Monday, February 13, 2012

Halal Korean Food. Cehhh Running Man ni menipu aku rupanya

Ni Running Man punya pasal lah ni. Bila aku tengok depa ada mission makan-makan kan, rasa macam sedap gila je makanan yang depa makan. Aku pon melancarkan sendiri misi mencari makanan Korea yang Halal dekat Malaysia ni. Boleh feeling feeling Korea sikit kan walaupun nan hado je lah. Dekat Ampang banyak gila restoran Korea yang halal. Tapi aku saje je ah nak cuba-try-test rasa makanan Korea ni, apa ke sedap sangat ke. Aku lupa nama restoran ni apa, tapi ramai melayu yang makan siap bawak family lagi



Boleh tahan mahal gak makanan Korea ni. Satu dish around RM 12- RM15. Yang nasi dengan mee kebanyakan nya rm 15. Aku bukan nak makan sangat pon. Nak RASA je. Aku try lah ambil Tuighim Mannoo dan ddukboke. Tu nama Korea nya lah



Ddukboke dengan side dish nya kimchi dengan potato hape tah. Aku mintak je ddukboke, tapi tak tahu lak dia bagi side dish, dah bagi tu, bedal je ah



Ddukboke ni sedap jugak lah. Kekuatan nya mungkin terletak pada sos nya. Kalau sos nya sedap, sedap ah.Ni cakap nak pedas ni. Tapi tak pedas mana pon. Mungkin lidah dah biasa dengan sambal belacan,asam pedas bagai. So benda ni macam tak ada apa je bila makan. Tapi tengok makanan ni kan macam yong tau fu je kalau versi Malaysia. Kalau diberi pilihan yong tau fu dengan ddukboke ni, aku pilih yong tau fu lagi lah sebab yong tau fu meriah sikit bahan-bahan yang ada



Yang atas tu kimchi. Aku dah tiga kali try makan kimchi. Tiga-tiga kali jugak aku FAIL. Aku tak tahu ah macam mana orang boleh makan kimchi ni. Masam wohhhhh rasa macam cuka. Bluekk. Si SS lagi best, dia rasa sikit pastu dia boleh cakap "eee makanan apa ni, macam kena rendam dengan stokin tengik". Dengar dia cakap macam tu memang aku tak sentuh ah kimchi ni. Letak jauh-jauh



Tahniah lah pada sesiapa yang boleh telan kimchi ni dengan jayanya. Memang aku tabek spring toing-toing dekat engko. Yang potato panjang-panjang tu nice jugak rasa dia



Ni tuighim mannoo. Bahasa yang senang paham nya adalah 'fried dumpling' . Dalam ni ada sayur,telur dengan daging tapi tawar lah. Macam cekodok je kan? Seriously cekodok yang kita masak dan makan petang panas-panas tu lagi sedap!



Tawarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!




Sorry to say kepada pencinta makanan Korea semua. Aku rasa makanan korea ni tasteless. Kurang perasa, sebab tu lah depa kurus-kurus kot.Siapa yang diet memang sesuai lah makan sebab korang tak kan rasa nak tambah lagi dah. Aku syak kalau orang Korea ni duduk dekat Malaysia, mesti depa tak nak balek Korea dah sebab makanan Malaysia ni sedap-sedap. Makanan Malaysia memang sedap tapi kebanyakan nya terlebih minyak lah pulak kan.




Tapi bila tengok dalam Running Man tu macam sedap gila je makanan yang depa semua makan.Tertipu aku. Tapi tak tahu lah kalau dekat Korea tu memang sedap bebeno ke kan atau mungkin tekak aku ni tekak melayu. Masuk makanan Korea terus tekak kembang sekembang skirt che siti wan kembang





Dengan ini aku mengisyhtiharkan sendiri bahawa cubaan aku untuk perasan menjadi warga Korea adalah GAGAL! Sekian terima kasih





ok bye!

