Saturday, March 24, 2012

BUNOHAN & Chocolate Lounge

Haritu aku pergi tengok BUNOHAN. Minggu lepas kot. Entah aku pon lupa, macam dah lama je tengok filem ni, masa awal-awal keluar tu rasanya. Cerita ni sangat TIDAK sesuai untuk individu yang malas nak fikir benda berat-berat,yang nak enjoy gelak-gelak sampai terkeluar halkum, cerita ni BUKAN untuk kau lah.


Cerita ni agak BERAT jugak lah dan slow sikit jalan cerita dia, kang tetiba ada scene yang senyap sunyi. Kira kalau tak fokus tu memang boleh terlelap jugak lah. Siapa pernah tengok SONGLAP? Ataupun yang cerita lembu ke hape yang dulu dulu punya cerita tu JOGHO ke hape tah nama. Haaa genre cerita dia macam tu lah


Masa awal-awal cerita ni cambest sebab selamba badak je si Faizal Hussien ni bunuh orang, dia bunuh orang macam sembelih ayam. Serious aku tak nak duduk tempat nama Bunohan ni, bunuh orang tu macam bunuh nyamuk je aku tengok.Sesuka dia je nak bunuh. Dah ah tak ada polis dalam cerita ni,siapa yang bunuh orang pon tak masuk penjara. Bunuh orang main blah je,pastu bunuh lagi orang lain.Tapi kang kalau buat watak polis dah macam cerita Gerak Khas lah pulak kan. Last-last semua watak pon kena bunuh



Cerita ni tak klise macam cerita lain, aku rasa macam tergantung tapi tak tahu lah kalau ada sambung ke hape. Macam aku tak paham asal budak kecik tu suara besar dan garau.Badan kecik, suara garau, menakutkan. Dan Mek Yah pulak kemain catwalk keluar dari sungai, amboi-amboi kemain tau Mek Yah body slim siap catwalk macam dekat runaway fashion show.Curlass kau Mek Yah. Meletop sangat.  Sebelum tu Mek Yah tu macam buaya ke biawak tah. Cuma aku rasa tu saka depa kot yang duk cakap-cakap tu. Apa benda butir dia cakap pon kena fikir gak. Bahasa dalam cerita ni agak tinggi.




Kejap-kejap kang aku tak paham, kejap kang aku paham. Banyak maksud tersirat ah cerita ni. Tapi kalau cerita-cerita macam ni yang nak di angkat dekat Festival Filem ke hape, memang tak malu ah kan. Cerita ni ada kualiti cuma aku rasa tidak digemari oleh semua golongan lah. Sebab orang melayu ni kan malas nak fikir, tahu nak gelak sampai terkeluar halkum je. kehkehkeh




Siapa nak tengok, sila lah rajin memerah otak. Boleh bawak span dengan baldi jugak untuk perah takungan air di dalam otak yang penat berfikir #lawakhambar



Macam dah lama je cerita ni kat panggung. Lepas ni keluar lah tu dekat Astro First. Tah-tah dah keluar dah tapi aku dah lama tak tengok tv so aku tak tahu cerita ni dah main dekat Astro First ke belum




Then ngeteh lak dekat Chocolate Lounge, sebab dah orang nak belanja kan, aku on je. Air ni sedap. Fairlady apa tah nama, tapi sedap ah




Cer teka harga benda ni berapa?




rm29.90 WOH! Kira tigaploh hengget lah tu kan. Sangat overpriced bagi aku. Nama nya aku nak datang lagi semata-mata makan benda ni memang tak lah. Dekat rumah boleh potong pisang sampai 8 tandan kalau aku nak, cicah lah dengan coklat sampai pengsan makan



Aku tak puas hati kenapa strawberi dia sikit sangat?? Lepastu bahagi sampai lapan pulak tu. Baru nak feeling Dato' Siti Nur Haliza tau makan strawberi cicah coklat. Tak sampai empat minit limaplohnam saat abes dah. Tak sempat nak feeling







Ni lagi ah. Macam lempeng je. Harga kemain mahal. Dalam lempeng tu ada pisang. Lagi puas hati buat lempeng dekat rumah. Cuma presentation dia nampak menggiurkan lah





Makan 2 orang, melayang 70 hengget. Tapi disebabkan bukan duit aku, memang sangat sangat sedap lah dessert-dessert ni semua. Sedap tapi overpriced bagi aku. Untuk dessert sampai rm70 memang sangat MAHAL woo. Tapi kalau aku nak datang lagi sini, fikir limaplohlima kali gak ah before nak masuk. Kalau jutawan boleh ah makan hari-hari dekat sini macam makan nasi. Tapi kalau orang nak belanja, memang ON je setiap masa :D




ok bye!

38 comments:

  1. anna tak tgk lagi ni tp ramai ckp x brapa best kan.. 7petala cinta okay jugak but stil cm tgantung gk la kan ;')

    ReplyDelete
  2. hahahha...sengal je ayat kat bawah tuh....

    ReplyDelete
  3. terbaik...bunohan....
    suka gile

    ReplyDelete
  4. saya pun da tgk cerita Bunohan ni,n sy jgk mmg asal dari Kampung Bunohan..tp skrg kg ni mmg da aman da..xda bunuh2 da..crita ni mmg berat n kena byk brfikir..n lau nk tau bdk tu jdi suara garau sbb bdn dia da dimasuki semangat pok eng,lau cik epal perasan,ms awl2 crita da bdk tu jatuh kan n trus lari,ms tu la saka pok eng masuk lam bdn dia,mek yah tu lak jd cmtu sbb rohnya xtenang sbb kubur dia da digalikan..n mek yah tu pun da saka jgk..

