilema wanita. Aku belum wanita lagi, aku masih remaja kanak-kanak riang lagi. Kot-kot lah ada yang mempunyai dilema macam ni ke kan



Soalannya berbunyik










Kau memang sayang gila dengan pakwe kau ni sebab nama dia Mat Haron. Sebab kau minat gila dengan Aaron Aziz,asal ada nama ala-ala Haron pon kau panggil Aaron dan kau minat dia jugak sebab dia baik.Dia pon suka dekat kau jugak. Kira cinta tak bertepuk sebelah tangan lah.





Sayang habis lah kira dengan Mat Haron ni. Memang madly in love (bak kata orang putih) sangat-sangat lah sampai kentut dia pon kau bau macam perfume Ambi Pur perasa strawberry, taik hidung dia pon rasa macam coklat Ferrero Rocher. Kau memang sayang dia tapi dia ada basikal je. Tu pon dapat basikal sebab menang cabutan bertuah minum power root. Pendek kata dia tak loaded dan bukan anak orang kaya ah senang cerita. Tapi sebab dia ni sayang gila dekat kau jugak, dia pon berusaha untuk cari duit nak kahwin dengan kau. Dia ada effort untuk cari duit







Tapi dengan tiba-tiba nya datang pulak lelaki lain bernama Zek Zeidi *bukan nama sebenar* yang dah ada kerja tetap, kereta Fair Lady dua bijik, ada rumah. Kira dari segi zahir tu memang mampu lah dan well-established. Mamat ni pulak datang meminang kau.






Haaa persoalannya, sanggup tak kau tinggalkan si Mat Haron iaitu lelaki yang kau sayang sangat tu dan yang cuba untuk cari duit nak kahwin dengan kau tu?? Atau kau pergi je dekat mamat Zek Zeidi bukan nama sebenar tu disebab kan kau rasa lelaki yang dah well-established tu boleh jaga kau di masa hadapan??









Ni tanya je. Random question. Tak ada kena mengena dengan aku pon. Sebab yang aku tahu perempuan ni bila time dia remaja dia lebih suka kepada lelaki yang comel/cute/hensem/kacak tapi bila dia dah dewasa dan matang kalau boleh dia nak lelaki yang berduit,penyayang,matang dan boleh jaga dia. Handsome ke tak handsome tu takdehal pon bro. Apa sangat lah ada pada rupa tu. Kang dah tua muka kerepot jugak ecececeh ayat cliche sangattttt.




 Kira motto hidup dia time dewasa "Kalau kau handsome macam Chris Evans sekali pun,kau tak ada duit, kau boleh blah. Rupa tak penting tapi duit penting." wahhh gitu. Ayat perempuan materialistik sangat. Suka hati je mem blah blah kan orang. Jadi andartu karang padan muka. Haa cekik darah sangat kan siapa suruh, last-last sorang pon taknak dekat kau





On the other hand, sebenarnya bukan materialistik tapi realisitik. Tak logik kalau ada orang yang beriya-iya nak kahwin dengan peminta sedekah kan? (Bukan aku menghina peminta sedekah, just satu contoh realistik) Imaginasi nak dapat laki tu semua stok nak grand-grand je. Nak kereta mewah, rumah besar, boleh bagi duit sekepuk untuk shopping bagai dan bla bla bla





Duit bukan segalanya tapi semua benda nak kena guna duit jugak kan? Memang nak guna duit tapi jangan lah melampau sangat lah pulak kan.Agak-agak lah. Hari-hari nak pergi makan dekat kapal Star Cruise. Bukan kau dapat makan makanan dalam Star Cruise tu. Akhirnya kau makan pelempang. Lorat sangat







So. Sila sila jawab soalan aku yang tetiba macam panjang pulak ni. Cinta atau harta?? Mat Haron atau Zek Zeidi??? krekkkkk krekkk krekkkkkk *bunyi cengkerik*



Tak nak jawapan cliche seperti Solat Istikharah. (sebab dah jadi macam ni, baru masing-masing akan sibuk nak buat Solat Istikharah kan?) Jawapan yang 'real' dan berpijak di bumi yang nyata sikit boleh? Eh banyak cikadak lak aku





ok lah bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

73 comments:

Eyra Meow said...

Assalamualaikum . Muehehe . Sengal gilee :P haha ! Prefer pilih Cinta kut ! teeett !!

~ ADANDO ~ said...