Kalau suka boleh lah LIKE =)

www.tips-fb.com

89 comments:

cikumi_violet said...

hahaha..trliur tngok tp tkot nk try mkn..tkot x trmkn nnt..hehe^^

nuruashia said...

ahhaha...apa laa cik epal ni..korea tu nsi kosong pon depa boleh ratah cenggitu jee..kite hampeh tawar ehhehe..
melayu tetap melayu kn3 :)

Nur Intan Syafinaz said...

mmg la kita tgk dorang mkn sedap.hahaha.sbb itu makanan dorang..Intan pernah rasa jugak..Deobokki tu sedap..Makanan korea agak masam mungkin sebab kimchi dan mereka suka makan fermented food. But what can I say is that their eating lifestyle is a bit healthy.hehe.
Anyway biasalah lidah kita takleh terima makanan dorang..hikhik

Asyiqin Yunos, said...

try makan dekat dubu-dubu mid valley. makanan situ not bad. saya tanya pasal halal and dorang cakap dorang dalam proses halal jakim. and restoran tu bawah company chicken rice shop.

oshin said...

sy tak shuke makanan korea tapi saya suke lelaki korea . HAHAHA i love running man :) JONGKOOK ! :)

eyjalukman said...

haah kan , tgk dorg makan tu gaya sedap kemain . teringin jugak nk merasanya . haha

billa naha said...

U want a good one? Try the one kat sunway pyramid, fogit the name oready. Dia dekat dengan ice rink tu, 1 level above it tak silap, selevel dengan mcd. Yg tu mmg korean tulen yg buat. That ahjussi duduk msia lepas anak dia dtg cni blaja, so he's korean and mknn dia sgt sdap, tak sama mcm kedai2 lain.. And halal. Kecik je kedai dia. Ada lambang macam umah the smurf. Sorry i really forgot the name of the stall.. Anyways, they're the best! Happy trying (if u feel to want to try la)

CintaZulaikha said...

hakhakhak...macamtu pon boley ker

krunch2sa said...

korean foods nih kena dibiasekan makan baru la tekak x rase pelik....dlm tv je nmpak sodap tp sbnanye xde la awesome sgt....

fatin amalina husna said...

hak3..kesiannya..klau husna bagi p lah makanan standard mana pon ttap prefer yg malaysia pnya..mostly makanan kg..yeahh~ :D

Miszyuyu said...

hhahah lpas CE kata cekodok tu tawarkan tekak akoo terus kata tidakkkkkk kpd mknan korea hahaha..

zIq Ziqry said...

ahahhaha! :D

onie said...

start dah jalan-jalan cari makan dari CE :P

Adam Haiqal said...

tudiaaaa dah pandai makan makanan korea!hhahahaa best tak?

adam pun nak ke korea bulan 10 nanti..tp belum try lg mknn diorg kat sane mcm mana..nak try laa kat sini dulu nanti sbgi persiapan :)

Lo Lol said...

Tajuk dah x bleh blah da. Running Man menipu..haha. Aduyai, Cik Epal. Sanggup anda pegi cari Korean Food ye.^^

Rozuan Ismail said...

dah lidah melayu kan. baek makan nasi lemak cik epal oi..murah pon mrah.huhu

noor arfah said...

siyes mmg kimchi tu xsedap..mmg terasa tertipu dgn running man n family outing...

KhaiZa said...

ha ha ha...tekak dah biasa dgn makanan malaysia... masuk makanan negara lain confirm reject... ha ha ha

missayien said...

heee...
cmtu ek rasanya!
Running Man tu,sume bnde dorg mkn nmpk sedap..
ngee!
tgk cik epal makan,teringin plak
ddukboke mmg nmpk sdp la
lpas nie kna wt misi pncarian mcm cik epal gakla..

starzieti said...

Maybe org Malaysia buat tak sedap kot makanan tuh. Hehe ~ :b

Nur Hafiza Rahsid said...

Kalau tengok family outing pun kadang2 berbunyi perut time kat kolej. hahahahhaha

Pernah rasa sekali secubitttt aje kimchi nih. kenot goooo tapi osmet makan macam menjilat jari. sobss

faiz fakhirin said...

hahahaha...bila nama org mesia yg makan manis pedas secukup rasa...mmg xkn bleh mkn makanan korea yg serba simple...

Syazwan Che Deraman said...

macam mana la orang korea makan makanan tu kan cik epal.
haishh.

tak boleh kahwin dengan mamat korea la macam ni gak!.

:)

Atie iskandar said...

nampak pon xmenarik cik epal. tak terliur lgsg. hehe

Wawa Tasliman said...

erkkk tengok pun tau tak sedap.. berapa total u makan tu cik epal?

laskar pelangi said...

hehehehe =D
jadi takut plak nak tryy makanan tu semua bila cik epal kata kureng best.ngeeee~~

beLLa said...

