Wednesday, March 14, 2012

Jodoh : Janganlah terlampau mengejar KESEMPURNAAN

Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail
Hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kail kamu dan mungkin ia akan MENDERITA
selagi ia masih hidup



Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang
Setelah dia mulai MENYAYANGI kamu
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu sahaja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
Dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu…


Jika kamu MENADAH air biarlah berpada
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh

Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja
Kerana apabila ia mulai RETAK

tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja


Begitulah juga jika kamu sedang memiliki seseorang. TERIMALAH dia seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa

Anggaplah dia manusia biasa
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN, tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat

Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja






Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT

Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain?

Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN
Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi
Kamu akan MENYESAL




Begitulah juga jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU…. MENGASIHIMU…. dan MENCINTAIMU….
Mengapa kamu berlengah lagi? Dengan cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?


Terlalu mengejar KESEMPURNAAN?
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna,
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang
Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI
Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA… itu lebih BERMAKNA !






Ni memang nak sangat-sangat ni! hahaha :D



52 comments:

  1. terimalah seadanya hik.hik.hik..

    ReplyDelete
  2. doa tu boleh guna lg ke kalau dh tau dia bkn milik kita ? mmg nk sgt sgt tu ahahah

    ReplyDelete
  3. hahahhahaa..doa tu yang tak boleh blah..

    ReplyDelete
  4. terbaik lah cik epal!!.

    gambar tu pun terbaik!!.
    nak doa macm tu la lain kali!!

    ReplyDelete
  5. sempurna itu hanya dimiliki oleh ALLAH.... tiada makhluk yang sempurna... huhuhuuh

    ReplyDelete
  6. Salam.

    cik epal, hny utk teguran, yg animasi bwah tu, doanya xberapa nk kena...sbb kita mcm melawan takdir Allah dgn mnntukan jodoh kita.semuanya milik Allah, kita mrancang,Dia menentukan.terima kasih.

    salam sayang buat akak <3

    ReplyDelete
  7. Salam.

    cik epal, hny utk teguran, yg animasi bwah tu, doanya xberapa nk kena...sbb kita mcm melawan takdir Allah dgn mnntukan jodoh kita.semuanya milik Allah, kita mrancang,Dia menentukan.terima kasih.

    salam sayang buat akak <3

    ReplyDelete
  8. Salam.

    cik epal, hny utk teguran, yg animasi bwah tu, doanya xberapa nk kena...sbb kita mcm melawan takdir Allah dgn mnntukan jodoh kita.semuanya milik Allah, kita mrancang,Dia menentukan.terima kasih.

    salam sayang buat akak <3

    ReplyDelete
  9. wah,, sangat bermakna,, ce yang tulis ek,, nak copy bleh,, kalau takleh tak pe,, happy blogging,, love yaaa!! :D

    ReplyDelete
  10. Memang tak kan dapat yg sempurna. Tp kita boleh tahu samada kita boleh "go" atau tak dengan seseorang itu. Sometimes things are just not working out.

    ReplyDelete
  11. terima seadanya.
    sesungguhnya dia sempurna dalam ketidaksempurnaan...

    ReplyDelete
  12. =) ape yg sy belajar drp kekecewaan skang nie sy xkejar kesempurnaan dh...sy lebih hargai apa yg ade dpn mata sy. =) jmput singgah ke blog saya ce

    ReplyDelete
  13. ho ho ...terlalu sempurna susah juga yaa.. ?

    ReplyDelete
  14. tiada yang sempurna di muka bumi ni.. tapi give n take dalam penemuan jodoh kita tu, Insya Allah, harmoni rumah tangga.. =)

    ReplyDelete
  15. blh mintak tak ni..best kata2 dia..sungguh bermakna

    ReplyDelete
  16. betul tu cik epal. sgt2 setuju! tiada manusia yg dilahirkan sempurna ;)

    ReplyDelete
  17. suke sangat entri ni.
    terlalu nakkan kesempurnaan, sedangkan kita pun tak sempurna sebenarnya..

    ReplyDelete
  18. sedih la baca benda ni cik epal, sbb aku mmg ngah ada problem..uhuhuhuuhhuhuuu

    ReplyDelete
  19. Yang pasal makanan tu, betul. Huu. Selalu macam tu.