Bagi Adando yang lelaki ini,Perempuan yg memilih lelaki kaya jangan di cop METERIALISTIK. dia memikirkan untuk masa depan.
Cinta boleh dibina selepas kawin.
Namun ada risikonya kerana lelaki berharta boleh memancing perempuan lain dengan kekayaannya..!!
Perempuan yang memilih cinta bukan memandang harta adalah HIPOKRIT.
Bila dah kawin dan kesempitan hidup mulalah memberontak kerana setiap apa yang dia ingini tak dapat dipenuhi. Tiada HARTA cinta pun akan pudar...!!!
Apapun Pilihlah pasangan kerana AGAMA, Insyaallah akan bahgia didunia dan Akhirat...

aizaAQIRA said...

better plih y mat haron tu..even dy xkaya mcm zek zeidi tu tp dy syg pmpuan tu..duit kita blh cari,cinta mne nk cari??no guarantee bila da kwin ngn zek zeidi tu hidup dy blh bhgia sbb cinta dy b'landaskn duit smate2..just my opinion..^_^

AMALINA YAAKUB said...

cinta boleh beli makanan ka?
harta boleh beli cinta ka?
dua dua penting, cinta boleh dipupuk harta boleh dicari apa yang penting keikhlasan waktu kita buat pilihan kalau bersandar satu benda ja maybe pilihan tu bukan yang terbaik.so carilah kedua duanya. manusia hidup untuk usaha. jadi usahalah untuk mencari kedua duanya cinta dan harta. wah tamak giler aku nak dua2.

sorry ar ce pnjg pulak comment.

Cik Jajika said...

Pilih Mat Haroooooonnnnn la... Kalau dah ensem mcm tuu, bek suh dia jadi model ke... lagipun kerjaya ni macam roda. Kdng kala di atas, kadang di bawah. Lgpun dia ad effort nak berubah. Kalau xde effort baru pilih Zed Zaidi. Cinta kerana hati baru diberkati. Cinta kerana harta tak kemana. Tak mustahil tak bahagia.... Pokok pangkal kena tanya hati.. =)

Izz Faizah said...

hehe..bg saya, cinta lah penting.. mcm mat haron td..wlaupun dia tak brharta tp dia berusaha mncari nya utk kbahagiaan brsama.. kalo zek zeidi tu pulak, ntah2 kaya sbb kluarga dia mmg kaya.. yg pnting kesanggupan berkorban utk pasangan.. mne tau satu hari InsyaAllah, Allah bg ksenangan kat dorang.. duit boleh dcari tp cinta? susah kan? kang tak pasal2 kne bermadu kalo kawin dgn org trlebih kaya ni..hehe..pnjang benor mengomen..

AzNuRuL AzMaN said...

sampai hati CE buat entry ni..dah la benda ni betul2 jadi kat saya sekarang..betul2 kena btg idung..haa sila2 la semua tlg bg jwpn selain istikharah..

Salhah Suhot said...

er...soalan itu amat susah untuk dijawab. tapi memandangkan aku memang berada dalam situasi tu dulu, maka aku bagi jawapan jujur.

aku akan memilih lelaki yang sayang dan menerima kita tanpa syarat. ya.mungkin dia miskin, kurang berharta tapi, dia berusaha untuk cari duit(asal jangan jual dadah dah). betul, semua benda perlu duit, tapi duit boleh dicari asal kita berusaha. sama-samalah berusaha cari duit, jangan biar lelaki je bertungkus lumus cari duit.

laki yang kaya raya tu, adakah dia jujur mahukan kita?adakah dia akan terima kita tanpa syarat? betul dia berduit, tapi aku pernah dengar satu rancangan kuliah agama, kalau kita kahwin kerana harta seseorang, kemungkinan besarnya kita tak akan merasa nikmat harta orang yang kita kahwin tu. wallahu 'alam.

kalau ikut nafsu material aku ni, memang pilih yang kayalah. tapi sure lepas tu hidup dalam bayangan curiga hari2, laki ku akan kawen lagi 1 sebab dia mampu. ciss!

p/s:yup,aku kawen dengan orang kurang berduit.banyak dia tak boleh bagi aku. tapi aku tetap bersyukur, sebab dia masih boleh bekerja dengan tulang empat kerat dia, bagi aku makan,tempat tinggal, kecuali benda2 yang menjadi kehendak la.at least, keperluan mesti boleh bagi. :)

p/s/s:jangan la kawen ngan pengemis woo...orang kerja kutip sampah pun aku lebih pandang tinggi dari pengemis.

izyantyPersonalTaste said...

dalam situasi yg camni huhuhu...mula2 cam nak tunggu je bf sndiri tapi bila fikir mak dok membebel tak kawin2 lg umur dh banyak, cam nak terima org lain je. bg sy tak kisah sgt bercinta ke tak, yg penting ada orang yg akan jaga n sayang kita.perasaan tu boleh dipupuk...:)

tunteja said...

pada saya la kan.. tgk umo gak.. kih2.. boleh? hahaha yerkla kan.. kot2 umo ko da 30 takkan masih basikal. nampak xde kemajuan dlm idup.da tentu2 la babai. syg2 pon lame2 sakit ati.takan kite nak sare dier plak. klu ko mude lg baru graduate ke kan.. keje pon baru lg.kire patut la. janji de initiatif nak majukan diri dan hidup. atleast dier ade tunjukkan effort. xgitu. cinta tu cinta jugak. tp biarlah bercinta berpaksikan realiti.