Ampang mmg byk gile restoren Korea. semua dkt2 ngan uma aku. kimchipon aku xlyn. xsedap. aku pelik adik aku boleh telan. tekak hape ntah dia tu
-.-

Princess Feyqa said...

tak sabar lak rasa nk mkn kimchi kt korea nti :P

nuriqa said...

C.E makanan korea yg best pun kimbap je..tu pub ala sushi gak..hohoho

nadya said...

xjuga cik epal... kimchi kt seoul garden serius sedap...
rasany dia ikut tukang masak yg masak jgk... mcm sushi kt malaysia neh kita mkn xsedap sgt..tp kwn2 saya yang belajar kt jepun ckp sushi kt sana serius sedap... :)

sugar2 kapas strawberry said...

kalau rasa nk mkn mknn korean,kita rasa mcm berbaloi g seoul garden.hahahha

Eera Shera said...

tak penah tgk makanan2 ni..stokin tengik? haha

Feza said...

teringin rasanya nak try jugak. hehe

RIMA DANIA said...

Dobuki tu boleh beli yang mentah kat jusco..kimchi pun boleh beli yang dah siap kat jusco.. kat umah, kami masak ikot cita rasa sendiri..masak pedas2 hehe.. tapi kimchi sy boleh masuk jugak.. kimchi masuk dalam telur dadar.. dobuki ni kurang sikit.. kenyal2 rasa dia.. adik2 je makan..

kLiPKeRt@sPiNk said...

so..ksimpulanye..
xyah nk korea sgt lah!!


ehehheehee

minat je dah la kan...makanan depe xyah la nk minat jugek.. xsedap pon..
=p

Sizzling Suzai said...

alaahhhh adik epal oi. MMG FAKTA MKNAN KOREA XMENARIK PON lg2 ble di compare kn ngan NASI LEMAK, ROTI CANAI kite! even sy fanatic fan k-pop yerr tp kenyataan mmg xbole diubah! haha btol2 sbb tu dorg kurus..aitt x aci sile dtg malaysia yerr XD

ainna baijan said...

pengaruh cite2 korea la cik epal ni....adoiii....sila dtg je blog sye pulak....http://ainna193.blogspot.com/...

shiedahkamil said...

cik epal tgk x family outing?

yg tu lg laa byk psl mknn. haha sbb diorg siap masak sendiri.

Amely Afandi said...

laparrrrrrrrrr

Eyka said...

kite same..sushi dgn binatng kimchi ni memng eyka tak leh mkn..nak muntah ..haha:P

Eiqa Lyka Vandetta said...

kimchi. sedapnyer. kesian cik epal,nk jd orang korea eh? takpelh jd warga negara Malaysia je lah. negara aman,wlaupun mkann terlebih minyak :)

ash said...

mmg halal ke kedai2 tu?dh rujuk JAKIM ke?

hazanis said...

tengok pun tak terliur makanan korea tu...was-was..:)

deqnoor said...

pkl 5pagi tgk mknn... L.A.P.A.R. :(

ked said...

hahaha..kantoi la SS penah makan hasil rendaman stoking tengik! eyewhhh

Zarul said...

mmg saya pun tak leh layan..best lagi jepun

echa takashimaya said...

kita tekak melayu tapi kite suke sushi.hehe :)

bubbye said...

oh,saya penah makan kat satu restoran korea kat klcc.kwon ryon ke apentah. Sedap! yang terbaik korean pancake. habis licin. tapi mahal la. satu pinggan rm30 =.=

c.i.k b.i.t.t.e.r.s.w.e.e.t said...

Hahaha...dah memang lidah melayu,nasib baik x pernah ada rasa nak mkn makanan korea ni,dari mkn kimchi baik mkn kicap...hehehe

Syamira Yahya said...

hehe, ape2 pon makanan mlysia ttp yg trbaik n sedap. . running man! saya suka, saya suka. .hee

fafa punya said...

ni awat tukaq slang kedah ni..btw sayang, i love this post lah! buat perot rasa berkeroncong.. jum kita makan makanan Sudan plak nak? Pakistan ke :P and thx for the info! xoxo

MOHD SANIY said...

yong tau foo cam lagi bermakna

Diyana Norman said...

kimchi tu nmpak len skit.. sbb tu kot x sdap...