    ReplyDelete
  5. mahal giler Cik Epal. Nanges saya kalau makan kat sini.. haha

    ReplyDelete
  6. yela tgok trailer dia pun macam senang je bunuh² org...Amboi mahal kemain setuju beli pisang wat sendiri je kat umh jimat ekekek

    ReplyDelete
  7. aiyoo..mahalnye..ari tu ade jugak bloger bg tiket free tgk bunohan ni..tapi tak dpt nk g..sbb mcm not in mood je tgk movie lps keje..hee..dgn baju opis lagi..hadeii..

    ReplyDelete
  8. budak kecik tu "saka". relate dengan first scene org kampong jalan menuju kat warong tu. kan dia ada cakap pasal saka.

    tu pemahaman aku lah, cerita ni banyak subtext.

    mek yah tu jelmaan buaya putih, ada kena mengena mitos tempat tu.. something like dat..

    haritu ada seminar bersama pengarah Bunohan, Dain Said. kalau ada sesiapa yang nak baca lebih lanjut, jemput2 ke blog ya, hihihi.


    http://yayahana.blogspot.com/2012/03/filem-bunohan-apa-kata-pengarah.html

    ReplyDelete
  9. adoi datang sini lapor pulak..
    pehhh menggiurkan semua..mahal sikit takpe CE.orang belanja..muahaha.

    air kongsi due ker??

    ReplyDelete
  10. pergh...ni bkn cekik darah dah nie...nie cekik smua urat belikat nk mkn kt sini....hahaha...
    tp btol...kalo org blanje balon jer...tyh pk pape...hehehe

    ReplyDelete
  11. pergh...ni bkn cekik darah dah nie...nie cekik smua urat belikat nk mkn kt sini....hahaha...
    tp btol...kalo org blanje balon jer...tyh pk pape...hehehe

    ReplyDelete
  12. sedap tapi mahal lah..hehehe..

    ReplyDelete
  13. kalau setakat lempeng pisang..kat umah boleh buat hihihi...memang mahal...dua orang makan 70 hinggit....huhuhu

    ReplyDelete
  14. hahaaa!~ buat kat uma pon bestt, jimat!

    * baru nk tgk bunohan, tp dgr cik epal review mcm x best je cte ni.hehe

    ReplyDelete
  15. that's why filem mcm adnan sempit tu juer yg jd pilihan pdhal kalau difikir balik aduhai apakah kualiti filem ini

    opss kang marah lak cik epal..:D

    kim salam shaheizy sam ya

    ReplyDelete
  16. best ke citer tu? dgr citer menang award..

    p.s ble nak blanje zuan cokelat ni?

    ReplyDelete
  17. ini kes orang melayu kena tipu, bajet makan strawberi dan coklat boleh jadi putih, kih kih kih... baik makan lempeng... jgn mareee

    ReplyDelete
  18. Cik EPAL... BUNOHEY tu...layan babak tomoi je laaa...( kelab gocoh )....anyway...cantik betul la gambar lempeng tu...nice

    ReplyDelete
  19. Mahal2x...rase mcm tak berbaloi jer kalau kene kuar wet sendiri bayarkan...rase mcm nak wat sendiri je kat umahkan....

    ReplyDelete
  20. Menggoda gila ah, buat orang rasa lapar :P

    ReplyDelete
  21. org kata jln citer unik, camno unik taktahulah tunggu jerlah astro first

    ReplyDelete
  22. mahal ny, nampak sedap sangat, hee, mesti kalo kat luar kedai pon tak jadi nak musuk sbb kedai nampak bergaya sangat, huhu

    ReplyDelete
  23. Bunohan kalu tak silap nama satu kampung kat kelantan..dekat je dgn area akak..banyak org Siam jugak kt sini..huhu

    ReplyDelete
  24. SAlam Cik Epal.. Bunohan tu nama kampung kat kelantan. Bukan bermaksud orang kat sana ganas hehe.. try baca entry sy tentang kg bunuhan kat
    http://lovingyoumydear.blogspot.com/2012/02/nama-pelik-kampung-yang-aku-banggakan.html

    ReplyDelete
  25. sodapnyoo.. cik epal la yg gnti pgacara jjcm tu.. mesti syok neh,haha.

    ReplyDelete
  26. Dah pergi tempat ni jugak. Memang sedap tapi mahal..Memang kena pikir 55x if nak pergi lagi.hukhuk

    ReplyDelete
  27. Dah pernah lunch kt sini..makanan yang sangat mengecewakan...

    Tobat dah tak mo jejak kaki kat situ..

    ReplyDelete
  28. menggiurkan sungguh desert itu...nyummeh!

    ReplyDelete
  29. ... bunohan law versi novel de style penulisan ramlee awang murshid. berat tapi sarat ngan manfaat. best klaw teliti elok2.byk pgjran.

    btw, dessert tu sume menarik . nyummmyyyyy :)

    ReplyDelete
  30. tu dia.. boleh tahan jugak harag dia kan Cik epal... tp org belanje., sedap aje la..kikiki..
    dapat merasa kan..
    terima kasih bagi info cite "bunohan" ni..

    ReplyDelete
  31. sodappppppppp nye, tapi mahal. tak termampu rasanya -.- ahaha

    ReplyDelete
  32. aha, tu la Bunohan tu cam kurang paham sikit...tu dalam review kami, title dia 'Mesej Tersirat lagi Berselirat'..haha..jemput baca..=)

    ReplyDelete
  33. aha, tu la dalam review kami pasal Bunohan kitorang tules 'Mesej Tersirat lagi Berselirat'..hee..

    ReplyDelete