Wednesday, March 14, 2012

Jodoh : Janganlah terlampau mengejar KESEMPURNAAN

Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu dan mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup



Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…


Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh

Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK

tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja


Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang. TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa

Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN, tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat

Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja






Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT

Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain?

Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL




Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU…. dan MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi? Dengan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?


Terlalu mengejar KESEMPURNAAN?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA… itu lebih BERMAKNA !






Ni memang nak sangat-sangat ni! hahaha :D




Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

52 comments:

Balqis Shafikah said...

so trueeeeeee!!!!!!!!!! :')

Qa said...

terimalah seadanya hik.hik.hik..

Amely Afandi said...

doa tu boleh guna lg ke kalau dh tau dia bkn milik kita ? mmg nk sgt sgt tu ahahah

Balqis Shafikah said...

so trueeeeeeeeeee!!!!!!!!! :')

oli-go said...

hahahhahaa..doa tu yang tak boleh blah..

nur sabrina azran said...

cik epal sayer nk copy okayy!

Gadis mutiara_Solehah said...

betul2x suka dengan yat2 tersebut=)

Syazwan Che Deraman said...

terbaik lah cik epal!!.

gambar tu pun terbaik!!.
nak doa macm tu la lain kali!!

azam said...

amin.....

tak salah mencari

dRag0nfLy said...

sempurna itu hanya dimiliki oleh ALLAH.... tiada makhluk yang sempurna... huhuhuuh

Aisyah Nabilah Alias said...

Salam.

cik epal, hny utk teguran, yg animasi bwah tu, doanya xberapa nk kena...sbb kita mcm melawan takdir Allah dgn mnntukan jodoh kita.semuanya milik Allah, kita mrancang,Dia menentukan.terima kasih.

salam sayang buat akak <3

Aisyah Nabilah Alias said...

Salam.

cik epal, hny utk teguran, yg animasi bwah tu, doanya xberapa nk kena...sbb kita mcm melawan takdir Allah dgn mnntukan jodoh kita.semuanya milik Allah, kita mrancang,Dia menentukan.terima kasih.

salam sayang buat akak <3

Aisyah Nabilah Alias said...

Salam.

cik epal, hny utk teguran, yg animasi bwah tu, doanya xberapa nk kena...sbb kita mcm melawan takdir Allah dgn mnntukan jodoh kita.semuanya milik Allah, kita mrancang,Dia menentukan.terima kasih.

salam sayang buat akak <3

nurmujahidah said...

wah,, sangat bermakna,, ce yang tulis ek,, nak copy bleh,, kalau takleh tak pe,, happy blogging,, love yaaa!! :D

Fyzal said...

Memang tak kan dapat yg sempurna. Tp kita boleh tahu samada kita boleh "go" atau tak dengan seseorang itu. Sometimes things are just not working out.

Cik_Shiqah said...

terima seadanya.
sesungguhnya dia sempurna dalam ketidaksempurnaan...

AmirahSM said...

=) ape yg sy belajar drp kekecewaan skang nie sy xkejar kesempurnaan dh...sy lebih hargai apa yg ade dpn mata sy. =) jmput singgah ke blog saya ce

Miszz Miza said...

ho ho ...terlalu sempurna susah juga yaa.. ?

yad'z said...

tiada yang sempurna di muka bumi ni.. tapi give n take dalam penemuan jodoh kita tu, Insya Allah, harmoni rumah tangga.. =)

NGoNgexz said...

blh mintak tak ni..best kata2 dia..sungguh bermakna

Nis AnNisa said...

mohon share cik epal~

Ms Fai said...

betul tu cik epal. sgt2 setuju! tiada manusia yg dilahirkan sempurna ;)

che zie.. said...

suke sangat entri ni.
terlalu nakkan kesempurnaan, sedangkan kita pun tak sempurna sebenarnya..

anna hashim said...

sedih la baca benda ni cik epal, sbb aku mmg ngah ada problem..uhuhuhuuhhuhuuu

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain said...

Yang pasal makanan tu, betul. Huu. Selalu macam tu.

! Shealai Diaries ! said...

besyukur dengan apa yg ada n cintailah kesederhanaan..anyway..salam blogwalking cik epal.. ....follo back yea :D

✿Gucciey Lavender✿ said...

serious . suka ... :)

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

terima seadanya :)

Keabadian Cinta said...

cayalah cik epal

Irna Ibrahim said...

bagusnya entri nie.. banyak pangajaran ena dapat.. t.kasih kak :)

NadyaBubble said...

