Siapa suka tengok love story macam A Walk to Remember, The Notebook, Dear John, akan suka kot tengok The Vow ni. Sebab aku suka tengok semua cerita tu dan The Vow ni not bad jugak lah. Lagi-lagi sebab tahu ni inspired by kisah benar. Lagi lah feeling tu terlebih.
Orang kata The Vow ni sedih, tapi aku rasa macam ada satu scene je yang aku rasa cam sedih.
Sebab utama nak tengok The Vow ni adalah kerana Channing Tatum sebenarnya. Ehem.
Cerita ni pasal Rachel McAdams (Paige) dan Channing Tatum (Leo) ni laki bini. Empat tahun depa kahwin, memang bahagia habis lah depa ni, sweet sangat sampai boleh kena diabetes lah tengok betapa sweet nya depa ni. Pastu tetiba masa nak besweet sweet, depa kena langgar pulak, kepala Paige ni terhantuk dekat cermin kereta. Cermin kereta pecah berderai bersepai-sepai, kepala otak si Paige ni pon bergegar jugak lalu dia hilang ingatan.
Dia lansung tak ingat Leo (laki dia ni lah). Dia cuma ingat kehidupan dia sebelum jumpa Leo ni je. Nak tahu apa jadi dekat depa ni? Pergi lah tengok, tak seprais lah kalau cerita semua :D
Aku suka perwatakan Paige dalam cerita ni. Ceria dan periang. Cuma kalau aku jadi Leo tu aku rasa macam nak hantuk kan je kepala dia balek nambelas kali dekat jalan tar sebab susah bebeno dia nak ingat yang Leo tu laki dia. Memang menguji kesabaran woh. Cuma tabik lah kan dekat Leo tu sebab dia setia dan berusaha sehabis baik lah nak bagi Paige ni ingat dia balek.
Aku rasa ramai dah tengok cerita ni, aku kot yang ketinggalan. Rating cerita ni aku boleh bagi 8/10.
Selamat menonton sambil makan popcorn! Sambil makan nasi lemak pon boleh.
ok bye!






39 comments:
haha cambest bila cik epal yg buat review nye pun.
baru je nk tgk.. hehe.. dpn lappy.. smbil mkn nsik grg tomyam..;p
Seriussssssss best citer ni. Tersangatlah sedih. Ehhhhhh! Ter-excited lebih plak dah =D
nak tgk la tis wed ;)
wowwwwwww bestt
besttt
wah..nice..jum layan =)
im very disappointed for this movie. shida expect citer ni either romantik atau sedih
tapi ianya hanya sedikit romantik dan x sedih langsung, how? nak cerita lebih2 pun yelah pendapat msg2
filem 'aku terima Nikahnya"..kononnya sama jalan cerita ngan filem ni..
hehe nk tgk juga la :D
the vow ni sangat best
memang highly recommend to watch :D
tapi ada banyak part rasa geram ngan girl tu, dia mcm tak hargai apa si housband dia buat
Wah Cik Epal pun dah tengok The Vow. Memang best jugak layan filem macam nih ye, lagi2 based on true story. Kitorang pun ada review kat KakiWayang.com, jom la singgah2 =)
Wah, Cik Epal pun dah tengok The Vow!
Best kan filem romantik2 macam nih. Tambah2 lagi based on true story. Kitorang pun ada buat review kat KakiWayang.com, meh la singgah2 =)
cite ni syokk..bru je tgok tdi lepas download..harharhar :P
sdey sangat tak leh tengok,, kelate tak de cinema,, :'(
akak pon belom tengok.. akak lagi tertinggal monorel dik.. cerita le kesudahannya sbb akak memang tentu punya x dapat tengok.. kesian tak?
Macam best je..tak pernah tgk lagi citer ni.. :)
http://wanwidget.com
alamak saya x tau plak akan cerita ini
er,,nk tngok jugak..hehe..
tak minat sgt la citer mcm ni. tp bila tgk reramai sebok cerita mcm ni, rs kepingin plak. haihh
wow..cite baru ea..nk tgk la..thanks cik epal for da info. hehee
wow..cite baru ea..nak kna tgk ni. thanks cik epal for da info. hehe
dah tgk n did a review jugak! agreed mmg only one or two scene yg sedih...paling sedih part dia main guitar tu kot. frust kemain. sobs!sobs! to nanges pon hensem gak kan? ;P
waaa...nk tgk!!!
oh...besnya kalau dapat laki yang penyabar gini...
dh tgk!! sgt sedih kn epal, and cite ni yg dpt mnitis airmata sy masa tgk wayang.. huhuhu..
The Vow:
"I vow to love you, and no matter what challenges might carry us apart, we will always find a way back to each other"
"I chose to stay with him for all the things he's done right; not the one thing he's done wrong. I chose to forgive him"
kat panggung ke? ala nak tgkkk... kat ganu ni mane ade panggung...aiyak!
aku kecewa dengan ending citer ni.. tapi ada satu line dalam citer ni aku suka sangat, time leo cakap kat paige yang dia nak berpisah "How do you look at the girl you love & tell yourself its time to walk away?" waaaaa...so sedihhhh!!!
cam best jew....hehehe....nak ajak orang temankan lew...
nak tgk jugak la.. ;p
jalan cite the vow nihh macam kmovie a moment to remember jehhh ;)
terus malam ni jugak kita nk pegi tgk..
cik epal ritu kita nampak awak tapi sgan nk tegur
woh, ni kira pasal cita cinta yg kuat lah. kagum gak baca pasal cita ni. si laki tu sbar je dgn girl tu walaupun dah lost memory :D
tinggi jugak rating tuh , best kot ! , hehe
haha cik epal..
cam besh je citer ni..
leh le berjiwang bagai...
saya pun suka genre cerita romantik gini..best la entry u..selamat berkenalan. www.ratuvioletku.blogspot.com
Channing Tatum mmg hooooot! Lagi2 dalam Dear John. Memang feeling habis! Hehehe :p
cik epal, best ar tgk blog awak ramai follower..apa rahsia ek..meh ar share tips..ehheeh
aha..tu la..cam kagum jup bila tau ni dari Kisah Benar..pergh..paling xleh blah dia pegi kat ex-tunang dia untuk bermesra...sakitnya hati..haha..
Post a Comment