Sherwieyna Muzzawer said...

salam kenal. i pilih cinta dan harta..hehehe..;D

azam said...

pentingnya kewangan...jadi jgn salahkan perempuan sebab mementingkan duit. lagipun dunia moden ni lebih memerlukan wang.....bukan sekadar kerajinan....jadi berusaha utk memperbaiki diri setidak²nya utk para lelaki

Insyaallah.....kalau dah jodoh tak ke mana

Erra Kyra said...

tapi mane satu paling hensem ?
*konon nk y plg hensem la kan .haha




kalo sy..pilih y masuk minang tu..
pastu nnti dah beduit sikit ..kite cari kan makwe tuk siboipren lama..belikan la umah sbijik ke kan..at least tu sebagai tanda ikhlas sayang untuk diri kita sendiri n si boipren y baik,tp miskin...















cecakap..mak mana y xgembira tengok anak nya ada suami yg kaya..n pemurah.

*harap zek zaidi tu pemurah arh..haha tetibe

Qistina Ibrahim said...

for me it is better to cry in Porsche rather than bicycle kan? but,jodoh itu urusan Allah.. :)

sisanizu said...

kene bg jwpn segera ke...tunggulah dulu...ckp kat zek zaidi,,belum bersedia...

memang betul duit tu penting..tp kene tgklah abg haron tu mcm mana..berjiwa besar ke x..
kalau sy akan pastikan abg haron benar2 seorang yg berkarisma..dan kita percaya he can do it..cari duit byk..tp kalau ckp je tp kita xconfident hala tuju dia..babai lah..

kalau zek zaidi tu sikapnya ok ,,baik hati..dan boleh diterima ..why not..

kerana cinta saja tak mencukupi..kene realistik .utk masa depan.

Dya Diyana said...

Susah juga kalau gila harta, but then tak bole sayang orang tu. Mcm paksa hati sendiri terima org tu tp hati tak bagi masuk. Tp org kata, perempuan baiknya terima lelaki yg syg kita, drpd kita syg dia sensorang.

Susah juga kalau sayang menggila, tp harta takdok. Nak bagi makan anak bini pasir ke? Tak sanggup nok. Kata orang susah senang bersama, tapi kalau dah biasa sempurna makan 6kali sehari, tetiba makan sehari sekali, me is tak sanggup.

After all, both penting. Harta and perasaan. Harta bukan nak kaya raya. Cukup makan pakai shopping sikit, itu basic. Perasaan, sangat perlu ada. At first, i do believe in love after marriage, but seems like not everyone will experienced the same things. So utk elakkan sbrg kebarangkalian, its better to choose a guy that we loved and has future economic benefit with him. :)

Eyka said...

aku suke gak kat mat haron sebab dy lagi sweet sb berusaha untuk kawen dgn gua :P

Atiqah Wadiah said...

in my opinion..kaya ker x,tu blkg kira..yg plg penting skali hati dia..klu kaya giler tp hati busuk,x guna jgk..klu kaya giler tp sekadar nk main2 kan perasaan kita,x guna jgk..klu sy,sy tgk pd hati..sbb hati yg suci,bersih n ikhlas ssh sgt nk dicari..duit tu IAllah blh dicari..tu p'dpt sy lah :)

:: nia rashid :: said...

chop! ni soklan utk yg nk jd housewife je ke??
taking into consideration of also having own money, pilih aaron n sama2 build a life apa salahnya. rship based on love, rezeki insyallah ada kat mana2...tp kalo cita2 nk jd hsewife, eloklah pilik zed tu. rational thinking la..kot ye kene cerai pon dpt umah sebijik gitew..

Cik Suriz said...

emm. bagi aku mat haron dengan tipah kena berbincang sebab dah ada org masuk minang kan. jgn pakai blah kan org je walaupun org tu belum berharta. tak baik punye pon adoi derr. kalau betul tipah suka dekat mat haron bagi dia masa macam 2 tahun ke, waktu dua tahun tu sama2 kumpul duit n kalau lepas dua tahun masih belum mampu, lepaskan tipah. zek zaidi pulak kalau betul die sukakan tipah die tunggu tipah dlm masa dua tahun tu, kalau tipah dah tak berpunye masuk ah mnang lagi sekali. kalau tipah dah ade orang punye, padan muke kene tunggu lama2, sape soh dengki orang dpat award. muahahahaha!!!


*tetibe je wujud nama tipah. ahh lantakk

Gadis Gingsul said...

semuanya penting kakak...
tapi yang lebih penting adalah AGAMA dia...
kalau punya iman yg kuat boleh punya segalanya harta & cinta yang dunia akherat,,,,

AmirahSM said...

kalau utk cikgulah kan, andaikata aron tu xbharta tp dah penah susah senang bersama msa bcinta, why not kita bersama trus dgn dia, truskan bg dia semangat, rezeki kita sape yg tau, org kaya blom tentu hidup dia akan kekal kaya, ble2 je Allah boleh tarik balik semua tu. dan utk zek zaidi tu, knapa perlu plih dia, mmg dia berharta, tp kta xknal dia. mmg dia stabil dan cinta tu akan datang, tp kalau pilih aron, msa susah senang bsama akan lebih dihargai ble dia senang kelak. Org yg berusaha utk capai sesuatu yg susah, Allah sentiasa akan permudahkan urusannya.


dan andaikata, zekzaidi pilihan keluarga, akur saje, sbb restu keluarga paling penting dlm sesuatu perhubungan, jika tiada restu kemungkinan hubungan takkan kekal lama, sbb sy ade pengalaman.