Anis Anira said...

cik epal, ddebokki ni mmg kurang pedas. mgkn sbb kita dah biasa mkn sambal belacan kot mcm cik epal ckp. agreed! sbb i pencinta mknan korea and not all korea food sedap. ddeobokki tu pulak ade some places yg sedap. kimchi is one of my fav. kiteorang kalau ada masa, buat sndr je. beli bahan2 nak buat. :) lg best.. hahaha :) yg satu lagi tu, ekceli mandu twigim, the right pronunciation *sorry sbb betolkan* mmg tawar, dia depends on pencicah tu sbnarnya.. kalau cik epal nak, i boleh syorkan some places yg agak sedap mknan koreanya. kena dgn taste i.. ada lg kimchi pancake, buat sndr pun boleh. squid pancake. onion pancake ke. banyak sgt~ lots of varieties.. must try at diff. places! :)) i can recommend some places..

Kayun.Zack said...

mknn kat seoul garden sedap. hehee

Engku Sofea said...

lama tak singgah tengok cik epal ni haa. sofia pun lama x update belog.. :o) busy memanjang. rinduuu ! btw makanan korea mmg hak tuih. sofia p korea asik tmuntah je. realstory. haha

Miss Purple said...

korean food blum try lg, igt nk try jgk, tp bila dh ramai ckp tak best sgt..smangat nk mkn pn dah kureng...haaaa...running man best!!!!

Aliff Haikal said...

entah2 orang korea pun terpaksa makan and tak suka . Haha eii dengar cik epal un dah tak teringin . Baik makan tomyam lagi sedapppp .

sitinazirah86 said...

@Anis Anira : bole u bg x tmpt yg sedap tu..sbb i pon suke makan,makanan korea..sedap sgt..

Jαnnαhツ said...

haha. anyway cik epal, saya boleh je telan kimchi. boleh la tahan. anyway dumpling tu cam karipap je kot. p karipap lagi besh ah..

nursayidatina said...

actually ada tempat kot. ada tempat kimchi sedap tau :)

Nadiey Nadine said...

cik epal...try lah mkn dekat seoul garden.pasti sedap hehe

cik epal try tgk dulu
mana tahu berkenan hehe

just nak share dgn cik epal

http://nadieynadine.blogspot.com/2011/12/seoul-garden-auto-city-terbaik.html

~AyuyuE~ said...

nice blog!!follow me back;)

Claudia Scha said...

follow sini :)

Atiqah Wadiah said...

mknn korea yg boleh sy telan sushi je..hiks

Amalia Hussin said...

haah..seriously makan kat seoul garden feel macam korea. grill daging...pastu kimchi dia pon sedap jugak.. boleh telan la walaupun masam.. :)

Luqman Hakim said...

citarasa lain kot . :)
minat jugak running man ^^
terutama star king !

Mardhiyyah Ridzuan said...

Haha!!! Korean people suke makan masam2 cik epal. Siorang xmakan pedas, kalau x berair2 mate. huhu.. As for esepi, ramai kot blogger malaysian yg ade buat entri untuk makanan korea ala2 malaysian punye selera. Its best kite buat sendiri.

izirah said...

dah pernah mkn kt seoul garden..uhuhu~BBQ-steamboat die ok n sedap..but bile try kimchi..adeih..mmg luahkan balik.. mybe x sesuai dengan citarasa melayu yg mmg dh sebati..uhuhu~(>_<)

//Balqis Yoseob said...

Dah try makan kimchi dekat pyramid? Sedap. Mungkin Korea punya masakan lebih sedap kot dekat Korea. Sebab orang dia yang masak :3

Farah Norizam said...

Review makanan Korea aound Subang Jaya here! ada yang sedap ada yang tak. Jom tengok! :D

Hareez Haiqal ™ said...

u are right girl..semua tawar...x sedapz~

myaz L said...

haha, best tgk entry ni, tapi ada jugak yg sedap, setakat megi-ramen-ramyun tu mmg tak berapa lah.. ohh, kimchi ni depends jugak, ada yg sedap.. cam jeruk pedas je :)
memang sahlah tekak melayu takleh masuk sgt.. huhuu

makanan kat sunway pyramid, di korean street sedap (dlm asian avenue), tapi yg dlm bekas lah, bulgogi, bibimbab..
tapi better buat sndiri le, boleh ejas ikut tekak masing2

NUUR SYAFIQAH said...

Kimchi tuh sdp . Try buat sendiri .. tak lah rasa mcm tuh .. rasa mcm jeruk sayur .. sayur je pon .. tp mmg xbole bndingkan masakan malaysia ..bg sy kita ni betuab sb bole mkn mknan dorg juga . At list kita bole mkn makanan negara lain yg halal .. cuma pendapat saya .. i enjoy you entry !