Amboi, memang nak sangat-sangat ni !

Sepul Lupes said...

wawwwwww.... nakkkk sangat sangat tuuhhhhh huhuhuhu Ameen

Zuraida said...

So true..
Cik epal,, jemput join contest blog cikzu.. ;)

Atiqah Wadiah said...

harap2 org yg kita suka tu,jodoh kita..aminn :)

NIA SI DRUMSTICK said...

best doa tu.hehe..tp kdg2 kenapa ssh sgt nk terima kelemahan seseorg ek..

faradeeba said...

ya Allah..bace entry ni menangis sy
sebab baru je kena

terlalu kejar orang yang perfect
sampai orang yang care and tunggu sy 5 tahun saya take for granted
baru mggu lepas dia mintak sy ckp btol2
tapi mgkin ego tinggi..

so die pun pegi
skg terasa sgt2 dia hilang


:(

EG said...

Terbaik. Serius sedih.

:별_xpresso143:: said...

nice..

cumer part bandingkan dengan ikan tu macammmmm...kureng sikit..


but, overall i love the message u try to deliver...

.thumbs up.peace.

shark said...

cm x caya lak cik epal pndai bermadah:)

Teh Tarik Drinker said...

congrats for being Nuffnang's Blogger of the month! :D

Sorry lambat respond sebab dah lama takde kat Malaysia so mcm susah sikit nak blogwalk2 ni.

Keep up with Nuffnang, next time kena hang out again for drinks! :D


[tehtarikmemoirs.com]

Pieh Rizfie said...

btol tu cik epal..cik epal comella...suke blog cik epal..cik epal jd la rakan di blog picisan sy...pieh-sigadisbiru.blogspot.com/..tq cik epal..cayang cik epal tau

Pieh Rizfie said...

cik epal...btol tu...cik epal comella...suke blog cik epal tau...cik epal jdla rakan kite di blog kite http//:pieh-sigadisbiru.blogspot.com/..tq cik epal..cayang cik epal gorges tau

Mar-Nadz said...

salam cik epal,
doa kat pic tu x sesuai le..kartun mmg dah cun,muslim muslimah tp doa cam x redha jek dgn ketentuan Illahi..

ashikin said...

Terima seadanya...

Waney said...

Peringatan buat diri saya juga :)
Manusia tak semua nyer sempurna.
Hanya Allah yg maha sempurna..
http://WaneyZainuddin.blogspot.com

feeza_nwa said...

Salam cik epal,

hmm...saya setuju sangat dengan semua yang cik epal tulis ni..
tapi masalahnya kadang2 kita ni tak mengejar KESEMPURNAAN tapi yang kita nak tu yang mengejarnya..huhuhuhu..

Ayat doa yang nak sangat2 tu boleh gunakah? hehehe kalau boleh macam nak try jer..tapi serius kelakar..apa2 pun, saya harap cik epal jumpa dan dapat apa yang cik epal nak and doakan saya jugak jumpa and dapat apa yang saya nak..

adios

feeza_nwa said...

Salam cik epal,

hmm...saya setuju sangat dengan semua yang cik epal tulis ni..
tapi masalahnya kadang2 kita ni tak mengejar KESEMPURNAAN tapi yang kita nak tu yang mengejarnya..huhuhuhu..

Ayat doa yang nak sangat2 tu boleh gunakah? hehehe kalau boleh macam nak try jer..tapi serius kelakar..apa2 pun, saya harap cik epal jumpa dan dapat apa yang cik epal nak and doakan saya jugak jumpa and dapat apa yang saya nak..

adios

CikFi said...

InsyaAllah semoga cik epal dapat jodoh yg sempurna amin...

aziekz said...

mmm...leh ke doa cmtu...hehikk..

jjln blog cik epal cun ni..:)

cAkcakcikUcAkS said...

nk share kt fb leh gamba tuh..xleh blah ayt dye sal jodoh tuh..hahah

cAkcakcikUcAkS said...

mntak share bleh x gambar tuh..xleh blah sal jodoh tuh...hahha

Eyka Razak said...

kite tengah kt opis sunyi sepi, bace doa yang bawah dlam gmbar tu gelak kaw2. HAHAHA

Post a Comment

Susah susah je nak komen. Terima kasih daun keladi, kalau boleh komen lah lagi lain lain entri. muehehe

Click Me !