Cinta dia krna Allah. Tempuh dunia realistik krn Allah.

Miss F said...

I prefer Mat Haron..
dia ada usaha nak cari duit, mean dia memang sayang gola kat that girl~
kalau girl tu pilih zek sebab dia berduit, that girl is simply stupid :)

ciksengeh :D said...

kalau kita , mungkin kita pilih si zek zaidi tu .. sebab hidup sekarang sangat memerlukan duit .. bukannye nak kate materialistik .. tapi itulah realiti skrg .. xdak duit ape pun xjalann .. betul dok ?

ainakhani said...

baru je nak suruh buat istikharah tapi dah terkena pulak.. hahaha lec aku pernah cakap, cinta no 2, yang penting duit. Bukan lah materialistik nak rebot harte laki tu tapi pk mase depan.. untuk susah senang anak2 lagi.. bergantung jugaklah kalau si kaya tu org nya teruk iman toksahlah.. tepuk dada tanya selero lah. kalau benda ni jadi kat aku, aku pun ta tau apa yg aku akan buat. kesimpulannya berbalik semula pada Allah, buat istikarah.. tak kemana kita.. kat Allah jugak kena mintak tolong :)

Nafisya Ismail said...

nk pilih Zek Zeidi :P

ainakhani said...
This comment has been removed by the author.
ainakhani said...
This comment has been removed by the author.
Eyka said...

cik epal yg gojeng meh la bce jawapn kiteww~ hewhewhew :P

http://myhurtbubu.blogspot.com/2012/04/aku-dan-persoalan-cinta-kau.html

qina said...

betul betul, tipu la kalau tak fikir duit. pempuan sekarang semua cari laki berduit, fikr masa depan anak anak. kalau takde duit, macam mana dengan anak anak nnti. nak ada dara orang, pndailah cari duit. sekarang semua benda dah pakai duit.

Qaseh said...

kalo aku sure aku pilih zed zaidi.. errrr....
krekkkkk krekkk krekkkkkk *bunyi cengkerik*

Juju Kasih Umairah said...

pernah jd situasi ni kepada membr punye kakak cik epal..

jawapan realistiknya: si gadis ada bf same2 belajar, tba2 ade pinangan masuk sama mcm perwatakan si zed zaidi bukan nm sebenar...

pilihan hati msti la si zed zaidi..sbb bukannya gile harta tetapi lumrah kehidupan pada masa kini..

cici tembikai said...

-,-' ni memang 1 dilemma utk wanita. well, for me, pilih cinta kot. sbb susah payah bina cinta takkan senang-senang lepaskan hanya sebab fairlady. alaaa apa lah sangat harta tu. asalkan si 'mat haron' tu rajin berusaha , insya Allah hidup senang. selalunya kalau anak org kaya ni , (lelaki) dah spoil mengalahkan tino. harta makpak dia, keje main2, pendek kata dia tak reti susah lah.

sesungguhnya, kalau kita berusaha bersama-sama pasangan , tu yang nampak comel tu. kan? bayangkan kalau masing-masing jenis sederhana , nak kahwin , sama-sama kumpul duit, nak shopping g tempat bajet. daripada anak org kaya yang tahu tadah tangan mintak sedekah kat makpak je.

apa-apa pun, keyword kat sini rajin usaha , kalau dah lah miskin, pemalas, tu apa pun tak boleh lah:D

and of course selain tu tgk perangai lain jugak. for me , lelaki berkereta berkerjaya senang nak cari tapi kebanyakkan nya kureng setia :D kebanyakkan bukan semua =)takdir i kot jumpa yg tak setia. tapi yang serba kekurangan juga yang setia and sanggup susah payah. jadi , kalau takat nak beli handbag branded ke baju mahal ke boleh beli sendiri kot, yang mahal tu cinta setia seorang lelaki:D

sorry comment panjang sangat -,-''

cik jue tomey said...

Errm..aku ikut realistik.so pilih zek zaidi...lepas kawin cinta boleh dipupuk.bkn itu ke yg lbh baik?lgpn..pntg utk cr lelaki yg boleh jg kita.skrg sume pki duit..kwin duit,bsalin duit..ank nk skolh lg la bnyk duit nk pki.slgi lelaki itu baik,mghrmati..syg..boleh jaga kita cukuplh.jgnlh dh tau kaki dadah ke penyangak..tp disbbkn dia bnyk duit..ko kwinn ngn dia.cri psl namanya...