MERU4U said...

asmkm, saya minat sangat korean food nih.... ternasib baik lak... first time makan kat seoul garden setia alamkena lak kat tekak jawa nih.... (cubalah try test kat situ lak...) mana tau tak jodoh tempat mula-mula tu....

arora ateh said...

kimchi kat seoul garden mmg terbaek...so sape2 yg nak try rase better dptkan kt kedai yg direkemen so dptla rasa keenakannya...sbb kdg2 lau kite dpt yg tak sdp tus judge bende tu taknsedao walhal mybe temoat tu tak reti buat yg sedap...muehehehe...just my 2cent

arora ateh said...

kimchi kat seoul garden mmg terbaek...so sape2 yg nak try rase better dptkan kt kedai yg direkemen so dptla rasa keenakannya...sbb kdg2 lau kite dpt yg tak sdp tus judge bende tu taknsedao walhal mybe temoat tu tak reti buat yg sedap...muehehehe...just my 2cent

lailan gd said...

mm... korean food best sebenarnye tp kene try btol2 kat korealah.. org korea yg msk.. btol,, most of d food yg i try kt sane mmg sdap.. x tipu .. xde r tawar sgt tp ade rase unik die.. dukbokki kt everland mkn time winter mmg d best!!kalau kimchi i lg suke kimchi radish! tp mmg msia food lg best tp nk ckp mknn dorg xde r truk sgt..

lailan gd said...

mm... korean food best sebenarnye tp kene try btol2 kat korealah.. org korea yg msk.. btol,, most of d food yg i try kt sane mmg sdap.. x tipu .. xde r tawar sgt tp ade rase unik die.. dukbokki kt everland mkn time winter mmg d best!!kalau kimchi i lg suke kimchi radish! tp mmg msia food lg best tp nk ckp mknn dorg xde r truk sgt..

Han Su Rii said...

Bismillahirrahmaanirrahim
Assalaamualaikum
Saya ada menyediakan Kimchi Halal menggunakan resepi asli Korea untuk penggemar-penggemar kimchi di Malaysia. Homemade. Boleh beli online. Untuk maklumat lanjut dijemput melawat Facebook page saya Ittibaa Islamic Store dan Han Su Rii Halal Kimchi. Dijamin HALAL, SEDAP dan BERKUALITI, InshaAllah.
Jazakallahukhairan. Terima kasih.

p/s: ada je makanan korea yang sedap dan mungkin agak kena ngan tekak melayu. contohnya jap chae. cubala...sedap...kimchi memang saya akui tak semua orang boleh telan. tapi takla teruk sangat rasa dia especially if awak makan yang sedap. hehe. walau apapun ...taste bud masing-masing kan. all the best!

Han Su Rii said...

satu lagi...bulgogi.

aurora light said...

heheserius nak rase ddokbokki. sedappp x? grrr

asha hana said...

hana teringin nak makan jajjangmyun. nampak sedap je ! hee

NOR HAFIZAH AB WAHAB said...

Thks 4 da info. Sya dah g dubu2, nk try kt sunway pulak. Mber cina kta x halal tp bla u kta halal lega blh la try

mi$s Zai said...

kwn sy pernah cakap..rasa makanan korea ni lain kalu kita makan kt tempat diorg.. dia ckp sedap kat sana.. kedai2 kt tempat kte jual lain rasa.. tu apa yg dia ckp..sy pn xpnah rasa..tp serius..runningman mmg buat kita lapar tiap kali kita tgk diorang makan..tu xcampur dgn rncgn barefood friend, family outing n mcm2 lagi..

tikahatiberserah said...

Blog ni lawak laaaa ..hahaa

rin hunny said...

my fren frm jamsil,korea kata nasi lemak,roti canai,nasi dagang lbh sdap dr masakan korea.sjk dok msia dia xpnah mkn mknan korea

Mastura Abdul Rasid said...

Dumpling tu tawar sbb sos yg die bg tu dorg guna soy sos. Soy sos tu da masin.

Mastura Abdul Rasid said...

Kalo Ddukboke tu selalu sy masak sendiri je. Lg sedap. X pena lg mkn makanan Korea kt kedai. Selalunye sy masak sendiri je ��

Post a Comment

Susah susah je nak komen. Terima kasih daun keladi, kalau boleh komen lah lagi lain lain entri. muehehe

Click Me !