    ReplyDelete
  20. besyukur dengan apa yg ada n cintailah kesederhanaan..anyway..salam blogwalking cik epal.. ....follo back yea :D

    ReplyDelete
  21. bagusnya entri nie.. banyak pangajaran ena dapat.. t.kasih kak :)

    ReplyDelete
  22. Amboi, memang nak sangat-sangat ni !

    ReplyDelete
  23. wawwwwww.... nakkkk sangat sangat tuuhhhhh huhuhuhu Ameen

    ReplyDelete
  24. So true..
    Cik epal,, jemput join contest blog cikzu.. ;)

    ReplyDelete
  25. harap2 org yg kita suka tu,jodoh kita..aminn :)

    ReplyDelete
  26. best doa tu.hehe..tp kdg2 kenapa ssh sgt nk terima kelemahan seseorg ek..

    ReplyDelete
  27. ya Allah..bace entry ni menangis sy
    sebab baru je kena

    terlalu kejar orang yang perfect
    sampai orang yang care and tunggu sy 5 tahun saya take for granted
    baru mggu lepas dia mintak sy ckp btol2
    tapi mgkin ego tinggi..

    so die pun pegi
    skg terasa sgt2 dia hilang


    :(

    ReplyDelete
  28. nice..

    cumer part bandingkan dengan ikan tu macammmmm...kureng sikit..


    but, overall i love the message u try to deliver...

    .thumbs up.peace.

    ReplyDelete
  29. cm x caya lak cik epal pndai bermadah:)

    ReplyDelete
  30. congrats for being Nuffnang's Blogger of the month! :D

    Sorry lambat respond sebab dah lama takde kat Malaysia so mcm susah sikit nak blogwalk2 ni.

    Keep up with Nuffnang, next time kena hang out again for drinks! :D


    [tehtarikmemoirs.com]

    ReplyDelete
  31. btol tu cik epal..cik epal comella...suke blog cik epal..cik epal jd la rakan di blog picisan sy...pieh-sigadisbiru.blogspot.com/..tq cik epal..cayang cik epal tau

    ReplyDelete
  32. cik epal...btol tu...cik epal comella...suke blog cik epal tau...cik epal jdla rakan kite di blog kite http//:pieh-sigadisbiru.blogspot.com/..tq cik epal..cayang cik epal gorges tau

    ReplyDelete
  33. salam cik epal,
    doa kat pic tu x sesuai le..kartun mmg dah cun,muslim muslimah tp doa cam x redha jek dgn ketentuan Illahi..

    ReplyDelete
  34. Peringatan buat diri saya juga :)
    Manusia tak semua nyer sempurna.
    Hanya Allah yg maha sempurna..
    http://WaneyZainuddin.blogspot.com

    ReplyDelete
  35. Salam cik epal,

    hmm...saya setuju sangat dengan semua yang cik epal tulis ni..
    tapi masalahnya kadang2 kita ni tak mengejar KESEMPURNAAN tapi yang kita nak tu yang mengejarnya..huhuhuhu..

    Ayat doa yang nak sangat2 tu boleh gunakah? hehehe kalau boleh macam nak try jer..tapi serius kelakar..apa2 pun, saya harap cik epal jumpa dan dapat apa yang cik epal nak and doakan saya jugak jumpa and dapat apa yang saya nak..

    adios

    ReplyDelete
  36. Salam cik epal,

    hmm...saya setuju sangat dengan semua yang cik epal tulis ni..
    tapi masalahnya kadang2 kita ni tak mengejar KESEMPURNAAN tapi yang kita nak tu yang mengejarnya..huhuhuhu..

    Ayat doa yang nak sangat2 tu boleh gunakah? hehehe kalau boleh macam nak try jer..tapi serius kelakar..apa2 pun, saya harap cik epal jumpa dan dapat apa yang cik epal nak and doakan saya jugak jumpa and dapat apa yang saya nak..

    adios

    ReplyDelete
  37. InsyaAllah semoga cik epal dapat jodoh yg sempurna amin...

    ReplyDelete
  38. mmm...leh ke doa cmtu...hehikk..

    jjln blog cik epal cun ni..:)

    ReplyDelete
  39. nk share kt fb leh gamba tuh..xleh blah ayt dye sal jodoh tuh..hahah

    ReplyDelete
  40. mntak share bleh x gambar tuh..xleh blah sal jodoh tuh...hahha

    ReplyDelete
  41. kite tengah kt opis sunyi sepi, bace doa yang bawah dlam gmbar tu gelak kaw2. HAHAHA

    ReplyDelete