Aliff Haikal said...

kalau rasa dengan cinta boleh bahagia , pergilah ke mat haron

kalau rasa dengan duit boleh bahagia,pergilah ke zek zaidi

ingat . cinta boleh menjamin kebahagiaan dan kekayaan

harta menjamin kekayaan tapi tidak menjamin kebahagiaan

tepuk dada tanya selera :3

Miss Amy said...

bagi pndapat Miss Amy la kan...
cinta tuh memang penting untuk kita kecapi kebahagiaan dalam hidup..
tapi..
kalo tak disertakan dengan harta pon..tak jadi jugak...
dua2 kena ade..
senang cite...
kalo cik epal tanye whether cinta or harta..bg Miss Amy..dua2 pon kne ade..baru seimbang..
tapi kalo da ad 2 jejake yang berlainan taraf macam mat haron dgn zek zeidi tuh..hurmmm..kind of difficult jugak tuh...
dekat sini..pemikran yang waras dan luas lagi terbuka kena main peranan...:)

entri baru Miss Amy - http://ceciteblog.blogspot.com/2012/04/one-step-ahead.html

nurmujahidah said...

zek zeidi :D

melor md hodari said...

dear cik epal..sy ni suke bace celotehan cik epal..jadik hari ni br terasa nk mengomen..em,xtually klu ikutkan nk berharta meme ler kena ngendeng 'zek zaidi' tu..tp klu agak2 nk numpang beskal 'md haron' pun boleh..ok x pandangan saya ni? anywei, saya suke baca blog awak..kipidap!

Nur Azuin said...

Memang susah nak buat keputusan kalau benda2 mcm ni. sebab dua2 kita nak sebenarnye kan. so, try tanye org yg lebih tua. bincang dgn parents

Azrin Nabila (Bell) said...

hi cik epal...saya biasanya jadi silent reader je...tp hari ni nak juga komen en3 cik epal ni.menarik betul topik ni...

dulu saya masa zaman muda2 (sekrang pun muda lagi..hehe), memanglah dah set nak suami mestilah berharta..supaya nnt kalau dah kahwin, dapat hidup senang dan tak susah gaduh2 sebab duit tak cukup. Tapi...bila kita dah jumpa 'the one', semua tu dah tak penting dah. Yang penting, 'the one' perlulah ada kerjaya juga. mungkin x mewahlah macam donald trump atau datuk datin bagai...tapi asalkan ada kerja dan mampu tampung hidup dengan besederhana...itu dah kira bersyukur. Paling penting bila dia ada usaha dan keinginan untuk memperbaiki ekonomi dan kehidupan.

kena realistik tu betul...tapi realistik yang dipandang dari sudut material tu payah juga...hehe. menjadi realistik bagi saya adalah menerima pasangan seadanya, sanggup dan sedar yang kehidupan dan wang ringgit mesti kena sama2 cari...dan besederhana dan berbelanja ikut kemampuan. itu realistik...insyaAllah aman rumah tangga. hehe...

Azrin Nabila (Bell) said...

hi cik epal...saya biasanya jadi silent reader je...tp hari ni nak juga komen en3 cik epal ni.menarik betul topik ni...

dulu saya masa zaman muda2 (sekrang pun muda lagi..hehe), memanglah dah set nak suami mestilah berharta..supaya nnt kalau dah kahwin, dapat hidup senang dan tak susah gaduh2 sebab duit tak cukup. Tapi...bila kita dah jumpa 'the one', semua tu dah tak penting dah. Yang penting, 'the one' perlulah ada kerjaya juga. mungkin x mewahlah macam donald trump atau datuk datin bagai...tapi asalkan ada kerja dan mampu tampung hidup dengan besederhana...itu dah kira bersyukur. Paling penting bila dia ada usaha dan keinginan untuk memperbaiki ekonomi dan kehidupan.

kena realistik tu betul...tapi realistik yang dipandang dari sudut material tu payah juga...hehe. menjadi realistik bagi saya adalah menerima pasangan seadanya, sanggup dan sedar yang kehidupan dan wang ringgit mesti kena sama2 cari...dan besederhana dan berbelanja ikut kemampuan. itu realistik...insyaAllah am

As Shaari said...

NAK TERGELAK JUGAK MEMBACA ENTRY NI..HEHEHE

Cik Yatt said...

jwpan cik yatt cinta..harta boleh di cari tetapi cinta sejati sukar diperolehi..hehehee..ala..harta tukan boleh cari..harta bnyk2 tak bhagia tak ade gune ponkan.. janji hdup sderhana dan bhagia.. :)sebab smue org nkkan kebahagiaankan?

ainnur efendy said...

berdasarkan pada pengalaman sy la.sy pernah jgk kenal dgn lelaki yg ank load2 ni.plus die ade education plak.mmg suke giler la.ade package lengkap.tp sygnye.kdg2 lelaki kaya ni gunakan duit die untuk tutup kesalahn dorg.mcm bg kite brg mahl2.ajak jln2,mcm2 la.so kite pk dorg syg sgt la kt kite.padahl x pon.

so kaya pon x guna kalau hati busuk.yg penting hati dan keikhlasan.mmg skrg ni perlukan duit tp bukn semua boleh beli dgn duit.asalkn kita usaha.kalau dpt lelaki yg sederhana tapi masih lg mampu bg keperluan utk kita pn dah memadai.

nadea roslan said...

bukan nak demanding lebih tapi, kena admit jugak, susah jugak kalau hidup takde duit. so i pilih zed zaidi. wuuuu bye mat haron. haha

Nor Amalina Binti Mohamed Johari said...

Assalamualaikum wbt.

Jarang sebenarnya komen blog orang ni. Tiba-tiba dapat wahyu untuk komen. Hehe.

I could say, for me money matters. A lot! I am a big liar kalau saya cakap "No, no. I don't need money."

But above all, between Mat Haron and Zek Zaidi (referring to this case) I'll choose the one with a better religion (knowledge and practical) and character. :)

eqa sulaika said...

peningnya...
klau sye , xtaulah nk pilih mne satu..Duit sngt diperlukan untuk bkl anak2 mse hadapan sye membesar dngn selesa.Kalau pilih cinta tpi x berduit wlaupon sdg berusaha cari duit nk khawin rsenya buang mse kot!nnt duit nya ckup2 nk khawin alar kadar..time ade ank pulk , tkot dia makan biskut kering cecah teh 0 pulak...Hhihihi...nape sye mtg sngt ni?Baru 15...terukkan saya?

adda syuhada said...

klu sehensem mana pun mat harun tu..aaron ker..konpem2 la aku xleh dapatkan..maklumlah dh jdi bini org..konpem2 la laki aku karate jap ag...

Ana Farhana said...

erm, boleh bg tempoh kot.andai kata die x mampu jugk, kne la cr yg da ade kewngn kukuh.ye mmg org akn ckp materialistik, tp hakikatnye semua perlukan duit skg ni.. ehhh ? ntahlaa.. 50-50 haha

Sis AI said...

Sjujurnya sy pilih cinta. Sbb dlm hidup sy, scara pribadi sy pgang prinsip,

"Kaya bkn slama2nya."

Klu kita nk khwin dgn someone dsebabkn dia brharta ataupun someone yg sayang kita spenuh hati, lg pilih sayang. At least susah senang sma2. Bru lah ada Roman Picisan gitu, wakaka!

Tp serius la. Yg miskin tu mybe work hard, rzeki lbih, tiba2 jdi kaya. Yg kaya ni, syarikat runtuh, tiba2 jatuh miskin. Tak menganga kita???

Hbungan ni kna ikhlas, kna trima seadanya. That's the main key.

cik ery said...

kalau ikut hati memang pilih aaron ajis dah.tapi kena tanya orang tua lu depa restu hat mana satu.aaron ajis ka zek zaidi tu?kalauu keliarrr dgn aaron ajis tu orite ahhh.cun ;D


#kahwin takdak restu tak guna beb.ceqq tak mau kahwin dua kali.insyaAllah..heh

AdilaAzmir™ said...

duit penting, cinta pun penting.
tak payah amik dua dua.
pilih yg laen, shaheizy sam mungkin. hahaha :)

rose lyza said...

kalau kita syg kat some1 tu mesti la kita boleh terima dia seadanya..pastu mesti boleh hadapi susah senang sama2..saya pilih cinta!!! even x dapat kemewahan, tapi bahagia..kemewahan tu boleh dicari, tapi cinta?? susah nak dapat org yg betul2 syg kat kita..so, hargailah..

NurulHorvejkul said...

as for me, saya rasa better lagi pilihan hati. cinta tak boleh dicari tapi dui boleh kan? eventho kalau kawin dgn yg kaya-raya tu one day we might fall for him but tak sweet as naturally falling in love. *okay cheesy*

p/s: I love your blog to the max :DD

hayati said...

ape kata suruh mat haron dengan zek zeidi ni hafal beberapa surah dalam al-quran, sape hafal surah yang terbanyak, dia yang dipilih?

orang miskin takkan miskin selamanya kalau dia kuat doa dan berusaha, rezeki Allah tu kan lebih luas dari lautan di bumi

orang kaya pulak takkan selamanya kaya kalau dia sering mendongak ke langit sampai lupa tempat di pijak..

atau pun pilih yang tak tinggal solat, konfem bahagia dunia akhirat!

queenofqalbs said...

Ad satu part yg missing. Selain drpd harta dan rupa, mgkin kita lupa satu bnda. Hubungan dia dgn Allah. Soleh ke x?dpt bimbing kita ke x? Dpt jd imam kita ke x? Tak kesah le haron ke zek zaidi, tgok sapa yg ad ciri2 itu.lelaki acuan al quran. And then baru kita tgok aspect lain. Kalo ad, itu satu extra. Well, mcm u kate mmg perlu realistik bkn? Takkan nk kawen dgn yg x mmpu mnyara kita? Yg penting, die mncari rezeki. And rezeki tu dr sapa? Dr Allah jgk.mane taw dgn berkat lps kawen tu allah murahkan rezeki, So i pick mat haron. If u dh syg kat dia, and dia syg kat u and both of you dh stuju nk kawen( tu dh dikira sbagai tunang) so, jekjaidi xleh dh nk pinang u kalo ekot hukum sbb u dh bertunang .

queenofqalbs said...

And one more thing, of coz mcm dorg2 ni ckp, solat istikharah..setelah usaha doa n then tawakal. Btw , ad x hadis psl yg bila pilih calon tu sbb 4 perkara? Alaa hadis femes... Actually hadis tu bkn apply utk pilih isteri je tp juga utk suami... So pilih la yg ad agama... N kalo yg selebhenya pn ada... Tu namanya rezeki.. Bila tgok blk hidup ikon utama org muslim, rasulullah saw... Betapa susahnya hidup dia... Tp keluarga msh happy... Sbb apa? Sbb hidup berlandaskn islam yg sbnr..bkn nk lecture ke ape... But this is the fact that most of us neglect. Priority perlu betol. About cinta, cinta itu satu kurnia... And perlu kt salurkan dgn pernikahan.. Lgpon mmg byk hadis ckp, kalo pmpuan tu x suka laki tu tp dipaksa ayah or mama die, then mmg rasulullah ckpnso,.. Jgn la kawen ngn dia kalo x suka,,, i read this in a book about pernikahan in islam, boleh confirm balek by asking a more knowledgeable person..insya Allah.so goodluck...( if this rly happens to you ..hehe)

hairyeda said...

bagi aku, first aku bagi peluang dkt mat haron utk cari. kalau dia brjaya of coz aku pilih dia. tapi kalau dah nasihat aku tu dia buat2 xdengar umpama angin yang lalu kat tepi telinga dia ja, sumpah aku pili zek zaidi heheheh

Shazney Shamsuddin said...

duo2 pun boleh janji sedap mata memandang dannn yang penting kawin dengan orang yang sayang kn kita..bukan kita yang sayangkan dia haha

AyuE SurihanyOt said...

ehem aku nak komen ni...sbb topik best..

Tipu la klu aku kata aku tidak memandang harta sbb aku ni kemahuan selalu lebih dr kemampuan tp klu ada harta hati tak bahagia tak guna jugak.

bf aku skrg ni jgn kata motor..basikal pon xdak tau at least mat haron tu ada jugak la basikal. dan aku dah brcinta dgn dia 6 tahun. selama kami bercinta kami dating naik bas. bayangkan dating naik bas selama 6 tahun??agak2 korg la ada ka pompuan/laki yg sggup dating naik bas ja???

kenapa aku brtahan??sbb aku sayang dia dan aku rasa aku ada masa depan dgn dia. mmg dia xdak harta benda semua tu tp skrg dia tgh berusaha kerja part time kt U utk simpan duit(kita nmpk dia ada usaha,mat haron pon ada usaha)..dan satu lagi dia boleh buat aku happy, dia bg sepenuh prhatian kt aku,dia boleh buat aku hepi bila aku sedih. dia boleh bimbing aku bila aku buat silap. thats the point of being in relationship.

ramai dah kawan2 aku ada bf yg suka bg kesenangan tp akhirnya clash..sbb apa??perhatian kurang..apa kau ingat kau kaya kau boleh bayar perhatian dan kasih sayang dgn harta benda kau??kau silap..

duit pon penting..kdg2 trkilan jugak awek tu dpt mcm2 tp kita dpt kasih sayang ja..haha

Allah kan tak suka orang yg meminta-minta. biarlah kita usaha sendiri utk dpt apa yg kita nak.

org cakap biarlah kita bersusah-susah dahulu sbb kalau kita tak pernah rasa hidup susah kita takkan hargai rasa hidup senang. betol tak??

Leadership Developmant Training said...

kunjungan gan.,.
bagi" motivasi.,.
Orang miskin bukanlah seseorang yang tidak mempunyai uang,
tapi ia yang tidak memiliki sebuah mimpi.,
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.,

iza said...

hahah kene setepek kat muka..bende ni pernah jadi kat sy dlu..ms umur 18, bercinta dengan sorg mamat ni (a), hensem giler..tapi ade motor je..dah 2 tahun bercinta, mase masuk u kenal lagi sorang mamat anak dato' ni(b).ade kereta dan memang banyak duit.memang suka kat saya.then nak dijadikan cerita, parents saya prefer si b ni sebab dieorang nak sy hidup senang.tapi kalau nak compare a dengan b ni, b ni lg alim,baik, kaya tapi tak sehensem a.then saya pun clash dengan a memang time tu sedih giler die tapi bukan nak cakap sy kejam, saya suruh sambung study die tak nak, takkan sampai bila2 nk keje mcm tu je.die kene faham, org perempuan ni suka shopping, semua tu perlukan duit,sekarang ni sy dah 5 tahun dengan b. saya bahagia sangat.dia tak pernah ambik kesempatan dan yang paling penting sangat pemurah,sangat sayang saya dan bagi ape je yg saya nak.nmpk mcm materealistik tp mcm yg CE ckp, kita kene realistik


dalam case saya ni, saya pilih b sebab die lagi baik, alim, dan jujur dari si a.duit tu pun factor jugak tapi yg least important lah lol

iza said...

kesimpulannya sy pilih zed zaidi

si cantik lol said...

penah dengar tak satu cerita zaman nabi ni?

ada perempuan ni jatuh cinta dgn seorang lelaki yg tak berharta. alih-alih dtg la pulak seorang lelaki yg berharta, pinang perempuan tadi. keluarga dia memang sokong lah. sebab berharta kan. senang hidup anak dia nnt.

tak ingat sangat cite ni, tp kalau tak silap, bapak perempuan tu pergi jumpa Rasulullah kot, mintak pandangan camtu lah.

nabi bersabda 'tiada apa yang lbih indah dalam perkahwinan melainkan dua orang yang saling mencintai'
jadi bapak dia pun kahwinkn lah dia dengan lelaki yang miskin tadi. the end.

so...nak pilih mana? cinta ke harta? ikut la nasihat Rasulullah :)

syafiQ said...

bg aku aku akn pilih mat haron tu coz dia sggp wat ape je...lau pn tak kaya at least dia berusaha tuk cari duit yg halal....
lau kaya skali pn tpi tak bahagia nak watpe...hehehe
caiyok...caiyok...mat haron

syafiQ said...

bg aku aku akn pilih mat haron tu coz lau pn dia tak berharta at least mat haron tu berusaha cari duit yg halal....
mmgla skrg ni smuanya perlukn duit tpi dlm ms yg sama x semestinya yg kaya tu dapat bahagiankan kita...
so pilihla yg terbaik hehehe
chaiyok...chaiyok...mat haron

A Girl Like You said...

sebenarnye, perempuan yg pandang harta sgt tu, sbb die tak mampu nak cari harta sendiri or parents die dah didik die yg harta DARIPADA ORANG LAIN itu penting...

Tp bagi saya, parents saya ajar saya, sebagai isteri kita kene tolong suami, parents tanggung segala pelajaran dunia akhirat untuk saya berjaya dan senangkan diri sendiri, pasangan hidup & zuriat2 nanti... dieorg cakap, yg plg penting lelaki itu, mesti ada agama... :)

So, mat haron pun mat haronnnn la labu :p

merapu said...

kalo blh nak zed zaidi, tapi kne pastikan die bkn kawan haron yang cuba nak uji kesetiaan, n kena pastikan zed zaidi mmg sayang kat kite sangat2 bkn play2. huhu

anniefaizal annie said...

assalammualaikum saya nak beri pandangan sikit, kalau ia terjadi pada saya, saya akn pilih mat haron tu, kerana sentuhan cinta tak akan membuatkan kita takut pada kesusahaan dan kepayahan cabaran hidup, yang penting usaha sama sama,cinta itu sebenarnya sangat indah... orang yang takut untuk hidup susah je akan menerima si zek zaidi... dan takut pada kemiskinan, usaha la sendiri dengan kudrat yg Allah berikan jgn bergantung pada kekayaan org...cinta sejati sukar dicari, kalau duit rajin usaha pasti akan dapat tapi kalau cinta try lah cari pasti sukar.....

anniefaizal annie said...

mat haron ku, kerana kau mempunyai cinta

anniefaizal annie said...

saya suka pandangan awk

Dean@DataDuplicate(M) said...

Kalau jadi situasi mcm tu, si girl tu kna tanya diri sendiri... dia yakin dengan harta si zekk zaidi tu berkat dan berkekalan selamanya atau REZEKI ALLAH yg diturunkan tu adalah lebih dr segalanya..? pe rezeki allah tu murid2? = nikmat cinta,keikhlasan dan kejujuran

orang yg byk duit ni selalunya hati dia hitam,keras dan tak boleh tunduk untuk org lain jadi org byk duit takde FEEL ikhlas kt dlm hati.. (bukan yg byk duit sbb dapat asb ke,bonus ke,gaji ke ape, org yg millionare, yg belanja berjuta2 sekali p shopping tu)-sesetengah org cmni tak pernah merasa kepuasan sebab allah tak kurniakan "nikmat kepuasan" tu.. hehe kbai

Dean@DataDuplicate(M) said...

Kalau jadi situasi mcm tu, si girl tu kna tanya diri sendiri... dia yakin dengan harta si zekk zaidi tu berkat dan berkekalan selamanya atau REZEKI ALLAH yg diturunkan tu adalah lebih dr segalanya..? pe rezeki allah tu murid2? = nikmat cinta,keikhlasan dan kejujuran

orang yg byk duit ni selalunya hati dia hitam,keras dan tak boleh tunduk untuk org lain jadi org byk duit takde FEEL ikhlas kt dlm hati.. (bukan yg byk duit sbb dapat asb ke,bonus ke,gaji ke ape, org yg millionare, yg belanja berjuta2 sekali p shopping tu)-sesetengah org cmni tak pernah merasa kepuasan sebab allah tak kurniakan "nikmat kepuasan" tu.. hehe kbai

Post a Comment

Susah susah je nak komen. Terima kasih daun keladi, kalau boleh komen lah lagi lain lain entri. muehehe

Click Me !